Sunday, 25 March 2012

doktor gigi?

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya ALLAH. Aku merupakan makhluk yang lemah. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa menjadikan sesuatu perkara itu berlaku. Hanya dengan izinMu ya Allah. Kuatkanlah hambaMu ini untuk terus berada di bumi U*** tercinta ini. Cekalkan hati aku + kengkawan. :(

*ini hanya sekadar luahan hati aku. peaceee. n___n*
Sekarang. 25 Mac 2012. Tambah tolak kira-kira sebulan lagi sisa hidup aku sebagai seorang pelajar Tamhidi (Asasi) di IPTA ini. Tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar? InsyaAllah. Aku telah menunaikannya. Sepanjang program Tamhidi. Aku kenal pelbagai jenis orang. Dapat ramai kawan. Belajar duduk di tempat orang. Bersendirian. Keseorangan. Eh tak. Aku ada Allah. Kalau orang laen ada pakwe? 'Hubby'? Cayam? 'Abang'? Aku takde pun tak pe. Aku ada Allah. :)
Dua hari lepas, students Tamhidi of Dentistry telah dipertemukan dengan Dekan Fakulti Pergigian. Dengan berbekalkan senyuman,kami pergi. Tapi dengan air mata disertakan cebisan harapan dan impian kami yang separuhnya hancur musnah, kami pulang ke KKNC. Bilangan kami pelajar Tamhidi Pergigian sekarang tepat 79 orang. Hampir setahun kami menuntut ilmu bersama. Tapi janji anda kepada kami? "Kami mengambil pelajar bulan September ini cukup-cukup 35 orang." Sorang daripada kami bertanya, "Kalau kuota pengambilan pelajar hanya 35 orang, kenapa U*** mengambil pelajar tamhidi pergigian sehingga 80 orang?" soalan itu dijawab dengan, "Sebab tahun2 sebelum ini tak pernah mencecah 30 orang pun students dapat CGPA keseluruhan 3.3 and above. Sebab tu lah kami mengambil ramai pelajar tahun ni." Tapi bukankah terlalu ramai? Sepatutnya paling ramai pun 50 orang aku rasa dah cukup. Sebelum ni U*** hanya amek 30 orang pelajar untuk Tamhidi (Asasi) Pergigian. Jadi haruslah tak semua dapat above 3.5. Tapi sekarang dunia dah berubah. Generasi sekarang makin pandai. Makin berdaya saing. Tengoklah sem 1 hari tu. Antara kami yang 79 orang, yang dapat 3.5 ke atas pun 40 orang. Jadi memang tak impossible lah ketujuhsembilan-tujuhsembilan kitorang akan dapat CGPA 3.5 ke atas sem 2 nanti. InsyaAllah. Tanya sorang lagi pulak, "Kalau saya merupakan pelajar ranking ke-36? dan CGPA saya atas 3.5? adakah saya akan diterima? atau bolehkah kami yang tidak diterima keluar dari U***?" Jawapannya? "Kami akan mengambil Top35. Tengok kepada markah merit. Proses nak keluar dari U*** is very difficult." So maksudnya cita-cita kami dah musnah lah ye? Macam tu je? Ya Allah. Pointer aku sem lepas just 3.35. Walaupun aku pass pointer syarat nak masuk Fakulti Pergigian iaitu 3.3, maybe aku ranking ke 40 lebih sem lepas. Jadi walaupun aku dapat 4.00 sekalipun sem ni, aku hanya dapat CGPA keseluruhan 3.68. Cukup ke? Boleh ke aku masuk dalam list top35? Diorang yang dah dapat 3.5 sem lepas mesti akan dapat CGPA keseluruhan LAGI TINGGI dari aku! Confirm aku kalah! Ye ye. Memang ada plan B. Aku nak masuk Fakulti Medik. Tapi kalau kuota Fakulti Medik dah penuh? Ye lah. Diorang sekarang dah 80 orang. Campur budak Tamhidi Sains Teknologi yang berpotensi and berkobar-kobar nak masuk Medik dah mencecah 90 orang. Kan dah penuh? Jadi kitorang yang 45 orang lagi nak ke mana? Fakulti of Science & Technology? Erk. Students Tamhidi Sains pun dah ramai gile. Nak sumbat kitorang kat mana lagi? Ataupun kami hanya balik rumah masing-masing, belajar memasak, masuk kursus kahwin, dan tunggu rombongan meminang masuk? Ehhhhh. Apa gunanya kitorang bersusah payah dapat 5A dalam UPSR? 10A dalam PMRU? 9A dalam PMR? 10 Mumtaz dalam SMU? dan 11A dalam SPM? Bagaimana dengan harapan ibu ayah kami? Nak tengok kami berjaya? Nak tengok kami jadi doktor? :( Kami tak nak. Kami tak nak musnahkan impian diorang. Tolong. Tolong jangan permaenkan masa depan kami. Perjalanan kami masih panjang. Jadi tolong. Tolong kami. Tolong aku dan kawan-kawan. Sediakan kami tempat. Untuk kami terus menuntut ilmu Allah. Untuk kami teruskan persahabatan kami. Perjuangan kami. Realisasikan impian kami. Kejar cita-cita kami. Sebelum ni aku meletakkan universiti ni second choice dalam pilihan UPU sebab aku percaya U***. U*** menawarkan kursus yang aku inginkan. DENTISTRY. Dulu aku takde cita-cita. Hingga lah habis SPM pun aku still tak de cita-cita. Aku hanya belajar untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah. InsyaAllah. Kerana Umi dan Ayah. Aku percaya dengan membawa pulang kejayaan aku boleh gembirakan Umi, Ayah. Dapat biasiswa JPA. Ringankan beban mereka. Itulah cita-cita terbesar aku. 

Thus, dear my beloved U***, jangan hampakan kami, students of Tamhidi of Dentistry 2011/2012. Please~

Ya ALLAH. Rajinkanlah aku. Janganlah buat aku dan kawan-kawan berputus asa. Kami redha dengan ketentuanMu. Engkau menempatkan kami di bumi U***. InsyaAllah adalah yang paling terbaek untuk kami. Tabahkanlah kami. Gembirakanlah hati kami. Jangan pisahkan kami. InsyaAllah kesemua kami 79 orang akan berjaya ke Pandan Indah bulan 9 nanti. Ameen.

Dari semalam aku kesunyian. Mencari tempat ingin mengadu. Umi ayah? Aku tak nak risaukan mereka. Kakak? Tak boleh. Kakak sedang struggle dengan final exam. Affaf housemate terapat dengan aku? Die keluar dengan kawan-kawan die. Orang laen tak pe lah ada boyfie. Boleh menangis sekuat hati. Aku? Eh jangan lupa. AKU ADA ALLAH. Tadi setiap kali aku ada problem dengan homework, aku masuk tandas. Nangis sorang-sorang. Fikir buat apa lagi aku susah-payah belajar kalau masa depan aku kabur. Tak pasti hala tuju. Tapi takpe. ALLAH dengar rintihan aku. :') Rezeki Allah ada kat mana-mana. Dan aku ada doa korang. Pembaca setia blog aku. Haha. Kalau lah ada kan~ Doakan aku dan kawan-kawan aku ek. Agar kami tetap akan bersama. Especially TTD3. Kelas aku. TAWAKKALNA 'ALALLAH~

Amalia, Yan, Aini, Farah Aisyah, Aisyah, Khairine, Izni, Aliah, Shahira, Izzati, Seth, Ning, Ida, Sabihah, Mikin, Put, Syahida, Una, Liyana Khalilah, Hidayah, Widad, Islami, Syahmi, Zakwan, Ammar. Fighting! Let's be together! Till the end. 

Fakulti Of Dentistry / Medic. Pandan Indah. InsyaAllah~ :')

Buat adek-adek yang bakal menjekaki langkah akak *erk.terasa tua lah pulak.*, bakal Tamhidians of Dentistry 2012/2013, belajar leklok. Biar dapat skor dari semester 1 lagi ek. Ingat. Menyesal kemudian takde guna. :)

p/s : Al-Fatihah buat arwah Cikgu Nik Bahruddin Salleh, guru Bahasa Melayu sekolah rendah aku, SKDemit(1) yang baru sahaja kembali ke rahmatullah semalam setelah 4 bulan bertarung dengan penyakit barah hati. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi cikgu. Takziah buat keluarga arwah cikgu. Cikgu Baha, kami sayang cikgu! Terima kasih cikgu. Semoga roh cikgu dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ameen. 
Al-Fatihah... 

**Update : Usya sini --> "never give up :) " kalo nak tau how about my second semester in Tamhidi. :')

Monday, 19 March 2012

melawat senior

Hye peeps! :)


hari ni aku melawat Pandan Indah buat kali kedua. USIM Pandan Indah. tempat Fakulti Perubatan + Fakulti Pergigian USIM ditempatkan. program hari ni tak wajib join pun. aku pergi pun bukan sebab berminat. tapi sebab aku dah habis tengok running man yang aku ada. sampai episod 80 je. :( so boring ah duk umah. eh. duk asrama. Nilam Court bukan ada ape pun. boring je hidup hari cuti kat situ. Yan tak nak pegi tapi aku pegi gak. dengan housemates aku,'Adnin and Affaf. pegi sana pukul 8.30 pagi. sampai dalam sejam kemudian. dengar talk kat situ. dari doktor sape dah tak ingat. haha. aku ni bukan minat sangat pun motivasi. jadi tak kenal ah penceramah2 ni. Ustaz Azhar Idrus aku kenal ah. hahaha. kul 10 lebih rehat. breakfast. habis 2 ringgit beli makaroni goreng. haihh. kata makanan free. lepas tu forum pulak. tajuk forum pasal 'would you like to say "i do" to a doctor?'. pasal kahwin woot. aku tak minat lah weh. aku ni muda lagi. tapi patut lah program tu asalnya untuk abang2 dan akak2 senior. oooo. kitorang ni tetamu je. heeee~ aku tak dengar pun forum tu. aku maen game sambil dengar lagu kat handphone aku. harharhar. :P lepas zohor + lunch (makanan free), ada slot LDK dengan senior. Aku + Nin tak join. kitorang escape. kahkahkah. kitorang pegi lepak kat tepi2 bangunan USIM. pegi Giant~ kitorang solat zohor pun kat luar. letih ah cari surau. puas pusing Pandan tu. ye lah. surau atas bangunan fakulti tu penuh. pastu pi bangunan shopping Pandan Indah pi tanya dekat makcik guard. kitorang terpaksa tipu makcik tu cakap berehat sat. padahal kitorang escape. jahat molek! sorry makcik. aku pun tadi 1st time escape dari program. ye lah. biasanya aku nerd. =.= boring lah program. cakap2 dengan senior? tak nak ah. dah lah aku ni tak berapa pandai berkomunikasi. lepas asar kitorang naek bangunan USIM tu balik. buat2 tak de ape2 jadi. tadi aku ada nampak ah jugak beberapa abang senior yang sedap mata memandang. hehe. tapi abang2 medik ah yang banyak. ada lah sorang aku berkenan tapi tak sempat nak berkenalan. erk. okay. nampak kegedikan aku di situ. ewww. so....... lepas maghrib kitorang dah blah~ 
THE END.


ni gambar yang naekkan semangat aku kejar cita2 to be a CUTE DENTIST~ hahahahaha. :P


bilangan meja+kerusi phantom untuk pembelajaran ni lah yang menTERHADkan pengambilan students fakulti dentistry setiap tahun
ada 35 kerusi je. :(



ni pulak gambar2 USIM + kolej kediaman Nilam Court yang aku duduk skang ni. 'sayang' weh nak tinggal Nilai. ngeeeeeee~




tangga keramat nak pi LIBRARY

pemandangan senja di tasik depan KKNC. lawa kan? heee~

dari tingkap rumah aku~

sana tu blok budak laki. skodeng skodeng! :P

meja study aku. comel tak? haha.

doakan kejayaan aku + kawan-kawan masuk Fakulti Dentistry bulan September ni ye~ abang2 senior tunggu adek ek! hahahahaha. *tak habes2 menggedik*


Bai bai~ :P

Saturday, 10 March 2012

gedik

Assalamualaikum.
Alhamdulillah aku dan abang selamat sampai rumah kitorang kul 10 malam tadi. :)


On the way tadi, duk borak-borak dengan abang. Abang nasihatkan aku :


Abang : Awop tu kecik lagi. tok payah nok gewe2 lagi lah. baru 19 tahun. kalu nok gewe cari hok tuo setahun duo tahun lebih tuo. tok payoh letih2 tunggu dio sambung study master ko phD ko. kalu sebayo nati kalu awop abis ngaji doh keno tunggu dio abis ngaji pulok. dio tak po lah jate tuo pun. kalu awok hok tunggu dio andartu lah awok. hahaha.

Aku : Iyolah. Ore pun tok sey lagi jugok gewe. Umi pun tok bagi lagi. Umi oyak keno 20 tahun ke atas baru boleh gewe2 ni. hehehe.

dictionary : - gewe = couple :P


Macam tu lah bebelan abang kat aku atas kereta tadi. Haha. Yelah abang~ Tamhidi pun tak habis lagi. Takde masa lah nak couple. Lagipun aku ni tak secomel Ningroem. Tak selawa Aisyah Noor. Tak seslim Hidayah. Tak seputih Liyana. Tak selembut Farah Aisyah. Sape lah nak kat aku yang comot ni? Hehe. *Habis rakan sekelas aku puji. Huahaha.* Lagipun aku pun tak nak cari jodoh tu. Biar jodoh tu yang cari aku. Kahkahkah. Gediknya aku cakap pasal jodoh. Ishishish.

comel. hehe.
credit to: erk.tak ingat amek dari blog mana. sorry tuan empunya gambar! :(
K lah. Allahualam. Maaf sebab banyak mengarut + melalut je dari tadi. Haha. 
Salam~

Sunday, 4 March 2012

congrats

Assalamualaikum. :)

Hai~ Hehe. Rompak lappy housemate lagi. Oh yeah. Takpe takpe. Minggu depan aku nak bawak laptop aku sendiri mai sini dah lerr. Kak Yong dah tak guna kan~ HEHE.

Malam ni aku dapat good news! Kakak sulung aku (nama glamour : Kak Yong ) pass her final exam! Skarang beliau dah jadi DOKTOR. Wahhhh~ Congrats Kak Yong! Alhamdulillah. Weheeee~ :D
11 Mac nanti dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan abang Hisyam. InsyaAllah. So,the first Amalia dah nak jadi Madam. Bye bye Miss Nik Amalia Nasfatie. Nik Amalia Nasratiena and Nik Amalia Nasrulliana bila pulak? Hahahaha. Kitorang tengah tunggu turn lah ni. Wahahaha! *gatal*

InsyaAllah aku pun akan jadi doktor jugak nanti. Doktor gigi. Kiut kan? Harharhar. :P

K lah. Annyeong!

p/s : tak sabar nak balik Kelantan jumaat nanti! Aku akan dapat abang ipar doktor! hehehe. So aku ponteng lah program Mukhayyam Bahasa Arab (9 Mac-10 Mac) nanti. Dan jugak kelas tutorial + kuliah Isnin yang seterusnya tu sebab aku balik Nilai lewat sehari. Yippi~! ;) 
DO MISS ME..!