Sunday, 26 August 2012

Hello to the OLD me :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. :)

Dah dua hari nak hapdate pasal ni. Tapi sibuk sangat. Malam2 selalu ada je yang ganggu aku. Kahkah. ;P

Khamis lepas pergi kenduri kahwin sepupu dekat Penarik, Terengganu. Yelah~ Ayah aku kan asal Terengganu. Hoho. Kiranya aku ni halfKelate + halfGanu laaa. Tapi sejak umur belasan tahun lagi ayah dah menetap dekat Kelantan. Sampai sekarang. Jadi ambo banggo jadi anok Kelate. ;D Dah lama tak balik kampung dekat Terengganu, sebab datuk nenek sebelah ayah dah lama kembali ke rahmatullah. Tok Ki sebelum aku lahir lagi. Che Teh masa umur aku 5 tahun. *al-Fatihah*

Al-kisahnya sejak beberapa hari sebelum pergi kenduri tu lagi contact lens aku buat hal. =______=' Lens sebelah kiri. Lepas pakai, mata aku terus berair, lepastu pedihhhh. Biasanya sejak dua tiga hari sebelumtu mula2 pakai je dia pedih then dia okay. Tapi hari tu mata aku tak henti2 merembeskan air mata yang aku rasa kehadirannya amat tidak diperlukan itu. >.< Setiap 5 minit kot aku kena sapu the unwanted tears tu dengan tisu. Ramai orang pandang2 aku. Mesti sebab dia pikir aku sedih sangat orang tu kahwin. Maybe ada yang berpendapat aku ni ex-makwe pengantin lelaki. Yelah. Duk menangis tak tentu pasal. Hek. Memalukan. T.T Dah ler aku memang tak berapa rapat dengan sepupu2 sebelah ayah. Lebih2 lagi yang duk dekat Terengganu. Even nama dorang pun ada yang aku tak tahu. Hehe. Sebab dorang ramai sangat and jarang jumpa. Masa nak salam dengan dorang memang aku cover mata kiri aku yang tengah membengkak + merah tu. >////< Nak buang lens masa tu of course lah tak boleh. Kena cuci tangan la itu la ini la. Susah nak buat benda leceh macamtu dekat tempat ramai orang. Tambah2 lagi aku tak biasa pun dekat situ. Tiga tahun sekali maybe pergi sana?
*syokkkknya membebel. harhar~ ;pp *

tengok mata aku~ akibat pedih la tak boleh buka mata. T^T
On the way balik stop solat Zohor dekat masjid Kg Saujana. Aku buang lens aku dekat situ la. Naseb baek bawak case dia + specs kesayangan aku tu. My specs my hero ~ <3
Tengok mata aku bengkak der ~ =.=' *bengkak sikit je pun.saja kecoh lebih.mwehehe. :P *


Lepastu aku tengok lah kakak koya comeyyy duk amek gambar dia sendiri, atau dalam bahasa standardnya berSELF-CAMERA *ler kononnya*. Aku pun keluarkan phone aku lepastu tiru action dia. Sajo nok nganyim ko dio. Muahahahahaha. Eeeeiiiiii. Menyampah i~ :p 


kamera tu memang dia yang selalu conquer. =.='
hasil kebongekan kami.
Balik tu aku observe lah lens yang memedihkan mata aku tu. Tilik punya tilik baru perasan dia dah koyak sikit. Ishhhh. Patot ler~ >.< Kena beli yang baru lagi la maksudnya. Tapi aku taknak. Baek pakai specs je lah buat masa ni. Sebab hari tu baru ganti lens yang hilang. Malu lah nak mintak ayah belikan lagi sekali. Nak guna duit sendiri pon boley. Tapi baek guna untuk belikan benda laen dulu. Tunggu sampai tamat tempoh setahun dia la baru beli contact lens lagi. Februari 2013, I'm waiting for you dear. =______= Masa tu dah habis semester 1 tahun 1 degree aku. Hikhik.

Ohyeah2~ Seminggu lagi baki cuti aku. Ohyeah? Ouhhh puhlisss lahhhh~ Ada ke orang hepi kalo cuti dia dah nak habis? Tapi kalo cuti aku panjang lagi memang aku dah tak tahu nak buat apa pun. Buang masa je banyak. Soooooo ! Time for shopping ! START ! :D

Important-things-to-do :
*kena jumpa puan dentist. >.< walaupun aku masuk dentistry, tapi jangan pikir gigi aku sihat cantik berseri. it's a very NO NO NO. aigoooo~ :P
*have to wait for my driving teacher's call. RETEST JPJ? OHMAIGOD. malassssss kottttt~ >.< tapi kalo tangguh lagi? aku.......... T^T
*diet. hahaha. #macam lah sempat masa seminggu tu nak kurangkan berat badan. tolong jangan berangan lah makcik. =='
*hari Khamis kena amek duit bantuan persediaan ke IPTA yayasan terengganu bagi. ramai kot manusia nanti. >.< dah ler Terengganu tu bukannya dekat. kenapa mesti masa last minute jugak dia buat majlis tu? maybe lepas pi Terengganu tu terus ke Nilai la kot. sebab aku daftar USYEMMMMM hari Sabtu. :(

Bestnya merapu ! Tahniah lah kalo kome baca sampai habis. Tapi takde hadiah. Sorry. Kahkah. :P

Wassalam. :D

No comments: