Thursday, 21 June 2012

Never give up ! :)

Assalamualaikum. :)
**Entri ni sangatttttttt panjang okei! Hikhik. :P **

Di suatu petang yang sunyi + membosankan. =,=
I got 1 unread message. Opened it.

click to ENLARGE
Apa lagi. Gelak guling2 laaaa aku jawabnya. Hahahaha. Takpe takpe. Demi junior2 yang ku sayangi, aku buatlah jugak entri ni. Plannya nak tulis at least lepas dapat result degree. Tapi aku takde keje + boring + boring + boring, and dah ada idea nak mebebel, tulis je laa sekarang. :)

Emmm. Disebabkan sekarang result tamhidi sem 2 dah menjadi topik perbualan yang agak basi, izinkan aku cakap result aku berapa yee. Jangan cakap aku perasan ke hape ke pulak. =.=' Ni special untuk membakar semangat adek2 junior aku *kononnyalah*. Merujuk kepada perbualan aku dengan Mira (saudari setamhidi pergigian dengan aku), sebagaimana gambar di atas, result sem 1 aku agak terukkk. Tapi alhamdulillah, all praises to Allah. Saya ulang, ALL PRAISES TO ALLAH:) Aku dapat back-up result aku dengan result sem 2 punya. Semester 1 aku dapat 3.35. Amat rendah bukan? :( Semester 2 pulak 3.95. Alhamdulillah. :D Jadi secara total up, pointer aku 3.64. Cukup syarat pointer nak masuk Fakulti Pergigian, kena above 3.5. But ! Memandangkan competition yang agak sengit, aku pon belom sure lagi dapat masuk ke tak fakulti yang aku nak tu nanti. :( Only 35 of us (79 students of Tamhidi of Dentistry) will go to the Faculty of Dentistry. Ishishish. Cuak cuak.

Seperti yang diminta, meh nak cite tentang cara belajar aku masa semester 2. Walaupon aku ni tak layak pon nak nasehat2 orang ni sebenarnya. Hehe. Sem 1 tak payah citelah, aku lalai + hanyut ke laut sejak awal sampai tamat sem 1. Yelaaa. Dah jumpa crushie. Kahkah. Budak course laen pulak tewww. Tengok2 dia pegi Jordan tetiba. Padan muka akuuuu. T^T

Adek2 yang dikasihi Allah,

Firstly nak ucap congrats untuk korang sebab berjaya masuk Tamhidi Pergigian USIM sesi 2012/2013. Walaupun akak tahu majoritinya ini bukan first choice UPU korang kan? Padan muka. Muahahaha. Berbalik kepada soalan dari junior Kak Mira, macam mana nak dapat semangat study walaupon tak lepas pointer sem 1? Senang je. Tanya diri sendiri. "Aku nak ke tak nak masuk Fakulti Dentist / Medik dekat Pandan Indah nanti?". Kalo taknak, teruskan hanyuttt. Silesilesile. Kalo nak, bangunlahhhh! Usaha lebih sikit. Ingat lagi akak hampir mengalah masa dapat result sem 1. But apabila tengok kawan2 yang berjaya, diorang jadi pembakar semangat akak. Dalam hati, "Aku nak jadi macam diorang jugak. Boleh gembirakan umi + ayah." Masa tengok diorang amek anugerah dapat dekan? Memang sedih teramatttt. TT.TT Yelaaa. Tak habes2 fikir aku boleh ke Pandan Indah ke tak nanti? Balek dinner malam tu, terus nangesss depan housemates aku, Affaf + Adnin. Wakakaka. :P

Just be yourself. Jangan tiru cara study orang laen. You know yourself right? Masa SPM ada 11 subjek, korang boleh skor A dalam semua subjek. Why not in Tamhidi? Ada 7 subjek je pon. Bolehhhh jek. InsyaAllah. :) *poyojekan?haha* Jangan stress sudahhh. Kalau akak, dulu selalu buat latihan tutorial. Sem 1 akak malassss gila nak buat tutor. Sebab tak sempat. Jadual tamhidi pack sangat. Tapi sem 2 akak selalu siapkan tutorial. Sebelum final pastikan tutor semua topik siap. Soalan exam final 2 X 5 je dengan tutor. :) Kalo ada masalah, tanya kengkawan yang laen. Kalo ada problem lagi, tanya lecturer. *tapi seriously aku tak pernah pegi jumpa lecturer face to face pon. kahkah. JANGAN TIRU AKSI INI. :P*

Carrymark? Usah bimbang usah risau. Setiap kali kuiz or test, mesti ada punya soalan bocor dari sesape yang amek dari senior dia. Korang tumpang lah sekaki. HAHAHA. Gegurls tamhidi USIM ni ramai yang malu2 dengan budak laki. Yelaaa. Kalo dia dari sekolah yang sejantina je, lagi lah kekok. Macam aku masa sem 1 laaa. Dah lah aku ni tak reti berkomunikasi. Aku reti berbahasa Kelate je. Harharhar. Sebab tulah dalam kelas + kuliah, aku ni senyap, pendiam dan ayu. Akak nasehatkan adek2 yang pompuan ni nak tak nak pon HARUSlah cuba berbaek2 dengan classmates budak laki. Selalunya diorang yang ada soalan spot. Lagipon budak lelaki tak kedekut ilmu. Tak macam pompuan, egonya lebihh. :P Cakap taknak tahu soalan spot lah konon. Kena jujur pada diri sendiri. Tapi dalam hati Allah Maha Mengetahui. Bagi saya lah kan, nanti final buktilah kebolehan diri tu. Final 60% kot. Dah cukup untuk buktikan tahap kita sepanjang semester tu. Haaaaa ! Kalo malu nak berbaek dengan boboyots depan2, tiru akak. Ahaks. Korang usya diorang kot mesej lah. Cakap dekat dia tolong bagitau kalo2 ada soalan bocor spot. Membantu tau. Takpon try usya housemates yang dah amek kuiz + test, budak course laen la. Medik + Science students belajar sama je dengan Dentist. Carrymarks ni amat membantu gred result kita. Tapi ingat ! Dah tau soalan spot pon, bukannya korang tahu jawapannya apa. So kena study jugak. Cuma at least kita tau yang mana topik yang kita kena fokus lebih sikit. Just kalo dah tahu, sama2 lah kongsi. :D *jangansampaikantoidenganmadamsudaahh.*

Dalam kuliah? Rilek ahhh. Jangan stress sangat. Kalo boleh fokus bebaek, bagus lah. Tapi kalo dah ngantok, tido je lahh. Rehatkan minda. Hahaha. Sebenarnya akak tak tahu pon macam mana nak fokus dalam kuliah. Makan gula2 3 kilo pon still ngantok lagi nak buat macam mana kan? =.=' Cuma kalo dah tak boleh fokus dalam kuliah, balik tu, bukak buku, baca + study sendiri. Tak paham, tanya housemates or lecturemates. Untuk subjek yang lebih susah, macam bagi akak, Maths, akak study malam sebelum lecture topik tersebut. Barulah boleh faham jugak sikit2 lecture keesokannya. Maths ni sebenarnya taklah susah sangat, tapi untuk Tamhidi, dalam masa 5 bulan (1 semester), kita kena belajar lebih kurang 10 tajuk. Otak bijak boleh laa catch-up. Tapi orang macam aku ni kena lah usaha lebihhh sikit. Kalo akak dulu sem 1 ada 13 tajuk kalo tak silap. Sem 2 ada 8 tajuk. Tapi rilekkk sudahhh. Practice makes perfect. :) *poyonyaaku~kahkahkah*

Yang paling penting, DOA. Selalu berdoa + bertawakkal. Doanya apa? Tepuk dada tanya iman. Cewahh! Korang tahu apa yang korang nak kan? Jangan lupa, doakan untuk kawan2 jugak. Allah Maha Mendengar. Don't ever ever ever give up. Kalo rasa down, cepat2 istighfar + mintak pertolongan dengan Allah. Dengan izin Allah, insyaAllah, everything will gonna be alright. :) Tak payah nak gatal mintak tolong boyfie laaa~ :P Dia bukan boleh tolong pon.

**Dulu, awal semester 2, aku saket. Saket apa? Biarlah ia menjadi rahsia aku. ;) Walaupon penyakit tu tak bahaya, tapi membebankan aku. Aku sembunyikan penyakit ni dari umi + ayah selama 2 bulan. :( Aku tahan saket sengsorang. Konsentrasi dalam kuliah / kelas pon selalu terganggu. But thanks to Allah, siang hari rasa saket tu kurang sikit. Cuma waktu malam, especially sebelum tido, aku selalu nanges. Menahan saket sengsorang. Tapi ALLAH kan ada. :) Bergantunglah kepada yang tak mati, ye sayang? Aku pujuk hati aku "Setiap musibah pasti ada hikmahnya. Mungkin penyakit ini boleh hapuskan dosa2 aku selama ni. InsyaAllah, Allah bersama aku. :') " Lepas sematkan kata2 semangat itu dalam kepala aku, barulah aku boleh tido. Alhamdulillah. Bulan Februari, balik Kelantan, aku gitau umi + ayah, then pegi jumpa doktor. All praises to Allah, sebulan lepas tu aku sembuh. :D**
Kesimpulannya, kalau korang ada masalah, tak kira ianya peribadi / pelajaran/ whatever, berserahlah kepada Maha Pencipta, ALLAH SWT. :)

Btw, tak paksa pon adek2 ikot cara study akak ni. Maybe ada yang baek ada yang tak. Pandai2 lah korang fikir nak ikot ke tak. Heee. Setiap orang ada cara study masing2 kan? Aku pon selalunya sambil study, telinga dengar lagu Korea, mulut pulak melolong sama2 nyanyi. Harharhar. Asalkan benda tu buat kita study dengan hepi, just do it. ;) Okei, lastly saya ucapkan good luck kepada junior2 tamhidi. Kalo rasa nak selamat, taknak hidup dalam kesedihan + kebimbangan masa sem 2, try untuk skor above 3.5 untuk kedua2 sem yeee. :D
Aja aja fighting ! n____n

Tenkiu bebanyak sudi baca entri yang sangat panjang ni.
Bye bye. Wassalam. :)
*ada gaya macam pakar motivasi tak? mwehehehe. :PP


6 comments:

Miss. ciku_cika said...

amaliaaaaa... congrats2!

haha. seronok bangat baca ni~

amalia eunhae said...

haha. unaaa~ tq2. bnda dh lpas. alhamdulillah. :)

HAMBA ALLAH said...

Ya Allah..mcmner nk jd skuat akak ye..

NikAmaliaNasrulliana said...

Tawakkal alallah :)

Fatin Adiba said...

Waaa...bestnya dah final year.
Saya baru tamhidi.
Harap sangat dapat pergi FPG pandan.

nik amalia nasrulliana said...

good luck dik :)