Sunday, 9 September 2012

Pandan First Impression

Assalamualaikum.

Online kali ni pinjam 'beruk' roomate. Sekarang aku dah ada dekat Pandan Indah. Baru datang sini Khamis lepas. Kali ni duduk dekat rumah besar sikit dari dulu. Ada 5 bilik. Ada 3 tandas. Ada sofa, peti sejuk, meja makan, tv, meja kecik depan tv, and meja study lebih besar dari dulu. Okay lah kot. Cuma tempat ni banyak kes tak sedap didengar je. Maklumlah sini tempat tinggal orang awam. Agak menakutkan jugak la. Rumah aku tingkat 14. Then rumah kitorang budak perempuan dentistry ni masing2 jauh antara satu sama laen. Antara rumah kitorang rumah orang awam. Yang pelbagai kaum. Budak laki dentistry duk blok laen. Sama blok dengan semua budak medik. Emmm. Housemates aku yang 1st year semua budak TTD3 dulu. Khairine, Mikin, Dayah + Aliah. 5 orang 1st year, 7 orang senior 3rd year. Serumah dengan senior kot. Huhu. 



#pemandangan dari tingkap bilik aku di waktu senja.
Minggu orientasi? In progress. Nanti aku cerita laen kali. Tapi tak habes lagi. Sabtu 15hb ni baru habes. Esok jumpa dekan, pastu dental checkup. =.=' Gigi aku teruk kot. Mesti malu esok tunjuk gigi dekat dentist dekat situ. Takpe. Buat cool je. Hari tu dapat briefing sikittttt tentang apa yang aku bakal belajar. Yang setakat aku ingat 1st year ukir gigi. 2nd belajar dengan 'Ahmad'. Ahmad tu phantom dekat lab. Orang pejabat tu cakap senior panggil benda tu Ahmad. Hoho. 3rd year buat gigi palsu. 4th + 5th year aku tak ingat. Esok baru kitorang akan dengar taklimat pasal Introduction to Dentistry. 

Okay lah. Setakat ni dulu. Cuma skang aku stress pasal tugasan senior bagi tu. Kena amek sign dari semua senior + staff Faculty of Dentistry. >.< Nak mintak sign akak2 ni bukan mudah. Diorang tanya kami macam2. Tapi sokayyy. Untuk kebaekan kitorang jugak. Think positive ! :)


Nanti rumah ni dah pasang P1 Wimax aku hapdate lagi. Hikhik. K bye. :D


*Dah jumpa budak 2 orang tu. Tapi macam biasa kalo dekat luar sepatah haram pun tak cakap. Aku pun malu gak dengan diorang. Ececece. Menyampah~ :pppp

** Kadang2 aku jadi terpikir betul ke jalan aku pilih ni? Kenapa dentistry? Jalan ni payah kot. Banyak lagi jalan mudah nak hidup. Lagi2 aku ni perempuan. Kenapa aku pilih jalan susah? Senior pun cakap macam2. Diorang cakap jalan ni tak semudah disangka. Ya Allah, lead me the straight path. Korang, doakan aku tabah. :'(

2 comments:

mudz abdul halim said...

dear amalia, be strong bebeh!! good luck =D

amalia eunhae said...

insyaAllah. sedang menguatkan diri. huhu. thanks mudzyyyyyy. :')