Sunday, 30 September 2012

Smile :)

Assalamualaikum. :D

Letih lah asyik buat esaimen je. ==' Saket mata menghadap komputer dari pagi sampai petang. Naseb baek esaimen Anatomy yang kena submit esok dah siap tengahari tadi. Alhamdulillah. :) Tengah buat esaimen Physiology pulak. Tapi fed up kejap ni sebab search pasal mechanism of pain dari tadi tapi tak jumpa2! Apa beza mechanism dengan pathway hah? Tak paham. >.< *tarikhembusnafas* 

Rilek2. Physio lambat lagi kena submit. 17 Oktober. Tapi kena prepare untuk presentation jugak untuk seminar Physiology hari tu nanti. Tajuk Case of Pain. Peningggg. Tak belajar lagi tapi dah kena buat esaimen. Memang students universiti semua kena buat macam ni ek? Emmm. Minggu ni pun ada public speaking. Macam biasa aku memang tak de semangat nak buat benda2 berkaitan dengan English ni. Nak tanya, macam mana nak jadi berani? How to overcome the nervousness when doing presentation? Kelemahan besar aku masa cakap depan orang, lidah aku jadi kerassss. Asyik2 tersasul. Nak pronounce bahasa omputeh? Lagi lah lidah aku jadi kerasss tiba2. Tak leh sebut macam biasa. Sedeh, tau tak? Huhu. T.T

Esaimen Halaqah tak sentuh lagi. Esok kena pergi library kejap pinjam kitab lama yang kitorang kena kaji tu. Dah kena submit minggu depan. Huuuu~ Pasaiiiii public speaking aku tak cari isi lagi. >.< Presentation ICT aku tak paham pun kena present apebenda. Sebab aku dah try baca tapi tak paham2. Safeguards amende ntah tajuk dia. :( Lusa hiwar Arab, aku dah buat skrip, tapi belom praktis lagi dengan group. Oittttt banyaknya kerja. Bertimbunnnnn~ T^T

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Aminnn~ :')


Nak share something. Cantik Itu Subjektif
Entri ni dah lama. Tapi aku baru jumpa. Tak kesah lah kan? :P

"Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK. :) "

Aku suka quote ni. Buat aku sedar tak payah lah kita rasa rendah diri even berada dalam kalangan kawan2 yang semua cantik2. Rilek dah ah. Aku selalu kot jeles jugak kadang2 dengan diorang. Dia putih, aku tak. Dia kurus, aku tak. Hidung dia mancung, aku tak. Apesal aku ni? Tak reti bersyukur. Astaghfirullahalazim. :'( Allah dah ciptakan aku sempurna semua anggota dah lebih dari cukup. Kadang2 cara pemikiran aku ni lah yang merendahkan self-esteem aku. Tengok cermin, hitamnya aku, gemuknya aku. Padahal BMI okei je. ==' Naseb baek ada jugak orang yang cakap bulat itu comel. HAHA. Ikhlas ke tak itu laen cerita lah kan. :P

"Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa."

Mereka lawa. Dia cun. Awak cantik. Saya comel. Deal? HAHAHAHA. :P

K, bubye. :)


Tuesday, 25 September 2012

Everything's Gonna Be Alright ~

Across the ocean, across the sea
Startin' to forget the way you look at me now
Over the mountains, across the sky
Need to see your face and need to look in your eyes
Through the storm and, through the clouds
Bumps on the road and upside down now
I know it's hard baby, to sleep at night
Don't you worry

Cause Everything's gonna be alright

Through the sorrow
And the fights
Don't you worry
Cause everything's gonna Be Alright

All alone, in my room

Waiting for your phone call to come soon
And for you, oh, I would walk a thousand miles
To be in your arms
Holding my heart

Through the long nights

And the bright lights
Dont you worry
Cause Everything's gonna Be Alright.

You know that I care for you

I'll always be there for you
Promise I will stay right here, yeah
I know that you want me too
Baby we can make it through, anything
Cause everything's gonna Be Alright
Through the sorrow, and the fights
Dont you worry
Everything's gonna Be Alright.

Through the sorrow, and the fights

Don't you worry ~
Everything's gonna Be Alright.


:: Be Alright by Justin Bieber ::




Anyone? May you sing this song to me nowwww, pleaseeeeeee? *buangtabiat.harhar. :P
Kejap. Sejak bila pulak aku minat JB ni? -________-' Aku suka lagu ni pun sebab TERaddicted dekat part "be alright a a a" tu je asalnya. Mesti kakak drop komen aku jiwang karat pulak kali ni. HAHAHA. Ade aku kesahhh? :PP

K. bye. Assalamualaikum. Doakan aku, esok ada public speaking. Againnnnnn. >.<

Friday, 21 September 2012

'takde' kerja~

Hai semua. :)

Kali ni aku nak share biodata aku dekat korang. Biodata ni assignment first kitorang untuk subjek Behavioural Science for Dentistry. Hahaha. Nampak sangat aku takde kerja nak buat kan? Benda ni pun nak post. Wakaka. Alaaa~ Kopi pasta je pun. :P Padahal assignment berlambak. Public speaking, ICT, Bahasa Arab. Just aku je yang taknak buat lagi. Takde mood weh. >.<

    My name is Nik Amalia Nasrulliana binti Mat Zaib. This precious name was given to me by my beloved father. Usually everyone will ask me to repeat my name when I said it to them for the first time. Just call me Amalia or Nik. I was born on 20th November 1993 in Hospital Pasir Puteh, Kelantan. I live at Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan since I was born. I love homemade food especially my mom’s chicken rice. I also love to drink fruit juices, and of course the sky juice too. My primary school is Sek Keb Demit (1), whereas my secondary school is Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. In my leisure time, I like to surf internet, listen to Korean songs, watch Korean dramas and variety shows. These are my hobbies since I was in Form 2.  I also love blogging very much. I prefer to express myself by writing more than talking. I am a blue maniac and also a cat lover. I had almost 20 cats at home but now the number is decreasing year by year as they were moving to other places. My father’s name is Mat Zaib bin Daud. He is a retired teacher. He teached SPM students in Electrical Engineering Drawing subject. My mother’s name is Tuan Mariati binti Tuan Ahmad. She is a hardworking housewife. I am the 4th of 5 siblings. My eldest sister is a doctor at Hospital Sarawak, and she is married. The second and third ones are my older brother and my older sister respectively, who are studying in UiTM. Lastly, my youngest brother who is in form 1 at Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. I love my family very much. J

    I did not have any ambition previously. Since I was a small kid until I took SPM, I did not have any specific goals in my life. I just studied like the others and succeed to get straight A’s in all big examinations. All praises to ALLAH. I trust that He has the best plan for me. So I just moved on. When applying UPU, suddenly my heart persuaded me to choose dentistry as the top choice. Finally, I got admitted in Tamhidi of Dentistry USIM. First semester of Tamhidi gave a big impact to my life. In this semester I got a lower result than the required CGPA for entering the Faculty of Dentistry. It was quite hard for me, as we had a very big competition to enter the Faculty of Dentistry. After seeing many other friends were doing well in the first semester, I still remember that I had given up many times. Also when having difficulties in studying. But after that I managed to stand up again. All praises to Allah at last I succeed to overcome all these hardships. In the second semester, I got a better result. And now I am very glad that I got the golden chance to be an official dental student here. However, I am a little bit sad because I could not further my study with my best friend, Liyana Fairuz. She was also in Tamhidi of Dentistry before, but now she is in the Chemical Industry course in USIM Nilai. My campus life is completely changed without her beside me. But nevertheless, only Allah knows what is the best for her.

     Honestly, I admit that I am a passive person in class and lecture. Sometimes I am being jealous with other classmates who are active in the class. I also want to be like them seriously. But practice makes perfect. I am trying as possible as I can to change my attitudes in the class. InsyaAllah one day I will become a braver person. My dreams in the future are to be a good Muslimah dentist, could contribute something useful to the society and Islam, and the most important, always be happy and sincere when doing this job. Do pray for me, Madam. Thank you. 
                                    
 NikAmaliaNasrulliana - 1120144 ( 6th batch of Dentistry )


*entri ni dah jadi draft sejak 3 hari lepas lagi. hahaha. asyik2 tertidur je masa bukak lappy. apesal hah aku jadi mengantuk awal sejak duk sini? padahal dulu kul 3 pagi baru mengantuk. tapi kat sini kul 11 malam dah tertidur depan laptop. selalu tak shut down lappy. >.<

Sunday, 16 September 2012

Masalah wehhh !

Assalamualaikum. :)

Sejak asrama aku ni ada wifi, tangan ni selalu gatal je nak hapdate belog. Sekali hapdate, fuhhhhhh panjang punya aku tulis. :P Ngeng. Aku memang. Suka sangat taip benda2 merapu ni. Lebih suka expressing myself by writing, not by words. Belog ni boleh dikira diari aku lah jugak. Cuma taklah sampai semua benda aku cerita. Privasinya still ada. Nak bagi ayat2 tazkiroh macam orang laen, aku tak reti. Aku ni tak sebaek korang. But I'm trying. :')

Kali ni aku nak share masalah aku. Macam yang korang tahu, baru seminggu aku jadi orang keyell. Still tak tahu geografi dekat sini. Hospital dekat mana? Pejabat pos dekat mana? Tak tahuuuuu. Hari ni aku jalan2 dengan Affaf, Fatin + Wajihah. Ketiga2 budak Medik yang berasal dari Kelantan. Kitorang pergi Mid Valley. Keluar rumah kul 8.30 pagi. Naek bas, LRT, monorel, KTM dan sebagainya. Kena tukar2 stesen. Sesat banyak kali kot. Balik kul 5 petang. =.=' Eh kejap. Aku bukannya nak cerita pasal aku sesat. Asalkan kitorang dah selamat sampai Glenview Villa balik, dah cukup. :D

Yang jadi masalah, aku nak poskan surat + dokumen perjanjian biasiswa JPA ni. So first sekali aku kena tahu di manakah pejabat pos? Wehhhhh. Aku dah tanya akak2 senior. Tapi diorang pun tak sure. Ada yang kata dekat bawah kondo kitorang duduk ni pun, ada pejabat pos laju. Aku dah cari tadi, takde pun. Tak tahu lah kalo2 aku terlepas pandang. Anyone yang tahu, tolong inform aku. 2 minggu je kot JPA bagi masa untuk hantar surat akuan + dokumen perjanjian dekat diorang. Dah lah jadual aku packed. Sibukkkkk. Kawan2 yang dapat PIDN 2011 selepas SPM macam aku ni bukannya ramai. Sikit je. Diorang rumah dekat, takpelah parents boleh tolong. Kalo rumah jauh, diorang mintak tolong abang dan kakak yang tinggal dekat2 sini. Abang aku memanglah ada dekat Shah Alam. Tapi aku taknak ganggu dia, dia sibuk + dia takde kereta sekarang. Susah nak datang tempat aku ni. Dokumen tu kena dapatkan tandatangan parents, lepastu kena buat pengesahan saksi, then matikan setem. Aku mana reti wehhh. Selalunya ayah yang buat untuk aku. Ada jugak kawan aku balik kampung masing2 hujung minggu ni nak settlekan benda ni, tapi aku tak balik. Tiket habis. Nak balik jugak! I need my parents. T^T Ayah + umi suruh aku poskan dokumen2 perjanjian kepada diorang. Lepastu ayah yang matikan setem + buat itu ini untuk aku but masalahnya mana pejabat posssssss? Aku takde kawan yang duk dekat KL ni. Kalo ada pun, nak mintak tolong diorang teman aku pergi pejabat pos, aku segan. Ni nak nangesss ni ! :'(

Somebody help me ! Nanti aku belanja pizza seketul. Anyone? :(((((

** updated : my ayah my hero. ayah nak tolong printkan sendiri dekat rumah. tak payah susah2 aku pos lagi. hoho. :)

Minggu Taaruf yang Panjang # ver 2

Sambungan entri ni ---> # ver 1. n______n

7 September :

Hari tu pergi Fakulti. Fakulti Pergigian usyimmm tingkat 15,16 dan 17 bangunan MPAJ. So memang rutin kitorang hari2 naek lif lah. =.=' Ada program taaruf. Pagi ada taklimat kalo tak silap. Petang baru maen treasure hunt dengan kumpulan yang dia susun semalam. Best jugak lah maen benda tu sebab setiap checkpoint maen lukis2, berebut kerusi sambil kotak beracun, berlakon, teka simpulan kata, dan laen2 lagi lah. Alang2 maen sambil2 boleh kenal senior 2nd year. Cuma masa untuk maen sekejap sangat, just sejam. 6 checkpoint sejam nampak sangat lah tak dan. Setiap checkpoint dah amek masa 15 minit kot. Entahla lepastu group mana yang menang. Tapi group aku memang tak lah. Masa maen ni boleh kenal groupmates. Diorang semua laen tutor dengan aku masa tamhidi. So aku memang tak berapa reti nak bergaul dengan orang yang sebelum ni tak berapa rapat. Hoho. Bagus jugak boleh kawan dengan geng baru. :)

10 September :

Dengar welcoming speech dari dekan. Emmm. He told us apa tanggungjawab kitorang nanti. Agak gerun di situ. InsyaAllah boleh bawak diri. Doa2kan lah, sayangs. :D Malam ada program dengan senior 5th year. Akak2 dan abang2 ni sanggup turun padang sambut kitorang. Mekasehhhh. n_____n Masa ni group members laen, diorang susun kami secara random. Aku segrup dengan Anne, Zal, Dalila, Syahmi, Mirul + Ammar. Tersegrup dengan budak tu pulakkk. Tapi memang yang aku jangka lah, dia pemalu siottt. Hahaha. :P Game kali ni kena jawab teka-teki dari super senior. Semua soalan pasal diorang. Bila bufdei ketua diorang? Berapa orang 5th year pakai contact lens? Berapa orang dah kahwin? Berapa orang tinggi kurang dari 150cm? And baaaaaanyak lagi soalan2 yang sememangnya kitorang kena tanya orang sebab memang tak tahu langsung. Game ni group aku dapat tempat 1st kot. Bangga2. XD

11 September - 13 September :

Stop kejap program taaruf. Kitorang ada lectures Introduction of Dentistry. Lecturers hebat2. Suka Dr. Nazirah. :D Cepat nyaaaa kitorang belajar. Topik yang kami belajar, human dentition, dental plaque, dental caries, periodontal diseases, oral cancer, dental erosion and lastly malocclusion. Best? Neutral je. Aku just excited masa tengok gambar gigi2 orang tu. Boleh tau gigi jadi rosak macamtu sebabnya apa. And rupa2nya selama ni masyarakat memang tak berapa concern pun pasal oral health. Baru sedar kot. :O Then hari Khamis ada tutorial. Masa ni Dr Nazirah suruh kitorang volunteer jawab soalan2 tutorial. And you know I'm being nervous when everyone struggled wanting to answer the question. Except me. Lorhhhh~ Hahaha. Ketaq lutut chekkkk. Orang laen semua jawab, sikit je orang yang duk senyap macam batang kayu, termasuk lah aku. Nak jawab macam mana, aku tak study. Haha. Stresss kot sepanjang minggu ni. Tengok housemates aku selalu baca buku. Bincang soalan sama2 diorang. Like seriously? Tu bukan cara aku study. Environment study aku memang sempoi gila. Pasang lagu kuat2, karaoke sama2. Masa tamhidi, aku + Affaf memang buat macamtu. Housemates laen okay je. Lepastu ada takefive or takethirty actually. Haha. Ada selingan gosip2 dulu, gurau2 dulu. Cakap pasal kahwin, masalah hati, tak pun dengar experience dari housemates yang dah expert in a relationship. Hoho. Bagi aku benda tu best. :PP Sebab aku kan remaja jugak. Fitrah. Of course lah perlu bincang2 pasal benda macamtu jugak. Gedik sesama kite2 boleh je. Tapi kawan2 aku dekat dentistry ni nampak macam tak berminat nak kahwin pun. Haha. Jadi budak baek lah aku nanti lama2 duduk dengan diorang. Kenakalan + kegedikan aku boleh menghilang tau dak? O.o

14 September :

Self-study sampai petang. Kul 3 petang ada test pasal apa yang kitorang belajar dalam tempoh seminggu tu. Test uolls~ Masuk carrymark uolls~ >.<

15 September :
source by : Nabilah Nuairy. anne, pinjam gambar ni taw. hehe.
Pagi2 lagi pergi padang tepi masjid depan Glenview villa. Ada telematch dengan senior. Telematch ni macam sukaneka lah. Boleh tahan best. :) Mula2 sekali kena denda sebab tak penuhkan sign senior + staff tu. Padan muka kitorang. Haha. Aku dapat denda ringan je. Tapi denda ringan + berat dua2 sama je. Tepek tepung dekat muka. Pagi2 lagi buat facial treatment. =.=' Katanya tepung campur lumpur. Ntahlah, aku pun tak sure. Lepastu maen 6 game dalam kumpulan. Game first baling belon air dari sorang ke sorang ahli kumpulan. Ketiga2 belon group aku pecahhhhh doe. Takde synchronization. Huhu. >.< Game second paling lawak. Isi air dalam botol guna span. Yang pegang span tu sorang duduk atas guni, lepastu sorang lagi tarik guni tu. Group aku laki yang tarik, pompuan yang ditarik. Lawak doe. Kesian Zaid + Azim kena tarik aku yang beraaaaaat ni. Sorry ler~ Aku dah cakap aku berat. Hahahahaha. :P Game third letak straw yang ada gelang getah dekat mulut lepastu jalan dengan 3 belon dekat tangan kanan + kiri + antara lutut. Game keempat sorang tutup mata tuang air ke dalam cawan atas kepala groupmates yang laen. Kitorang cilok sikit game ni. Haha. Game kelima aku tak ingat. ==' Game last gabungkan group banyak2 tu. Yang asalnya 6 group jadi 2 group. Kena rebut bendera group laen, and protect bendera kita. Game ni lawak. Tak sampai seminit, group kitorang dah menang. Sebab guna muslihat. Kahkah. XD




Tammat. :)

Dear friends, I'm looking forward to build more precious moments with you in the five years journey here. This is how we start our new life in Pandan Indah. A new journey. Still a very loooooong way to go. Ya Allah give us strength and blessings. :'D

Wassalam...

*makin ramai orang tahu aku baek dengan dua classmates aku tu. aku tak tahu macam mana boleh heboh. =.=' harap jangan ada fitnah macam2 sudah. diorang kawan aku, macam aku kawan dengan korang jugak. mesej2 pun benda biasa je. aku tak sehot korang. semua comeyyy loteyyyy. korang pun mesej jugak dengan budak2 laen gender. ye dak? :P

Saturday, 15 September 2012

Minggu Taaruf yang Panjang # ver 1

1 September - 5 September :

Daftar 1 September. Kena pakai baju orientasi warna biru dengan tudung putih. Amat TIDAK syukeeeeee pakai tudung putih. Buat warna kulit aku makin gelap. Legam aku. =.=' Masa tu duduk dekat Acacia Avenue. Sebilik dengan Hani. Serumah dengan Aliah, Nabilah Harun, dan budak medik 2 orang. Affaf duk rumah depan. Aku selalu lepak dekat rumah dia malam2. 5 hari program taaruf dekat Stadium Tertutup Nilai. Kitorang kena pergi situ jalan kaki. Habes lenguh satu badan. Takpe. Jimat minyak bas usyimmmm. Boleh jugak kurangkan pencemaran alam sekitar. Ye dak? Aku skip banyak program. Semua sesi taklimat aku tak pergi. Wakaka. Masa hari first + second aku baek lagi. Hari ketiga aku pergi program malam je. Petang skip. Hari keempat aku tak pergi langsung. Hari last baru jadi budak baek semula. Aku berkomplot dengan Affaf. Hehe. :P


Affaf + me. specs buat aku nampak macam makcik kot. LOL. >.<
Petang 5 September. Majlis perpisahan students Medik + Dentist. Kan ramai antara kami yang tak dapat join geng Pandan. :( Sedeh memang lah sedih. Tapi aku tak nanges. Sebab aku setkan dalam kepala aku insyaAllah jumpa korang lagi nanti. But.... When my tamhidian bestest friend, Yan came to me, air mata aku memang tak boleh tahan dah. Tudiaaaaa haahh. Keluaq jugak. T^T Aku just salam dengan Yan. She hugged me. Mulut sama2 diam. Then aku + dia mengelak antara satu sama laen. Taknak bertembung lagi. Takut air mata tak stop2 karang susah nanti. Rindu Yannnn. :'(

6 September :

Time to move to Pandan Indah, Cheras. Pagi2 lagi angkut turun barang2 naek bas. Pergi HEP USIM. Amek darah + suntikan HPV for the cervix cancer prevention. The government gave it free for us, the 93-ers ladies. Alhamdulillah. :) Penangan musim mengundi kadang2 menguntungkan jugak. Huhu. :P Lepastu memang kedua2 belah tangan cramp gilossssss. Berhari2 kot saket. Dah lah pagi tu kena angkut barang2 berat pergi Pandan. Aku budak dentist paling last amek suntikan HPV, so bas tunggu aku je lah nak bergerak. Naek bas laen. Bukan bas yang hantar kitorang ke HEP tadi. Ada someone tolong angkutkan beg2 pakaian aku sebab aku lambat. =.=' So masa nak naek bas, check beg aku, tak cukup satu. Memang hilang terusss. Cari punya cari takde. Taknak bazir masa, terus pergi Pandan, beg cari kemudian. Then memang betul jangkaan aku beg aku termasuk dalam bas budak Medik. Geng dentist sampai tengahari lagi dekat Kolej Kediaman GlenView Villa. Tapi budak medik ada program dekat kampus sampai kul 6 petang. Memang mencemaskan aku betul. >.< Petang senior bagi kitorang rehat. Malam tu baru ada aktiviti. Ice-breaking. Aku Group 1. Segrup dengan Afi, Caie, Nab, Zaid and Azim. Nama group kitorang Tooth Fairy. Bajet kiut lettewww. Ahaks. XD Kitorang kena reka nama group, cipta logo + cheer dalam masa 30 minit, then present depan orang laen.


logo ciptaan Zaid + Azim. sorry sesangat aku tak membantu.
Takdak idea lorh.
:(

*sebenarnya ada je, cuma ada unsur korea jadi aku tak berani cakap. 
To be continued.....

Friday, 14 September 2012

A New Life

Assalamualaikum ! :D

Hai. n____n Berita baek. Rumah aku dah ada wifi. So boleh online bila rasa boring. Hehe. ;D

Bad news pun ada jugak. Jadual aku nanti packed gilossssss. Credit hours 47 uolls. Credit hours medical students USIM pun 22 jek. Bayangkan sendiri betapa ..................... =.=' *sigh*


# ihsan daripada twitter wani. haha. :p
Takpe. Belum cuba belum tahu. Ya Allah kuatkanlah aku dan kawan2. :') Baru seminggu duk sini. Minggu first pun dah start belajar. Minggu ni semua pasal the Introduction to Dentistry. Dah jawab test untuk oral biology + oral health dah pun. >.< Padahal buku pun belum beli. Bergantung kepada nota powerpoint lecture je. Sebab tu takleh jawab sangat test tadi. :(


# dewan kuliah + classroom for all of us, 1st year dental students. 
# study sebelum test petang tadi. >.<
Rabu lepas, kitorang belajar buat model gigi. Guna POP. Sejenis simen untuk buat benda2 dentistry ni lah kot. Setiap sorang kena buat satu batang gigi. Jengjengjeng~ Dan inilah hasilnya.

# MY 1st handmade tooth. :)
nama gigi ni right mandibular 1st molar.
Apa lagi nak cakap ek? Minggu taaruf? Nanti lah aku buat entri laen just pasal tu. Sebab program taaruf kitorang belum habis lagi. Esok pagi ada telematch. Aktiviti last minggu taaruf kitorang. Bunyi kata esok kena denda itu ini sebab tak sempat siapkan tugasan mintak sign seniors + staff tu. Yelah. Akak2 + abang2 4th and 5th year nampak sibok2. 2nd year + 3rd year aku dah dapat 80%, BUT ramai abang2 + akak2 yang tak sudi bagi kami sign diorang. :( Maybe diorang sibuk jugak kot. Tengoklah macam mana esok nanti. Actually aku pun ada tiru dua tiga tandatangan. Haha. Budak 'baek' katakan. Aku tiru sign akak2 yang taknak bagi sign dekat aku. Yang tanya aku macam2, then suh aku cari jawapan, then suh aku pergi jumpa dia balik untuk bagi jawapan. I'm sorry. My ego is not as low as you think, dear my beloved akaks. Heeeee~ Ampunkan saya ek kak. Esok aku kena denda apa ntah lah. Redho je lah. Sape suruh tak tunaikan amanah. Jangan kena berlakon2 sudah. Sangat tak sukaaaaaaaa. Kalo nyanyi takpe lagi. Haha. Wekkkkk~ :PP

Antara kata2 pesanan daripada senior + lecturers yang menusuk kalbu :

1. Welcome to the HELL
2. Susahhhhhhhh. Kau ingat senang ke?
3. Korang akan rasa macam mana stres tak cukup masa study, kena cari pesakit sendiri lagi and how to handle that patients. InsyaAllah. *like seriously, incik abang senior? insyaAllah? >.< *
4. *abang2 + akak2 senior mengeluhhh dengan panjang*
5. Semua pahit manis korang akan rasa, memang best ah.
6. Korang kena power betul2 dalam teori then pandai mengaplikasikan benda2 tu masa praktikal + on call nanti.
7. Bawak bertenang. Mula2 memang ramai yang tak berapa pandai bercakap depan orang *termasuk aku. T^T* , tapi tak lama korang akan terbiasa dengan benda ni.
8. Bilangan semua dental students USIM just ada lebih kurang 150 orang. Keluarga kita kecik je. So setiap orang kena bagi sumbangan korang untuk menaekkan nama Dental Student Club.
9. Respect the seniors, lecturers and the Dean. Smile and greet them.
10. Do iron your lab coat. ALWAYS.
11. Jaga etika pakaian. Jaga nama baek USIM.
12. Maintain your excellent performance in studying from 1st year to 5th year.
13. Preparekan diri untuk melayan patients yang pelbagai kaum + bermacam2 ragam when you're in 3th, 4th and 5th year for the clinical years.
14. Enjoy your new life here. :D
15. etc. *dah tak ingat dahhhhh. :p

K bye. :D
Wassalam. 

*Aku masuk Kelab Multimedia. Sebab kelab yang best2 dah penuh. Sokayyyy. Aku kan suka maen komputer. Hoho. Ada 7 kelab, kitorang ada 35 orang. So setiap kelab 5 orang je dari batch kitorang. Sikit kot. Kalo ponteng perjumpaan confirm kantoi. =='

** Hey you secret bestie. Happy birthday tau. Heeee. Aku dah wish pagi tadi. Siap tanya dia nak hadiah ke tak lagi. Tapi dia cakap dia taknak. Okei fine. :P

Sunday, 9 September 2012

Pandan First Impression

Assalamualaikum.

Online kali ni pinjam 'beruk' roomate. Sekarang aku dah ada dekat Pandan Indah. Baru datang sini Khamis lepas. Kali ni duduk dekat rumah besar sikit dari dulu. Ada 5 bilik. Ada 3 tandas. Ada sofa, peti sejuk, meja makan, tv, meja kecik depan tv, and meja study lebih besar dari dulu. Okay lah kot. Cuma tempat ni banyak kes tak sedap didengar je. Maklumlah sini tempat tinggal orang awam. Agak menakutkan jugak la. Rumah aku tingkat 14. Then rumah kitorang budak perempuan dentistry ni masing2 jauh antara satu sama laen. Antara rumah kitorang rumah orang awam. Yang pelbagai kaum. Budak laki dentistry duk blok laen. Sama blok dengan semua budak medik. Emmm. Housemates aku yang 1st year semua budak TTD3 dulu. Khairine, Mikin, Dayah + Aliah. 5 orang 1st year, 7 orang senior 3rd year. Serumah dengan senior kot. Huhu. 



#pemandangan dari tingkap bilik aku di waktu senja.
Minggu orientasi? In progress. Nanti aku cerita laen kali. Tapi tak habes lagi. Sabtu 15hb ni baru habes. Esok jumpa dekan, pastu dental checkup. =.=' Gigi aku teruk kot. Mesti malu esok tunjuk gigi dekat dentist dekat situ. Takpe. Buat cool je. Hari tu dapat briefing sikittttt tentang apa yang aku bakal belajar. Yang setakat aku ingat 1st year ukir gigi. 2nd belajar dengan 'Ahmad'. Ahmad tu phantom dekat lab. Orang pejabat tu cakap senior panggil benda tu Ahmad. Hoho. 3rd year buat gigi palsu. 4th + 5th year aku tak ingat. Esok baru kitorang akan dengar taklimat pasal Introduction to Dentistry. 

Okay lah. Setakat ni dulu. Cuma skang aku stress pasal tugasan senior bagi tu. Kena amek sign dari semua senior + staff Faculty of Dentistry. >.< Nak mintak sign akak2 ni bukan mudah. Diorang tanya kami macam2. Tapi sokayyy. Untuk kebaekan kitorang jugak. Think positive ! :)


Nanti rumah ni dah pasang P1 Wimax aku hapdate lagi. Hikhik. K bye. :D


*Dah jumpa budak 2 orang tu. Tapi macam biasa kalo dekat luar sepatah haram pun tak cakap. Aku pun malu gak dengan diorang. Ececece. Menyampah~ :pppp

** Kadang2 aku jadi terpikir betul ke jalan aku pilih ni? Kenapa dentistry? Jalan ni payah kot. Banyak lagi jalan mudah nak hidup. Lagi2 aku ni perempuan. Kenapa aku pilih jalan susah? Senior pun cakap macam2. Diorang cakap jalan ni tak semudah disangka. Ya Allah, lead me the straight path. Korang, doakan aku tabah. :'(