Sunday, 22 July 2012

Sesaje hapdate :P

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa. Sekejap je masa berlalu kan? Kakak pun dah naek bas balik Perlis pukul 9 malam tadi. Sekarang tinggal kami berempat dekat rumah macam biasa. Ayah, umi, aku + Hakim. Kakyong tak balik Kelantan puasa tahun ni. Sibuk kerja dekat Sarawak. Abang pun sama, sibuk dengan preparation for his thesis presentation. Gud luck my sis + bro! :D Kakyong pun tak balik raya tahun ni. Sedih kan? Tak cukup ahli lah family kami raya kali ni. :( Dah jadi isteri orang, macam tu la. Tambah2 lagi suami orang jauh. Sejak dua hari lepas, aku ni tak berapa sihat sangat. Maybe sebab cuaca panas kot. Badan panas + sakit tekak woooo. T.T Takpe. Baru ujian kecikk macam ni takkan lah aku dah nak merungut lebih2. Astaghfirullah. >.< 

Puasa ni aku harap aku nak cuba kurangkan tengok Korea stuff aku. Stop tengok drama Korea kejap. Harap2 lah. InsyaAllah kita semua dapat manfaatkan Ramadhan kali ni sebaek mungkin. Bukannya apa. Ini maybe Ramadhan terakhir duk rilek2 dekat rumah. Or who knows maybe this Ramadhan is the last for us right? #muhasabahdiri. Allahualam. Lagipun lepasni dah masuk degree. Cuti budak dentist kalo ikut schedule yang dah ditetapkan, kitorang yang paling sikit cuti. Takde masa dah kitorang nak goyang2 kaki laen kali. Semoga Allah permudahkan urusan kami. InsyaAllah. :') 



Masa aku tilik2 group muka buku Dentistry USIM batch kitorang yang baru ditubuhkan dua tiga hari lepas, aku terkedu sekejap. Kenapa? Sebab aku tengok members group tu majoritinya yang aku kurang bercakap dengan diorang sebelum ni. Salah aku jugak. Hehe. Dengar2 macam bilangan batch kitorang kali ni plus minus 40 orang. Tapi tak sure. And kalo tak silap, daripada 40 orang tu, bilangan ex-classmates aku TTD3 yang paling sedikit. Ada yang pergi ke Medik. Ada yang pergi ke Kimia, etc. Emmm. Sedih lah jugak. Kena berpisah dengan classmates, walaupun dulu aku tak berapa rapat sangat pun dengan diorang. Heee~ Aku tak pandai bergaul dengan korang. Maaf. :( Then, aku tengok semua members Dentistry yang bakal jadi classmates aku nanti, semuanya orang hebat2. Bijak2. Tetiba cuak + rasa rendah diri. >.< Diorang merupakan golongan students yang outstanding dalam Kuliah Tamhidi Dentistry dulu. Memang kontra dengan aku kalo nak diikotkan. Hehe. Tapi kalo dipikir2 balik, aku rasa dah tiba masanya aku kena jadi berani. Berani tampil ke depan. Macam kakak selalu tegur aku, aku ni tak pandai bersosial. :( Takpe. Aku akan cuba sedaya upaya ubah diri aku. Kengkawan, aku harap korang boleh terima aku seadanya. HEHEHE. :D

JPJ test. Dah puas aku tunggu. Tangguh lagi doe~ T.T Minggu depan pulak. Aigooo~ Memang nama aku diorang tak berkenan sangat kot, selalu kena ditolak ke tarikh2 yang seterusnya. Sabar je lah. Tambah2 lagi dalam bulan Ramadhan kareem ni kan. Berkat~ :)

Astaghfirullahalazim. Subhanallah. Alhamdullilah. Lailahaillallah. Allahuakbar.
#tahniah.korang dah dapat pahala berzikir. :')

Wassalam. :)

No comments: