Thursday, 30 August 2012

Bye Kelate :(

Assalamualaikum.

*sila baca dengan nada melankolik ye. walaupon baca dalam hati. :p*

Dah nak dekat pukul 2 pagi. Esok aku kena bangun awal. Bertolak awal pagi lagi. Macam biasa kalo hantar aku mesti naek kereta. Ayah + abang gilir2 drive. Umi + Hakim + aku pulak penumpang tempat duduk belakang yang setia. :) Destinasi first kitorang insyaAllah dekat Stadium Gong Badak, Terengganu. Mesti lama gila majlis tu. Sebab kena beratur naek stage terima sijil lagi, then beratur pergi amek duit lagi. Dah ler ramai. Mesti cramp duduk lama2 nanti. >.< Anggaran umi maybe pukul 3 petang baru majlis tamat. Lepastu plannya kami teruskan perjalanan ke KeyEll. Maybe bermalam dekat Kuantan. Yelah. Lalu jalan jaoh. Amek masa sikit la. :( Pagi Jumaat teruskan journey ke rumah Cik Su dekat Puchong. Bermalam dekat situ pulak. Pagi Sabtu barulah pergi Stadium Nilai. Daftar aku masuk Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian USIM sesi 2012/2013. Arghhhh. Tidakkkk~ T.T

Doakan perjalanan kami selamat ye. :D
InsyaAllah semoga Allah mempermudahkan urusan pendaftaran aku + kawan2. n_______n

So, goodbye home. Goodbye Kelate. :'(



Tunggu cuti raya haji pulak la aku balik lagi. InsyaAllah. Itu pun kalo boleh balik. Dalam takwim akademik FPg 2012/2013 aku tengok takde cuti tambahan pun masa raya haji. So tak sure lah cuti panjang mana. T^T

Retest JPJ aku? Tak payah tanya. Kak Bi call aku semalam. Dia tanya aku cuti bila pulak nanti. Padahal sejak bulan 4 dulu lagi aku cakap lepasni dah susah nak cuti panjang2. So harapnya cepat2 lah boleh retest. Takut fail lagi sekali. Kalo retest awal2 cuti hari tu sempat nak retest lagi sekali. Tengok. Kan jangkaan aku dah jadi betul. *sedih kot kalo ingat balik aku dah fail 2 kali test JPJ. rasa nak give up pun ada. #kesat air mata.* Entah bila pulak boleh retest. Kena perbaharukan lesen L aku lagi. Sekarang aku dah ada 5 keping lesen L tau tak. T.T 

Cuti sem aku pun 2 minggu je kot nanti. :'( Takpe. Nak belajar. Macam ni lah. Berkorban apa saja. Dah ramai orang ingatkan aku yang belajar dentistry ni bukannya senang. Kak Ta, sepupu aku yang dah bertahun2 jadi dentist, dah ada 3 orang anak dah pun, dia cakap belajar dentist lebih tough dari medik. And she said that part paling susah masa kena cari patient sendiri. Aku pernah dengar dari senior dulu pasal tu. Allahualam. Semoga Allah tunjukkan kami jalan yang lurus. Semoga kami berjaya menggenggam segulung ijazah 5 tahun akan datang. Semoga kami dapat menjadi seorang doktor gigi yang Islam boleh tumpang kelak. InsyaAllah. :')

Okaylah. Dah ngantuk. Nak tido. Gudnite. Sleep tight.
Maybe seminggu akan datang aku sibok dengan minggu taaruf. Dekat Pandan aku pun tak sure wifi dia laju ke tak. Nak tengok Running Man. T.T Ehhhh. Study, Amalia! Study2. Dah2 lah tu dengan Korea. 4 bulan kau bazir masa dengan Korea, Amalia oi~ Okei fine. :( Sudah cukup2 sudahhhh~

Aja aja fighting ! n_______________n
Doakan aku. :)

Wassalam. Bye2 bloggie + readers. :'((

**okei. tak tahu aku nak buat reaction macam mana masa jumpa dengan 2 orang budak tu nanti. =.=' mesti awkward gila. >.< takpe. buat cool je. aku rasa diorang mesti buat2 tak kenal aku macam biasa lah kot. dekat facebook je berani huha2. kat luar? jangan harap lah nak tegur2. senyum pun tak. confirm punyaaaa. kahkah. aku pun nak berlakon jugak la~ :pp

***best tak lagu belog aku baru letak ni? hoho. :p entah kenapa dan mengapa tetiba addicted dengan lagu lama ni. =____=''

No comments: