Thursday, 14 June 2012

Sleep

Assalamualaikum. :)


Nak hapdate belog lagi boleh? Harharhar. Aku kan takde keje nak buat. Wekkk. :P Sokayyy lah ek. Esok lusa aku tak update dah ler. Nak pegi Selangor. Majlis 'menyambut menantu' kak yong. Betul ke ayat tu? =.=' Dari Jumaat sampai Ahad merempat kat sana. 3 hari je. Tahan lah sikit kalo terindu I yeww. :3


zZzZzz.


Malam semalam, ada sorang kawan aku yang prihatin + baekk nasihat aku jangan selalu tido lewat. Yeyeye. Aku kan selalu tido kul 3 pagi, 4 pagi. Die cakap tak baek untuk kesihatan. Emmm. Aku tahu. Tapi aku tak tahu secara spesifik macam mana tido lewat ni effect kesihatan kita. Aku pon tanya lah uncle google tadi apa "keburukan tidur lewat". Kalo nak tahu baca ni ----> SDKD. Insaf kejap. Ye tak ye lah. Aku baru perasan aku ni setiap hari tido lewat. Paling awal pun pukul 1 pagi. Kahkahkah. Tak rock lah tido awal ! Tapi nampaknya aku kena ubah lah tabiat tido lewat aku ni. Aku dapat tau tido lewat boleh merosakkan hati, ubah sistem semulajadi dalam badan, menyebabkan kita jadi moody, dan paling menakutkan aku, tido lewat boleh mengGEMOKkan. Patot lah aku gemok. T^T Tapi asal kakak tu tido lewat macam aku jugak. Tapi keding je aku tengok. Berat die pon tak sampai 40 kilo kekadang. Haihhhh. Aku start tido lewat sejak sekolah dulu lagi. Seingat aku masa darjah 6, aku dah belajar tido kul 2 pagi. Yelahhh. Cikgu Rosli suruh siapkan latihan Matematik satu buku satu malam. Kena lah siapkan. Nanti kena denda. :( Masa sekolah menengah, semakin menjadi-jadi lah tabiat tido lewat aku selepas berjinak dengan Korea. Haha. Sejak form 3 sampai form 5 selalunya aku + kakak tengok variety shows Korea sampai kul dua tiga pagi. Tapi mujur laaa esok pagi dalam kelas tu, aku tak ngantok. Tak pernah aku tido dalam kelas. Ajaib kan? Hewhew. Masa masuk USIM baru lah aku start tido dalam kelas + kuliah. Wakakaka. Tapi bukan selalu pon. XD


Kena belajar tido awal dah lah start hari ni. Paling lewat pun 12 tengah malam. Tapi tak tahu lah. Biasanya aku ni hangat-hangat tahi kucing je. Kahkah. O.o


Baibai. Do miss me. Hikhik. :P


*korang menyampah ke kalo aku selalu update belog? Sorry laaa. Aku boring + lonely tapi rasa nak membebel. Hukhuk. T.T

No comments: