Monday, 26 December 2011

back to normal :)

assalam.
esok pagi aku dah kena bertolak pegi Nilai balik. dengan abang. 
masa untuk aku jadi budak nerd kembali lagi. =.=  study study study! 

let's start.

credit to: drcinta tumblr



 
 



 
 let's forget him. :')

and remember.


second semester. i'll BE FINE getting through it. insyaAllah.
please pray for me too. i really hope. thanks dear. jazakumullah. :)

okay lah. aku nak pegi layan running man dengan kakak + sepupu aku. jaga diri baek baek. 
*bid farewell.* muahx! <3
 

Friday, 23 December 2011

balik

assalamualaikum.
oh yeah!
hari ni aku balik Kelantan lagi. pukul 7 petang tadi aku sampai rumah. ngeee~ cuti krismas 3 hari jek. tapi abang aku ajak aku balik. weheeeee~
ok, esok pagi kakak + kak yong sampai jugak. diorang tengah on the way balik lah skang ni. jadi complete 7 orang family aku ada dekat rumah aku hujung minggu ni. mmm. setakat ni study aku okay lagi. aku sempat catch-up lagi apa yang aku belajar except for Chemistry lah slow sikit. tapi alhamdulillah. aku harap sem 2 ni aku dapat buat yang lebih baek dan terbaek dari semester lepas. insyaAllah! hari selasa lepas aku dan kawan-kawan lawat Pandan Indah. bakal tempat belajar kami selama 5 tahun akan datang. Dean Fakulti Pergigian cakap tahun depan diorang still terhadkan 35 orang kemasukan pelajar ke Fakulti Pergigian. memang tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih. sebab sem 1 hari tu 40 orang student tamhidi pergigian dapat pointer 3.5 ke atas. jadi aku yang 3.3 ni? :'( so aku kena study elok-elok lah sem ni. kena struggle habis-habisan. jangan buat orang laen patahkan semangat kita. sekarang aku still bersemangat nak study. fightooooo! 

Saturday, 3 December 2011

annyeong

assalam. :)
malam ni aku dah kena bertolak pegi Nilai dah. siyesss aku tak nak balik sana lagi. adehhh. *sigh*  tak pe lah. demi menuntut ilmu plus mencari jodoh. har har har. harap harap aku hepi belajar sem 2 nanti. jangan lah stres stres macam sem 1 dulu. tak nak! tak bahagia hidup! tapi~kalau aku nak dapat 4.00 untuk sem 2, terpaksa lah aku jadi budak nerd lepas ni. ish ish. bahagia ke? kena study smart + hard. aku ni pemalas. kena ubah cara study aku yang ntah ape ape masa sem 1 dulu. asyik maen game dalam lappy housemates aku je kejenya. homework tak pernah siap siap. masa kuliah biology dan math selalu ngantuk. ngok ngek betul. bila lah nak berubah ni? haihhhhh~ insyaAllah sem 2 nanti aku cuba kawal diri aku. ngeh ngeh ngeh.




k lah , i've got to go now. bubye darling! jaga diri leklok. annyeong! doakan perjalanan aku selamat ek~ i will miss you my dear bloggie. bulan Februari nanti baru kita bisa ketemu lagi dong~ sedeyhhh. :'((
bye bye Kota Bharu~ hello Nilai.. :P


.................................................offline................................................................

Thursday, 1 December 2011

syukur

alhamdulillah.
tak tau pun terkebetulan pulak usyem dengar aku kutuk dia tadi. tetiba je result kuar dah pun. har har har. result kali ni tak secun aku macam biasa lah pulak. waduh waduh. takpe. *aku nanges jugak tadi kejap tak dapat masuk Dean List! uwaaaaaaa~ takpe.
nothing's over lorh! bak kata orang heroin tok gaduhhh! :') syukur kepada Allah aku still ada peluang lagi untuk kejar pointer yang lebih tinggi semester 2 nanti! alhamdulillah tak dapat status GDB (Gagal Dan Berhenti). aku still dapat meneruskan sem 2 tamhidi pergigian ni. walaupun aku dah tak sure aku ada peluang lagi ke tak untuk sambung ijazah dalam Fakulti Pergigian tahun depan. *macam dah kabur sikit harapan tuh. aigooo~ =.= * sebab aku sure budak budak tamhidi dentistry laen dapat pointer yang lebih cun dari aku punya untuk 1st sem ni. tahniah awak awak! :)) tapi jangan lah sampai update status facebook berkali kali. duk heboh die dapat result cun : "alhamdulillah tak seteruk yang disangka" erk~ lepas tu duk sibok sana sini conteng wall orang "awak dapat brape?tahniah~ " aduhai. alangkah sedihnya orang yang ditanya tu kalau result die tak secun yang diharapkan. senyap senyap sudah lerrrr~ btw,aku dah kecewakan ayah kali ni. sedihh. tapi ayah! dun worry, anak comel ayah ni pasti akan lebih fokuskan study lagi untuk sem 2 nanti! harap harap lah~ aku dah start nyesal skang banyak maen maen waktu sem 1 dulu. *maen kejar budak mata sepet tuh ah. grrrrr~ * 4.00! come to mummy, baby! harap aku akan lebih semangat study sem 2 nanti! beyehhh belakooooo! insyaALLAH~ 
*p/s : pointer aku sem ni 3.35 je. but it's okay, Amalia! you can do it! fighting! :')))

cuak

salam cuak. ;)


30 November 2011:
aku cuak. adek aku cuak jugak. budak tu cuak dek kerana die ada ujian lisan kemasukan Maahad Muhammadi Lelaki pagi tu. aku pegi jugak dengan umi ayah aku teman die. *dalam hati asalnya aku join diorang pun sebab aku nak tengok 'anak anak ikan' berkeliaran dekat dalam sekolah tu. kuang kuang.* kiut lah nampak bebudak SPM cuak masa nak amek paper Biology semalam. hahaha. :P aku pulak cuak sepanjang hari. sampai tak boley tido!


1 Disember 2011:
hari ni lah tu. aku cuak lagi. adek aku pun sibok cuak jugak. pagi tadi budak tu ada ujian lisan kemasukan Maahad Tahfiz Sains lah pulak. aku pun join sama. bersih muka 'anak anak ikan' kat situ. sejuk hati. adek aku kata ujian lisan hari ni payah sikit. sama je macam MeJe (Maahad Jantan) punya semalam tapi hari ni tambah kena hafal 8 baris ayat al-Quran dalam masa sejam. bagus adek aku tu. die nak masuk Tahfiz Sains pun dengan kerelaan sendiri. beliau je satu satunya harapan parents aku untuk memiliki at least seorang hafiz dalam satu family. ye lah. ketiga tiga kakak die ex Maahad Muhammadi Perempuan. abang die yang lagi sorang pun ex-MeJe. budak tu cita cita nak jadi doktor pakar bedah nanti besar. bagus bagus. adek sape lah tu~ ahaks! semoga berjaya masuk Maahad Tahfiz Sains yer budak busuk! ayah kata doktor dah, engineer  pun dah, doktor gigi pun dah, doktor bedah hafiz pun dah. insyaALLAH harapan ayah akan tercapai. ameen~ :))


eh kejap kejap! awat aku duk berceritera pasai adek aku pulak nih! asalnya aku tulis entri ni sebab nak cakap aku cuak tunggu result aku je. kah kah kah. cuak cuak! takuttt! sejak tepat pukul 12 pagi lagi aku duk bukak tutup e-wadi nak check result final 1st sem aku. tengok tengok sampai sekarang asyik dapat yang ni jek.. 





hampehhh! usim usim~ mula mula cakap result kuar 1 Disember. pastu tunda 12 tengah hari 1 Disember. pastu tunda pulak 5 petang 1 Disember. arghhhhhhh! tak payah kuar lah senang senang! :P
*cuma mengharapkan yang terbaek. insyaAllah. harap result aku takkan kecewakan ayah! :(