Wednesday, 9 May 2012

Malang

Salam.


Nak cite something. Pagi tadi aku bangun awal dari biasa. Sebab plan nak pegi lepak kat bandar hari ni. Tapi terbangun lewat sikit dari dirancang. Tsktsktsk. Bangun-bangun tu aku pi lah cari baju yang nak dipakai. Terasa lah pulak nak pakai baju yang memerlukan inner. Aku pun ape lagi. Pi cari lah inner hitam aku yang dah lama aku tak pakai tu. Aku tak bawak pegi USIM dulu. Tinggal kat umah. Cari punye cari tak jumpa-jumpa. Stres aku dibuatnye. Dah lah baru bangun tido. Kakak aku duk memekak suruh aku mandi. Padahal aku masa tu still half-awake lagi. Adoi. Cari habis satu almari tu pun tak jumpa-jumpa. Menyirap darah aku! *Over bebenor. Hahaha.* Lepas tu aku sakit perut yang teramat sangat. Mata aku tetibe jadi gelap. Berpeluh satu badan. Dunia pusing-pusing. Telinga aku berdesing. Tak tahu nak buat ape aku pergi terjun lah atas katil. Aku gitau kakak, aku nak pitam. Buleh pulak die gelak. Haihhh. Lepas tu aku mengucap bebanyak. Istighfar. Bace ayat kursi berkali-kali. Rehat sat. Lepas tu dah okay. Persoalannye apehal aku jadi macam tu tetibe je? Pelik betol. Haha. Alhamdulillah lah aku dah okei sekarang. Aku pikir maybe sebab bangun awal kot. *Uhukkul10.30uhuk* Bagi aku dah kire awal lah tu. Hahahaha. Kalau tak pun sebab aku pekena Nescafe semalam. Perut aku ni tak biase dengan kopi. Sejak kecik lagi umi aku tak biasakan kitorang adek-beradek minum Nescafe. Tapi aku bukannye tak pernah minum Nescafe pon! Ade lah jugak kekadang. Aikkk. Pelik lah. Ade penyakit ape pulak aku ni? Nak kata sebab power rabun mata aku dah naek? Mana ade. Aku baru je 'update' kuasa mata aku ni tengah semester 2 hari tu. Bende ni kena check at least setiap 6 bulan. Tapi aku selalunye setahun sekali jek. Berbalik ke cite aku tadi. Lepas dah okei, aku bersiap lah nak kuar dengan kakak aku seperti yang dirancang dalam plan A. Lepas tu! Tengok-tengok lesen kakak aku dah mati! Hushhh. Tamat tempoh 8/5 pulak tu. Ngokngek betul lah. So, kitorang pun beralih ke plan B. Yakni duk terperap kat rumah je lah jawapannye. :(

Moral of de story : Malang tak berbau.

sekadar gambar hiasan. memang tak de kena-mengena dgn cite aku. wakaka.


**p/s : Penyakit aku tu sampai sekarang tak diketahui identitinya. Hmmm. :/

Babai!

No comments: