Wednesday, 30 May 2012

KPOP

Assalamualaikum. :)

Aku tulis entri ni bukan nak cari gadoh. Just mengutarakan pendapat. So aku nak mintak maaf awal-awal lagi kalo ada yang terasa dengan apa yang aku tulis ni. :D

KPOP. Sape lah tak paham dengan istilah KPOP ni kan. KoreanPOP. Dah lama aku minat KPOP. Sebelum Korean Wave melanda Malaysia lagi. Sejak aku Form 2. Sekarang umor aku dah nak masuk 19 tahun. Lebih kurang 5 tahun++ lah jugak aku termasuk dalam golongan kpoppers ni. Aku minat Korea? Just for fun. Saje-saje minat. Aku suka tengok diorang menari. Dasyat gila beb. Kau ade? Heee. Tapi sorry ler aku cakap. Aku tak suka group pompuan. Kalau suka pon just lagu diorang. Sebelum download lagu Korea, aku tengok maksud lagu tu dulu. Okei ke tak. Mana tau ada istilah yang berkaitan dengan agama diorang. Contohnya Venus. Lagu Korea memang banyak guna istilah ni. Aku memang tak download + tak layan lah lagu yang ada istilah berkaitan agama diorang. Lepas aku suka dengan sebuah lagu Korea tu, aku tengok variety shows yang melibatkan artis tu pulak. Group Korea first aku minat tak laen tak bukan ialah SUPER JUNIOR. :) Variety show Korea first aku tengok, Full House Super Junior. Diorang buat lawak, aku banyak gelak. Hepi hidup aku. Nak mengharapkan lawak orang Melayu? Memang lah aku gelak. Aku suka Zizan. :D Tapi gelak tak sekuat dan tak sepuas masa aku tengok lawak orang Korea buat. Hekhek. Then, aku follow je minat aku. Sampai sekarang. :)


Pelik asal aku melalut pasal KPOP kali ni? Aku tengok News Feed muka buku aku. Macam biasa lah. Takde keje. ;) You know? Disebabkan Hari Belia hampeh tu, KPOP dihina. Kpoppers dicaci. Dikutuk. Dan macam-macam lagi lah. Dah dua hari aku nak tulis pasal benda ni. Tapi aku sabar. Bertenang banyak-banyak. Tapi kali ni. Aku dah tak boleh sabar. Sebab ada orang bandingkan KPOP dengan tahi kucing. 'Cantek' nya perumpamaan yang diberi. :D Ada ke aku kutuk minat korang? =.=' Aku memang TAK PERNAH setuju artis pompuan Korea dibawa masuk ke Malaysia. Sebab aku tau nanti ramai remaja Islam dekat Malaysia ni tiru pemakaian diorang. Fesyen diorang. Terutamanya budak pompuan lah. Tapi. Aku tak sangka disebabkan Dal Shabet yang pakai tak cukup kaen tu datang Malaysia untuk Hari Belia kali ni, semua peminat KPOP dibash. Puhlesss lah. #tarik nafas. hembus nafas.# Sape yang suruh diorang datang? Salahkan pihak berkuasa lah. Jangan salahkan semua kpoppers. Aku kpopper. Tapi takde lah over. Sampai nak tiru diorang. Aku tahu lah batasannya. Sedeh. :( Kenapa konsert-konsert sebelum ni takde pun orang yang tampil cakap konsert ni menyebabkan pergaulan bebas? Tempat maksiat dan sebagainya. Kenapa masa KPOP datang ni jugak lah diorang nak post dalam facebook berkali-kali pasal ni. Konsert-konsert artis Melayu lagilah memberi impak negatif. Tengok pemakaian artis Melayu Islam tu macam mana. Pakai legging. Miniskirt. Budak-budak pompuan Melayu pun beranilah tiru diorang pakai. Kenapa? Sebab artis tu orang Islam pun boleh pakai. Kenapa die tak boleh pakai? Aku sangat sangat sangat benci pompuan Melayu Islam BERTUDUNG, tapi pakai LEGGING? OhEmmGeee. Apekah? What the fish? Kenapa merosakkan imej wanita bertudung? #geleng-gelengkepala# >.<

Jangan lah guna perkataan KPOP laen kali. Tolong. Cakaplah semua konsert. Janganlah ditujukan kepada KPOP je. Aku faham maksud korang. Nak tunjuk kemusnahan akhlak remaja Melayu zaman sekarang. Tapi bukan KPOP je penyebabnya. Tapi artis Melayu + Barat + Hindustan semua terlibat laaa. Lagi satu. Pasal pergolakan di negara-negara Islam. Kenapa ramai cakap orang minat Korea ni tak kisah pasal semua tu? Aku pun Islam jugak. Aku TAHU dan aku KESAH kepada saudara-saudara Islam aku dekat sana. Tapi aku tak nak tunjuk dekat facebook, twitter or belog aku. Sebab aku takut nanti menimbulkan sifat RIAK. Iman aku still lemah. :( 

Aku pun dah cuba lawan nafsu minat Korea tu. Buktinya? Sekarang aku dah tak kesah dengan group-group Korea baru. Macam EXO, BToB, B.A.P etc. Aku tak kenal members group-group baru ni. Dah tak kuasa aku nak ingat nama-nama + muka-muka diorang. Dah ramai sangat dahhh. Haha. Sekarang cukup lah dengan cite Korea + Running Man. Yang laen aku dah kurenggg. :)

Banyak lagi sebenarnya aku nak tulis pasal Hari Belia vs KPOP tu. Tapi taknak cari gadoh. Taknak sampai libatkan hal-hal politik. TAKNAK ! Lagipon aku yang muda tang-tang lagi ni pun tahu yang mana baek. Yang mana tak baek. I love Tok Guru ! ;)

Kepada kpoppers di luar sana. Apesal lah korang pegi tiru gaya orang kafir tu? Adoi. Ingatlah agama dan bangsa korang. ISLAM lah sayang oi. Sayangilah agama korang. Sayangilah parents korang. Sayangilah maruah korang. Bersyukurlah korang dapat nikmat Islam. Kenapa nak tiru orang Korea yang tak bernaseb baek dilahirkan dalam keluarga bukan Islam? :( Pastu, jangan lah over sangat memuji-muji + defend artis-artis Korea pujaan korang tu. Janganlah sampai gadoh-gadoh dengan saudara seIslam disebabkan KPOP. Tak baek laaaa. Menjatuhkan maruah kpoppers je. KPOP haters tu orang-orang yang takde keje nak buat. Die keboringan. Nak publisiti murahan. Sebab tulah takde pasal-pasal, bising dalam belog die. Duk kutuk-kutuk KPOP. Jadi, kalau ada orang cakap artis Korea yang kita suka tu hodoh ke buruk ke, korang tutup telinga je lah okei? Chill chill~ :D

Maaf kalau ada yang tersinggung. :'(
Hanya sekadar pendapat aku, insan yang kerdil di atas bumi ALLAH SWT ini. :D

Byebye. :)

5 comments:

Anonymous said...

saya bkn org xpuas hati tau....mmg brilliant komen2 yuyu pasal kpop tu....diorang xpatut bash kpop je....konsert rock metal org putih yg freemason kt msia buat blh pulak....tp yg pasal exo tu sorilah sbb ni satu2nye grup yg pernah i btol2 minat...sblm ni minat biasa2 je kt kpop.....hehe....smua org ada minat msg2 kan?? =D from yin

amalia eunhae said...

Haha. Tulaa. Semua org ade mnt msing2. :)

amalia eunhae said...

yin mmg lah mnt exo. tau3. n yuyu pling mnat suju + infinite. wahahaha~

Anonymous said...

ok2...everybody have their own taste...kih3....i'm going korea lusa....annyong=D!!!

amalia eunhae said...

hahaha. smoga jmpa exo lah ye~ :D