Sunday, 19 February 2012

sigh

Tengok tuhhh. Dah kul brape dah aku still tak tido lagi. Ye lah. Duk sibok search pasal assignment. Tak habis habis dengan assignment berlambakkk. Ni lah dugaan jadi budak universiti. Cobaan~ Minggu depan ada test Maths + kuiz Biology, aku belom revise lagi! boley tak aku nak membebel kat sini kejap? Tak tau lah bende aku tulis ni jadi kontrovesi ke tak nanti. Tapi aku tak kira. Aku nak luah kat sini jugakk! :P


Korang korang. Susah kan pegang rahsia someone? Adoiiii~ Rimas aku masa group discussion subjek ni. Aku tak nak cakap lah grup subjek apa kan. Tapi menyampah gila aku masa grup ni. Ya Allah. Aku rasa macam tak diperlukan kot! Ye lah. Aku takde lappy. Tak de broadband *ayat sadiss* . Tak berguna lah. Tambah-tambah lagi dengan kewujudan love birds senyap senyap dalam grup tu. Yang pompuan buat dekkk je, tapi layan jugak. Yang laki tu. Ewww. Perlu ke selalu tengok pompuan pujaan die tu. Eiiii. Tolong sikit. Jaga mata tu. Dah lah dah ada makwe tapi makwe duk jauh kan~ Lelaki memang macam ni. Tak setia. Yang pompuan pun. Ish ish ish. Semua die anggap kawan. Tapi dah tau si lelaki tu nak dekati kau, still layan die lagi, still bagi harapan bertimbun lagi kat laki tu. Allahualam kalau-kalau si pompuan tu berminat jugak jadi die respon. Ni lah akibatnya terlalu banyak peminat. Dah lali. Aku lah kawan baek die yang kena dengar setiap kali die cerita pasal admirers die. Seronok orang bagi attention kat die. Cehhh. Culture shock agaknya kawan aku sorang ni. Hari tu aku dah tegur. Tapi kali ni takkan lah aku nak tegur lagi. Nanti kata aku dengkikan die pulak. Ye ye. Orang laen tak tau. Tapi bakal tau. Sebab gosip diorang sedang tersebar. Tapi yang sure bukan aku yang sebarkan tapi LELAKI tu sendiri ye. 
Aku tau lah aku tak de peminat *uhukwalaupunpadahakikatnyaadasoranguhukokayperasan* . Tapi aku tak jeles pun dengan awak. Bahagia je hidup tak de peminat. Baru 19 tahun kot. Rilek ah. Lambat lagi nak kahwin. Haihhh. Masalahnya depan orang buat buat tak tau. Innocent lah sangat kan. Semua orang laen tak tau. Aku sorang-sorang je lah tutup mulut. Sebab tu lah aku pasif masa grup tu. Kalau grup laen aku okay je. Aku nak cakap something ni. Aku TAK suka sangat budak laki tu! Tapi selalu segrup dengan die. Arghhh! Esok pagi-pagi lagi ada grup discussion. OMG. Dah lah members ramai sangat. Aku yang pemalu(?) ni pun tak de keje nak buat. Ye lah. Maybe ada member grup tu cakap aku tak buat keje. Padahal kau lah yang nak buat semua. Dah power sangat! AMEK! AMEK! Aku pun rilek sudahhhhhhhhhh. :PPPPPP


Okay. Dah lega! Hehehe. K. Annyeong! ;)

Wednesday, 15 February 2012

maaf

Assalamualaikum.

Terlebih dulu aku nak mintak maaf bebanyak lah aku biarkan belog aku lama bersawang-sawang kat sini. Dah tua dah pun labah-labah yang duk dalam belog aku ni. *ok. tak lawak. =.= * Eh jap jap. Aku mintak maaf dekat sape ni? Macam lah ramai sangat followers aku. kahkahkah. *ok. still tak lawak.* Ehh dah dah. Mengarut je kejenye.

Minggu lepas aku cuti mid sem seminggu. Balik Kelantan dengan kapal terbang. First time wooohh. Haha. Kolot betul aku ni. Air Asia. Now,everyone can fly. cehh. hakhakhak. Balik dengan harapan yang menggunung berhajat nak habiskan masa 24 jam sehari depan lappy, layan korea aku, blogging. Tup tup balik balik umi cakap laptop rosak. Ish ish. Naseb malang betul. Sebab tu lah aku tak blogging lama dah. 2 minggu sebelum cuti sibuk dengan mid semester exam. ngeee~

Cuti seminggu ni aku buat apa? Emm. Banyak~ Pegi lepak kat KB Mall 2 kali, pusat bandar KB 2 kali, maen air dekat hutan lipur Bukit Bakar Machang, and bermalam kat rumah housemate aku, si Affaf. Pastu pegi Kuala Krai rumah sedara mara edar kad jemputan majlis perkahwinan kakak sulung aku bulan 3 ni. Then balik kampong kat Pasir Puteh~ So aku tak sempat rasa boring pun. Nak cuti lagi~

Haaaaa! lupa nak cakap aku dah beli contact lens. Haha. :P

Part 2 sem ni nampaknya banyak gile presentation. Esok pun ada. Aku tengah cari info pasal bendalah tu lah ni. Haihhh. Pinjam lappy housemate. Takpe takpe. Benda ni jugak aku akan tempuh masa belajar kat Pandan Indah nanti. Fuhhhh~  InsyaAllah dapat masuk Fakulti Dentistry!

K lah. bye bye.

**Sekarang aku ada secret best friend taw. Kenapa secret? Sebab orang laen tak tau lah. Classmate kitorang tak tau. Kawan baek aku je pun yang tau. Cuti seminggu hari tu lah aku rapat dengan die. Chat setiap malam kot. Sekali die tegur aku sampai kul 3 pagi lah jawabnye kitorang duk melalut. Berjam-jam. Tapi aku tak pernah boring sembang dengan die. Yang peliknya kat dunia luar die buat sombong je dengan aku. Nak buat macam mana, semua mata memandang kalau lelaki pompuan lepak sama-sama. Kitorang kongsi banyak rahsia kot. Wahahaha. Tapi betul. Sorang je dalam kelas kami yang tau kitorang ni kawan baek. Baek ke? Haha.

Jadi bagi korang, boleh ke berlaenan jantina jadi kawan baek? =.=' **