Monday, 28 November 2011

alamak

salam sayang <3

tadi aku terjumpa satu note dekat mukabuku. note tuh panjaaaaaaaaang sangat. boleh dikatakan biasanya aku tak minat pun nak baca note yang panjang macam tu tambah tambah lagi tajuk die ke arah kebaekan gitewww. hehe. tapi, sebab boring kot aku pun terbacalah note ni sampai habis. *ataupun ini satu petunjuk untuk aku hah? wakakaka. :P * 
__________________________________________

 “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”


    Pernah dengar ayat macam ini?


                Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.


                Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^


                Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?


                Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?


                Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?


                USAHA.


                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:


                “Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????


                Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?


                Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.


                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.


                At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.


                Kalau pendam sahaja buat apa?


                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.


                Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia. <--macam mana kalau aku jadi macam ni? :/

                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.


                Tawakkal Buta?


                Jangan sekali.


__________________________________________
credit to : Hilal Asyraf

tau tak selama ni aku duk berpegang teguh dengan ayat kat atas tuh?! sebab 'ustaz' pernah post dekat wall die sebelum die nak pergi jordan dulu. wahahaha. and sejak hari tu lah aku amek keputusan tak nak tegur die lagi dahhh. tapi sekarang kalau belek belek note yang aku jumpa ni, aku setuju gak. aku tawakkal buta je lah selama ni. =.=' macam mana ni? aku kena cakap ek? 
cop cop! wait!
LOL. gedik gedik~ nampak sangat kot yang note ni sesuai untuk abang kakak yang dah nak habis study. harharhar. aduhaiiiii~ knape tetibe aku miang sangat duk pikir pasal die nih? ish ish. lagi pun 'ustaz' tu tak cukup hensem / kiut pun bagi taste aku. aik? gatai gatai!  :P

btw, aku dapat berita khamis ni result 1st sem aku dah kuar. takuttttt! >.<
doakan aku dapat yang terbaek sudaaaah! sekian, terimalah kasehku. <3

bubye!

No comments: