Sunday, 11 November 2012

Half-time

Cepatnya masa berlalu. Sekarang cuti midsem seminggu. In Kelantan right now. :D Baru habis mid-term exam Jumaat lepas. Okay ke tak? Jangan tanya. =..= 

Tawakkaltu alallah. :')

Dentistry. Dari mula lagi aku tahu obviously it's a quite tough course. Aku dah selalu letakkan mind-set aku sebelum dapat result tamhidi lagi, kalo Allah letak aku dekat sini nanti insyaAllah aku dapat bawak diri. But. What to do? This path is very hard. No joke. Bagi aku la. Bagi orang laen yang minat or cita2 memang nak jadi dentist dari dulu of course takde masalah. Tapi aku, dengan takde minatnya. Dengan sibuknya. Dengan masalah emosinya. Susah kottt. Seriussss. Orang cakap kalo kita selalu cakap benda tu susah, confirm benda tu jadi susah. So? Erghhhh macamana nak ubah mindset? Dengan kawan2 yang lebih mantop dari aku. Lagi lah aku rasa benda tu susah. Masa kita cakap soalan tu susah, dia cakap "Susah ke?". Masa kita nampak dia stress, kita cakap rilek2, dia marah. Masa kita mintak softcopy lecture note, dia jawab "Tak bukak laptop la sekarang." Tak tahu niat dia apa. Tak sengaja tercakap macamtu or memang taknak tolong kita. :( Peeps. 5 tahun kita akan duduk sama2. Study sama2. Saya tak sehebat awak2. Saya slow. Susah nak pick-up. Awak dah baca + faham tajuk akhir, saya baru faham tajuk awal2. So, I have a favor to ask. Kalo nampak saya ada masalah? Do help me please, dear? I need your help. Aku tak kuat kalo aku sorang2. Awak nak ke kalo ada antara kita kena repeat year? Taknak kan? Kita nak graduate sama2 kan? :'(

Presentation. My biggest problem. Dari muda sampai ke tua tak reti buang rasa nervous masa berdiri depan orang ramai. Eh tapi masa sekolah rendah aku okay je. Aku still ingat minggu 1st perhimpunan masa darjah 6. Cikgu mintak anyone pengawas darjah 6 volunteer jadi pengerusi majlis perhimpunan. Semua orang taknak. Butttt. I did volunteer myself for that role as soon as the teacher asked. Wowww. Me now, coward enough hah? Maybe sebab masa masuk sekolah Maahad, aku lebih suka jadi orang yang biasa2 kot. Total of >2000 students. >350 students per batch. Taknak menonjol dalam kalangan pelajar yang ramai macamtu. And until now aku terbawak2 sikap ni. How to overcome it? Kawan2 laen semua dah overcome the nervousness masa present. Tinggal aku sorang je lagi belum. :(

Lab Biochemistry dua hari lepas, aku jadi wakil group lab aku untuk uji blood glucose level untuk eksperimen kitorang. I got a huge blast. :O Blood glucose level aku normal tapi slightly higher than others. The lab supervisors kecoh satu lab risau pasal aku. Kahkah. Dia tanya aku ada history diabetic family ke tak. Aku makan ape malam tu. Aku puasa tak malam tu. Jawapannya family aku alhamdulillah sihat walafiat. Aku makan biskut tiger + roti je malam tu sebab tak sempat beli nasi, and last makan kul 9.55 malam. Lepas makan terus tido. O.o Kenapa ye? Sampai nanges2 aku pikir aku ada kencing manis ke? Ya Allah, nauzubillah. :'( InsyaAllah esok lusa aku nak buat medical check-up dekat sini. Parents aku risau. Doakan aku sihat walafiat ye. :)

Okei dah siap membebel. Byebye. :ppp

**Hamek kau panjang aku tulis. Lepas gian nak hapdate belog. Hajatnya tadi nak tulis benda gediksss, tapi tertulis benda laen pulak. Takpelah. Dah ngantuk. Esok lusa la. Kalo aku rajin. Hihihi. :p

No comments: