Saturday, 29 December 2012

Tak layak

Cuba teka apa nafsu yang paling susah aku lawan? Nafsu malas. Aku memang malas. Teramat malas. Aku lebih banyak buang masa dari guna masa tu dengan sebaeknya. Boleh dikatakan aku tak bersyukur dengan nikmat masa lapang aku :( Esaimen bertimbun selalu buat last minute masa nak submit. Revise? Ulang kaji pelajaran? Tak payah cakap la. Aku memang tak buat selagi bukan masa nak dekat2 exam. Seriously dalam kelas? Aku banyak buat benda laen. Lecturer duk bagi lecture, aku online kot handphone. Tak pun berangan. Tak bagi tumpuan langsung dengan apa yang lecturer ajar. Aku rasa 0% kot tumpuan aku. Hasilnya aku tak dapat apa2. Pergi kelas hari2 dapat hasil letih je. Ilmu? Aku rasa macam takde pun. Especially Anatomy, Biochemistry and Oral Biology. Physiology aku fokus sikit sebab Madam selalu tanya soalan. Maybe sebab aku tak setkan niat nak belajar betul2. Sebenarnya kalo pikir balik effort aku kosong. Zero. Lepastu aku duk mengeluh aku tak paham la. Dentistry susah la. Balik rumah bukak lappy. Layan Korea. Tak pun menjelajah Youtube. Tengok2 tertido depan lappy. Bangun2 dah subuh. Kenapa aku jadi macam ni? Seriously aku jauh sekali kalo nak beza dengan kawan2 kelas aku. Diorang selalu study. Lecture notes selalu dekat tangan. Aku pergi kampus pun selalunya nak menggedik je bukan nak belajar. Sampai aku rasa macam aku tak layak duk dekat sini. Duk dalam kalangan orang2 hebat. Bila aku nak jadi macam diorang? Anatomy. Bukan subjek mudah weh. Kena hafal banyak benda. Kalau aku baru nak start revise dekat2 exam, confirm tak sempat cover sume tajuk. Tapi nak buat macam mana? Aku macam takde minat nak belajar sekarang ni. Mana diri aku masa tamhidi dulu? Sekarang rasa nak give up pun ada. Baru semester 1. Baru tahun 1. Takkan dah tak kuat kot. Yang aku tahu? Nanges. Nanges je kerja. Usaha takde pun. Tetiba teringat dekat umi ayah yang selalu doakan aku berjaya, aku nanges. Macam sekarang ni, tengah imbas balik apa yang aku buat sejak masuk sini, tuptup tengok2 air mata suci ni dah mengalir dekat pipi aku. Aku tengah nanges ni tau dak? Haha. Takde la. Biasa la tu nanges kan. Aku perempuan jugak. Korang, macam mana korang jadi rajin? :'(

No comments: