Saturday, 5 January 2013

Promise

Blogging kejap. Alhamdulillah hari ni sempat cover hampir 3 tajuk Anatomy. Thank you Allah. In syaa Allah I will 'kipidap' dari hari ke hari. Doa2kan tau. Hihi. Lagi 3 minggu nak exam. Ya Allah, rasa takut aku masih tinggi. Takut dengan kos aku amek ni. Kos yang aku tak minat ni. Dentistry. Aku rasa lemah sangat. Kuatkan aku. Kuatkan aku. Kuatkan aku ya Rabbi. Lagi 4 presentation belom settle. Ntah ler. Aku dah lali. Aku tau rasa nervous aku tu tetap akan datang setiap kali present. Biar la. Aku nak buat dekkkk jek. Biar la orang laen nak kata apa. Asalkan aku dah try buat yang terbaek sudah. Maybe aku bukan antara yang terbaek. Tapi aku akan cuba sampai aku boleh setaraf dengan korang. Just tunggu. Maybe satu hari nanti :) Kita semua kawan kan? Terima kaseh kawan2. Sebab korang la aku jadi lebih kuat, lebih rasa nak buat yang terbaek, rasa ada daya persaingan yang sihat dengan korang. Masa tutorial, aku boleh nampak betapa fahamnya korang dengan topik2 yang kita dah belajar, sebaliknya aku blur teramat. Tetiba aku rasa selama ni Allah bagi semua apa yang aku nak maybe sebab ayah dan umi selalu doakan aku. Alhamdulillah. Mungkin tanpa doa mereka, aku tak berada di sini. Aku baru sedar seharusnya aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan seorang pelajar dulu. Memang la benda2 gedik tu boleh jek dijadikan selingan. Tapi kalo dah benda2 gedik tu lebih banyak dari tujuan sebenar nak buat camna? Membazir masa betul. Ishish. Takpela. Benda dah jadi. Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 1. Aku rasa macam baru je minggu taaruf hari tu. Yela. Masa tak tunggu kita kan?

Yuyu mintak maaf ayah, mintak maaf umi. Mungkin sem ni yuyu banyak maen. In syaa Allah untuk sem2 seterusnya, anak comel ayah + umi ni akan buat yang lebih baek lagi. Yuyu janji. :'D

No comments: