Friday, 29 June 2012

Books

Assalamualaikum ! :D


Dah lama tak hapdate. Heee. Tengok King 2 Hearts yang ntah pape teww. =.=' Lepastu internet buat hal 3 hari lepas. Kadang2 je dia elok. :(


Pagi tadi kakyong mesej. Dia mintak tolong ayah poskan buku. Tajuk Orthopeadic Examination Mcrae + Orthopeadic Maheshwari. Adoi. Dengar tajuk pon aku dah macam, @#$%^&*! Apakah? O.O Dah hampir 2 minggu kakyong posting dekat Sarawak. Hospital sama dengan suami dia. Untong laaa~


Aku pon terpikir tadi. Nanti kalo dapat masuk dentist, aku guna buku sama dengan kakyong ke? Haha. Tengok rak buku kakyong pon, dah ler semua tebal2 macam kamus Oxford, berpinar mata aku. O.o


.buku.
.buku lagi. =..=
Ni baru yang kakyong tinggal dekat rumah. Haihhh~ Ayah suruh aku baca semua buku ni. Kan duk umah tak buat pape. Tapi sorry laaa. Aku tak minat membaca. Harhar~ :P
Saja je nak hapdate. Lalala~ Byebye. ;)

*Right now I'm waiting for SuJu's new song MV teaser ! Arghhhhh. LEE HYUK JAE ! >////<

Sunday, 24 June 2012

I Love You So

I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you :)
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal 
Oh I love you so~
I love you so <3


Now I know how it's like
To have Your precious love in my life :D
Now I know how it feels
To finally be at peace inside :')
I wish that everybody knew how amazing feels to love you
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong


O Allah, I'm forever grateful to You n___n
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal :D
Oh I love you so~
I love you so <3


My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for YOU <3
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You. :)
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for YOU. InsyaAllah. :') *




Just one word. Beautiful. :')
Byebye, wassalam. ^^

Thursday, 21 June 2012

Never give up ! :)

Assalamualaikum. :)
**Entri ni sangatttttttt panjang okei! Hikhik. :P **

Di suatu petang yang sunyi + membosankan. =,=
I got 1 unread message. Opened it.

click to ENLARGE
Apa lagi. Gelak guling2 laaaa aku jawabnya. Hahahaha. Takpe takpe. Demi junior2 yang ku sayangi, aku buatlah jugak entri ni. Plannya nak tulis at least lepas dapat result degree. Tapi aku takde keje + boring + boring + boring, and dah ada idea nak mebebel, tulis je laa sekarang. :)

Emmm. Disebabkan sekarang result tamhidi sem 2 dah menjadi topik perbualan yang agak basi, izinkan aku cakap result aku berapa yee. Jangan cakap aku perasan ke hape ke pulak. =.=' Ni special untuk membakar semangat adek2 junior aku *kononnyalah*. Merujuk kepada perbualan aku dengan Mira (saudari setamhidi pergigian dengan aku), sebagaimana gambar di atas, result sem 1 aku agak terukkk. Tapi alhamdulillah, all praises to Allah. Saya ulang, ALL PRAISES TO ALLAH:) Aku dapat back-up result aku dengan result sem 2 punya. Semester 1 aku dapat 3.35. Amat rendah bukan? :( Semester 2 pulak 3.95. Alhamdulillah. :D Jadi secara total up, pointer aku 3.64. Cukup syarat pointer nak masuk Fakulti Pergigian, kena above 3.5. But ! Memandangkan competition yang agak sengit, aku pon belom sure lagi dapat masuk ke tak fakulti yang aku nak tu nanti. :( Only 35 of us (79 students of Tamhidi of Dentistry) will go to the Faculty of Dentistry. Ishishish. Cuak cuak.

Seperti yang diminta, meh nak cite tentang cara belajar aku masa semester 2. Walaupon aku ni tak layak pon nak nasehat2 orang ni sebenarnya. Hehe. Sem 1 tak payah citelah, aku lalai + hanyut ke laut sejak awal sampai tamat sem 1. Yelaaa. Dah jumpa crushie. Kahkah. Budak course laen pulak tewww. Tengok2 dia pegi Jordan tetiba. Padan muka akuuuu. T^T

Adek2 yang dikasihi Allah,

Firstly nak ucap congrats untuk korang sebab berjaya masuk Tamhidi Pergigian USIM sesi 2012/2013. Walaupun akak tahu majoritinya ini bukan first choice UPU korang kan? Padan muka. Muahahaha. Berbalik kepada soalan dari junior Kak Mira, macam mana nak dapat semangat study walaupon tak lepas pointer sem 1? Senang je. Tanya diri sendiri. "Aku nak ke tak nak masuk Fakulti Dentist / Medik dekat Pandan Indah nanti?". Kalo taknak, teruskan hanyuttt. Silesilesile. Kalo nak, bangunlahhhh! Usaha lebih sikit. Ingat lagi akak hampir mengalah masa dapat result sem 1. But apabila tengok kawan2 yang berjaya, diorang jadi pembakar semangat akak. Dalam hati, "Aku nak jadi macam diorang jugak. Boleh gembirakan umi + ayah." Masa tengok diorang amek anugerah dapat dekan? Memang sedih teramatttt. TT.TT Yelaaa. Tak habes2 fikir aku boleh ke Pandan Indah ke tak nanti? Balek dinner malam tu, terus nangesss depan housemates aku, Affaf + Adnin. Wakakaka. :P

Just be yourself. Jangan tiru cara study orang laen. You know yourself right? Masa SPM ada 11 subjek, korang boleh skor A dalam semua subjek. Why not in Tamhidi? Ada 7 subjek je pon. Bolehhhh jek. InsyaAllah. :) *poyojekan?haha* Jangan stress sudahhh. Kalau akak, dulu selalu buat latihan tutorial. Sem 1 akak malassss gila nak buat tutor. Sebab tak sempat. Jadual tamhidi pack sangat. Tapi sem 2 akak selalu siapkan tutorial. Sebelum final pastikan tutor semua topik siap. Soalan exam final 2 X 5 je dengan tutor. :) Kalo ada masalah, tanya kengkawan yang laen. Kalo ada problem lagi, tanya lecturer. *tapi seriously aku tak pernah pegi jumpa lecturer face to face pon. kahkah. JANGAN TIRU AKSI INI. :P*

Carrymark? Usah bimbang usah risau. Setiap kali kuiz or test, mesti ada punya soalan bocor dari sesape yang amek dari senior dia. Korang tumpang lah sekaki. HAHAHA. Gegurls tamhidi USIM ni ramai yang malu2 dengan budak laki. Yelaaa. Kalo dia dari sekolah yang sejantina je, lagi lah kekok. Macam aku masa sem 1 laaa. Dah lah aku ni tak reti berkomunikasi. Aku reti berbahasa Kelate je. Harharhar. Sebab tulah dalam kelas + kuliah, aku ni senyap, pendiam dan ayu. Akak nasehatkan adek2 yang pompuan ni nak tak nak pon HARUSlah cuba berbaek2 dengan classmates budak laki. Selalunya diorang yang ada soalan spot. Lagipon budak lelaki tak kedekut ilmu. Tak macam pompuan, egonya lebihh. :P Cakap taknak tahu soalan spot lah konon. Kena jujur pada diri sendiri. Tapi dalam hati Allah Maha Mengetahui. Bagi saya lah kan, nanti final buktilah kebolehan diri tu. Final 60% kot. Dah cukup untuk buktikan tahap kita sepanjang semester tu. Haaaaa ! Kalo malu nak berbaek dengan boboyots depan2, tiru akak. Ahaks. Korang usya diorang kot mesej lah. Cakap dekat dia tolong bagitau kalo2 ada soalan bocor spot. Membantu tau. Takpon try usya housemates yang dah amek kuiz + test, budak course laen la. Medik + Science students belajar sama je dengan Dentist. Carrymarks ni amat membantu gred result kita. Tapi ingat ! Dah tau soalan spot pon, bukannya korang tahu jawapannya apa. So kena study jugak. Cuma at least kita tau yang mana topik yang kita kena fokus lebih sikit. Just kalo dah tahu, sama2 lah kongsi. :D *jangansampaikantoidenganmadamsudaahh.*

Dalam kuliah? Rilek ahhh. Jangan stress sangat. Kalo boleh fokus bebaek, bagus lah. Tapi kalo dah ngantok, tido je lahh. Rehatkan minda. Hahaha. Sebenarnya akak tak tahu pon macam mana nak fokus dalam kuliah. Makan gula2 3 kilo pon still ngantok lagi nak buat macam mana kan? =.=' Cuma kalo dah tak boleh fokus dalam kuliah, balik tu, bukak buku, baca + study sendiri. Tak paham, tanya housemates or lecturemates. Untuk subjek yang lebih susah, macam bagi akak, Maths, akak study malam sebelum lecture topik tersebut. Barulah boleh faham jugak sikit2 lecture keesokannya. Maths ni sebenarnya taklah susah sangat, tapi untuk Tamhidi, dalam masa 5 bulan (1 semester), kita kena belajar lebih kurang 10 tajuk. Otak bijak boleh laa catch-up. Tapi orang macam aku ni kena lah usaha lebihhh sikit. Kalo akak dulu sem 1 ada 13 tajuk kalo tak silap. Sem 2 ada 8 tajuk. Tapi rilekkk sudahhh. Practice makes perfect. :) *poyonyaaku~kahkahkah*

Yang paling penting, DOA. Selalu berdoa + bertawakkal. Doanya apa? Tepuk dada tanya iman. Cewahh! Korang tahu apa yang korang nak kan? Jangan lupa, doakan untuk kawan2 jugak. Allah Maha Mendengar. Don't ever ever ever give up. Kalo rasa down, cepat2 istighfar + mintak pertolongan dengan Allah. Dengan izin Allah, insyaAllah, everything will gonna be alright. :) Tak payah nak gatal mintak tolong boyfie laaa~ :P Dia bukan boleh tolong pon.

**Dulu, awal semester 2, aku saket. Saket apa? Biarlah ia menjadi rahsia aku. ;) Walaupon penyakit tu tak bahaya, tapi membebankan aku. Aku sembunyikan penyakit ni dari umi + ayah selama 2 bulan. :( Aku tahan saket sengsorang. Konsentrasi dalam kuliah / kelas pon selalu terganggu. But thanks to Allah, siang hari rasa saket tu kurang sikit. Cuma waktu malam, especially sebelum tido, aku selalu nanges. Menahan saket sengsorang. Tapi ALLAH kan ada. :) Bergantunglah kepada yang tak mati, ye sayang? Aku pujuk hati aku "Setiap musibah pasti ada hikmahnya. Mungkin penyakit ini boleh hapuskan dosa2 aku selama ni. InsyaAllah, Allah bersama aku. :') " Lepas sematkan kata2 semangat itu dalam kepala aku, barulah aku boleh tido. Alhamdulillah. Bulan Februari, balik Kelantan, aku gitau umi + ayah, then pegi jumpa doktor. All praises to Allah, sebulan lepas tu aku sembuh. :D**
Kesimpulannya, kalau korang ada masalah, tak kira ianya peribadi / pelajaran/ whatever, berserahlah kepada Maha Pencipta, ALLAH SWT. :)

Btw, tak paksa pon adek2 ikot cara study akak ni. Maybe ada yang baek ada yang tak. Pandai2 lah korang fikir nak ikot ke tak. Heee. Setiap orang ada cara study masing2 kan? Aku pon selalunya sambil study, telinga dengar lagu Korea, mulut pulak melolong sama2 nyanyi. Harharhar. Asalkan benda tu buat kita study dengan hepi, just do it. ;) Okei, lastly saya ucapkan good luck kepada junior2 tamhidi. Kalo rasa nak selamat, taknak hidup dalam kesedihan + kebimbangan masa sem 2, try untuk skor above 3.5 untuk kedua2 sem yeee. :D
Aja aja fighting ! n____n

Tenkiu bebanyak sudi baca entri yang sangat panjang ni.
Bye bye. Wassalam. :)
*ada gaya macam pakar motivasi tak? mwehehehe. :PP


Wednesday, 20 June 2012

Jalan2 - DAY 3

Assalamualaikum pembuka bicara. :D

Meh nak sambung stori mori hari tu. Hari ke-3 (Ahad lepas), kitorang balik Kelantan laaa. Apa lagi. Nak buat apa lama2 dekat tempat orang. Bangun awal pagi lagi sebab nak breakfast then hantar kakak naek bas dekat stesen bas Shah Alam. Kakak balik Perlis terus. So dia tak balik dengan kitorang laa. Padan muka diaaaa. Harharhar~ :P 

#kitorang dah pegi Korea ! yay! LOL.
Lepas tu balik hotel semula sebab nak jumpa kakyong + abang Hisyam dekat situ. Diorang bagi kek kahwin + 'sisa' majlis kahwin diorang yang lebih semalam. Then, kami breakfast sekali lagi dengan diorang. Wakakaka. XD


Okei. Nampaknya teknik imbas kembali aku makin lemah. >.< Aku dah tak ingat pukul berapa kitorang bertolak hari tu. Adesss. Takpe. Tak penting. Balik kali ni abang + ayah drive bergilir2. Sebab kereta buat hal + kitorang balik lalu jalan jauhhh. KL --> Kuantan --> Kuala Terengganu --> Jerteh --> Besut --> Tok Bali --> Kedai Lalat ---> rumah aku. Biasanya lalu jalan alternatif Gua Musang. Tapi jalan tu kan banyak bukit bukau. Disebabkan kereta tak berapa sihat. Terpaksalah lalu kot jalan yang rata giteww.

#drivers.
Sambil2 tu singgah rumah kawan parents aku jap. Kat Kuantan. Maghrib baru sampai Besut. Kitorang berhenti makan malam dekat sebuah restoran yang agak buruk & kotor  agak 'cantik'. Takde pelanggan laen selaen kami. Tapi nak buat macam mana. Perut dah lapar and ada restoran tu je dekat situ. :( Umi pesan Tomyam + 'the geng', hidangan untuk 4 orang. Tapi tuan kedai tu buat surprise. Dia kasi kitorang hidangan untuk 8 orang. Wowww. Last2 memang tak habes lah lauk-pauk tu. Yelah. Dah banyak sangat. Walaupon kitorang ni 5 orang. So umi mintak plastik sebab nak bungkus bawak balik. Masa tu taklah terkejut sangat. Cooool jek~ -.- Tapi masa ditanya harganya berapa dong? Makcik tu cakap, "RM80". @#$%^&*! :O Okei fine. Rezeki dia. Nak buat macam mana kan? Tapi lawak kalo ingat balik. Dah macam makan dekat hotel 5 bintang kottt. Walaupon kenyataannya..... *geleng2kepala*
Then singgah solat kat rumah Mak Su Nun, makcik aku. On the way balik lepas tu kereta start buat hal lagi. =.=' Mati banyak kali dekat traffic light. Huhuhu. Tapi alhamdulillah akhirnya semua selamat. Pukul 11 malam sampai rumah. :)
Balik2, online jek, ramai orang rindukan aku rupanyaaa. Kahkahkah. >/////< Ape lah korang ni~ Kan aku dah pesan tahan ler rindu teww sikit. Hikhik. :P *gedik+perasan+mengada2+sewaktudengannya*

Umi + ayah pesan, "Bo lah cari ore luar nyo. Payoh nok gi ngata. Cari hok dekat2 jahhh. >:( " Maksudnya : Laen kali jangan cari pasangan hidup orang dari negeri selaen Kelantan. Cari yang dekat2 je. Sebab parents aku cakap diorang dah serik hantar kakyong, kena pergi jauh2. Banyak problema katanya. Wakakaka. BAEK BOSSSS ! Akan aku usahakan. :D
tapikalodahjodohnakbuatmacammanakan? :P *gediklagi.lalalalala~*

Byebye.........

Monday, 18 June 2012

Jalan2 - DAY 2

Hai hai hai. :D


Hari second, bersamaan dengan hari Sabtu, 16 Jun 2012. Hari ni majlis kenduri kakyong. Rumah hubby kakyong (merangkap Abang Hisyam) dekat Subang. Rasanya depan Summit kot. Harhar. Aku pon tak sure sangat. :P
Family aku semalam semuanya pakai sedondon. Baju warna gold brown. Kecuali kakyong lah. Die pakai baju pengantin. Okei. Let's the pics tell you the story. Aku malas daaa nak taip. Tapi sorry ler. Gamba pengantin tak banyak pon. Hahahaha. Gamba aku + kakak je banyak. Lalalala~ :P Klik gambo kalo nak enlarge yeeee.


Masa perarakan(?). :) 


diiringi dengan paluan kompang ye. imagine imagine~



Nampak macam majlis perkahwinan kakyong sebelah pihak lelaki ni diadakan secara besar-besaran kot. Yela. Abang Hisyam anak bongsu. Dahleranakorangkaya. Ada 7 khemah untuk tetamu yang datang.


tengokkk. panjangnyeee khemah. :O *overreaction*
Hero + heroin pada hari tu. ;)


Doctors.
Sekitar majlis kenduri. :)


Umi + sepupu2nya + ibunya (Che)
kak leeya + kakak
abang + abang hisyam  + kakyong + kak leeya (makwe abang. woot2) ;)
Pukul 4 petang majlis tamat. Lepas tu sesi photoshoot outdoor pengantin dekat Putrajaya. Photographernya jiran sebelah rumah aku. Ni hah belog company photography die ---> Orang3D. Aku + kakak ikot serta jugak. Pegi tumpang kereta kak leeya. Kitorang sampai awal. Pukul 4 lebih-lebih dah sampai dekat Putrajaya. Tunggu orang laen dekat luar foodcourt. Ramai betol pelancong. Lebih kurang sejam kitorang duk situ. =.=' Disebabkan kami pakai baju kurung, orang laen pandang pelik je. :( Tetibe datang serombongan pelancong Vietnam. Sorang laki dari mereka datang dekat kami, lepas tu amek gamba kitorang 3 orang ni. Tetibe jek. Haha. Die senyum2 + thumbs up dekat kitorang. Apa lagi, kitorang pon sengih je laa. Lepas tu datang rombongan dari China pulak. Ramai pulak tu. Sorang pakcik tengok2 kitorang lepas tu amek gamba kami. Blurrrr. O.o What's going on nih? Then lagi ramai datang. Ade sorang pakcik umor lebih kurang 30-an senyum2 jugak. And then duduk between kakak + kak leeya, then suh pakcik makcik laen amek gamba kitorang. Aku duk tepi kakak. Kitorang dah terkejut. Tak tahu nak buat ape. Senyum je laaa. Macam ni hahh ----> n______n . Sorang demi sorang diorang ikot turn duduk and bergambar dengan kami. Lebih kurang 7 ke 8 orang jugak laaa pelancong2 luar negara tu kesemuanya. Adoi. Ingat kitorang ni duta Malaysia ke? Hahaha. Tak pe lah. Popular kejap. Lalalalala~ Yang ruginyaaa aku tak terfikir nak bagi kamera aku dekat diorang masa tu. Jadi tak boleh la buktikan cite ni dekat korang. Sebab takde gamba. Nak buat camna masa tu kitorang blur sangat. Tak terfikir pulakk. Tetibe je popular. Wakaka.

Dari tempat kami duduk. Aku snap pic ni sebelum kitorang jadi popular teww. Harhar~
Pukul 5.30 baru pengantin + kuncu2nya sampai. Lambat betol. >:( Gamba pengantin photographernya yang amekkan. Bukan kitorang. Wahahaha. So gamba pengantin takdelah. :P

Masa untuk menggedikkk. Oh yeahhh !






kakak 
aku 
Kul 7 petang kitorang balik hotel. :) Sebelum tu pegi hantar photographer tu dekat rumah adek die kat Damansara dulu. Lepas tu kereta buat hal lagi. Mati tetibe. Haishhh. Berhenti tepi jalan kejap. Last2 sampai hotel dalam pukul 10. >:( Asalnya plan nak pegi tengok movie malam tu tapi sebab dah lewat, abang bawak kitorang pegi i-City je. Buat saket kaki je pegi sana. Bukan buat apepon. Letih siottt. Pukul 11.30 baru balik hotel. Tido. Lagi syok.
Dah abes day 2 aku. :)

**pengalaman jadi popular tibe2 takkan aku lupakan. harharhar.

Jalan2 - DAY 1

Assalamualaikum. :)


Hype ! I'm back. Heeee. Alhamdulillah malam semalam dah sampai rumah. Meh nak recap tentang 'percutian' aku dekat KL kali ni. ;)


Bertolak pukul 8 pagi lagi. Tapi banyak kali stop dekat R&R. Sebab kami berkonvoi ramai-ramai dengan sedara mara. Jadi kena tunggu sorang demi sorang sampai. Penantian sememangnya amat memenatkan dan melambatkan. =.=' Kereta ayah pulak buat hal. Sebelum ni sihat jek. Masa nak guna die jugak lah, die meragam. Nama je Mercedes. Wekkkk. Naek bukit merayap macam siput.


Pukul 6.30 petang baru sampai dekat hotel. Hotel ni dekat dengan UiTM Shah Alam. *saje nak cakap.lalala~*




Masuk bilik. Mandi mandi. Terus tido. 
Tamat sudah hari first aku dekat sana. Hahaha. Boring~ =.='


*untuk day 2 + 3 akan aku hapdate A.S.A.P. Hikhik.

Thursday, 14 June 2012

Sleep

Assalamualaikum. :)


Nak hapdate belog lagi boleh? Harharhar. Aku kan takde keje nak buat. Wekkk. :P Sokayyy lah ek. Esok lusa aku tak update dah ler. Nak pegi Selangor. Majlis 'menyambut menantu' kak yong. Betul ke ayat tu? =.=' Dari Jumaat sampai Ahad merempat kat sana. 3 hari je. Tahan lah sikit kalo terindu I yeww. :3


zZzZzz.


Malam semalam, ada sorang kawan aku yang prihatin + baekk nasihat aku jangan selalu tido lewat. Yeyeye. Aku kan selalu tido kul 3 pagi, 4 pagi. Die cakap tak baek untuk kesihatan. Emmm. Aku tahu. Tapi aku tak tahu secara spesifik macam mana tido lewat ni effect kesihatan kita. Aku pon tanya lah uncle google tadi apa "keburukan tidur lewat". Kalo nak tahu baca ni ----> SDKD. Insaf kejap. Ye tak ye lah. Aku baru perasan aku ni setiap hari tido lewat. Paling awal pun pukul 1 pagi. Kahkahkah. Tak rock lah tido awal ! Tapi nampaknya aku kena ubah lah tabiat tido lewat aku ni. Aku dapat tau tido lewat boleh merosakkan hati, ubah sistem semulajadi dalam badan, menyebabkan kita jadi moody, dan paling menakutkan aku, tido lewat boleh mengGEMOKkan. Patot lah aku gemok. T^T Tapi asal kakak tu tido lewat macam aku jugak. Tapi keding je aku tengok. Berat die pon tak sampai 40 kilo kekadang. Haihhhh. Aku start tido lewat sejak sekolah dulu lagi. Seingat aku masa darjah 6, aku dah belajar tido kul 2 pagi. Yelahhh. Cikgu Rosli suruh siapkan latihan Matematik satu buku satu malam. Kena lah siapkan. Nanti kena denda. :( Masa sekolah menengah, semakin menjadi-jadi lah tabiat tido lewat aku selepas berjinak dengan Korea. Haha. Sejak form 3 sampai form 5 selalunya aku + kakak tengok variety shows Korea sampai kul dua tiga pagi. Tapi mujur laaa esok pagi dalam kelas tu, aku tak ngantok. Tak pernah aku tido dalam kelas. Ajaib kan? Hewhew. Masa masuk USIM baru lah aku start tido dalam kelas + kuliah. Wakakaka. Tapi bukan selalu pon. XD


Kena belajar tido awal dah lah start hari ni. Paling lewat pun 12 tengah malam. Tapi tak tahu lah. Biasanya aku ni hangat-hangat tahi kucing je. Kahkah. O.o


Baibai. Do miss me. Hikhik. :P


*korang menyampah ke kalo aku selalu update belog? Sorry laaa. Aku boring + lonely tapi rasa nak membebel. Hukhuk. T.T

Sahabat

Assalamualaikum.

Entri ni aku tulis khas untuk seorang hamba Allah, yang masih aku anggap dia sebagai SAHABAT aku. Dulu aku tau die selalu blogwalking belog aku. Tapi sekarang, entahlah. Cuma aku harap die baca entri panjang ni. Oh yaa. Please noted, she's a girl ye. Heeee~ :P

Wahai sahabat,

Firstly saya nak mintak maaf. Dulu sebelum hubungan kita semakin renggang. Sebelum kita sudah mula tak bertegur sapa. Tak bergurau senda. Tak study bersama. Saya dah mintak maaf kat awak. Saya masih ingat mesej terakhir saya hantar kat awak. Saya cakap "Ore buke nok putus saem ni, tapi ore mitok maaf lah selamo ni kalu ado wat saloh."  Tapi awak. Saya sangat sangat terkilan apabila saya tak pernah menerima perkataan MAAF daripada awak. Walaupun saya dah bagitau awak, saya selalu kecil hati dengan perbuatan + kata-kata awak. Tapi sahabat. Tak sangka sampai begitu sekali susah bagi awak untuk mengucapkan "Maafkan saya". Kenapa awak? :(

Kita bersahabat sejak di bangku sekolah lagi. Cuma tak rapat je. Selama 4 tahun kita sekelas di Maahad. Selepas tamat persekolahan, persahabatan kita masih lagi diteruskan. Kita ditakdirkan sama-sama melanjutkan pelajaran di USIM. Dalam kursus Tamhidi Pergigian. Dan ditakdirkan sekali lagi kita sekelas, awak. Awal semester 1, kita selalu pergi ke sana ke mari bersama. Dengan seorang lagi kawan kita, si Y. :) Kita selalu bergurau dan berlawak. Tetapi akibat kita semakin hari semakin rapat, kita dapat tahu perangai sebenar masing-masing. And apabila dah lama berkawan saya perasan ada something yang tak kena tentang diri awak. Saya cuba bertanya kepada orang laen, takut-takut hanya saya yang terlebih amek perhatian. Then nampaknya kawan-kawan kita yang laen juga bersetuju dengan saya. Termasuk rakan-rakan sekelas kita masa sekolah menengah dulu. Dan termasuk budak laki classmates kita, ada yang bertanya saya pasal imperfection awak tu. Kami cuba tegur awak. Saya tahu saya tak perfect. Sebab tu lah saya pun selalu ditegur jugak. :) Orang tegur kita, so we have to try to change our attitude. To be a better person. InsyaAllah. Kitorang harap dengan tegur awak pasal tu, awak dapat mengubah sikap tersebut. Jadi saya dan Y berpakat untuk tegur awak. Kami tegur sedikit demi sedikit. Mula-mula kami tegur dengan gurauan. Tapi nampaknya tanggapan kami salah. Awak amek serius. Kitorang bergurau je awak. Serius. Supaya awak sedar apa yang 'unik' tentang diri awak. Tak sangka pulak awak amek serius. Awak fikir kitorang kutuk awak. And something bad happened between us. T^T Orang cakap kita kena terima kawan kita seadanya kan? Tapi awak bagitau saya, awak selalu kecil hati dengan kata-kata saya dan Y. Jadi setiap kali awak terasa, saya dan Y yang dapat dosa. Kitorang tak sanggup, awak. Akhirnya saya dan Y ambil kata putus, biar kita kurangkan keakraban antara kita. :( Awak cakap awak ramai kawan. Sebab tu lah kami berterus terang dengan awak. Maybe kita tak sekepala. Lastly saya dan Y mintak maaf dengan awak. Tapi apa awak jawab? Awak cakap, "Tulaaa. Selama ni semua simpan dalam hati." Awak. Kitorang simpan bukan sebab apa awak. Sebab takut nanti awak cakap kitorang taknak kawan dengan awak. Tak sangka pulak itu kali terakhir kita contact. Walaupun sekelas. Start dari pertengahan semester 1 sampai sekarang. Kita dah tak pernah sembang sama-sama kan? Eye contact pun tak. Classmates laen pun pelik kenape saya dan Y tak baek dengan awak walaupun kita satu sekolah dulu. Diorang tak tau. :(

Sekarang result semester 2 pun kita dah dapat. Awak budak pandai. Saya pasti awak dapat pointer lagi tinggi dari saya. InsyaAllah kita akan jumpa lagi di Pandan Indah. Tapi awak. Sanggup ke awak? Hubungan kita tetap jadi macam ni? 5 tahun lagi awak kita nak jumpa selalu. Belajar satu kelas. Y cakap dia dah okay dengan awak. Tapi saya laen, awak. Saya sangat susah nak rapat dengan orang. Susah sangat. Tambah pulak dengan awak. Yang selama ni kita bermasam muka. Yang pernah ada konflik. Awak. Saya nak je inbox awak tanya how is your result? Tapi. Saya takut. Saya takut awak still tak dapat terima saya. Saya nak kawan lagi dengan awak. Cuma maybe bukan kawan rapat. Boleh tak? Buat macam biasa. Kalau jumpa senyum. Bertegur sapa tanya "nok gi mano nih? ^.^" Macam kengkawan yang laen? Saya tahu dulu saya selalu marah-marah. Sorry. Saya pun tak tahu. Maybe kita tak sesuai nak borak-borak kot. Pernah awak tanya, "Die ni comey dop?" Saya jawab dengan muka marah, "Comey gapo gitu? Tok comey pom!" Padahal dalam hati, saya taklah sekejam itu. Topik perbualan awak selalunya tak sesuai dengan diri saya. Bad mood saya datang tetibe tak tentu pasal. Sebab tu lah saya taknak kita rapat. Taknak nanti sama-sama terluka. Pasal imperfection awak tu saya harap awak tahu + sedar. Walaupun sekarang saya nampak awak still tak berubah. :( Saya dan Y dah pernah bagitau awak. Tegur awak. Tapi, Allahualam. :(

Saya nak sangat awak tahu saya still anggap awak seorang SAHABAT. Bukan musuh. 
Awak. Maafkan saya. I***.

**bola punya pasal, aku makin keboringan. asal? ye lah. secret besties aku off ler tengok bola. takpe2. minat diorang. aku tak kacau~ =.='

Tuesday, 12 June 2012

Bad boy

Hype ! :)
*ni pasal Korea lagi. Heeee. :D *
Recently aku addicted dengan lagu ni --> Bad Boy by Mighty Mouth + Soya. Bestttttt. Serius tak tipu. Hekhek. Comel lah diorang. Chorus lagu ni catchy. Nappeun nom ! Nappeun nom !


English translation :


Come to me and softly hug me
Tell me of a sweet, sweet love now
I keep, keep thinking of you, what to do?
Why can't you know how I feel?


You're a bad boy, who stole my whole heart
You're a bad boy, who took all of my heart
You're a bad boy, who doesn't know how I feel
You're a bad boy, who took away my heart but I love you <3


Yes, almost all the time, they say that I look like I would get around
But these are the things I'm the worst at:
Cheating, checking out other girls, flirting, lying
Don't worry, my life motto is: there are no secrets in the world
I want to be your angel
Besides you, I will look at other girls as stone
I promise you until the day I grow taller
So am I still a bad boy? Oh, no
I'm a real man


What do you mean you don't know?
I miss you every day too
Just wait, this oppa has left to go pick you up
I can't stop don't stop
You driving me so crazy I want you to be my baby
My queen 1st lady, in one word, you're amazing
Rumors saying that I'm a playboy are misunderstandings
If you meet me, you'll be surprised
I'm not a playboy badboy, call me Mr. One Love
Next week, we're gonna be holding hands and watching a movie
You're mine, mine, mine, mine
You're the one who makes me go crazy, you're the bad girl


Bad boy bad boy, I'm a bad boy who only looks at you
Hello hello, only look at me, bad boy
Bad girl bad girl, you're the one who stole my heart, bad girl
Hello hello, hey baby tell me what is good let’s go


Please trust me, just trust me this once
Please accept my heart, I will take good care of you
I will give you everything, I won't ask or argue
I will give you all of me, trust me, if you want to feel me, love me <3


Daaaaaa~ :D
*Yang dihighlight tu takde ape pon. Sesaje. Harhar~ :P

Monday, 11 June 2012

Hate it :P

Assalamualaikum.


Being lonely. Very very very hate it ! Tolong aku ! T^T 
Kekadang sedih jugakk jadi anak last last ni. :[
Biasanya time macam ni umi + ayah pegi masjid. Lepas isyak baru balik. Tapi hari ni dorang pegi airport. Hantar kak yong nak pegi induction untuk ape ntah. Pasal kerja doktor dia la. Aku bukan amek tahu pun. Heee. 16 hb ni die nak kahwin lagi sekali(?) Maksod aku kenduri belah lelaki. :D Yang penting sekarang kakyong dah pegi, so it means aku dah dapat bilik aku semula ! Hekhek. Abang duk sibuk dengan thesis Masternya. Kakak baru balik Perlis kelmarin. Jadi kat umah skang tinggal aku dengan adek aku. Petang camni selalunya aku maen badminton dengan dia. Tapi hari ni budak tu pegi maen bola dengan kawan dia lah pulakk. Ada konflik. Malam semalam aku gadoh dengan dia. Dia lah punye pasal. Maen laptop orang buat macam dia punya. Aku cakap dia boleh maen sampai kul 10 je, tapi budak tu gedik, nak tambah 30 minit lagi. Aku marah lah cakap hari sekolah mana boleh maen game ! Dia duk jelir-jelir, buat muka, perli aku etc. Sampai aku naek bengang. Last last aku cabut charger lappy aku tu. Tak kire lah nak rosak ke hape. Baru puas hati aku. Harharhar. Namun. Tiga saat kemudian aku baru sedar aku sedang gali kubor aku sendiri. Dia nak hempuk aku tau tak ! Reaction muka dia macam nak bunuh aku. Dah ler dia besaaaar dari aku. Apa lagi. Aku cabuttt  lari + mintak tolong. Naseb baek lah ade ayah. Kalo tak? Huishh. Naseb baek jugak lappy aku tak rosak. Heeee. :D


Mrs lonely.
Start hari ni sampai aku habis cuti. Macam ni lah naseb aku. Selalu ditinggalkan sengsorang kat umah. Kena jadi penjaga rumah. Emmm. =.='
Sadis. Mujur lah ade muka buku jugak kan. Dapat merapu dengan sepupu + kawan-kawan aku. Tak de lah aku sunyi sangat. Huhuhu.
Dan untuk KAU wahai belog yang tercinta. Siaplah kau ! Akan aku hapdatekan kau selalu. Wahahaha. Bersiap sedialah untuk diconteng bende-bende mengaruttt. Sincerely from your cute owner. :]


K. Bai. 
*nampak sangat aku takde keje an sampai tulis benda merepek macam ni. Ishish. 

Sunday, 10 June 2012

Besties

Salam. 


Just a short entry. Tak de mood nak tulis panjang-panjang. :P


just take a note.
Liyana Fairuz. Nik Affaf Alani. Secret besties. Tak lupa budak TTD3. :( Aku nak sangat korang masuk Pandan dengan aku. I really hope. Walaupon aku sendiri pun tak sure lagi dapat ke tak. Tapi aku akan selalu doakan kita dapat study + gelak + gurau + gosip sama-sama macam dulu-dulu lagi nanti. InsyaAllah.
Jangan tinggalkan aku. :(

us.
 Bila lah nak dapat result course degree ni? Buat aku cuak lebih je. >:( 



Thursday, 7 June 2012

Result + Tawakkal

Assalamualaikum.


Usaha dah. Doa dah. Berserah dah. Hasil dah. :)
Result aku? Alhamdulillah. Dapat gembirakan ayah umi. Segala puji bagi Allah SWT. :')




Tahniah kepada kengkawan yang berjaya. Congrats korang! :D Kepada yang kurang berjaya, jangan sedeh-sedeh. Allah knows the best. Ade hikmah di sebaliknya. Ukhuwah fillah. InsyaAllah. :)



Sekarang cuma tinggal nak tahu jalan kitorang seterusnya kat mana. Dentistry kah? Medicine kah? Kimia Industri kah? Ape kah? Allahualam. Just wait and see. Berdoalah agar kite semua dapat yang terbaekk. Tawakkalna alallah Taala. :D


K lah. Baibai. ;)


** Internet aku buat hal ! Aarghhh. >.<

Sunday, 3 June 2012

Unhappy

Assalamualaikum.


Maaf maaf maaf maaf maaf. :(


Dear Farah Aisyah. Maaf sebab tak pegi kenduri kat rumah Aisyah. Hukhuk. :'( Kebetulan sama hari dengan kenduri dekat kampong. :((


Dear budak-budak laki Tamhidi of Dentistry. Maaf tak jemput korang datang rumah aku. Tolak kedatangan korang on the spot pulak tu. Padahal belum tanya parents aku lagi masa tu. Bukannya apa. Sebab-sebabnya aku dah cakap dekat sorang budak tuh. Harap-harap paham ler. >/////< Tapi, yang tak patotnya. Tak pasal-pasal sebab mulut adek + kakak yang becok, aku kena marah dengan umi + kak yong. Yelah. Aku pikir tak nak lah ganggu umi yang tengah sibok minggu ni. Sebab tu lah aku tolak kedatangan 9 orang budak laki tu kali ni. Tak berniat jahat pon. Serius. Tak tau pulak umi jemput je diorang datang umah. Huuuuuu. Ye lah. Memang aku salahhh. :'( Sorry banyak banyak banyak. Tapi kan. Aku rasa budak-budak laki tu tak kenal pun aku. Haha. Aku ni bukannya budak 'hot' dalam kuliah. Maybe 4 orang budak laki kelas aku tu je kot yang kenal aku. Muahahaha. Okei. Takpe takpe. Aku tahu aku salah. Mintak maaf sekali lagi. :( Laen kali datanglah lagi. Aku buat kenduri besar-besaran untuk korang nanti. Hukhuk. Rasa bersalah gile........... T^T




Tolong maafkan aku............................. Dah lah korang datang dari jauhhhh. Budak pompuan laen jemput korang datang rumah diorang. Except aku sorang. Lagilah rasa bersalahhhhhh. Aku pon bukan tak sudi. Tapi tapi tapi. Benda ni berlaku tetiba sangat. Mula-mula aku ingatkan korang bergurau je. Tak sempat nak pikir leklok. Uwaaaaaaaa. >.< Yelahh. Aku mengaku aku jahatttttt. Dush dush dush. 

Sedihhhhhhhhhh. :'(