Monday, 14 November 2011

life

assalamualaikum.

*sigh* 

cuti ni kadang-kadang boring jugak. mujur lah ada running man --> variety show korea faberet aku. tak lah mati keboringan aku duk terperuk dalam rumah ni. setakat aku cuti ni rutin aku sama je hari hari. tidur pukul 4 pagi,bangun pukul 2 petang. haha. kalau ayah aku ada,confirm aku kena marah. ayah aku selalu cakap orang yang bangun lewat tak de rezeki,yang die dapat tuh pun rezeki yang dilempar oleh Allah SWT. Allahualam. :(  virus korea lah punya pasal. aku duk tergelak sorang sorang depan lappy sampai tak ingat dunia. harharhar.

facebook pun sekarang aku dah tak aktif. lama dah tak online. kalau online pun kejap je. baru aku tau facebook ni boring jugak an? notifications berlambak aku selalu dapat pun semuanya dari grup tamhidi USIM dan grup tamhidi pergigian yang aku join. aku masuk grup tu pun sebab nak tau kalau kalau ada maklumat latest je. bukannya nak baca post mengarut diorang. :P asyik asyik pasal kahwin.asyik asyik pasal laki dan pompuan. bla bla bla. nampak sangat diorang dah tak sabar nak kahwin. jangan mimpi lah. baru tamhidian. haha. *opps! ok.mulut aku jahat* dua minggu lepas aku remove friends aku dekat facebook. friends yang aku tak kenal dan tak nak kenal. semuanya plus minus 900 orang. dan semuanya foreigners. indon lah. thai lah. filipina lah. arab saudi lah. aku approve diorang sebelum ni sebab diorang ELFs Super Junior macam aku. tapi sekarang serabut aku tengok news feed aku penuh dengan bahasa asing yang aku tak paham! LOL. dah lah kalau aku online pun bukannya boleh tegur 'ustaz' pun. aku boleh tengok die online je. telan air liur je lah aku. ye lah. kalau aku tegur die pun nak tanya apa? nak ke die layan aku? huk huk huk. alaaaaaaa~ konklusinya..



assignment yang aku kena buat hari tu dah settle! alhamdulillah. walaupun aku dan kakak buat comot comot,kitorang dapat lah jugak upah dari ayah su+cik su. hehe. masalah slip menumpang MUET aku pun dah beresss. aku call abang mpm hari tu. die cakap ada problem berpunca dari diorang. naseb baek dah dapat print. tapi aku tak study langsung lagi untuk MUET. masa liyana fairuz mesej tanya aku dah study untuk MUET belum baru aku sedar buku MUET aku tak bawak balik. kah kah kah. sebab buku tu tebal+berat. ngeh ngeh ngeh. lantak lah. mmm. sekarang masalah yang tinggal ujian memandu aku dengan JPJ 24 November ni. haihhh. sekarang aku dah tak ingat dah cara drive yang aku belajar sebelum pegi USIM dulu. arghhh! tak tau lah camna nanti. cuak betul.

sekian melaporkan~ bye! ;)



No comments: