Thursday, 30 August 2012

Bye Kelate :(

Assalamualaikum.

*sila baca dengan nada melankolik ye. walaupon baca dalam hati. :p*

Dah nak dekat pukul 2 pagi. Esok aku kena bangun awal. Bertolak awal pagi lagi. Macam biasa kalo hantar aku mesti naek kereta. Ayah + abang gilir2 drive. Umi + Hakim + aku pulak penumpang tempat duduk belakang yang setia. :) Destinasi first kitorang insyaAllah dekat Stadium Gong Badak, Terengganu. Mesti lama gila majlis tu. Sebab kena beratur naek stage terima sijil lagi, then beratur pergi amek duit lagi. Dah ler ramai. Mesti cramp duduk lama2 nanti. >.< Anggaran umi maybe pukul 3 petang baru majlis tamat. Lepastu plannya kami teruskan perjalanan ke KeyEll. Maybe bermalam dekat Kuantan. Yelah. Lalu jalan jaoh. Amek masa sikit la. :( Pagi Jumaat teruskan journey ke rumah Cik Su dekat Puchong. Bermalam dekat situ pulak. Pagi Sabtu barulah pergi Stadium Nilai. Daftar aku masuk Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian USIM sesi 2012/2013. Arghhhh. Tidakkkk~ T.T

Doakan perjalanan kami selamat ye. :D
InsyaAllah semoga Allah mempermudahkan urusan pendaftaran aku + kawan2. n_______n

So, goodbye home. Goodbye Kelate. :'(



Tunggu cuti raya haji pulak la aku balik lagi. InsyaAllah. Itu pun kalo boleh balik. Dalam takwim akademik FPg 2012/2013 aku tengok takde cuti tambahan pun masa raya haji. So tak sure lah cuti panjang mana. T^T

Retest JPJ aku? Tak payah tanya. Kak Bi call aku semalam. Dia tanya aku cuti bila pulak nanti. Padahal sejak bulan 4 dulu lagi aku cakap lepasni dah susah nak cuti panjang2. So harapnya cepat2 lah boleh retest. Takut fail lagi sekali. Kalo retest awal2 cuti hari tu sempat nak retest lagi sekali. Tengok. Kan jangkaan aku dah jadi betul. *sedih kot kalo ingat balik aku dah fail 2 kali test JPJ. rasa nak give up pun ada. #kesat air mata.* Entah bila pulak boleh retest. Kena perbaharukan lesen L aku lagi. Sekarang aku dah ada 5 keping lesen L tau tak. T.T 

Cuti sem aku pun 2 minggu je kot nanti. :'( Takpe. Nak belajar. Macam ni lah. Berkorban apa saja. Dah ramai orang ingatkan aku yang belajar dentistry ni bukannya senang. Kak Ta, sepupu aku yang dah bertahun2 jadi dentist, dah ada 3 orang anak dah pun, dia cakap belajar dentist lebih tough dari medik. And she said that part paling susah masa kena cari patient sendiri. Aku pernah dengar dari senior dulu pasal tu. Allahualam. Semoga Allah tunjukkan kami jalan yang lurus. Semoga kami berjaya menggenggam segulung ijazah 5 tahun akan datang. Semoga kami dapat menjadi seorang doktor gigi yang Islam boleh tumpang kelak. InsyaAllah. :')

Okaylah. Dah ngantuk. Nak tido. Gudnite. Sleep tight.
Maybe seminggu akan datang aku sibok dengan minggu taaruf. Dekat Pandan aku pun tak sure wifi dia laju ke tak. Nak tengok Running Man. T.T Ehhhh. Study, Amalia! Study2. Dah2 lah tu dengan Korea. 4 bulan kau bazir masa dengan Korea, Amalia oi~ Okei fine. :( Sudah cukup2 sudahhhh~

Aja aja fighting ! n_______________n
Doakan aku. :)

Wassalam. Bye2 bloggie + readers. :'((

**okei. tak tahu aku nak buat reaction macam mana masa jumpa dengan 2 orang budak tu nanti. =.=' mesti awkward gila. >.< takpe. buat cool je. aku rasa diorang mesti buat2 tak kenal aku macam biasa lah kot. dekat facebook je berani huha2. kat luar? jangan harap lah nak tegur2. senyum pun tak. confirm punyaaaa. kahkah. aku pun nak berlakon jugak la~ :pp

***best tak lagu belog aku baru letak ni? hoho. :p entah kenapa dan mengapa tetiba addicted dengan lagu lama ni. =____=''

Sunday, 26 August 2012

Hello to the OLD me :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. :)

Dah dua hari nak hapdate pasal ni. Tapi sibuk sangat. Malam2 selalu ada je yang ganggu aku. Kahkah. ;P

Khamis lepas pergi kenduri kahwin sepupu dekat Penarik, Terengganu. Yelah~ Ayah aku kan asal Terengganu. Hoho. Kiranya aku ni halfKelate + halfGanu laaa. Tapi sejak umur belasan tahun lagi ayah dah menetap dekat Kelantan. Sampai sekarang. Jadi ambo banggo jadi anok Kelate. ;D Dah lama tak balik kampung dekat Terengganu, sebab datuk nenek sebelah ayah dah lama kembali ke rahmatullah. Tok Ki sebelum aku lahir lagi. Che Teh masa umur aku 5 tahun. *al-Fatihah*

Al-kisahnya sejak beberapa hari sebelum pergi kenduri tu lagi contact lens aku buat hal. =______=' Lens sebelah kiri. Lepas pakai, mata aku terus berair, lepastu pedihhhh. Biasanya sejak dua tiga hari sebelumtu mula2 pakai je dia pedih then dia okay. Tapi hari tu mata aku tak henti2 merembeskan air mata yang aku rasa kehadirannya amat tidak diperlukan itu. >.< Setiap 5 minit kot aku kena sapu the unwanted tears tu dengan tisu. Ramai orang pandang2 aku. Mesti sebab dia pikir aku sedih sangat orang tu kahwin. Maybe ada yang berpendapat aku ni ex-makwe pengantin lelaki. Yelah. Duk menangis tak tentu pasal. Hek. Memalukan. T.T Dah ler aku memang tak berapa rapat dengan sepupu2 sebelah ayah. Lebih2 lagi yang duk dekat Terengganu. Even nama dorang pun ada yang aku tak tahu. Hehe. Sebab dorang ramai sangat and jarang jumpa. Masa nak salam dengan dorang memang aku cover mata kiri aku yang tengah membengkak + merah tu. >////< Nak buang lens masa tu of course lah tak boleh. Kena cuci tangan la itu la ini la. Susah nak buat benda leceh macamtu dekat tempat ramai orang. Tambah2 lagi aku tak biasa pun dekat situ. Tiga tahun sekali maybe pergi sana?
*syokkkknya membebel. harhar~ ;pp *

tengok mata aku~ akibat pedih la tak boleh buka mata. T^T
On the way balik stop solat Zohor dekat masjid Kg Saujana. Aku buang lens aku dekat situ la. Naseb baek bawak case dia + specs kesayangan aku tu. My specs my hero ~ <3
Tengok mata aku bengkak der ~ =.=' *bengkak sikit je pun.saja kecoh lebih.mwehehe. :P *


Lepastu aku tengok lah kakak koya comeyyy duk amek gambar dia sendiri, atau dalam bahasa standardnya berSELF-CAMERA *ler kononnya*. Aku pun keluarkan phone aku lepastu tiru action dia. Sajo nok nganyim ko dio. Muahahahahaha. Eeeeiiiiii. Menyampah i~ :p 


kamera tu memang dia yang selalu conquer. =.='
hasil kebongekan kami.
Balik tu aku observe lah lens yang memedihkan mata aku tu. Tilik punya tilik baru perasan dia dah koyak sikit. Ishhhh. Patot ler~ >.< Kena beli yang baru lagi la maksudnya. Tapi aku taknak. Baek pakai specs je lah buat masa ni. Sebab hari tu baru ganti lens yang hilang. Malu lah nak mintak ayah belikan lagi sekali. Nak guna duit sendiri pon boley. Tapi baek guna untuk belikan benda laen dulu. Tunggu sampai tamat tempoh setahun dia la baru beli contact lens lagi. Februari 2013, I'm waiting for you dear. =______= Masa tu dah habis semester 1 tahun 1 degree aku. Hikhik.

Ohyeah2~ Seminggu lagi baki cuti aku. Ohyeah? Ouhhh puhlisss lahhhh~ Ada ke orang hepi kalo cuti dia dah nak habis? Tapi kalo cuti aku panjang lagi memang aku dah tak tahu nak buat apa pun. Buang masa je banyak. Soooooo ! Time for shopping ! START ! :D

Important-things-to-do :
*kena jumpa puan dentist. >.< walaupun aku masuk dentistry, tapi jangan pikir gigi aku sihat cantik berseri. it's a very NO NO NO. aigoooo~ :P
*have to wait for my driving teacher's call. RETEST JPJ? OHMAIGOD. malassssss kottttt~ >.< tapi kalo tangguh lagi? aku.......... T^T
*diet. hahaha. #macam lah sempat masa seminggu tu nak kurangkan berat badan. tolong jangan berangan lah makcik. =='
*hari Khamis kena amek duit bantuan persediaan ke IPTA yayasan terengganu bagi. ramai kot manusia nanti. >.< dah ler Terengganu tu bukannya dekat. kenapa mesti masa last minute jugak dia buat majlis tu? maybe lepas pi Terengganu tu terus ke Nilai la kot. sebab aku daftar USYEMMMMM hari Sabtu. :(

Bestnya merapu ! Tahniah lah kalo kome baca sampai habis. Tapi takde hadiah. Sorry. Kahkah. :P

Wassalam. :D

Wednesday, 22 August 2012

When Falling in Love with a Friend

Are we friends or are we dating?
These days I’ve been confusing about you, even more about myself
We also watch movies, also go for a walk
Then I’m telling you my deep secret
Our friendship is something closer than lovers
But what should I do? I’ve grown so fond of you baby
Before I know it, everything of you
I’ve grown fond of everything of you
Silently, more silently, I will come closer to you
I like all that you are, like everything
Even though the words “I love you” aren’t said
Please just stay with me like this, please promise me, forever
My heart wants to confess everything like a man
You’d better catch my heart, you’d better know my heart baby
The love that is more precious than love
I want to give my all
Slowly, more slowly, I will give all my heart
I like all that you are, like everything
Even though those words are awkward
Please be there, sometimes as friends, sometimes as lovers
“There’s no friendship between boys and girls"
I didn’t believe it back then
No, even though we become lovers
We will continue being even better friends
More than the words “I love you”
We still, with our sweet feelings
Little by little, starting from today
I like all that you are, like everything
Your hands that I took, I won’t let go
But instead I will be by your side saying “I love you”, forever~
lagu ni dah lama. tapi saja tertarik nak post maksud dia. heeee. n__________________________________n
*hari tu aku ada masalah dengan someone, dia yang settlekan. semalam pun dia yang suruh sahabat yang dah lama merajuk dengan aku tu reply mesej hari raya aku. terharu gilaaa. itulah gunanya best friend kan? :'D eh tapi lagu ni bukan untuk dia. jangan salah paham pulak. :P

Tuesday, 21 August 2012

Raya 2012

Assalamualaikum. :)

Mood raya korang apa kabar? Aku? Hekhek. Raya tak macam raya sangat. =____='

Even snap picture pun sikittt jek. Umi kata tunggu hari Khamis ni lah baru amek gambar buat potret raya family. Ececece. Tapi aku nak tunjuk jugak baju raya aku dekat korang. Hoho~ :P


Raya 1st. :D
*on the way balik dari melawat kubur arwah nenek sebelah ayah. Al-Fatihah. 


Raya 2nd. :)
*with kakak and cousinsss
Raya 3rd. ;)
*blur. hakhak. biaq ler~ ade aku kesah?
Baju raya 1st + 3rd bukan baju baru. Baju lama tapi dua2 baru pakai sekali. Sebab tu kira macam baju raya jugak lah. Hikhik. :p *jap. perlu ke aku cakap benda ni dekat korang? gedikkk. O.o *

Kesimpulan raya tahun ni :

  • Jumlah tetamu datang rumah sikit.
  • Duit raya pun sikit.
  • Beraya pun tak banyak.
  • Banyak tido + makan.
  • Ada banyak kenduri. 
Semalam Syahmi ajak aku pergi open house rumah dia. Tapi aku tak pergi sebab takde geng. Sorry lah dude. :( Esok pulak nak pergi beraya dekat rumah Shahrina. Tak sabar nak jumpa kawan2 sekolah rendah dulu. Heee. :D Rumah aku pun ada open house esok. Umi buat nasi dagang. Jemput datang rumah yeeee. ;)
Sekian melaporkan. Wassalam. :)

*over kan aku edit gambar? kahkah. :p

**tadi jumpa Mustapa Kamal (betul ke eja?) dekat kenduri kesyukuran cukur jambul cucu jiran.
***hoi secret best friend! sampai hati kau tak ucap selamat hari raya pun dekat aku. huk2. :(
****k. bye. :ppp

Saturday, 18 August 2012

Ucapan Raya. :D

Assalamualaikum. :D

Kalo rajin bukak entri ni ---> Raya! ye sayangs. ;)
Dah malas nak taip lagi sekali. Har har har. :p

Selamat Hari Raya peeps.
Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT. InsyaAllah. :)
Jemput datang rumah. Silesilesile. ^^

buruk sebab aku edit sendiri. kahkah. :p credit to : cik ini for the doodle. :D
Kepada Demitians, Maahadians, USIMians, special dedicated to Yan, Affaf, Yinyin, E-2-5-ers, bebudak TTD3 + Tamhidi Pergigian 2011/2012, selamat hari raya. Mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. :'D

Tadi aku hantar mesej dekat sahabat ni. Mesej salam Aidilfitri + mintak maaf. Tapi dia tak reply text aku. Hari tu aku ada inbox tanya pasal something dekat facebook dia, dia tak balas jugak. Sedeh. :'( Awak, saya dah mintak maaf kan? Rasulullah SAW tak mengaku umat baginda kalo memutuskan tali silaturrahim. Nauzubillah. Saya harap kita janganlah sampai jadi macamtu. :(

Dan untuk sorang lagi. Dulu siap cakap dah jadi secret best friend. Tapi rasanya rapat setakat 2 bulan je kot. =.=' Maaf kalo aku ada buat salah. Tetiba je kau senyap. Dah lama tak merapu macam dulu2. Takpelah. Macam kau selalu cakap, kosong2. :P

Dear bff yang still bergelar bff. Kahkah. Terima kaseh selalu sudi dengar aku membebel + merapu. Muahaha. :p Maaf di atas segala salah silap aku. Sorry, rasanya tak dapat pergi rumah kau sebab takde geng. :(

Korang berdua, dekat Pandan jangan pulak buat2 sombong dengan aku. =.='

Tamat sudah ucapan special saya terhadap orang2 tertentu. Sekian. Heeee~ :pppp

Orang laen mesti dah balik kampung. Family aku macam biasa, selalunya sebelum subuh baru balik kampung umi dekat Kg Jeram, Pasir Puteh. Hoho. :D


Jihyo beraya bersama Gary LeeSsang,
Sambil beraya sambil bercinta,
Jangan dilupa keluarga tersayang,
Sahabat handai juga yang 'disana'..

Jong Kook Haha dan juga Jaesuk,
Pakai baju 'colour'nya ceria,
Ceriakan diri di hari esok,
Moga2 semua bergembira..

Sukjin Kwang Soo beraya sakan,
Mencari-cari duit raya,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Itu semua sifat manusia.


K. Bye2. Selamat hari rayaaaaaaaa ! n_____________n

Wassalam.

*tadi kata malas nak menaip. tapi.............. =___________='
**updated :: 20/8/2012 :: sahabat tu reply mesej aku pagi tadi. Alhamdulillah. :')

Monday, 13 August 2012

SPY MV ! :D

Yeahhhhh !
Finally !
SPY MV is outttttt ! n________________________n

SPY by Super Junior. :)

lagu dah keluar minggu lepas lagi. tapi tunggu MV ni macam dah bertahun. =.='


Oppa soooooooooooooooooooo handsomeeeee ! >/////////<

Annyeong. :D

Sunday, 12 August 2012

Excuse me?

Assalamualaikum.

Dear You.

I'm so sorry if I was too sensitive the day before. :(
I was mad at you just because your weird question.
If it is true that you only asked me for your friend's behalf, ignore this. :)
If it is not, and there was something behind that question.
I want to let you know something. ;)
Before everything becomes more complicated.
Before my misunderstanding about you becomes more serious.

Lelaki yang baek hanya untuk perempuan yang baek. ^^


Awak baek.

Tapi saya rasa saya tak. :')

Jangan pura2 suka kalo tak suka. 

Your words before, including the 3 years thingy. n___n
Don't worry, dude.
I will not take the words seriously.



Friends?
Yes, we are. :)

Wassalam.

*peeps.ignore this entry please. n___________n 
 selamat memanfaatkan malam2 terakhir Ramadhan. :')

Thursday, 9 August 2012

Sengal

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.......... *sambung sendiri :p*


XD XD XD XD XD

Assalamulaikum. =.='

Aku fail lagi ujian memandu aku tadi. T^T Sengal. Dah dua kali aku fail. Dulu kandas dekat bukit. Tadi kandas parking 3 penjuru. Yang lassssssst sekali. Gedik weh. Bukit + side parking dah cun aku buat tadi. =.=' Ini pun fail sebab pijak garisan putih masa undur nak keluar dari parking tuh. Last step. Bongek bongek bongekkkkkkkkkk. :(

Tapi seriussss lawak siot. Hahahahahahahaha. Malu kot. Masa aku pijak garisan putih tu, abang JPJ *cehhh. abang? haha* tu sengih2, dia cakap, "Keluar kereta." Hahhhh? Dia tanya aku, "Kena garisan putih kan?" .............................. a'ah. =.=' Aku pun buat muka comel blur masa sign borang tu. Mana tau dia bagi chance aku buat lagi sekali ke~ Kahkahkah. Tapi tengok2 dia tak layan pun. Ouhh kesiannnn akuuuuu~ :p

It's okayyy. Sebelum ni Allah selalu bagi semua yang aku nak. Alhamdulillah. :') Orang laen first test pun dah lulus. Aku amek 2 kali pun tak lulus2. Takpe2. Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita nak sebab takut kita lupakan Dia. *ayat penyedap hati sendiri yang telah berkecai menjadi debuuuu.wuwuwuwu. :( * InsyaAllah test ketiga nanti aku lulus. Doakan aku. :((


test JPJ bukannya murahhh wehh. T^T
Aku dah sambung lesen L aku 4 kali. Setiap kali sambung habis 30 hinggit. Satu test ulangan pun dah 50 hinggit. Ni test ulangan lagi sekali? Kena pakai duit lagi la. Kesian mak bapak akuuuu. T.T

Banyak tadi benda2 yang memalukan aku buat. =.=' Kalut punya pasal. Hikhik. Tapi segan ah nak cerita. Aku memang~ Suka je buat benda2 mengarut. Lalala~ Aku balik dengan cikgu memandu aku. Atas kereta, dia gelak. Aku gelak. Dia gelak lagi. Aku gelak jugak. Dia tanya nak retest bila pulak? Aku cakap ikotlah bila2 asalkan sebelum tarikh lapor diri. Sempat ke tak retest aku pun tak tau. Harap2 ada kosong lagi untuk aku booking test. =.=' 

Tadi mula2 sampai lagi aku duk tepi sorang akak tu. Lepas tu dia tegur aku. Kitorang pun borak2. :) Sampai lah ada kawan dia tegur dia. Kawan dia tanya dia study dekat mana sekarang? Dia cakap USIM. Dalam hati aku, "Laaaaaaaaa~ Budak USIM ke~". Borak2 dari tadi baru tahu akak tu amek ijazah akaun hape entah dekat USIM. Ouhhh. Then kami borak2 pasal USIM terchenta pulak. :p Akak tu kandas parking 3 penjuru dulu, tadi dia test ulangan jugak, tapi kali ni dia lulus. Aku je yang selalu naseb buruk. =.=' Retest nanti pun aku kena ulang buat bukit + side parking jugak, walaupun aku dah lulus tadi. Streeeeesssss! >.< I hate myself. T^T Ehhhh. Tak baek. Harhar~

Dahhh. Annyeong. :(

____________________________________________________________________________

"Nanges? Tolonglaaa~ Aku taknak jadi hipokrit. Buat2 lembut macam pompuan laen. Sebab tu aku kasar. Kahkah."

"Perempuan ni memang semulajadi lembut. Yang buat2 kasar tu lah yang hipokrit sebenarnya."

*gulp*
____________________________________________________________________________

Wednesday, 8 August 2012

Malu weh ~

*kisah benar yang tak menarik. saja nak tulis time boring2 ni. hoho~ *

Pukul 7 petang tadi, aku bukak laman sesawang JPA, try kalo2 dah tak jammed. Sebenarnya aku dah tak payah concern pasal JPA ni lagi sebab aku dah tak payah apply. Tapi ada kawan yang mintak tolong aku tengokkan kalo2 dah boleh access laman web esilav2.jpa.gov.my tu. Dia tak online sebab tak larat katanya. Demam teruk. Semalam dia cakap dia tidur dari pukul 8 malam sampai pukul 2 petang. Boleh tau lah dia tak larat sebab masa chat dengan dia dah takde "hahahahahaha" dia yang biasa. :( Serius doe. Tak suka kot layan orang yang tak seceria macam biasa ni. :p Kahkahkah. Kalo dah boleh access dia suruh aku text dia sebab dah malas online, dia cakap reload banyak2 kali pun tak boleh bukak website tu. Sebelum2 ni aku tak pernah langsung text dia melalui handphone. Yelah. Facebook kan ada. Jimat kredit. :ppp Hikhik. Lagipun takde benda penting pun sebelum2 ni sampai perlu bertext~ Nombor phone dia pun aku tak sure. Dia pernah cakap dulu masa phone member dia habis bateri, member dia tu guna phone dia untuk call aku. *berbelitnya ayat* Jadi dia cakap aku dah ada nombor dia, dia dah ada nombor aku. So aku save lah nombor tu as nama dia sampai hari ni. =.='

Ditakdirkan pukul 7 tadi boleh bukak website JPA tu. Apa lagi as promised, aku pun text lah dia melalui nombor yang aku save hari tu.

*this conversation is translated from loghat Kelate. hoho.*
#pink : aku.  #biru : B.

"Weh, aku dah boleh bukak website JPA. Tapi aku baru confirm tadi kes macam aku dah tak payah apply biasiswa sebab dah dapat lepas SPM dulu. Tapi rasa macam rugi pulak nak tutup tab website ni alang2 aku dah boleh bukak. Ataupun kau nak aku daftarkan untuk kau? Haha."

 "Sape ni?"

"Eh kau ni A kan?"

"Aku member A."

"Owhh. Tapi still budak dentist kan? Hari tu A gitau aku D call aku guna phone dia. Jadi aku ingat ni nombor phone A. Sorry2."

"Aku dentist gak. Pasal JPA tu tak payah apply ke? Ni nombor A : **********. "

"Ramai kata kena apply. Baek apply senang cerita. Kau ni budak dentist Kelantan, mesti si C kan. Haha. Sorry lah ganggu kau. Ada salah info sikit. Yang aku cakap pasal tak payah apply tu sebab bla bla bla bla." *malas nak taip. :p *

"Ok. Thanx. Aku orang KL. Bukan Kelate. Nanti kirim salam dekat A. - B"

@#%^&*(*! What?!! Malu doe. >/////< Aku teka sape dia dua kali, semua salah. Aku cakap Kelantan pekat kot dengan dia. Lorrhhhhhh~ Apesal lah dia guna loghat Kelantan jugak? Dah ler dia bukan classmate aku. And dia pun maybe tak kenal aku. Apekebenda lah aku melalut membebel dekat dia dari tadi? Aigooooo~ >.<

"Haha. Laaaaaa. Laju je cakap Kelate. Ok2. Sorry. Malu 2 kali aku hari ni. Lupa nak cakap aku Amalia. K, salam."

Lepas tu baru aku text si A. =.=' Ni baru dia betul2. Aku cerita dekat dia, dia cakap dah tahu dah. Si B dah text dia tadi. B tanya A sape Amalia. Okei fine. Aku memang tak popular pun~ :p Then A cakap B tengah sakat dia dengan aku. Cakap mesej macam couple. Eh tolong sikittttt~ Aku tak pernah couple2 ni. Lagipun aku cakap kasar je dengan si A tu. Couple hape nya! Couple itu haram la pakcik. Haiyaaaa~ :pppp

Lepastu si B still lagi text aku tanya pasal JPA. =.=' Padahal aku pun tak tahu jugak. Lagipun aku bukannya pekerja dekat JPA. Aku sendiri pun tak apply, tak tahu lah macam mana keadaan website tu. Application form dia dekat mana? Laaaagi lah aku tak tahu. Maaf lah tak dapat membantu. :|

Tapi......................... Aku masih tak dapat terima aku salah nombor hari ni. Dah kantoi dengan si B aku rapat dengan si A. Dah ler aku pun kawan rapat dengan si D belakang orang jugak. Hari tu aku digosipkan dengan si D. *gosip budak2* Sekarang kalo heboh aku dengan si A pulak, matilah aku. Padahal kitorang bertiga semua kawan baek. Muda lagi. Kawan dengan makhluk berlaenan kaum pun perlu jugak. Cuma jangan berlebih2. :D

*macam tak betul je nasehat aku tu? hahaha. :p

Pyepye. Wassalam. :)

**entri paling tak berguna dari aku. okei fine~

Tuesday, 7 August 2012

Feeling

Assalamualaikum. :)
*nak cakap omputih sikettt boleh? hikhik. :pp

Arghhh. I don't like this feeling. A little bit moody maybe? Tomorrow I have to go for my driving class. RM30 just for 1 hour. It's ridiculous. ==' And I also have to pay another RM30 to continue my L license which will be expired tomorrow, 8/8/2012. 'Lucky' enough hah? My JPJ test will be on the day after tomorrow, 9/8/2012. Perfect! Ohmai~ >.< Arghhhhh again as I don't like this driving thingy. I think after I get my driving license, I will not drive lorh, except if only if there is a crucial moment so that I have to. :(

JPA change their policy this year. ==' Not all IPTA's Medical and Dental students will get the JPA scholarships like before. We also have to apply for the scholarship. But luckily I am one of the JPA PIDN 2011 scholarship holders. This morning I received an email from JPA.


Alhamdulillah. A fellow tamhidian who is also in the same shoes like me has called JPA for the confirmation so that we don't have to apply for the scholarship again. :)
But how about the others? Only 40 students of 700 tamhidians I guess got the conditional scholarships after SPM like me. *eh2 cam poyo jek.hoho.* Yesterday one of my classmates asked me whether he has to apply for it or not. Now he got a fever and he only can go online sometimes. Poor him. Hakhak. When he's online, the JPA website is not working. Server error der~ Okay dude, take a good rest k. I will inform you if I can access the website. :D *aik tetiba aku cakap pasal dia ni asal? O.o tukartopik2~

Just now, this ---> nak pitam happened again. :( I'm not feeling well until now. The stomachache, sweating all over the body, blurring eyes. Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan aku. :'( This frightened me. :(( Pray for me. T^T 

2 days ago, I had a medical check-up for USIM 1st year degree registration. All praises to Allah, the doctor said I'm healthy. :) But there was an unwanted accident though. I was too nervous when entering the doctor's room. Kahkah. First thing she did was taking my blood pressure. As my heartbeats was too fast, my blood pressure was very high, 149mm/Hg. Me too was shocked. Hahahaha. After she talked to me, examined other parts of my body, I became more relax. :) She checked my blood pressure again. Alhamdulillah it became normal, 129mm/Hg. *sebenarnya masa tu aku still nervous lagi. pelik betol la aku ni. bukannya doktor tu doktor lelaki yang sepet kacak bergaya pun. ==' * I also don't have any idea why I was being like that. In medical check-up last year, aku cool je~ >.< Haaaaaa! Also thank God my height increased by 1cm this year! Yay! I am 156cm now. Hehehe. *aku tau lah aku pendek. dah cukup tinggi lah tu bagi aku. :p

Okay lah. Wish me luck for the JPJ test this Thursday. -__________-'

Wassalam. Pyepye~ XD

*ganassss tak titewwww speaking omputihhhhhhhh? ikowwttt sukewww hati titewww ahhh nak ckp omputihhhhh tetibewww~ ignore the grammar mistakes titewwww ekkkkkk. ;ppppp
**gedik enough? LOL.

Wednesday, 1 August 2012

Muhasabah diri

Assalamualaikum. :)


Masuk hari ni, sudah 12 hari Ramadhan berlalu. Alhamdulillah. :') Alhamdulillah jugak dah dua minggu aku tak tengok cerita Korea. Cuma aku dah usaha cuba kurangkan minat aku terhadap KPOP, tapi nampaknya susah. :( Maybe sebab dah 6 tahun aku minat KPOP kot. Harharhar. Takpe. Aku bukan obses sangat pun dengan Korea. Cuma fanatik tu, mungkin la kot. Lalala~ Diorang comel sangat. Eye-smile tu tak boleh blah. >/////< Oppsss. :p


Malam semalam, semasa bertarawih dekat masjid, ada ternampak sorang akak *or maybe adek. dunno2. kahkah.* yang bertudung bulat + berpurdah. Masa dia bukak purdah dia, masyaAllah, serius dia lawa teramat. :') Dah ler putih melepak. Pendek kata lawa dia tu, kalah aku. LOL. Lepastu aku bisik dekat umi, "Umi, dia tu pakai purdah." Apa kehey aku tetiba cakap macamtu pun aku tak tau. O.O Umi pun tanya aku, "Bakpo? Awok nok pakai ko? Haha." Lorh. Tersentap aku. Yang tak tahannya boleh pulak umi gelak. Tapi memang kelakar pun. Hakhak. XD Aku pakai purdah? Erk. Aku ni tomboy kot. Huahua. Sifat kewanitaan aku pun............... Emmm. Nak cakap pun aku tak reti. :p Tapi apa salahnya kan kalo aku pasang niat nak berpurdah suatu hari nanti? Ehhhhh! Haha. Cuma sekarang aku tengok macam trend lah pulak budak2 remaja tetiba berpurdah. Kalo berpurdah tak bising2, takde hal. Ini yang amek gamba self camera sendiri macam remaja2 perempuan laen teww. Celak dekat mata pun bukan maennn. Lepastu post dalam facebook. Letak caption "Ini saya semasa di kelas." "Ini saya semasa di kampung." Komen2 yang dia dapat pun dua kali lima budak2 hot fb laen jugak. Erk. Pelik. =.=' Ehhhh. Apa aku ni? Tak baek bersangka buruk. Astaghfirullah. >.< Semua bergantung kepada niat diorang. Allahualam. :)


Sekarang tengah hangat isu penindasan Buddha terhadap Muslim dekat Burma. Sedehhh. :'(



Ya Allah. Kuatkanlah dan tabahkanlah hati saudara2 seIslam kami di sana. Hanya doa yang dapat dijadikan sebagai senjata kami. :( Tadi aku survey sikit pasal isu ni. Tapi serius aku tak berapa faham. Hukhuk. Apabila ditambahkan lagi dengan penerangan tentang puak Syiah etc. Aku dah baca berulang kali tapi tetap tak faham. Aku baru sedar betapa ceteknya ilmu pengetahuan akuuuu. Ya Allah~ T^T Aku tahu ramai jugak masyarakat Malaysia sebijik macam aku. Tak pernah amek berat pasal isu2 ni, kecuali selalu menyumbangkan doa kepada mereka. Of course lah amat dasyat kalo ada yang tak pernah mendoakan para mujahidin di sana. Ada ke? :(( But tak dapat dinafikan, di Syria, Myanmar, Afghanistan, Iraq, Thailand, Palestin, saudara2 seIslam kita sedang mempertaruhkan nyawa, the innocent ones were killed, tapi umat Islam di Malaysia? T.T *jawab sendiri ler.


Tadi dekat fb Solehah ada post pasal report page Himpunan Gambar Awek Melayu. @#$%^&*! lah page tu. Aku tengok, mengucap tak habis2. Kurus pahala puasa aku. T.T Anak Melayu~ Ishhh. Islam pulak tu. Dua2 pihak salah. Yang buat page tu pun bengo**. Pompuan2 yang takde maruah post gamba nude dia dekat fb pun bengo**. Gamba perempuan bertudung litup pun diorang komen macam2. Cuma tau2 je lah kan diorang bertudung, tapi pakaian? Dengan tudung yang tak melitupi dada. :(( Aku tengok gamba2 tu dengan umi. =.=' Umi cakap, "Mano mak bapak diorang? Kesian. Diorang tak pikir ke perasaan mak ayah dia kalo tau pasal benda ni. Memalukan. Teruk Malaysia lorni." *kitorang sama2 geleng kepala*


Then yang politiknya, tak habes2 gadoh. Lali aku dengan diorang. Aku duk hepi2 tengok video Ustaz Azhar Idrus, scroll down baca komen, masyaAllah, ramai orang Islam kutuk ulama' sendiri. Kata2 kesat, lucah semua ada. Diorang hina ustaz, hina tok guru. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan jugak kepada mereka. :'( Yang defend ulama' pun apa kurangnya. Actually kalo nak lawan kata2 kesat orang yang tak berapa bijak sepatutnya gunakan kata2 yang baek dan sopan. Ini tidak. Ibarat menyimbah minyak ke dalam api. *erk. betul ke peribahasa ni?* Yang kurang bijak pun kalo nak tabur fitnah berbaliklah kepada Quran dan hadis ye sayang oi~ Dahhh. Malas aku nak cakap pasal politik. Diorang lagi tua dari aku. So I guess they can think about this themselves. :p Then sekarang kecoh pasal logo + lagu Merdeka tahun ni. Tapi memang tak patut pon. Lirik entah apa2. Hakhak. "Janji Ditepati. Ini masa balas budi." What? LOL. Malaysians, bangkitlah! :(


Yang Korea nya pulak? Aku tahu lah geng aku macam mana. Dua tiga hari ni heboh pasal kes buli di antara girl group. Hwayoung dibuli oleh fellow members T-ara, and she was kicked out of the group. It's just rumor. Tapi banyak bukti T-ara members and their company + CEO yang bersalah. Peminat2 KPOP, remaja2 Malaysia hari ni lebih rela baca berbelas2 artikel berita pasal benda ni daripada berita2 Rohingya dibunuh. Dari berita Somalian people who are worrying whether their puasa diterima or not if tanpa bersahur + berbuka. T.T Aku mengaku. Itu benar. Ya Allah, ampunilah dosa kami. :'((


Bila masyarakat Malaysia nak berubah? Bila kita boleh tengok semua wanita Melayu Islam menutup aurat dengan sempurna? Bila kami anak muda Malaysia boleh tengok parti Biru + parti Hijau bersatu menegakkan syiar Islam? Bila kami anak muda boleh rasa dibimbing pemerintah yang berteraskan Al-Quran + Sunnah? Bila tampuk pemerintahan Malaysia nak berubah ke arah yang lebih baek? :((((


O Allah, lead us in a straight path. Takbir! Allahuakbar!


Wassalam. :)


*tak salah kan kalo kadang2 aku tak tulis entri merapu? kahkahkah. :p
**tak ingat nak hapdate pasal test JPJ aku. ditunda lagi laaa. 9 Ogos pulakkk. okay JPJ. tolong bagi aku anugerah the longest time license L holder, boleh? T.T