Saturday, 29 December 2012

Tak layak

Cuba teka apa nafsu yang paling susah aku lawan? Nafsu malas. Aku memang malas. Teramat malas. Aku lebih banyak buang masa dari guna masa tu dengan sebaeknya. Boleh dikatakan aku tak bersyukur dengan nikmat masa lapang aku :( Esaimen bertimbun selalu buat last minute masa nak submit. Revise? Ulang kaji pelajaran? Tak payah cakap la. Aku memang tak buat selagi bukan masa nak dekat2 exam. Seriously dalam kelas? Aku banyak buat benda laen. Lecturer duk bagi lecture, aku online kot handphone. Tak pun berangan. Tak bagi tumpuan langsung dengan apa yang lecturer ajar. Aku rasa 0% kot tumpuan aku. Hasilnya aku tak dapat apa2. Pergi kelas hari2 dapat hasil letih je. Ilmu? Aku rasa macam takde pun. Especially Anatomy, Biochemistry and Oral Biology. Physiology aku fokus sikit sebab Madam selalu tanya soalan. Maybe sebab aku tak setkan niat nak belajar betul2. Sebenarnya kalo pikir balik effort aku kosong. Zero. Lepastu aku duk mengeluh aku tak paham la. Dentistry susah la. Balik rumah bukak lappy. Layan Korea. Tak pun menjelajah Youtube. Tengok2 tertido depan lappy. Bangun2 dah subuh. Kenapa aku jadi macam ni? Seriously aku jauh sekali kalo nak beza dengan kawan2 kelas aku. Diorang selalu study. Lecture notes selalu dekat tangan. Aku pergi kampus pun selalunya nak menggedik je bukan nak belajar. Sampai aku rasa macam aku tak layak duk dekat sini. Duk dalam kalangan orang2 hebat. Bila aku nak jadi macam diorang? Anatomy. Bukan subjek mudah weh. Kena hafal banyak benda. Kalau aku baru nak start revise dekat2 exam, confirm tak sempat cover sume tajuk. Tapi nak buat macam mana? Aku macam takde minat nak belajar sekarang ni. Mana diri aku masa tamhidi dulu? Sekarang rasa nak give up pun ada. Baru semester 1. Baru tahun 1. Takkan dah tak kuat kot. Yang aku tahu? Nanges. Nanges je kerja. Usaha takde pun. Tetiba teringat dekat umi ayah yang selalu doakan aku berjaya, aku nanges. Macam sekarang ni, tengah imbas balik apa yang aku buat sejak masuk sini, tuptup tengok2 air mata suci ni dah mengalir dekat pipi aku. Aku tengah nanges ni tau dak? Haha. Takde la. Biasa la tu nanges kan. Aku perempuan jugak. Korang, macam mana korang jadi rajin? :'(

Thursday, 27 December 2012

Tanggungjawab

Assalamualaikum :D

Sampai sini Selasa lepas. Alhamdulillah. ;) Pagi semalam ada lab Anatomi, belek2 part jantung dan kepala kejap, then ada kelas Oral Biology. Balik kul 11.30 pagi. Hari ni pulak ada satu je kelas, lecture Anatomi dari kul 2 hingga 3 petang. Lepas habis kelas, aku and the geng pergi lab, siapkan carving gigi. Kitorang dah kena hantar gigi yang kitorang carve tu dalam minggu ni. Biasa la aku ni selalu buat kerja last minute. :p Orang laen sume pro, sume dah lama siap. Hewhew~ And! Esok takde kelas langsung hang tau dak? Aigooo. Kalo pikir2 balik it's such a big waste. Kan best kalo sambung je terusss cuti dari hari tu sampai Selasa minggu depan. Boleh cuti seminggu T.T

.our lab.
last touch-up. buruk. tapi nak buat macam mana ni je aku mampu buat. huhu
8 of them. 100% my handmade teeth. maksud i yang kaler merah teww. bangga jap. teheeeee :D
Okei workSSSSS to do these 3 days plus 1 day next Tuesday holiday :
  • Powerpoint for Anatomy seminar presentation (Placenta)
  • Powerpoint for 2nd Physiology seminar presentation (Paroxymal Nocturnal Dyspnea)
  • Physiology individual assignment - Stroke
  • Discussion for English final project presentation
  • SUFA and Family Day reports
  • Hafal Madkhal Tafseer untuk test next week
  • Start study anatomy. Sikit pun takpe. Sedar diri sikit mak incik, exam dah dekat! Omo omo! T^T
Perghhhhh ada hati nak cuti lagi. Kerja bertimbun. -___________-

Kbai~ :p

Saturday, 22 December 2012

I'm Home !

I'm home for 3 days. :D Hewhew. Tapi selasa dah balik keyell semula. :( Takpe untuk 3 hari ni rileks kejap. Kelate sekarang sejuk macam duk oversea. Non-stop raining. Naseb baek on the way balik Kelate semalam hujan tak lebat sangat. Thanks Syahmi sudi tumpangkan aku balik. Jimat duit tak payah beli tiket bas. Hehe. Bertolak kul 12 tengahari lepas habis kelas English. And alhamdulillah sampai dekat rumah kul 9.30 malam. Aku tak tido sepanjang perjalanan sebab kena teman driver. Perghhhhhh letih kot. Naseb baek ada lagu. Boleh karaoke, hilang ngantuk. Aku memang. Tak heran ada orang ke tak, mulut aku memang automatik akan ikut serta nyanyi kalo dengar lagu yang aku tahu. Driver pun join karaoke sekali jugak. HAHAHA. Lepastu duk bergosip tak hingat dunia. But of course the 'krik krikkkk' moments lebih banyak =..= Aku pun tak terlepas dari ditanya soalan2 panas dari Afi. Phewwwww~ But as you know, silence is better :) Malam tadi boleh jugak kenal rumah Afi dekat mana. Tak jauh sangat pun dengan rumah aku rupanya.
Ok lupakan esaimen jap. Grrrr. Yang paling penting, :D



Sebenarnya nak cerita something tapi tak boleh. Amalia, stop talking about it. Tahan tahannnn tahannnnnnn. Ok fineeeee. Byebye.

Thursday, 20 December 2012

Why?

Hai. Assalamualaikum :)

Esok nak balik Kelate. Tak sabor. Hujung minggu ni semua ada dekat rumah kecuali kak yong + abe Hisyam, of course. Yelaaa diorang kerja kat Sarawak. Dahla sibuk, susah kot nak dapat cuti. Tambah2 lagi kak yong berbadan dua. Perghhhhhhhhh tabik ah kak yong~ Pregnant masa housemanship. ;) Minggu depan abe (abang) kite pun nak fly oversea. Dia dapat kerja dekat Sandakan, Sabah. Haha. Oversea la jugak teww. Hampa pi lah semua sana. Pi la, tinggal kami dekat sini. Kesian umi ayah kalo diorang nak jalan2 pusing 1 Malaysia nanti sape nak jadi driver kalo tak de abe? :( Ahad ni kak Liya a.k.a bakal kakak ipar kite nak datang umah. Duduk situ sampai hari Rabu. Sebab nak jumpa abe sebelum dia fly ke Sabah next week. Huhu. Eh jap. Aku bukan nak cerita pasal ni tadi =..=

Semalam final assessment public speaking. Hukhuk. Nak tau? Hancusssssss semuanya, segalanya, and every single thing tau dak? Aku dah prepare. Seriously. Dah seminggu kot. Tapi semuanya hancussssssssssssss. Ku menyangka turn untuk kitorang present ikut tajuk. Tapi rupa2nya madam pilih random. And such a very very very 'lucky' girl who I am ! I got the second turn. Orang nombor 2 weh. First Maizah kena panggil. Lepastu "Next, let's call a point, Nik Amalia Nasrulliana binti Mat Zaib." Anjat boboi ! :O Tak sangka awal sangat sangat sangat dan sangat kena panggil. What the fish? Pi depan, aku kena nervous attack. This is the worst I think. Biasanya aku dapat jugak control masa tengah2 presentation. Tapi semalam rosak ! Punah ! Hancurrrrrrrrrr musnahhhhhhhhhhhhhhhh ! Suara aku ketaq + muka nampak kecuakannya bak kata kawan2 aku. Hukhukhuk. Dari start sampai lah aku habis present, the hall members were like, krik krik krik *angin bertiuppppp whooshhhh~* =..= Yela obvious sangat aku nervous masa tu. Then, masuk je tempat duduk aku, I was like, T.T nangessss laju2. My tears didn't want to stop. Dunno why. Like seriously a 19 years old WOMAN(?) nanges dalam kelas? Wakakakaka. Apa ni? Jatuh maruah darah gangster keturunan Nik :( Nanges nanges dan nanges sebab dah memang takleh tahan. Perghhhhh. Then tengok presentation kawan2 ada yang tajuk Children Nowadays Are Over Protected. Aku jadi terfikir asal aku manja sangat? Adakah sebab umi + ayah terlalu manjakan kitorang sangat2 dulu? Umi tak bagi kitorang buat kerja2 rumah. Umi did all of them. Nak keluar dengan kawan2? No. Kecuali tempat tu dekat. Nak kerja? Umi said no. Terperuk je dalam rumah. Depan lappy memanjang. So is it have made me having a low confidence level and being a coward girl in front of many people? Nervous aku semalam over sangat. Jantung berdegup laju mengalahkan masa tengok abang Medik. >////< Padahal dah banyak kali presentation. Ngeng. Orang laen semua hebat. Korang hebat. Ada yang buat spontan je. Sempoi je. Me? A very no. Or maybe? Emmmm Amalia, stop talking about it. Dah habis public speaking class kitorang untuk semester ni. Happy but at the same time quite sad. Madam Dina dah ajar kitorang banyak benda pasal presentation. But Madam, I’m sorry. Me unable to change my weakness. I was not a good presenter. I am not. And I know I will not be a good one. I'm just not more than a coward girl.

Tuesday, 18 December 2012

Miss me? HARHAR

Assalamualaikum.

Hihihi. Baru 3 hari privatekan blog atas sebab peribadi, tapi dah ramai tanya aku watserong? Paham tak watserong tu apa? What's wrong maksud aku. Muahaha. :p Kite tak block korang laaaa tapi cuma privatekan untuk redakan keadaan jap. So, smile bebeh. :) Bukannya taknak kongsi masalah ke cerita ke, cuma ada la sebab kite privatekan blog kejap. Tapi bila2 pikir balik asal aku nak private pulak? Just tutup mulut aku sudah. Haha. Blog ni dah tua kot. Entri ni dah entri ke 158 aku post. Takkanlah semata2 sebab seorang hamba Allah aku nak tutup tetiba. Chill Amalia~ Be yourself :) Ramai orang nasehatkan aku buat rilek sudah. Tulah sape suh tulis semuanya dalam blog. Kekeke. Dah tertulis nak buat macam mana. Gedik. Tau2 je laaa. Lalala~ Aku bukak balik blog ni pun sebab ramai kawan aku tanya asal tutup blog? Diorang cakap nak tau perkembangan Amalia selalunya bukak blog ni je. Terharu kejap. :') Mekaseh korang. Perghhhhh bajet hot kot. :p Tapi kantoi korang selalu bukak blog aku. :pp

Okei kite janji lepasni benda2 peribadi taknak tulis dekat blog dah. Bagitau dekat kakak, Yan and housies sudah. Do appreciate who appreciate us, not who are emmm, dunno to say~

Kalo korang nak tau apa2 pasal aku just call me. Patutla selama ni takde orang call aku pun sebab sume cerita aku taruk dekat blog. =..=

Jumaat ni balik Kelantan lagi. In syaa Allah. Cuti sampai hari Selasa. Balik dengan classmates. Orang ajak, kita on. Ramai tanya weh mak ayah kau bagi ke? Of courseeeee. Umi cakap masa ni la nak kuatkan ikatan ukhuwah antara puak2 Kelate. Ye dok? Sep kito. Gomo Kelate Gomo :D Doakan keselamatan perjalanan kami. Hujan2 ni jalan licin, seram jugak. Huhu. 

Tadi kakyong hantar gambar baby dia. Ya Allah, dah nampak bentuk badan baby tu. Tak sabarnya nak dapat anak buah first. Dah masuk 13 minggu 5 hari. 21 May 2013 will be his/her birthday, moga2 Allah permudahkan, in syaa Allah. :)
*teringat pulak 23 May hari jadi budak Jordan. Hewhew :p


see the head? and the body? subhanallah :'))
Eh kejap takpe ke aku post gambar ni? Hahaha. Kakyong, permisi dong~ Pray the best for my eldest sister and her baby :)

*pesanan penaja* comey tak titewww lukis? kahkah :P
this is for 'kain rentang' batch kitorang untuk family day. tapi aku takleh join sebab balik :(
Dental Student Club 2012 Family Day. we're the 6th batch!
*but without me + a few others
:(
Potassium. Just a 'short' update from me today. Doakan jugak untuk final assessment public speaking i esok ye. The final presentation youuuu~ Tapi untuk subjek ni je la, subjek2 laen banyak lagi kena present. -..-

Adios~

Friday, 7 December 2012

Guilty

# recently addicted to this song. Guilty by SeungYeon (Kara) :D

Leave, leave far away
I say to my heart filled with scars
Avoid me, avoid me far away 
I say to the thick darkness that can’t go away 
I ask of you.

Why am I embracing the world that I can’t have?
Why am I crying so much? I’m still…

Any time, any fate
It’s a rough road that won’t end
Though I’m ripped apart and in pain, 
I will smile, watch me, I promise

Run away, disappear far away
Give me back the lost time 
I ask of you.

Why did I have to walk on this long path?
But I know why I had to endure through the difficult times

Any time, any fate 
If it can’t be stopped
I will win and win and smile
Watch me, I ask of you...



# esok final project public speaking kitorang. dengan junior2 tamhidi dentist dekat Nilai. semoga semuanya berjalan dengan lancar. doakan2 ye sayang. do wish us a good luck. :)
# alhamdulillah kite baru sembuh dari food poisoning. syukur :')