Thursday, 14 June 2012

Sahabat

Assalamualaikum.

Entri ni aku tulis khas untuk seorang hamba Allah, yang masih aku anggap dia sebagai SAHABAT aku. Dulu aku tau die selalu blogwalking belog aku. Tapi sekarang, entahlah. Cuma aku harap die baca entri panjang ni. Oh yaa. Please noted, she's a girl ye. Heeee~ :P

Wahai sahabat,

Firstly saya nak mintak maaf. Dulu sebelum hubungan kita semakin renggang. Sebelum kita sudah mula tak bertegur sapa. Tak bergurau senda. Tak study bersama. Saya dah mintak maaf kat awak. Saya masih ingat mesej terakhir saya hantar kat awak. Saya cakap "Ore buke nok putus saem ni, tapi ore mitok maaf lah selamo ni kalu ado wat saloh."  Tapi awak. Saya sangat sangat terkilan apabila saya tak pernah menerima perkataan MAAF daripada awak. Walaupun saya dah bagitau awak, saya selalu kecil hati dengan perbuatan + kata-kata awak. Tapi sahabat. Tak sangka sampai begitu sekali susah bagi awak untuk mengucapkan "Maafkan saya". Kenapa awak? :(

Kita bersahabat sejak di bangku sekolah lagi. Cuma tak rapat je. Selama 4 tahun kita sekelas di Maahad. Selepas tamat persekolahan, persahabatan kita masih lagi diteruskan. Kita ditakdirkan sama-sama melanjutkan pelajaran di USIM. Dalam kursus Tamhidi Pergigian. Dan ditakdirkan sekali lagi kita sekelas, awak. Awal semester 1, kita selalu pergi ke sana ke mari bersama. Dengan seorang lagi kawan kita, si Y. :) Kita selalu bergurau dan berlawak. Tetapi akibat kita semakin hari semakin rapat, kita dapat tahu perangai sebenar masing-masing. And apabila dah lama berkawan saya perasan ada something yang tak kena tentang diri awak. Saya cuba bertanya kepada orang laen, takut-takut hanya saya yang terlebih amek perhatian. Then nampaknya kawan-kawan kita yang laen juga bersetuju dengan saya. Termasuk rakan-rakan sekelas kita masa sekolah menengah dulu. Dan termasuk budak laki classmates kita, ada yang bertanya saya pasal imperfection awak tu. Kami cuba tegur awak. Saya tahu saya tak perfect. Sebab tu lah saya pun selalu ditegur jugak. :) Orang tegur kita, so we have to try to change our attitude. To be a better person. InsyaAllah. Kitorang harap dengan tegur awak pasal tu, awak dapat mengubah sikap tersebut. Jadi saya dan Y berpakat untuk tegur awak. Kami tegur sedikit demi sedikit. Mula-mula kami tegur dengan gurauan. Tapi nampaknya tanggapan kami salah. Awak amek serius. Kitorang bergurau je awak. Serius. Supaya awak sedar apa yang 'unik' tentang diri awak. Tak sangka pulak awak amek serius. Awak fikir kitorang kutuk awak. And something bad happened between us. T^T Orang cakap kita kena terima kawan kita seadanya kan? Tapi awak bagitau saya, awak selalu kecil hati dengan kata-kata saya dan Y. Jadi setiap kali awak terasa, saya dan Y yang dapat dosa. Kitorang tak sanggup, awak. Akhirnya saya dan Y ambil kata putus, biar kita kurangkan keakraban antara kita. :( Awak cakap awak ramai kawan. Sebab tu lah kami berterus terang dengan awak. Maybe kita tak sekepala. Lastly saya dan Y mintak maaf dengan awak. Tapi apa awak jawab? Awak cakap, "Tulaaa. Selama ni semua simpan dalam hati." Awak. Kitorang simpan bukan sebab apa awak. Sebab takut nanti awak cakap kitorang taknak kawan dengan awak. Tak sangka pulak itu kali terakhir kita contact. Walaupun sekelas. Start dari pertengahan semester 1 sampai sekarang. Kita dah tak pernah sembang sama-sama kan? Eye contact pun tak. Classmates laen pun pelik kenape saya dan Y tak baek dengan awak walaupun kita satu sekolah dulu. Diorang tak tau. :(

Sekarang result semester 2 pun kita dah dapat. Awak budak pandai. Saya pasti awak dapat pointer lagi tinggi dari saya. InsyaAllah kita akan jumpa lagi di Pandan Indah. Tapi awak. Sanggup ke awak? Hubungan kita tetap jadi macam ni? 5 tahun lagi awak kita nak jumpa selalu. Belajar satu kelas. Y cakap dia dah okay dengan awak. Tapi saya laen, awak. Saya sangat susah nak rapat dengan orang. Susah sangat. Tambah pulak dengan awak. Yang selama ni kita bermasam muka. Yang pernah ada konflik. Awak. Saya nak je inbox awak tanya how is your result? Tapi. Saya takut. Saya takut awak still tak dapat terima saya. Saya nak kawan lagi dengan awak. Cuma maybe bukan kawan rapat. Boleh tak? Buat macam biasa. Kalau jumpa senyum. Bertegur sapa tanya "nok gi mano nih? ^.^" Macam kengkawan yang laen? Saya tahu dulu saya selalu marah-marah. Sorry. Saya pun tak tahu. Maybe kita tak sesuai nak borak-borak kot. Pernah awak tanya, "Die ni comey dop?" Saya jawab dengan muka marah, "Comey gapo gitu? Tok comey pom!" Padahal dalam hati, saya taklah sekejam itu. Topik perbualan awak selalunya tak sesuai dengan diri saya. Bad mood saya datang tetibe tak tentu pasal. Sebab tu lah saya taknak kita rapat. Taknak nanti sama-sama terluka. Pasal imperfection awak tu saya harap awak tahu + sedar. Walaupun sekarang saya nampak awak still tak berubah. :( Saya dan Y dah pernah bagitau awak. Tegur awak. Tapi, Allahualam. :(

Saya nak sangat awak tahu saya still anggap awak seorang SAHABAT. Bukan musuh. 
Awak. Maafkan saya. I***.

**bola punya pasal, aku makin keboringan. asal? ye lah. secret besties aku off ler tengok bola. takpe2. minat diorang. aku tak kacau~ =.='

No comments: