Monday, 15 October 2012

Ke'BLUR'an Membawa Padah

Assalamualaikum.

Weh weh weh. Aku nak story something dekat korang. :O

Tadi kelas habis pukul 4. Then macam biasa hari Isnin kitorang pergi Giant dekat tingkat bawah bangunan fakulti kitorang tewww. Beli makanan buat bekal seminggu. Sebelum tu kitorang stop dekat mesin ATM depan kaunter pak guard USIM jap, nak amek pulusssss. Tapi mesin ATM tu dah habis duit so takleh amek. Masa ni Dayah + Mikin dah masuk Giant dulu. Tinggal lah aku + Aliah + Khairine. >.<

Lepastu, yang nak dijadikan ceritanya, masa kitorang masuk pintu pemisah antara Giant dan USIM tu, datang sorang pakcik berambut panjang, bermisai, pegang file ada dokumen + berpeluh2 terusssss ke arah kami.

Pakcik : Adik, adik, nak tanya. *dengan tergesa2*
Kami : *berhenti* Ye, kenapa pakcik?
Pakcik : Nampak tak muka pakcik pucat? *sambil2 jari telunjuk tunjuk ke arah muka dia*
Kami : *angguk*
Pakcik : Motor pakcik rosak tadi. Pakcik ada hal penting. Tapi kena baiki motor tu dulu. Pakcik takde duit. Boleh tak pakcik nak pinjam duit adik 28 ringgit? Nanti pakcik bayar balik.
Kami : *memang dari tadi pegang purse sebab nak keluarkan duit* Ermmmmm.
Aku + Aliah : *bukak zip purse. tengok duit, masing2 ada belas2 ringgit je.*
Aku : Tapi kitorang takde duit sekarang ni. *tanpa disedari tangan aku dah keluarkan note 10 hinggit.* #dalam hati : Ya Allah, aku rasa macam takleh percaya sangat pakcik ni, tapi kalo betul dia tengah urgent, aku mesti kena tolong dia. *konfius*
Aliah : A'ah pakcik. Kitorang nak keluarkan duit tadi tapi tak leh.
Pakcik : Sorang2 bagi 10 ringgit la. Boleh? *tangan meminta2, dan gaya pakcik tu macam tengah memaksa2 kami bagi duit dekat dia sebab dia nak cepat.*
Aliah : *tanpa disedari jugak dekat tangan dia ada duit 10 hinggit. :( *
Khairine : *dapat mesej dari Bank Islam bagitau dia withdraw duit RM100 tadi, padahal tadi dia tak amek pun, so dia cepat2 pergi dekat mesin ATM. Tinggal lah aku + Aliah yang tengah terpinga-pinga kat situ. >< *
Aku + Aliah : *bagi 20 hinggit tu dekat pakcik.*
Pakcik : *blahhhhhh dengan tergesa2*
Aku + Aliah : *blurrrrrrr O.o *
#dalam hati : ouhhhh waittttt. tapi pakcik, kenapa tak mintak nombor phone kitorang pun? macamana nak contact kitorang nanti kalo nak pulangkan duit tu? eh pakcik! :O

Kitorang pun kuarkan duit dari mesin ATM satu lagi then masuk Giant. Beli2 barang kitorang, lepastu pi tempat teksi. Sambil2 berjalan pi sana~

Aku : Aliah, apabenda kita buat tadi? Asal kita bagi pakcik tu macamtu je 10 ringgit? O.o
Aliah : Entahhh. Rasa macam benda tu berlaku cepat sangat. Asal eh? Kenapa kita tak bawak je pakcik tu dekat pak guard biar pak guard yang settlekan, kalo dia nak pinjam duit pun? O.o
Aku : Entahhhhhhhh. :O Kenapa kita tak cakap je takde duit? Kalo tak pun cakap nak guna duit tu untuk benda urgent jugak. O.o
Khairine : Entahlah korang ni. Kite pun pelik asal korang senang2 je bagi duit dekat pakcik tu. Padahal tengah pokai. Dahlah 10 ringgit. Bukannya sikit.
Aku + Aliah : ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! Ya Allah! *istighfar* *meroyan* *menjerit* *terpekik*
Khairine : Hahahahaha. Kite rasa korang macam kena pukau tadi. Kite tak kena sebab tengah sibuk pasal mesej dari Bank Islam tu. Rupanya salah paham mesej tu. Haha.
Aku + Aliah : Khairineeeee! Asal tak stop kitorang dari bagi pakcik tu duit?!!!!! Cara laen untuk tolong dia banyak lagi. Huwaaaaaaaaa~! T^T

Kami dipukau kah? Kami ditipu kah? Or kami betul2 dah tolong pakcik tu kah? Atau kami ni just tak laen tak bukan selaen bodushhh? Apekah? Mengapakah? Ouhhhh whyyyyy?! :'O

Ya Allah, lindungilah kami dari terkena sihir + pukau dan laen2 benda yang buruk. Nauzubillah. Harap2 kejadian tadi bukanlah pukau, walaupun aku memang terasa aku teramat2 blurrrr masa tu. :( 

Terima kasih ya Allah, kerana takdirkan mesin ATM first yang kami pergi dah habes duit, kalo tak 50 hinggit or maybe sampai 100 hinggit duit aku boleh melayanggg tadi. Hamdallah. :'(

Ya Allah, jika benar pakcik tadi memerlukan pertolongan, alhamdulillah, tapi jika sebaliknya, moga2 Engkau bukakanlah hati pakcik tu agar tidak ulangi perbuatan tersebut lagi laen kali. Amin~

Korang, hati2 taw. Jangan mudah percaya dekat strangers macam ni. Aku tadi tak sempat fikir hape2. Hukhuk. T^T Just doakan aku + kawan2 sentiasa selamat sepanjang duduk dekat kawasan bandar keyell ni. InsyaAllah~

Adiossss. :D

*lambatnya nak raya haji. nak balikkkkk ! :'(

No comments: