Saturday, 28 July 2012

Memori

Assalamualaikum. :)

Hai. Dah lama tak hapdate. Hee. Kehabisan idea nak merapu. :(
Tapi nak jugak hapdate hari ni. Hoho. :p


Dua tiga hari ni selalu je teringat member2 USIM. Tapi lebih kepada housemates aku lah. :)
Rakyat E-2-5. Rinduuuu. Lagi2 di Ramadhan kareem ni. Teringat puasa tahun lepas. Kita tadarus sama2. Tarawih sama2. :'D Tarawih berimamkan fellow tamhidians. Terasa bangga pulak menjadi salah sorang warga USIM. Bersyukur dengan bi'ah solehah dekat sini. Alhamdulillah. :) Teringat lagi semasa turun solat tarawih bawah khemah, kalo ternampak si 'ustaz', housemates aku usya2 dia, then bising ejek aku dengan dia. Kahkah. XD Memang korang je lah tau kisah 'cinta' kera aku dengan budak tu. Korang sanggup setiap kali nampak dia dekat kampus, terus text bagitau aku. Harhar. Budak2~ :p

Pagi hujung minggu, kitorang selalu jugak jogging pusing tasik. Lepastu beli nasi lemak, then masuk maen dekat playground. Best2. n___n Beli makanan pun mestilah selalu sama2. Tapi awal2 sem 1 je lah. Lepas tu aku selalu keluar beli makanan dengan Affaf sorang je. :) Sebab tu lah aku paling rapat dengan Affaf. Kitorang sekepala. Minat KPOP. Nama pun sama2 ada Nik. Sama2 suka moody. Cuma dia Medik, aku Dentist. Tapi kitorang study benda serupa. Jadi dekat rumah, kitorang selalu study sama2. Dengan Adnin sekali. Masa study week sem 2, kitorang bertiga compete sape dapat siapkan dulu tutorial semua topik. Heee. So kalo ada soalan yang tak dapat jawab, kitorang boleh refer to each other. :D Kitorang paling rapat pun sebab all three of us are Kelantanese. Tapi Adnin selalu tido awal. Aku dan Affaf pulak selalu tido pukul 2 pagi. Gosip2. Berkongsi cerita. And Affaf sorang yang tahu kalo aku ada suka mana2 budak laki. Kahkahkah. :p Dia dah macam kaunselor aku kalo berkaitan hal2 macamni. Gomawo puff. Saranghae nae chingu ! <3

Kalo dalam kelas pulak aku paling rapat dengan Yan + Khairine. Selalu duduk sama2 dalam kelas. Yelah. Kitorang pun merupakan geng kereta Kembara Yinyin. Haha. Datang balik kelas sama2. Rehat sama2. Solat sama2. Masa sem 1 dulu, aku dan Yan selalu jalan2 dekat tasik kalo petang cuti. Masa tu kitorang still belum rapat dengan housemates masing2. So kami berdua selalu berkongsi masalah. Sambil2 aku dan dia dating dekat tasik, sambil2 usya 'ustaz' yang tengah lepak dengan kawan2 dia dekat situ. Hahahaha. Yan je lah boleh tahan dengan kegedikan aku masa tu. Iskkkk. Astaghfirullah. >.< Amalia, bawak bertaubatlah~ Hoho. XD

Beberapa hari lepas, aku ada chat dengan si fulan ni. Aku pernah mengadu dekat dia dulu, nanti dekat Pandan sape nak kawan baek dengan aku, Yan dah takde. So hari tu dia cakap macam ni dekat aku.


Kejammm. :(
Sampai hati. T^T Maybe kau bergurau tapi serius aku sedikitttt terasa. Hukhuk. Naseb baek kau paham aku ni jenis panas baran, so laen kali jangan cari pasal ek. :p

Okei. Tadi berhajat nak tulis entri pendek je, tapi................. =.='
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tulis takde gunanya. Ceittt.
K. Bye.
Selamat berbuka~ ;)
Wassalam.

Sunday, 22 July 2012

Sesaje hapdate :P

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa. Sekejap je masa berlalu kan? Kakak pun dah naek bas balik Perlis pukul 9 malam tadi. Sekarang tinggal kami berempat dekat rumah macam biasa. Ayah, umi, aku + Hakim. Kakyong tak balik Kelantan puasa tahun ni. Sibuk kerja dekat Sarawak. Abang pun sama, sibuk dengan preparation for his thesis presentation. Gud luck my sis + bro! :D Kakyong pun tak balik raya tahun ni. Sedih kan? Tak cukup ahli lah family kami raya kali ni. :( Dah jadi isteri orang, macam tu la. Tambah2 lagi suami orang jauh. Sejak dua hari lepas, aku ni tak berapa sihat sangat. Maybe sebab cuaca panas kot. Badan panas + sakit tekak woooo. T.T Takpe. Baru ujian kecikk macam ni takkan lah aku dah nak merungut lebih2. Astaghfirullah. >.< 

Puasa ni aku harap aku nak cuba kurangkan tengok Korea stuff aku. Stop tengok drama Korea kejap. Harap2 lah. InsyaAllah kita semua dapat manfaatkan Ramadhan kali ni sebaek mungkin. Bukannya apa. Ini maybe Ramadhan terakhir duk rilek2 dekat rumah. Or who knows maybe this Ramadhan is the last for us right? #muhasabahdiri. Allahualam. Lagipun lepasni dah masuk degree. Cuti budak dentist kalo ikut schedule yang dah ditetapkan, kitorang yang paling sikit cuti. Takde masa dah kitorang nak goyang2 kaki laen kali. Semoga Allah permudahkan urusan kami. InsyaAllah. :') 



Masa aku tilik2 group muka buku Dentistry USIM batch kitorang yang baru ditubuhkan dua tiga hari lepas, aku terkedu sekejap. Kenapa? Sebab aku tengok members group tu majoritinya yang aku kurang bercakap dengan diorang sebelum ni. Salah aku jugak. Hehe. Dengar2 macam bilangan batch kitorang kali ni plus minus 40 orang. Tapi tak sure. And kalo tak silap, daripada 40 orang tu, bilangan ex-classmates aku TTD3 yang paling sedikit. Ada yang pergi ke Medik. Ada yang pergi ke Kimia, etc. Emmm. Sedih lah jugak. Kena berpisah dengan classmates, walaupun dulu aku tak berapa rapat sangat pun dengan diorang. Heee~ Aku tak pandai bergaul dengan korang. Maaf. :( Then, aku tengok semua members Dentistry yang bakal jadi classmates aku nanti, semuanya orang hebat2. Bijak2. Tetiba cuak + rasa rendah diri. >.< Diorang merupakan golongan students yang outstanding dalam Kuliah Tamhidi Dentistry dulu. Memang kontra dengan aku kalo nak diikotkan. Hehe. Tapi kalo dipikir2 balik, aku rasa dah tiba masanya aku kena jadi berani. Berani tampil ke depan. Macam kakak selalu tegur aku, aku ni tak pandai bersosial. :( Takpe. Aku akan cuba sedaya upaya ubah diri aku. Kengkawan, aku harap korang boleh terima aku seadanya. HEHEHE. :D

JPJ test. Dah puas aku tunggu. Tangguh lagi doe~ T.T Minggu depan pulak. Aigooo~ Memang nama aku diorang tak berkenan sangat kot, selalu kena ditolak ke tarikh2 yang seterusnya. Sabar je lah. Tambah2 lagi dalam bulan Ramadhan kareem ni kan. Berkat~ :)

Astaghfirullahalazim. Subhanallah. Alhamdullilah. Lailahaillallah. Allahuakbar.
#tahniah.korang dah dapat pahala berzikir. :')

Wassalam. :)

Friday, 20 July 2012

Esok puasa !

Assalamualaikum. :)


Tiada suara semerdu azan,
Tiada novel seindah al-Quran,
Tiada ibadah seindah solat,
Tiada bulan seceria Ramadhan,
Salam Ramadhan al-Mubarak. :D


Ececece. Berpantun pulakk. Heee~


Doa Jibril menjelang Ramadhan,


" Ya Allah abaikanlah puasa umat Muhammad, apabila sebelum masuk bulan Ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini, "

1) Tidak meminta maaf kepada ibubapanya
2) Tidak bermaafan antara kawan-kawan
3) Tidak bermaafan dengan orang-2 di sekitarnya

Maka Rasullulah pun akan mengaminkannya sebanyak 3 kali. "



Jadi, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini, andai ada salah dan silap selama perkenalan kita, kosong2 ek. Selamat berpuasa sayangs ! :)




Jom berpantun lagi~ :D

Anak ketam belajar berjalan,
Matanya tercabut digigit lipan,
Selamat datang bulan Ramadhan,
Selamat tinggal hantu dan setan. :))

Wassalam. ;)

Tuesday, 17 July 2012

Allahuakbar. :')

Assalamulaikum. :)

16 Julai 2012. Hari yang penuh debaran. Mula2 dorang cakap USIMians dah boleh check result degree intake kul 12 tengahari. Then jammed. Tunda pulak pukul 4 petang. Then 5 petang. Masa tu ada some student dah boleh check. Tapi ramai yang dapat server error, including me. :( Sabaq je lah. Reload page berjuta2 kali pun still tak dapat access. Lepas tu dia cakap kul 9 malam. Pulakkkk dahh? >.< Tapi pukul 9 pun aku still tak boleh access lagi. =.=' Takpe. Sabar itu separuh dari iman. Masa tu ramai dah boleh check. Jelessssssss kot. Aku reload website USIM tu sampai tengah malam. Dalam pukul 12.30, classmate aku inbox cakap dia dah boleh check. Aku try still tak boleh lagi. Aku pun suruh dia tolong check untuk aku. Masa dia tunggu page tu loading, aku try sendiri lagi sekali, then tetiba boleh access. So ini yang aku dapat.


Alhamdulillah aku dapat kursus first choice aku, Dentistry. Umi! Ayah! I did it. :') Syukur kepada Allah SWT. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. :D
Congratulation buat semua kawan2. Ramai yang dapat apa yang diorang nak. Alhamdulillah. Good luck korang ! For Medic + Dental students, jumpa di Pandan ! :)

Aku just sedih sebab salah sorang best friend aku, Yan dapat kursus laen dari aku. Kitorang kena berpisah. Uhukuhuk. Sedehhhhhhhhhhhhh. T.T But the most important thing is, Yan hepi dengan kursus yang dia dapat. Kimia Industri. Congrats Yan. Ukhuwah fillah. Saranghae~ :')

Semalam pun merupakan hari jadi Yan. So, aku, Yan + Aisyah dating dekat kbmall, sambut birthday Yan yang ke 19. Happy birthday Liyana Fairuz. :) Semoga panjang umur, murah rezeki + hepi selalu. And good luck for your degree life ! Nanti kita contact gosip2 macam selalu ye. :'D

.aisyah.                    .yan.
# takde orang nak tolong amekkan gambar kitorang bertiga. hek. :(
Okay peeps. Gudnite. Wish me + my beloved friends luck ! :)
Wassalam.

# test jpj aku minggu depan. maybe 23/7 or 30/7. doakan aku sayaaangs. >.<

Friday, 13 July 2012

KeCUAKan yang sia2. =.='

Assalamualaikum. 


Tajuk tu dah terangkan tema cerita aku kali ni. Kecuakan yang sia2. Adehhh. Asalnya aku taknak tulis pun entri pasal ni. Sebab cerita dah lapuk. Orang laen semua dah habis kecoh2. Tapi malam ni aku rasa macam nak membebel lah pulak. Kahkah. Udah memang naluri seorang perempuan yang comel kan suka membebel. Chill babe~ :)


Alkisahnya bermula dari beberapa hari lepas lagi. Ada sorang sahabat kami post dekat group facebook Tamhidi USIM 2011/2012.


nama beliau baek dirahsiakan. takot i kena saman pulak nanti. hek.
Lepas tu sehari demi sehari dihitung. Siap catit dekat kalendar lagi. Wakaka. *over doe! :P* Sedetik demi sedetik berlalu. Sampai lah malam semalam. Masa tu memang dah tak boleh tido. Memikirkan masa depan. Berjayakah aku masuk Fakulti Pergigian? Bolehkah aku? Mampukah aku dan kawan2? :'( Allahualam. Allah knows the best ! :')
Aku dah bookmark laman web yang dia kasi tu. Orang laen maybe baru hari ni first time bukak. Tapi aku pulak dah selalu bukak tutup page ni sejak tiga hari lepas. Harharhar. Over tak aku? :P Bukan over ye. Semangat semangat ! :PP
Mula2 bukak mesti reaksi korang macam ni kan?



Aku pulak rilekk je. Lalala~ Dah baca benda ni sejak tiga hari lepas lagi. Dah siap hafal dah pun. Huahuahua. :P Laen lah korang yang baru baca semalam or maybe hari ni. *ececece.tunjuk pro lah konon~padahal first time bukak rasa macam @#$%^&*!*

Tengah hari tadi baru USIM tambah benda dalam box merah dekat bawah ni.



Kahkahkah. Kena troll sudahhh. XD Isnin ni lah. Sabaq noe teman2. :) Mesti ada hikmahnya jadi macam ni. Mungkin ini peluang kita untuk berdoa lebih lagi kepada Allah SWT, agar dapat yang terbaek. InsyaAllah. ;)

Buat kawan2 yang dapat result UPU hari ni, congrats korang! Alhamdulillah korang dapat apa yang korang usahakan selama ni. Buat yang kurang berjaya, jangan sedeh2. Bak kata omputih "Every cloud has a silver lining." Mana tahu dekat tempat yang korang dapat tu korang jumpa jodoh korang ke~ Hakhakhak. *kelip2mata*

Test ulangan JPJ aku ni, entah bila pun aku tak tahu. Tapi yang aku sure minggu depan lah. Cikgu memandu aku tu tak telfon2 lagi. Aku nak telfon beliau pun, dulu beliau cakap beliau yang nak telfon aku. Emmm. *beliau?erk. -__-' 
**driving test + JPJ test failure. <-- memori silam.

Okei la. Cawww dulu. Bai bai! :)

#mood sebenar penulis : mencik2! >.< orang laen semua dah tahu boleh medik ke, farmasi ke, akaun ke, TESL ke. jeles jeles jelesss! takpe. sabau je lah~ sabar itu separuh dari iman. *tarikhembusnafas*

Thursday, 12 July 2012

Nak ! n__n

Assalamualaikum. :)
# ini adalah entri merapu.


Semalam aku ada tweet ni.



Wakakaka. Tiba2 terpikir kan best kalo dapat anak kucing. Baru laen dari yang laen sikit. :P Lepastu aku terjumpa gambar ni dekat muka buku aku tadi.



Comengaaaa~! ^////^ Anak kucing sapa lah ni~ So aku bertambah tekad nak dapat anak kucing untuk hantaran kahwin nanti. Mesti korang cakap aku ni mengarut je lebih, tapi belum cuba belum tahu. Kahkah. :P


Esok result kemasukan degree USIM keluar. UPU pun akan tahu besok jugak. Pray for me + my friends supaya dapat yang terbaekkkk ye. #cuak cuak~ >.<


**Percubaan aku untuk guna 'saya' instead of 'aku' fail jugak akirnya. Muahahaha. --> Saya nak berubah! Rasa macam budak baek sangat. Tak sesuai dengan aku yang tak berapa nak baek ni. Heee.


Daaaa~ Wassalam. :)

Wednesday, 11 July 2012

Saya nak berubah ! >:(

" (I can change) No matter how hard it may be .
(You can change) No matter what others say .
(We can change) The way I want .
Pop, pop, pop my collar ~
(Do it up) And don’t mind the others .
(Take it on) Everyone to the sky .
(Jumping up) Do it, do it, do it better ! :D
- Lyrics of Change by HyunAh -

Hai ! Assalamualaikum. :)
Hari ni kalo sy nak guna kata ganti nama 'saya' boley? Heee. Bukannya apa. Saja nak tukar style. Kan makin hari usia makin meningkat. :( Kena jadi sopan sikit. Mana tau nanti bakal mak mertua I terbaca belog ni macam mana? Okei. Mengarut. Kahkah. Lagipon di dunia realiti sy bahasakan diri sy sebagai 'ore' / 'orang'. Tak cakap guna 'aku' pun dengan member2 kecuali dengan kakak + kawan2 lelaki. Takkanlah nak guna 'saya awak' kan dengan boboyots? Lembut sangat. Kita mana boleh buat lembut2 ala2 menggoda giteww dengan lelaki ajnabi. Ye dak? Eh menggoda ke? Maksud aku kena buat brutal2 la sikit dengan diorang. Ececece. ;P

Baca tajuk entri kali ni? Berubah? Berubah amendenya pulak? Sy lah yang nak berubah. Tapi tak tahu macam mana nak ubah. Korang boleh tolong tak? Ubah apa? Ubah sikap sy yang tak berapa pandai berkomunikasi dengan orang luar. Hukhuk. T.T Maybe sebab sy takde tahap konfiden yang tinggi kot. Jadi malu(?) nak bergaul dengan orang. Bukti? Sy tak de ramai kawan. Kenapa? Sebab saya tak pandai bergaul dengan orang yang baru kenal. Kenyataannya sejak jadi warga USIM, just orang2 tertentu yang tahu diri sebenar sy macam mana. Selaen family sy, seven of my beloved housemates, then my TTD3 besties Yanyan + Yinyin. Lepastu dua orang classmates laki yang sy rapat. Diorang jek tahu yang sy ni banyak cakap, suka bergurau macam budak2, tak matured, suka besar2kan cerita + sewaktu dengannya. :P Orang laen confirm akan cakap sy pendiam, sombong + garang. Wuwuwu. T.T I'm not like that okay~ Orang yang rapat dengan sy je yang tau siapa sy. :(
# jap. ni bukan puji diri sendiri ye. ini fakta. hakhak. :P

#diciplak dari incik google.
The BIG problem is sy tak pandai cakap luar la weh. 17 tahun sy tinggal di Kelantan, tak pernah ada kawan dari negeri luar. Bahasa harian sy + keluarga of course laa loghat Kelate yang disayangi teww. So when I entered USIM, I couldn't communicate with my classmates + lecturemates, who are from other countries. Ohmai~! >.< Memalukan kot. Masa sy cakap dengan korang, korang tak paham. Sy buat lawak, korang tak gelak. Last2, sy prefer untuk senyapppp. Sorryyyyy~ :(  Masa group discussion! Confirm lah sy laaaaagi senyap. Tak bagi idea pon. Sorry again. Yelah. Tak reti nak cakap nak buat camna? :( Sadis2. This causes my confidence level downnnnn tau tak. Nak buat presentation depan kelas pon dah macam. Erkkk~ Ketaq lutut bak hang. Orang laen buat2 tak heran je lah masa sy present sebab sy tak rapat dengan diorang. Adehhh.

So. How? Apa sy kena buat? Kalo tulis takpe lah. Sy pandai la guna bahasa luaq. Tapi kalo cakap dengan mulut? Uishhhh. Budu budu budu~ But, I'm still proud to be a KELANTANESE. Wakaka. Cuma ni lah masalah nya. Sy payah nak dapat kawan. Sobsob. T^T Tapi kalo dengan orang Kelantan bukannya sy peramah sangat pun. Heee. Orang laen yang kena start tegur dulu barulah sy boleh sembang2 dengan dia. Dengan saudara mara sendiri pon sy tak banyak cakap. Dengan makcik, pakcik, nenek, datuk, sepupu. Tak reti. Tak tahu nak cakap apa dengan orang2 yang lagi tua. Kagum pulak dengan adek yang mudah peramah dengan orang luar. Hukhuk. Nak berubah! Taknak dipandang sebagai orang sombong lagi~ Pleaseeee. :(

*rasa macam budak baek sangat lah pulak guna 'saya awak' ni. eh. memang aku baek pon. eh tak. aku 'baek'. harharhar~ :P




Tuesday, 10 July 2012

That's what we call EXPERIENCE.

Assalamualaikum. :)


Tanggal 6 Julai. Pukul 5 petang pergi rumah makcik (CikJa a.k.a umi kepada sepupu kamcing dengan aku. hee~) dekat Pasir Puteh. Tinggalkan kereta + lappy aku kat situ. Malam tu baru naek bas pergi Melaka. Aku pergi dengan umi + ayah + satu2nya adek aku, si Hakim. Aku nak story dekat korang naseb malang kitorang kali ni. Lepas satu ujian, ujian laen datang bergolek. Tapi, ujian2 ni lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah kan? Alhamdulillah. :) Tapi bukan masalah besar sangat pon. Haha. Benda kecik je. :P



Naseb buruk pertama menimpa aku hari tu tali kasut wedges yang aku pakai hampir putus. =.=' Adehh. Lama dah tak pakai kasut tu. Tapi aku gatai tetiba nak pakai. Dekat atas bas baru perasan kasut tu dah tak elok. Aku pun pinkan tali tu dengan kerongsang kecil. Dah ler tapak dia dah haus. *sigh*

Then bas lambat. Dalam tiket cakap bertolak pukul 9 malam tapi kul 10 baru sampai. Nama syarikat bas tu baek aku tak payah cakap. Nanti memburukkan prestasi dia pulak. Tak pasal2 kalo surat saman sampai karang apa aku nak buat? Tapi syarikat tu baru laaa. Aku tak pernah dengar pon sebelum ni nama syarikat tu. Banyak kelemahan betul la bas diorang. Maybe sebab syarikat tu tak berpengalaman sangat lah kot. Salah sorang pemandu dia nampak macam tak terurus. Takot aku tengok. Pakai baju t-shirt buruk. Rambut panjang. Bermisai tebal. =.=' Takpe dah memang style dia. Aku takde hak nak kutuk. Maaf. Heee. :D But seat dia okay laa. Comfortable. :)

Bas lajuuuuu sangat woooh. Sampai tak boleh tido aku. Selalu terhantuk dekat cermin. Saket taw. T^T Fyi, adek aku yang form 1 tu dah lama tak mabuk walau sejauh mana pon tempat yang dituju. Tapi kali ni dia tetiba mabuk. Muntah. Wahahaha. Kesian~ Yelaa. Laju sangat. Makcik2 seat belakang aku selalu melatah setiap kali brek mengejut. Tak boleh tidooooo. O.O Lepastu dalam pukul 5 pagi. Dekat tengah2 hutan pulak tu. Tepi gaung. Jalan gelap. Tiba2 bearing tayar bas pecah. Menakutkan weh. Mengucap panjang aku. Mujur pakcik driver dapat kawal. Walaupon dia jerit "Woooooo!" masa crucial moment tu, tapi dia tak gelabah. Dia brek perlahan2. Kereta laen takde pon yang berhenti tolong. Yelah. Kalo family aku pon takot nak stop tempat gelap macam tu. Terpaksa lah pakcik tu drive jugak perlahan2 biar sampai dekat kawasan cerah sikit. Bas tu goyang2. Seram~ Imaginasi aku semakin ligat mengarang esei yang selalu aku karang masa sekolah dulu. Dulu kan selalu buat cerita eksiden itu ini. Nauzubillah. :( Memang aku sendiri tak boleh tahan diri aku dari fikir bukan2 masa tu. Haha. Alhamdulillah lepas 15 minit ada bas laen lalu. Bas ke Melaka jugak. Tapi bas ni bas buruk. Sebab tu penumpangnya tak penuh. Mujur sesangat. Driver tu suruh orang yang berkeluarga naek bas tu. Sebab lama jugak nak baiki bas tadi. So yang bujang2 je lah tinggal dalam bas tadi tu. Termasuklah abang yang duk seat single tepi kitorang. Abang tu hensem. Mwehehehe. >////< Tak sempat nak bertaaruf. Menyesal sudaaah~ Okei gedik. :P

Bas buruk ni jalan lambat sikit. Tapi biar lambat asal selamat. Alhamdulillah sampai jugak Melaka pukul 9 pagi. Sepatutnya sampai dalam pukul 7.30 gitu. But sokayyy. :) Kakyong + abang Hisyam + parents dia yang amek kitorang dekat stesen bas. Kakyong tak sempat pergi rehearsal konvo dia pagi tu. Sebab kitorang sampai lambat. Ouhhh. Sorry kakyong. :(

Konvo kakyong pulak berjalan dengan lancar ---> Doc's Graduation Day. No problem. Hamdallah. :)


Kitorang bermalam dekat rumah parents abang Hisyam kat Subang. Haaa~ Masa tu aku boleh nampak kemesraan umi + ayah dengan biras mereka, Baba + Mak Siti. Hakhak. Hepi je nampak diorang story mory. Walaupon berlaenan bahasa. Maksud aku umi + ayah aku bercakap dengan loghat Kelantan. Tapi diorang paham. :) Siap gelak2 gurau2 lagi. Ayah aku paling hepi duk sembang dengan Baba. Harap2 nanti dengan bakal mertua aku pon jadi camtu lah, tak kira diorang orang Kelate ke tak. Uhuk2. :P Oh yeah. Gedik lagi~ XD Dekat rumah Baba, ada kucing 2 ekor. Leo dan satu lagi aku tak ingat nama dia apa. Comel, tapi garang. Best peluk2 usap2 diorang. Leo cakar tangan aku. Tapi aku hepi sangat2 sebab dah lama tak dicakar kucing. Rindu Meowwww~ T.T


Malam tu plan nak tengok movie. Ye lah. Rumah diorang betul2 depan Summit Subang. Kena naek jejantas je. Lepas tu sampai. Tapi plan tu tak jadi jugak. Sebab ada perlawanan bola sepak Kelantan dengan Perak. Semua orang tengah syok tengok bola dekat tv. Ala~ Yang Perak kena belasah 6-0 uww. Gomo Kelate gomo ! Heeee. :D


Pagi Ahad kitorang balik Kelantan. Kali ni naek bas Mutiara. Driver dia cermat, so dapat rasa safety kitorang terjamin. Tido pon best, takde gangguan. :) Pukul 6.30pm sampai Pasir Puteh. Then lepas Maghrib balik rumah. Finally, alhamdulillah semua selamat. ;))


The end. Wassalam. :)


*Secret best friend aku dah tak baek dengan aku. Tak serapat hari tu. Sedehh. Tak sure jugak apesal tetiba jadi macam ni. Maybe dia sibok kot. Ataupon dia dah boring selalu merapu dengan aku. Aku nak tegur dia dekat facebook pon dah tak berani macam dulu. Takpe lah. Aku takde hak. :')

Monday, 9 July 2012

Doc's Graduation Day

Assalamualaikum. :)

Last Saturday, the 10th Graduation Ceremony of Melaka Manipal Medical College was held at the Dewan Seri Negeri, Melaka. The ceremony was going smoothly for 4 hours.
*ececece. speaking omputeh sikit. hikhik. :P *


Jom bergambo ! Some pics dicilok dari facebook kak leeya. Hehehe. Credit to her. ;)

Mak + Baba abang Hisyam pun ada. :)

Kakak sorang je tak dapat join. Padan muka diaaaa ! Kahkah. :P


The precious moment. :D
Doctors. n__n
Cantekkkkkk ! Bestnya dah graduate. Aku ni baru je nak melangkah masuk ke alam ijazah. Hurm. Jauh lagi perjalanan aku. InsyaAllah 5 tahun akan datang, giliran aku + kawan2 pulak. Doakan aku ye ! :) Best students batch kak yong semuanya orang bukan Melayu + non-Muslims. Maybe sebab kolej ni international kot. Jadi susah untuk anak Melayu dapat top spot. Tapi memang membakar semangat betul lah masa tengok diorang naek stage. Dapat awards best students, etc. Takpe. InsyaAllah suatu hari nanti ada anak Melayu + Muslim yang dapat jadi the best among the best~ One day ! n__n

Congrats kak yong + the geng. Diorang dah berjaya capai cita2 diorang. Alhamdulillah.
Tapi best ke jadi doktor? Emmm. :/

K. Bai. :)

p/s : entri ni aku kurang merapu sikit. hehe. tapi next entri akan aku story mory secara detail lagi pasal naseb malang holiday Melaka aku kali ni. =.='
*bajet ramai readers uwww. :P *

Tuesday, 3 July 2012

Gedik itu best. XD

Hype. :D


Setelah 3 minggu bertapa, hari ni aku keluar rumah jugak akirnya. Terubat sudah perasaan rindu nak bau asap kereta tadi. Oh yeah~
Hari ni aku ikot parents pegi kedai jam. Baiki jam adek aku, si mat Atim. *nama asal dia : Hakim.* Then, shopping barang dapur. Dulu2 selalunya aku, kakak + Hakim yang paling enjoy shopping barang dapur. Yelah. Sambil2 umi sibuk pilih barang, kitorang amek makanan ringan yang kitorang nak. Kerja aku macam biasa tolak troli. Tapi sekarang tinggal aku sorang je laa. Sebab sekarang parents aku lebih suka shopping masa Atim sekolah. Okay. Terindu kakak sekejap. Wuwuwu. :P
Lepas siap shopping, stop lunch dekat Restoran Mi Celup. Sedap wooo. Lama dah tak makan. :) Haaaa. Tadi lalu depan sekolah aku. Maahad Muhammadi Perempuan. Eh, ex-sekolah aku. Tapi yang peliknya kan asal aku macam takde feeling tacim2 pon? Tak rasa rindu langsung. Kahkahkah. Tak pasal2 aku rasa diri aku ni kejam teramat. Ishish.
Then balik rumah. Tetiba virus GEDIK attack aku. Ouch. :P


. do ignore me pleaseee. 
#ada orang cakap aku nak jadi ninja. okei. fine. =.='
Haaaaa. Ini adalah hasil keboringan aku. OHYEAH. Problem? :P Kadang2 fotoGEDIK ni best gak. Ahaks ! Aku sorang2 dekat rumah masa ni. Macam selalu ler, kena tinggal sengsorang. Umi + ayah pegi amek Atim balik sekolah. SAPE KATA CUTI PANJANG ITU BESTTTT? Meh nak bagi penyepak free sorang2. Boring tahap cipan dah ni. Nak kerja? Aku malasss. Lagipon umi aku tak bagi. Umi cakap aku ni budop terbolas, kalo dalam loghat Kelate. *aku tak tau dalam bahasa bakunya apa. mwehehe.*
K. Dah habis membebel. Babai ! :P


*Yay! Aku + Atim boleh jugak pegi Melaka untuk konvo kakyong bulan 7 nanti. Puas adek aku tu merayu2 dengan parents aku nak ikot jugak. And finally dah beli tiket dah pon tadi. Huhu. Kepada kakak, jangan jelly2~ :P

Monday, 2 July 2012

WhatTheFish?

Assalamualaikum. :(


Tengok ni. Kat formspring aku 3 hours ago.


#click to enlarge.
Aku just pelik. Dah ler anonymous. Tetiba tembak aku dengan, "Who do you think you are? O.o"
Sape ni? And why? Macam marah je. T^T Apa yang aku buat sampai kau sanggup cakap macamtu dekat aku. At least cakap lah kenapa. 1st time kot aku ditanya soalan macam ni. Takut aku weh. Aku blogger biasa je. Bukan blogger hot. Aku cuma cerita pasal hidup + pandangan aku dalam belog ni. And sorry, aku just manusia biasa. Budak mentah pulak tu. So, kalo aku ada buat salah, tolong bagitau direct. Jangan serang aku camni. Tak baekkk. Kalau aku ada buat hati kau terguris, mintak maaf bebanyak. But please tell me what's wrong? Cuakkk kot. :((

Kalo ni cuma kawan aku maen2 je, takpe. Tapi biasanya aku dapat detect kawan2 aku yang drop soalan maen2 dekat formspring aku. And biasanya dia bagi hint dia sape. Ni tak. Just anonymous. Setahu aku, aku tak de kawan yang tulis dengan tulisan huruf besar huruf kecik macamtu. Hukhuk. :'(

K. Bye.

*Aku tak pergi reunion AMAL 2 hari lepas, walaupon aku free. Haha. Bukan sebab apa. Tapi aku memang tak ingat langsung weh. Lalalala~ :P