Sunday, 16 September 2012

Minggu Taaruf yang Panjang # ver 2

Sambungan entri ni ---> # ver 1. n______n

7 September :

Hari tu pergi Fakulti. Fakulti Pergigian usyimmm tingkat 15,16 dan 17 bangunan MPAJ. So memang rutin kitorang hari2 naek lif lah. =.=' Ada program taaruf. Pagi ada taklimat kalo tak silap. Petang baru maen treasure hunt dengan kumpulan yang dia susun semalam. Best jugak lah maen benda tu sebab setiap checkpoint maen lukis2, berebut kerusi sambil kotak beracun, berlakon, teka simpulan kata, dan laen2 lagi lah. Alang2 maen sambil2 boleh kenal senior 2nd year. Cuma masa untuk maen sekejap sangat, just sejam. 6 checkpoint sejam nampak sangat lah tak dan. Setiap checkpoint dah amek masa 15 minit kot. Entahla lepastu group mana yang menang. Tapi group aku memang tak lah. Masa maen ni boleh kenal groupmates. Diorang semua laen tutor dengan aku masa tamhidi. So aku memang tak berapa reti nak bergaul dengan orang yang sebelum ni tak berapa rapat. Hoho. Bagus jugak boleh kawan dengan geng baru. :)

10 September :

Dengar welcoming speech dari dekan. Emmm. He told us apa tanggungjawab kitorang nanti. Agak gerun di situ. InsyaAllah boleh bawak diri. Doa2kan lah, sayangs. :D Malam ada program dengan senior 5th year. Akak2 dan abang2 ni sanggup turun padang sambut kitorang. Mekasehhhh. n_____n Masa ni group members laen, diorang susun kami secara random. Aku segrup dengan Anne, Zal, Dalila, Syahmi, Mirul + Ammar. Tersegrup dengan budak tu pulakkk. Tapi memang yang aku jangka lah, dia pemalu siottt. Hahaha. :P Game kali ni kena jawab teka-teki dari super senior. Semua soalan pasal diorang. Bila bufdei ketua diorang? Berapa orang 5th year pakai contact lens? Berapa orang dah kahwin? Berapa orang tinggi kurang dari 150cm? And baaaaaanyak lagi soalan2 yang sememangnya kitorang kena tanya orang sebab memang tak tahu langsung. Game ni group aku dapat tempat 1st kot. Bangga2. XD

11 September - 13 September :

Stop kejap program taaruf. Kitorang ada lectures Introduction of Dentistry. Lecturers hebat2. Suka Dr. Nazirah. :D Cepat nyaaaa kitorang belajar. Topik yang kami belajar, human dentition, dental plaque, dental caries, periodontal diseases, oral cancer, dental erosion and lastly malocclusion. Best? Neutral je. Aku just excited masa tengok gambar gigi2 orang tu. Boleh tau gigi jadi rosak macamtu sebabnya apa. And rupa2nya selama ni masyarakat memang tak berapa concern pun pasal oral health. Baru sedar kot. :O Then hari Khamis ada tutorial. Masa ni Dr Nazirah suruh kitorang volunteer jawab soalan2 tutorial. And you know I'm being nervous when everyone struggled wanting to answer the question. Except me. Lorhhhh~ Hahaha. Ketaq lutut chekkkk. Orang laen semua jawab, sikit je orang yang duk senyap macam batang kayu, termasuk lah aku. Nak jawab macam mana, aku tak study. Haha. Stresss kot sepanjang minggu ni. Tengok housemates aku selalu baca buku. Bincang soalan sama2 diorang. Like seriously? Tu bukan cara aku study. Environment study aku memang sempoi gila. Pasang lagu kuat2, karaoke sama2. Masa tamhidi, aku + Affaf memang buat macamtu. Housemates laen okay je. Lepastu ada takefive or takethirty actually. Haha. Ada selingan gosip2 dulu, gurau2 dulu. Cakap pasal kahwin, masalah hati, tak pun dengar experience dari housemates yang dah expert in a relationship. Hoho. Bagi aku benda tu best. :PP Sebab aku kan remaja jugak. Fitrah. Of course lah perlu bincang2 pasal benda macamtu jugak. Gedik sesama kite2 boleh je. Tapi kawan2 aku dekat dentistry ni nampak macam tak berminat nak kahwin pun. Haha. Jadi budak baek lah aku nanti lama2 duduk dengan diorang. Kenakalan + kegedikan aku boleh menghilang tau dak? O.o

14 September :

Self-study sampai petang. Kul 3 petang ada test pasal apa yang kitorang belajar dalam tempoh seminggu tu. Test uolls~ Masuk carrymark uolls~ >.<

15 September :
source by : Nabilah Nuairy. anne, pinjam gambar ni taw. hehe.
Pagi2 lagi pergi padang tepi masjid depan Glenview villa. Ada telematch dengan senior. Telematch ni macam sukaneka lah. Boleh tahan best. :) Mula2 sekali kena denda sebab tak penuhkan sign senior + staff tu. Padan muka kitorang. Haha. Aku dapat denda ringan je. Tapi denda ringan + berat dua2 sama je. Tepek tepung dekat muka. Pagi2 lagi buat facial treatment. =.=' Katanya tepung campur lumpur. Ntahlah, aku pun tak sure. Lepastu maen 6 game dalam kumpulan. Game first baling belon air dari sorang ke sorang ahli kumpulan. Ketiga2 belon group aku pecahhhhh doe. Takde synchronization. Huhu. >.< Game second paling lawak. Isi air dalam botol guna span. Yang pegang span tu sorang duduk atas guni, lepastu sorang lagi tarik guni tu. Group aku laki yang tarik, pompuan yang ditarik. Lawak doe. Kesian Zaid + Azim kena tarik aku yang beraaaaaat ni. Sorry ler~ Aku dah cakap aku berat. Hahahahaha. :P Game third letak straw yang ada gelang getah dekat mulut lepastu jalan dengan 3 belon dekat tangan kanan + kiri + antara lutut. Game keempat sorang tutup mata tuang air ke dalam cawan atas kepala groupmates yang laen. Kitorang cilok sikit game ni. Haha. Game kelima aku tak ingat. ==' Game last gabungkan group banyak2 tu. Yang asalnya 6 group jadi 2 group. Kena rebut bendera group laen, and protect bendera kita. Game ni lawak. Tak sampai seminit, group kitorang dah menang. Sebab guna muslihat. Kahkah. XD




Tammat. :)

Dear friends, I'm looking forward to build more precious moments with you in the five years journey here. This is how we start our new life in Pandan Indah. A new journey. Still a very loooooong way to go. Ya Allah give us strength and blessings. :'D

Wassalam...

*makin ramai orang tahu aku baek dengan dua classmates aku tu. aku tak tahu macam mana boleh heboh. =.=' harap jangan ada fitnah macam2 sudah. diorang kawan aku, macam aku kawan dengan korang jugak. mesej2 pun benda biasa je. aku tak sehot korang. semua comeyyy loteyyyy. korang pun mesej jugak dengan budak2 laen gender. ye dak? :P

No comments: