Wednesday, 1 August 2012

Muhasabah diri

Assalamualaikum. :)


Masuk hari ni, sudah 12 hari Ramadhan berlalu. Alhamdulillah. :') Alhamdulillah jugak dah dua minggu aku tak tengok cerita Korea. Cuma aku dah usaha cuba kurangkan minat aku terhadap KPOP, tapi nampaknya susah. :( Maybe sebab dah 6 tahun aku minat KPOP kot. Harharhar. Takpe. Aku bukan obses sangat pun dengan Korea. Cuma fanatik tu, mungkin la kot. Lalala~ Diorang comel sangat. Eye-smile tu tak boleh blah. >/////< Oppsss. :p


Malam semalam, semasa bertarawih dekat masjid, ada ternampak sorang akak *or maybe adek. dunno2. kahkah.* yang bertudung bulat + berpurdah. Masa dia bukak purdah dia, masyaAllah, serius dia lawa teramat. :') Dah ler putih melepak. Pendek kata lawa dia tu, kalah aku. LOL. Lepastu aku bisik dekat umi, "Umi, dia tu pakai purdah." Apa kehey aku tetiba cakap macamtu pun aku tak tau. O.O Umi pun tanya aku, "Bakpo? Awok nok pakai ko? Haha." Lorh. Tersentap aku. Yang tak tahannya boleh pulak umi gelak. Tapi memang kelakar pun. Hakhak. XD Aku pakai purdah? Erk. Aku ni tomboy kot. Huahua. Sifat kewanitaan aku pun............... Emmm. Nak cakap pun aku tak reti. :p Tapi apa salahnya kan kalo aku pasang niat nak berpurdah suatu hari nanti? Ehhhhh! Haha. Cuma sekarang aku tengok macam trend lah pulak budak2 remaja tetiba berpurdah. Kalo berpurdah tak bising2, takde hal. Ini yang amek gamba self camera sendiri macam remaja2 perempuan laen teww. Celak dekat mata pun bukan maennn. Lepastu post dalam facebook. Letak caption "Ini saya semasa di kelas." "Ini saya semasa di kampung." Komen2 yang dia dapat pun dua kali lima budak2 hot fb laen jugak. Erk. Pelik. =.=' Ehhhh. Apa aku ni? Tak baek bersangka buruk. Astaghfirullah. >.< Semua bergantung kepada niat diorang. Allahualam. :)


Sekarang tengah hangat isu penindasan Buddha terhadap Muslim dekat Burma. Sedehhh. :'(



Ya Allah. Kuatkanlah dan tabahkanlah hati saudara2 seIslam kami di sana. Hanya doa yang dapat dijadikan sebagai senjata kami. :( Tadi aku survey sikit pasal isu ni. Tapi serius aku tak berapa faham. Hukhuk. Apabila ditambahkan lagi dengan penerangan tentang puak Syiah etc. Aku dah baca berulang kali tapi tetap tak faham. Aku baru sedar betapa ceteknya ilmu pengetahuan akuuuu. Ya Allah~ T^T Aku tahu ramai jugak masyarakat Malaysia sebijik macam aku. Tak pernah amek berat pasal isu2 ni, kecuali selalu menyumbangkan doa kepada mereka. Of course lah amat dasyat kalo ada yang tak pernah mendoakan para mujahidin di sana. Ada ke? :(( But tak dapat dinafikan, di Syria, Myanmar, Afghanistan, Iraq, Thailand, Palestin, saudara2 seIslam kita sedang mempertaruhkan nyawa, the innocent ones were killed, tapi umat Islam di Malaysia? T.T *jawab sendiri ler.


Tadi dekat fb Solehah ada post pasal report page Himpunan Gambar Awek Melayu. @#$%^&*! lah page tu. Aku tengok, mengucap tak habis2. Kurus pahala puasa aku. T.T Anak Melayu~ Ishhh. Islam pulak tu. Dua2 pihak salah. Yang buat page tu pun bengo**. Pompuan2 yang takde maruah post gamba nude dia dekat fb pun bengo**. Gamba perempuan bertudung litup pun diorang komen macam2. Cuma tau2 je lah kan diorang bertudung, tapi pakaian? Dengan tudung yang tak melitupi dada. :(( Aku tengok gamba2 tu dengan umi. =.=' Umi cakap, "Mano mak bapak diorang? Kesian. Diorang tak pikir ke perasaan mak ayah dia kalo tau pasal benda ni. Memalukan. Teruk Malaysia lorni." *kitorang sama2 geleng kepala*


Then yang politiknya, tak habes2 gadoh. Lali aku dengan diorang. Aku duk hepi2 tengok video Ustaz Azhar Idrus, scroll down baca komen, masyaAllah, ramai orang Islam kutuk ulama' sendiri. Kata2 kesat, lucah semua ada. Diorang hina ustaz, hina tok guru. Astaghfirullahalazim. Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan jugak kepada mereka. :'( Yang defend ulama' pun apa kurangnya. Actually kalo nak lawan kata2 kesat orang yang tak berapa bijak sepatutnya gunakan kata2 yang baek dan sopan. Ini tidak. Ibarat menyimbah minyak ke dalam api. *erk. betul ke peribahasa ni?* Yang kurang bijak pun kalo nak tabur fitnah berbaliklah kepada Quran dan hadis ye sayang oi~ Dahhh. Malas aku nak cakap pasal politik. Diorang lagi tua dari aku. So I guess they can think about this themselves. :p Then sekarang kecoh pasal logo + lagu Merdeka tahun ni. Tapi memang tak patut pon. Lirik entah apa2. Hakhak. "Janji Ditepati. Ini masa balas budi." What? LOL. Malaysians, bangkitlah! :(


Yang Korea nya pulak? Aku tahu lah geng aku macam mana. Dua tiga hari ni heboh pasal kes buli di antara girl group. Hwayoung dibuli oleh fellow members T-ara, and she was kicked out of the group. It's just rumor. Tapi banyak bukti T-ara members and their company + CEO yang bersalah. Peminat2 KPOP, remaja2 Malaysia hari ni lebih rela baca berbelas2 artikel berita pasal benda ni daripada berita2 Rohingya dibunuh. Dari berita Somalian people who are worrying whether their puasa diterima or not if tanpa bersahur + berbuka. T.T Aku mengaku. Itu benar. Ya Allah, ampunilah dosa kami. :'((


Bila masyarakat Malaysia nak berubah? Bila kita boleh tengok semua wanita Melayu Islam menutup aurat dengan sempurna? Bila kami anak muda Malaysia boleh tengok parti Biru + parti Hijau bersatu menegakkan syiar Islam? Bila kami anak muda boleh rasa dibimbing pemerintah yang berteraskan Al-Quran + Sunnah? Bila tampuk pemerintahan Malaysia nak berubah ke arah yang lebih baek? :((((


O Allah, lead us in a straight path. Takbir! Allahuakbar!


Wassalam. :)


*tak salah kan kalo kadang2 aku tak tulis entri merapu? kahkahkah. :p
**tak ingat nak hapdate pasal test JPJ aku. ditunda lagi laaa. 9 Ogos pulakkk. okay JPJ. tolong bagi aku anugerah the longest time license L holder, boleh? T.T

2 comments:

Seindah Perhiasan said...

eh,,pasal gmbr awek tu...
mmg nk marh sgt rsa...
ore try la tgk kut2 ada hok ore knal ko..ya Allah mmg gmbr2 tu menguruskn poso...
lagi nk marah ko bdok2 tino tu benarnya..
eiii....geram3x!!!

amalia eunhae said...

hahaha. soba2. meme geram pun. x reti malu sgt bdop2 tino tu. ish2. hrp2 lah nnti ni page tu keno remove. wat jatuh maruah anak melayu. =.='