Sunday, 30 September 2012

Smile :)

Assalamualaikum. :D

Letih lah asyik buat esaimen je. ==' Saket mata menghadap komputer dari pagi sampai petang. Naseb baek esaimen Anatomy yang kena submit esok dah siap tengahari tadi. Alhamdulillah. :) Tengah buat esaimen Physiology pulak. Tapi fed up kejap ni sebab search pasal mechanism of pain dari tadi tapi tak jumpa2! Apa beza mechanism dengan pathway hah? Tak paham. >.< *tarikhembusnafas* 

Rilek2. Physio lambat lagi kena submit. 17 Oktober. Tapi kena prepare untuk presentation jugak untuk seminar Physiology hari tu nanti. Tajuk Case of Pain. Peningggg. Tak belajar lagi tapi dah kena buat esaimen. Memang students universiti semua kena buat macam ni ek? Emmm. Minggu ni pun ada public speaking. Macam biasa aku memang tak de semangat nak buat benda2 berkaitan dengan English ni. Nak tanya, macam mana nak jadi berani? How to overcome the nervousness when doing presentation? Kelemahan besar aku masa cakap depan orang, lidah aku jadi kerassss. Asyik2 tersasul. Nak pronounce bahasa omputeh? Lagi lah lidah aku jadi kerasss tiba2. Tak leh sebut macam biasa. Sedeh, tau tak? Huhu. T.T

Esaimen Halaqah tak sentuh lagi. Esok kena pergi library kejap pinjam kitab lama yang kitorang kena kaji tu. Dah kena submit minggu depan. Huuuu~ Pasaiiiii public speaking aku tak cari isi lagi. >.< Presentation ICT aku tak paham pun kena present apebenda. Sebab aku dah try baca tapi tak paham2. Safeguards amende ntah tajuk dia. :( Lusa hiwar Arab, aku dah buat skrip, tapi belom praktis lagi dengan group. Oittttt banyaknya kerja. Bertimbunnnnn~ T^T

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Aminnn~ :')


Nak share something. Cantik Itu Subjektif
Entri ni dah lama. Tapi aku baru jumpa. Tak kesah lah kan? :P

"Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK. :) "

Aku suka quote ni. Buat aku sedar tak payah lah kita rasa rendah diri even berada dalam kalangan kawan2 yang semua cantik2. Rilek dah ah. Aku selalu kot jeles jugak kadang2 dengan diorang. Dia putih, aku tak. Dia kurus, aku tak. Hidung dia mancung, aku tak. Apesal aku ni? Tak reti bersyukur. Astaghfirullahalazim. :'( Allah dah ciptakan aku sempurna semua anggota dah lebih dari cukup. Kadang2 cara pemikiran aku ni lah yang merendahkan self-esteem aku. Tengok cermin, hitamnya aku, gemuknya aku. Padahal BMI okei je. ==' Naseb baek ada jugak orang yang cakap bulat itu comel. HAHA. Ikhlas ke tak itu laen cerita lah kan. :P

"Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa."

Mereka lawa. Dia cun. Awak cantik. Saya comel. Deal? HAHAHAHA. :P

K, bubye. :)


No comments: