Monday, 7 May 2012

Internet!

Atas katil,
Bilik Aku,
Rumah Bapak Aku.

7 Mei 2012.

Ke hadapan adinda INTERNET yang dikasihi,

Mengapakah adinda sanggup memperlakukan kekanda sebegini rupa? :(
Kekanda pingin sekali online malam ini. Dan tengok sekarang. Jarum jam telah menunjukkan pukul 12.57 pagi, wahai adinda. Mengapakah adinda sayang merajuk? Apakah kesalahan kekanda? Dari pukul 9.00 malam tadi lagi adinda banyak songeh. Aduhai adinda. Mengapakah mengikut langkah siput? Sungguh perlahan sekali. Bathiah bak kata Tok Arab. Tolonglah 'sihat' kembali seperti sediakala. Biasanya adinda tidak melakukan perkara 'terkutuk' sebegini. Hari ini kekanda tidak dapat menjenguk muka buku kekanda. Sungguh sedih. Kekanda tak dapat merapu dengan kawan-kawan kekanda malam ini. Sungguh sadis adinda tahu. Tak bisa 'chat' dengan kawan-kawan kekanda. Sadis sekali. :'(  Bukan itu sahaja. Malah membukak laman sesawang YouTube pun tidak boleh sama sekali. Kekanda pingin ketemu oppa-oppa kekanda, wahai adinda. Jadi. Tolonglah kekanda, wahai adinda internet yang tercinta! Adoi~

Yang benar,
Kekanda Amalia Hyukie :P

*Nak online! T.T


No comments: