Friday, 23 November 2012

Mental problem kah?

Assalamualaikum.

Sejak jumpa doktor pasal blood glucose aku tinggi hari tu, seriously it gave a big impact to me. T^T 

Aku suka makan benda manis. Tapi taklah yang manis gila2. Manis biasa2, cuma I ate them quite often. :( So, lepas doktor pesan aku jaga pemakanan aku, aku dah setkan dalam kepala ni, jangan makan benda manis. Don't. Kawal nafsu. Dalam minggu ni kerap kali jugak aku search pasal diabetes dalam internet. Banyak artikel cakap blood glucose level aku sekarang ni adalah pre-diabetes. Ya Allah, I'm feeling like there was a big stone bumped on me. :'( 

And now, I guess I have a serious problem. Aku jadi takut dengan makanan. Teman aku dalam minggu ni just biskut tawar Jacob + air kosong + makan nasi untuk lunch sahaja. Skip breakfast. Lunch pulak aku dalam dilema. Jadi takut nak amek nasi banyak. Kuah pun just kicap. Dah tak amek kuah pedas, kari, etc. Kawan2 tengah makan biskut Kapten Munch, Chipsmore, diorang offer, aku tolak. "Taknak. glucose. glucose. haha." Dinner pun skip. Perut lapar, aku just telan air kosong. Dekat rumah, akak2 senior letak banyak makanan atas meja dekat dapur, diorang bagi kitorang makan kalo nak. Biasanya aku amek je apa yang aku nak makan, sekarang cuma usya2 macam tu je masa perut start nyanyi. Aku takleh makan. Takut blood glucose level aku naek lagi. Peritnya tahan lapar. Subhanallah. Kuatnya mujahidin di bumi bergolak, berjuang fi sabilillah dengan perut yang kosong. :'(

Ya Allah, kenapa dengan aku? Ada masalah mental ke? Dah fobia dengan makanan. Dari Isnin sampai Khamis macam tu lah rutin pemakanan aku. Sampai lah hari ni, pagi tadi aku lapar sangat, pegi kedai beli susu strawberi. Lepastu kawan2 ajak pegi kafe, makan kuey teow. Then tengahari akak2 naqibat liqa' ajak pi Dominos, pekena pizza pulak. And dinner makan nasi ayam free dapat dari majlis dekat fakulti petang tadi. Rasa macam makan terlebih banyak pulak hari ni. Maybe lepas gian. Tapi kalo aku teruskan hari2 aku macam hari ni, confirm blood glucose aku laaaaagi naek. T.T

Benda ni buat aku risau. It makes me feel like.. RAWR! Stressssssssssssss! Kalo nak tahu stres pun sebenarnya salah satu faktor blood glucose level naek jugak. :(

Apa aku nak buat ni? Nak seksa jiwa raga taknak makan or makan je sepuas2nya + tak peduli dengan apa yang nak jadi lepas ni? Macam ni la agaknya rasa bila Allah tarik nikmat sihat dari kita. :'(

O Allah, lead me the straight path.

Hari Tua. T.T

Assalamualaikum. :)

Dah seminggu 2nd phase of 1st semester berlalu. Dear time. Why move sooo fast? :O

2 days ago it was my 19th birthday. :D Alhamdulillah dah cukup 19 tahun. Tahun terakhir jadi teenager. Homai~ T^T Thanks peeps for the wishes. Secret bestie orang first wish. Saja nak cakap. :p And to the housies, yaya, yinyin, dayah + mikin, tenkiu celebrate my bufdei. But unfortunately aku kena gastric hari tu. Perghhhh. Masa tu jugak perut nak saket. =___=


                                     .aliah.
Mekaseh korang. Muuuuahhhhhh! xoxo

Ohyeah~ So, happy belated birthday to me. :p
Amalia, you are a grown up woman now. Behave. Behave. And behave. Muahaha.

# kitorang makan keyepcee sebab orang cakap keyepcee Malaysia tak tolong Israel. hukhuk. confuse la. some said yes. some said no. ya Allah, forgive me if i have chosen a wrong choice. T^T
# someone, do bring me to Burger Bakar place please. nak tryyyyyyyyy~
# andddd i want a rilakkuma. right now! ><

.rilakkuma. *sumber : ihsan incik google*

Bye. :p


Saturday, 17 November 2012

Bad News > Good News

Assalamualaikum. :(

Tomorrow, I have to go back to Ampang. Again. Huhuhu. It's okay. I don't get sad over that thing. It's just... Too many bad news within this week. Banyak kematian. Kawan baek ayah. Waris. And the most shocking, pemergian sepupu aku. Nik Hafi Al-Thamis. He's just a little boy. Age about almost 2 years old. Pagi Jumaat tu nenek aku telfon, bagitau Thamis masuk wad. Doktor cakap sel darah putih dia banyak. Leukimia. :'( 10 minit lepastu, Che telfon lagi. "Thamis tak dop doh." :''( Allahuakbar. Ajal maut tak kira usia tua muda. Dan ini kali pertama ada kematian dalam keluarga besar kami. He's cute and playful. Like other kids. Cuma arwah suka sangat nanges. Mungkin sebab dia rasa saket tapi tak reti nak cakap. Dah 3 minggu dia demam. Pergi check dekat klinik doktor cakap demam biasa. Sampailah tiga hari lepas, Cik Su Anim brought him to the hospital. And ternyata Allah loves him more. Al-Fatihah. Masa tengok jasad Thamis atas tilam, seriously like nampak dia tengah tidur macam biasa je. Ayah cakap masa dia memangku Thamis time mandi jenazah, rasa sayang sangat nak kapankan arwah, sebab nampak dia macam ada lagi dengan kita. Memang penyakit leukimia ni susah dirawat. Suffering kot. Mungkin Thamis pergi awal sebab taknak mama papa dia susah. Yang pasti, syurga adalah tempatnya. Kita? Terdetik dalam hati, untungnya arwah. Ahli syurga. How about me? Ya Allah, layakkah aku? Dua hari lagi umur aku masuk 19 tahun. Cukupkah kebaekan + amalan aku buat selama ni? :'( Allah terima ke amalan aku selama ni? Ya Allah. Berdosanya aku. Umat Islam di Palestin tengah bertarung nyawa mempertaruhkan Islam. Aku? Apa yang aku tengah buat? Asyik2 esaimen. Asyik2 Korea. Asyik2 nyanyi. Asyik2 secret and bff. Duniawi semua tu. Untuk akhirat secebis mana baru amalan aku? Astaghfirullahalazim. :(

Then, masa nak balik rumah malam semalam, kereta ayah rosak. Komputer yang control kereta tu jammed. Jadi terundur sendiri. Lampu sebelah nyala sebelah tak. Oh great. >< Naseb baek masa tu tak start perjalanan lagi. Alhamdulillah. Kalo dia buat hal masa on the way, anything could happen. Cakap pasal kereta ni teringat pulak test JPJ aku. For your info, tahun depan pulak kot aku retest JPJ. =.='

Entri lepas2 aku ada cerita pasal blood glucose level aku tinggi kan? So semalam parents aku bawak aku pi klinik. Masa eksperimen lab hari tu 6.1. Kali ni 5.7. Naseb baek turun. Tapi doktor cakap untuk orang yang dah puasa malam tu, sepatutnya kena bawah 5.5 baru rasa selamat. 5.7 is also a bit higher. Omo! Scaryyyy. T^T Umi cakap maybe aku amek darah keturunan sebelah ayah aku. Ada history kencing manis. Ya Allah, nauzubillah. :'( Taknakkkkkkkkkkkkkkk. Serius aku taknak penyakit tu. Terus aku nanges. Macam lab Biochemist hari tu la. Sampai nanges2 pikirkan benda ni. Hukhuk. T.T Jadi lepas ni aku memang kena jaga pemakanan aku. Dah takleh makan cokelat + biskut2 + makanan ringan yang jadi teman aku dikala ku sendirian setiap hujung minggu. ==' I have to. Eh no. I MUST to. Balik GlenView esok, memang kena sedekahkan semuaaaaaaaaa makanan2 manis aku tu dekat housemates. Huhuhu. Sabarlah wahai nafsu. Ini untuk kebaekan Nik Amalia Nasrulliana jugak. And one more. You have to exercise, Amalia. Jangan duk malas sangat. Kalo dah gemok tu buatlah cara gemok. =..=

Okeifine. Nak pi kemas beg. Bas esok pukul 9.30 pagi. Do pray for my safe journey, peeps. And for my health too. And for my study too. And for my jodoh too. Andddd grrrrr. And semua la~ :p

Haaa. Sayangssss, don't forget...



Our brothers and sisters there need our du'a. It is our biggest weapon. #PrayForGaza.

Wassalam. :)

Sunday, 11 November 2012

Half-time

Cepatnya masa berlalu. Sekarang cuti midsem seminggu. In Kelantan right now. :D Baru habis mid-term exam Jumaat lepas. Okay ke tak? Jangan tanya. =..= 

Tawakkaltu alallah. :')

Dentistry. Dari mula lagi aku tahu obviously it's a quite tough course. Aku dah selalu letakkan mind-set aku sebelum dapat result tamhidi lagi, kalo Allah letak aku dekat sini nanti insyaAllah aku dapat bawak diri. But. What to do? This path is very hard. No joke. Bagi aku la. Bagi orang laen yang minat or cita2 memang nak jadi dentist dari dulu of course takde masalah. Tapi aku, dengan takde minatnya. Dengan sibuknya. Dengan masalah emosinya. Susah kottt. Seriussss. Orang cakap kalo kita selalu cakap benda tu susah, confirm benda tu jadi susah. So? Erghhhh macamana nak ubah mindset? Dengan kawan2 yang lebih mantop dari aku. Lagi lah aku rasa benda tu susah. Masa kita cakap soalan tu susah, dia cakap "Susah ke?". Masa kita nampak dia stress, kita cakap rilek2, dia marah. Masa kita mintak softcopy lecture note, dia jawab "Tak bukak laptop la sekarang." Tak tahu niat dia apa. Tak sengaja tercakap macamtu or memang taknak tolong kita. :( Peeps. 5 tahun kita akan duduk sama2. Study sama2. Saya tak sehebat awak2. Saya slow. Susah nak pick-up. Awak dah baca + faham tajuk akhir, saya baru faham tajuk awal2. So, I have a favor to ask. Kalo nampak saya ada masalah? Do help me please, dear? I need your help. Aku tak kuat kalo aku sorang2. Awak nak ke kalo ada antara kita kena repeat year? Taknak kan? Kita nak graduate sama2 kan? :'(

Presentation. My biggest problem. Dari muda sampai ke tua tak reti buang rasa nervous masa berdiri depan orang ramai. Eh tapi masa sekolah rendah aku okay je. Aku still ingat minggu 1st perhimpunan masa darjah 6. Cikgu mintak anyone pengawas darjah 6 volunteer jadi pengerusi majlis perhimpunan. Semua orang taknak. Butttt. I did volunteer myself for that role as soon as the teacher asked. Wowww. Me now, coward enough hah? Maybe sebab masa masuk sekolah Maahad, aku lebih suka jadi orang yang biasa2 kot. Total of >2000 students. >350 students per batch. Taknak menonjol dalam kalangan pelajar yang ramai macamtu. And until now aku terbawak2 sikap ni. How to overcome it? Kawan2 laen semua dah overcome the nervousness masa present. Tinggal aku sorang je lagi belum. :(

Lab Biochemistry dua hari lepas, aku jadi wakil group lab aku untuk uji blood glucose level untuk eksperimen kitorang. I got a huge blast. :O Blood glucose level aku normal tapi slightly higher than others. The lab supervisors kecoh satu lab risau pasal aku. Kahkah. Dia tanya aku ada history diabetic family ke tak. Aku makan ape malam tu. Aku puasa tak malam tu. Jawapannya family aku alhamdulillah sihat walafiat. Aku makan biskut tiger + roti je malam tu sebab tak sempat beli nasi, and last makan kul 9.55 malam. Lepas makan terus tido. O.o Kenapa ye? Sampai nanges2 aku pikir aku ada kencing manis ke? Ya Allah, nauzubillah. :'( InsyaAllah esok lusa aku nak buat medical check-up dekat sini. Parents aku risau. Doakan aku sihat walafiat ye. :)

Okei dah siap membebel. Byebye. :ppp

**Hamek kau panjang aku tulis. Lepas gian nak hapdate belog. Hajatnya tadi nak tulis benda gediksss, tapi tertulis benda laen pulak. Takpelah. Dah ngantuk. Esok lusa la. Kalo aku rajin. Hihihi. :p