Sunday, 4 September 2011

sob sob sob!

assalamualaikum darling~! *wink*
aigoooo.
esok dah kena balik Nilai!
benci betol!
tak pe tak pe,sebulan++ akan datang nanti aku balik sini lagi.hehe.
tapi!homework aku tak sentuh langsung lagi nih!
tutorial berlambak lagi tak siap!
OheMGee!
ye lah~
nama pun hari raya,beraya sakan lah aku!
makan pun tak ingat dunia.
duk menternak lemak di dalam badan ada ah.(bak kata Shahrina.haha)
malasnye aku nak study.adoiii~!
tak pe lah.menuntut ilmu kan satu ibadah.cehh.
korang doakan aku rajin study ek. :)
 ok lah.lepas balik sana,kalau aku serbu library masa free nanti aku update bloggie lagi.
kalau tak pun,aku update masa balik sini tengah bulan 10 nanti pulak.
*macam lah belog aku ni ada pengikut setia.kahkahkah*


SELAMAT JALAN 
kepada kengkawan yang antaranya tengah otw ke unibarsiti masing-masing dah skang ni.
berhati-hati di jalan raya!
gud luck final exam nanti!
doakan kejayaan kita bersama ye!
AJA AJA!


**nota kaki:hari ni aku beli handphone baru.Mini Galaxy Samsung.ngehngehngeh.yay!  XD

Saturday, 3 September 2011

RAYA : 3rd + 4th DAYs

salam bloggie!
OMG!tinggal 2 hari lagi nak pi Nilai.benci ah!tak nak balik sana!tak nak!!!

raya ke 3 semalam,aku pi serbu open house kawan2 sekolah rendah aku.rumah Shahrina + Hafizah(Pijah).syok gak boley jumpa kawan lama.yang aku sempat jumpa : tuan kedua-dua rumah,Aliyah(Liyah),Solehah(Leha),Ummi,Nasaruddin(Nasa),Harith(Ayih),Faiqal(Peka). aku tak sempat jumpa Atiqah sebab aku balik awal. :(

hari ni,Leha + Liyah pulak yang bukak rumah diorang.kul 3.30 petang,Pijah drive mai rumah aku,mai amek aku r.sebelum tu aku dikasi tau oleh Pijah hanya aku sorang yang die angkut,Shahrina tak ley join sebab balik kampong,Wati tak bagi jawapan,Liyah buat open house jugak,Afiqah balik kampong gak.so,cuma tinggal aku sorang je line clear.tapi tetibe je masa kereta Pijah masuk dalam perkarangan rumah aku,aku nampak kereta Pijah dipenuhi kepala-kepala hitam.wahaha.rupa-rupanya Nasa,Ayih + Hamid ade jugak tumpang kereta Pijah.terkejut aku!mula2 aku naek kereta tu ada x kenal sorang dari kanak-kanak tu.tengok punye tengok baru kenal,Hamid rupanye.laen lorh!rambut die panjang,tak macam hari tu die pakai kopiah.yang peliknya,budak ni unfriend dengan aku kat facebook hari tu.pelik jugak aku apesal pulak die unfriend aku.jahat kot~kat facebook tu die jadi kawan pulak dengan kakak aku,die ada problem dengan aku ke hah?whatever ah.aku pun tak nak ah add die lagi.menyampah betul kat mamat ni! :p lepas tu kitorang sampai r kat umah Leha.sebenarnya kitorang tak cakap pun kat Leha nak datang.sebab tibe2 jugak kitorang terkebetulan free petang tadi,so kitorang pun pergi la.sebab tu lah masa kitorang sampai,Pijah telfon Leha.Solehah pun terkejut kitorang datang.SURPRISE!Leha cakap die baru je nak tido masa tu.haha.aku + Pijah masuk dulu rumah Leha.sebab 3 anak teruna tu pi jemput Peka kat rumah die yang dekat je dengan rumah Leha.5 minit lepas tu,diorang sampai.Ikhwan(Iwe) + Zul pun datang dengan motosikal.cukup lah 8 orang ahli rombongan kami dalam operasi serbu rumah Solehah.hehe.disebabkan aku + Pijah = anak gadis yang baek,jadi kami persilakan budak2 laki dulu menjamu selera.*biarpun kenyataannya perut kami sedang menyanyi lagu Bonamana =.=' * ye lah.kerusi kat meja tu ada 8 bijik.budak laki dah 6 orang.2 tempat lagi kosong sebenarnya cukup untuk aku n Pijah.tapi salah satu tempat kosong tu tepi laki.lebih-lebih lagi budak tu Zul.gosip hangat masa dulu2.haihh.budak2 laki ni duk sakat aku dengan si kurus tu(ok,aku jahat!haha).lagipun,aku dah ada orang laen lah.=p aku sebenarnya sporting je.tapi makanan2 tu depan diorang.tak kan lah aku nak hulur-hulur tangan amek makanan2 tuh depan diorang.nanti kalau tersilap langkah terselak lengan baju,nampak aurat pulak.so,aku cakap kat Pijah biar diorang habis makan dulu baru kite on.ok,tunggu punye tunggu!aigooooo~!sampai kul 5 diorang baru berganjak dari meja makan!lama giler woi diorang makan.makan banyak betol.haha.tak pe lah.nama pun Hari Raya kan.lepas habis makan kitorang undur diri.thanks a lot,Solehah!untuk mee hoon sup yang lazat. *wink*.kalau korang nak tau salah sorang dari kawan aku si Nasa ni dah dapat gaji(elaun) masa study ni.die study kat UPNM skang.amek Medik Askar.sebab tu lah kepala die botak,fizikal die pun ada ah nampak sedikit tough.(aku tertengok lengan die nampak urat.wow!)cehhh!haha.tak ley blah betol!haihh.memandangkan die dah makan gaji,jadi die dah bagi lah duit raya kat kanak-kanak riang di sekeliling.semalam mangsanya adik-adik Shahrina,diorang dapat 5 ringgit sorang.hari ni adik-adik Leha pulak,tapi diupgrade sikit jadi 10 ringgit sorang.ngeh3.lepas balik dari rumah Leha,kitorang serbu rumah Liyah pulak.Iwe + Zul dah balik masa kitorang duk makan kat rumah Leha lagi.kononnya kata nak buat assignment berlambak.tapi tak tau lah betul ke tak.Allahualam.si teruna 4 orang jadi lah tauhu sumbat tadi sebab bayangkanlah sendiri,4 makhluk yang kaki panjang-panjang duk kat tempat duduk belakang dalam kereta Kancil yang kiut tuh.hmmm~kat rumah Liyah,kitorang dipaksa makan mi kari.haha.yang paling kesian,disebabkan Ayih berkeras tak nak pegi amek sendiri mi kari tuh,Liyah pun tolong ambilkan,Liyah letak banyak sangat bagi kat Ayih,so terpaksa lah Ayih habiskan walaupun dah kenyang buntal.kahkahkah.kesian~
kul 6 lebih,kitorang pun balik rumah masing-masing.Hamid balik jalan kaki sebab rumah die dekat dengan rumah Liyah.Pijah drive lagi,mula-mula hantar Peka,pastu Nasa-->(budak Putrajaya yang tumpang kat rumah jiran aku sebab die memang tumpang rumah makcik tu biasanya kalau balik Kelantan),pastu aku.jadi tinggal lah Ayih dengan Pijah je dalam kereta lepas aku turun tu.tak tau lah lepas tu diorang ke mana.haha.
-THE END-
habis!yay!haaa!Shahrina,puas hati?sebenarnya,kali ni aku citer satu per satu ni pun sebab penuhi permintaan si budak 'cun' nih lah.haha.tuh lah!sape suruh tak join!letih otak i buat teknik plot imbas kembali taw!
tsk tsk tsk. >3<


mak oi!gile panjang!haha.
sorry ek bazirkan masa cayunk!luv u all!mmuaaahxx! *sedikit keEUWWan di situ*


bye! ^^

Thursday, 1 September 2011

RAYA : 2nd Day

Assalamualaikum~
dah 2 hari kita beraya..amacam?syok tak raya korang?
hari raya aku macam biasa,x spesel pun...
hari ni aku + family raya dekat2 rumah je...pastu pegi rumah terbuka jiran sebelah rumah...
duit raya pun aku dapat 10 dirham je ari nih..haiiiihhh~
tapi,rezeki jangan ditolak!hakhakhak..


nak snap pics pun x der mood.. =(

esok rumah aku open house..so jemputlah datang umah ek!hehe..
esok jugak aku dijemput oleh Saya Shahrina pegi umah die..boley lah jumpa buddies sekolah rendah kitorang esok!yay!!!ngee~


nak tau tak?skang aku dah gemuk!huhhhh~!memang lah biasanya aku dah gemuk,tapi skang LAAAAGI gemoook!but,it's okay~aku nak makan puas2 masa duk kat rumah nie..balik Nilai nanti kang aku kebulur pulak makanan sedap2..ye lah~kat sana makanan die x kena dengan selera aku macam masakan Kelate! memusnahkan tastebuds aku ada ah *makanan die pedasssss!*.. lagi pun,lepas aku balik kat sana nanti start lah fasa stress aku,sebab final exam dah semakin dekat!cuma 6 minggu je masa aku ada untuk struggle abis-abisan sebelum final...
btw,tinggal 4 hari lagi aku cuti...aigoooo~4 hari ni je lah masa aku nak hepi2 sebelum aku kena jadi budak nerd pulak~ =.='


k lah..annyeong!

p/s:i don't know why but tetibe je DAMN!i miss HIM so so so much!etteohkhaji??? :((