Sunday, 16 September 2012

Masalah wehhh !

Assalamualaikum. :)

Sejak asrama aku ni ada wifi, tangan ni selalu gatal je nak hapdate belog. Sekali hapdate, fuhhhhhh panjang punya aku tulis. :P Ngeng. Aku memang. Suka sangat taip benda2 merapu ni. Lebih suka expressing myself by writing, not by words. Belog ni boleh dikira diari aku lah jugak. Cuma taklah sampai semua benda aku cerita. Privasinya still ada. Nak bagi ayat2 tazkiroh macam orang laen, aku tak reti. Aku ni tak sebaek korang. But I'm trying. :')

Kali ni aku nak share masalah aku. Macam yang korang tahu, baru seminggu aku jadi orang keyell. Still tak tahu geografi dekat sini. Hospital dekat mana? Pejabat pos dekat mana? Tak tahuuuuu. Hari ni aku jalan2 dengan Affaf, Fatin + Wajihah. Ketiga2 budak Medik yang berasal dari Kelantan. Kitorang pergi Mid Valley. Keluar rumah kul 8.30 pagi. Naek bas, LRT, monorel, KTM dan sebagainya. Kena tukar2 stesen. Sesat banyak kali kot. Balik kul 5 petang. =.=' Eh kejap. Aku bukannya nak cerita pasal aku sesat. Asalkan kitorang dah selamat sampai Glenview Villa balik, dah cukup. :D

Yang jadi masalah, aku nak poskan surat + dokumen perjanjian biasiswa JPA ni. So first sekali aku kena tahu di manakah pejabat pos? Wehhhhh. Aku dah tanya akak2 senior. Tapi diorang pun tak sure. Ada yang kata dekat bawah kondo kitorang duduk ni pun, ada pejabat pos laju. Aku dah cari tadi, takde pun. Tak tahu lah kalo2 aku terlepas pandang. Anyone yang tahu, tolong inform aku. 2 minggu je kot JPA bagi masa untuk hantar surat akuan + dokumen perjanjian dekat diorang. Dah lah jadual aku packed. Sibukkkkk. Kawan2 yang dapat PIDN 2011 selepas SPM macam aku ni bukannya ramai. Sikit je. Diorang rumah dekat, takpelah parents boleh tolong. Kalo rumah jauh, diorang mintak tolong abang dan kakak yang tinggal dekat2 sini. Abang aku memanglah ada dekat Shah Alam. Tapi aku taknak ganggu dia, dia sibuk + dia takde kereta sekarang. Susah nak datang tempat aku ni. Dokumen tu kena dapatkan tandatangan parents, lepastu kena buat pengesahan saksi, then matikan setem. Aku mana reti wehhh. Selalunya ayah yang buat untuk aku. Ada jugak kawan aku balik kampung masing2 hujung minggu ni nak settlekan benda ni, tapi aku tak balik. Tiket habis. Nak balik jugak! I need my parents. T^T Ayah + umi suruh aku poskan dokumen2 perjanjian kepada diorang. Lepastu ayah yang matikan setem + buat itu ini untuk aku but masalahnya mana pejabat posssssss? Aku takde kawan yang duk dekat KL ni. Kalo ada pun, nak mintak tolong diorang teman aku pergi pejabat pos, aku segan. Ni nak nangesss ni ! :'(

Somebody help me ! Nanti aku belanja pizza seketul. Anyone? :(((((

** updated : my ayah my hero. ayah nak tolong printkan sendiri dekat rumah. tak payah susah2 aku pos lagi. hoho. :)

4 comments:

Anonymous said...

salam..kalau dpt pidn tu.cmna nak tahu kita confirm dpt masa ijazah pulak? ada surat ke?

NikAmaliaNasrulliana said...

Wslam. ouhh kalo pidn yg macam saya ni dah dapat surat tawaran masa lepas SPM dulu. pegawai jpa datang dekat u kitorang bagi briefing pasal ni. confirm dapat kalo nati degree dapat kos sama dengan kos masa asasi. :) kalo masuk kos laen dapat jugak cuma kena inform jpa kita tukar kos. pendek kata confirm dapat la kalo dah dapat masa lepas SPM tu. hehe. :D

Anonymous said...

salam..tumpang tanya surat perjanjian tu camna?macam ptptn ke(ada penjamin)?
kena download kat mana2 ker?

NikAmaliaNasrulliana said...

wslam. aah surat perjanjian tu ada penjamin jugak. kena download dekat laman web e sila jpa masa dia bukak hari tu. sekarang dah tutup rasanya.