Tuesday, 10 July 2012

That's what we call EXPERIENCE.

Assalamualaikum. :)


Tanggal 6 Julai. Pukul 5 petang pergi rumah makcik (CikJa a.k.a umi kepada sepupu kamcing dengan aku. hee~) dekat Pasir Puteh. Tinggalkan kereta + lappy aku kat situ. Malam tu baru naek bas pergi Melaka. Aku pergi dengan umi + ayah + satu2nya adek aku, si Hakim. Aku nak story dekat korang naseb malang kitorang kali ni. Lepas satu ujian, ujian laen datang bergolek. Tapi, ujian2 ni lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah kan? Alhamdulillah. :) Tapi bukan masalah besar sangat pon. Haha. Benda kecik je. :P



Naseb buruk pertama menimpa aku hari tu tali kasut wedges yang aku pakai hampir putus. =.=' Adehh. Lama dah tak pakai kasut tu. Tapi aku gatai tetiba nak pakai. Dekat atas bas baru perasan kasut tu dah tak elok. Aku pun pinkan tali tu dengan kerongsang kecil. Dah ler tapak dia dah haus. *sigh*

Then bas lambat. Dalam tiket cakap bertolak pukul 9 malam tapi kul 10 baru sampai. Nama syarikat bas tu baek aku tak payah cakap. Nanti memburukkan prestasi dia pulak. Tak pasal2 kalo surat saman sampai karang apa aku nak buat? Tapi syarikat tu baru laaa. Aku tak pernah dengar pon sebelum ni nama syarikat tu. Banyak kelemahan betul la bas diorang. Maybe sebab syarikat tu tak berpengalaman sangat lah kot. Salah sorang pemandu dia nampak macam tak terurus. Takot aku tengok. Pakai baju t-shirt buruk. Rambut panjang. Bermisai tebal. =.=' Takpe dah memang style dia. Aku takde hak nak kutuk. Maaf. Heee. :D But seat dia okay laa. Comfortable. :)

Bas lajuuuuu sangat woooh. Sampai tak boleh tido aku. Selalu terhantuk dekat cermin. Saket taw. T^T Fyi, adek aku yang form 1 tu dah lama tak mabuk walau sejauh mana pon tempat yang dituju. Tapi kali ni dia tetiba mabuk. Muntah. Wahahaha. Kesian~ Yelaa. Laju sangat. Makcik2 seat belakang aku selalu melatah setiap kali brek mengejut. Tak boleh tidooooo. O.O Lepastu dalam pukul 5 pagi. Dekat tengah2 hutan pulak tu. Tepi gaung. Jalan gelap. Tiba2 bearing tayar bas pecah. Menakutkan weh. Mengucap panjang aku. Mujur pakcik driver dapat kawal. Walaupon dia jerit "Woooooo!" masa crucial moment tu, tapi dia tak gelabah. Dia brek perlahan2. Kereta laen takde pon yang berhenti tolong. Yelah. Kalo family aku pon takot nak stop tempat gelap macam tu. Terpaksa lah pakcik tu drive jugak perlahan2 biar sampai dekat kawasan cerah sikit. Bas tu goyang2. Seram~ Imaginasi aku semakin ligat mengarang esei yang selalu aku karang masa sekolah dulu. Dulu kan selalu buat cerita eksiden itu ini. Nauzubillah. :( Memang aku sendiri tak boleh tahan diri aku dari fikir bukan2 masa tu. Haha. Alhamdulillah lepas 15 minit ada bas laen lalu. Bas ke Melaka jugak. Tapi bas ni bas buruk. Sebab tu penumpangnya tak penuh. Mujur sesangat. Driver tu suruh orang yang berkeluarga naek bas tu. Sebab lama jugak nak baiki bas tadi. So yang bujang2 je lah tinggal dalam bas tadi tu. Termasuklah abang yang duk seat single tepi kitorang. Abang tu hensem. Mwehehehe. >////< Tak sempat nak bertaaruf. Menyesal sudaaah~ Okei gedik. :P

Bas buruk ni jalan lambat sikit. Tapi biar lambat asal selamat. Alhamdulillah sampai jugak Melaka pukul 9 pagi. Sepatutnya sampai dalam pukul 7.30 gitu. But sokayyy. :) Kakyong + abang Hisyam + parents dia yang amek kitorang dekat stesen bas. Kakyong tak sempat pergi rehearsal konvo dia pagi tu. Sebab kitorang sampai lambat. Ouhhh. Sorry kakyong. :(

Konvo kakyong pulak berjalan dengan lancar ---> Doc's Graduation Day. No problem. Hamdallah. :)


Kitorang bermalam dekat rumah parents abang Hisyam kat Subang. Haaa~ Masa tu aku boleh nampak kemesraan umi + ayah dengan biras mereka, Baba + Mak Siti. Hakhak. Hepi je nampak diorang story mory. Walaupon berlaenan bahasa. Maksud aku umi + ayah aku bercakap dengan loghat Kelantan. Tapi diorang paham. :) Siap gelak2 gurau2 lagi. Ayah aku paling hepi duk sembang dengan Baba. Harap2 nanti dengan bakal mertua aku pon jadi camtu lah, tak kira diorang orang Kelate ke tak. Uhuk2. :P Oh yeah. Gedik lagi~ XD Dekat rumah Baba, ada kucing 2 ekor. Leo dan satu lagi aku tak ingat nama dia apa. Comel, tapi garang. Best peluk2 usap2 diorang. Leo cakar tangan aku. Tapi aku hepi sangat2 sebab dah lama tak dicakar kucing. Rindu Meowwww~ T.T


Malam tu plan nak tengok movie. Ye lah. Rumah diorang betul2 depan Summit Subang. Kena naek jejantas je. Lepas tu sampai. Tapi plan tu tak jadi jugak. Sebab ada perlawanan bola sepak Kelantan dengan Perak. Semua orang tengah syok tengok bola dekat tv. Ala~ Yang Perak kena belasah 6-0 uww. Gomo Kelate gomo ! Heeee. :D


Pagi Ahad kitorang balik Kelantan. Kali ni naek bas Mutiara. Driver dia cermat, so dapat rasa safety kitorang terjamin. Tido pon best, takde gangguan. :) Pukul 6.30pm sampai Pasir Puteh. Then lepas Maghrib balik rumah. Finally, alhamdulillah semua selamat. ;))


The end. Wassalam. :)


*Secret best friend aku dah tak baek dengan aku. Tak serapat hari tu. Sedehh. Tak sure jugak apesal tetiba jadi macam ni. Maybe dia sibok kot. Ataupon dia dah boring selalu merapu dengan aku. Aku nak tegur dia dekat facebook pon dah tak berani macam dulu. Takpe lah. Aku takde hak. :')

No comments: