Wednesday, 30 January 2013

We Lose To Win !

Assalamualaikum :)

2 down. Tinggal 3 papers je lagi :D And paling penting subjek2 paling kritikal, Physiology and Anatomy dah lepassssss ! Ohyeah ! Esok break sehari. Lusa Biochem. Lepas tu minggu depan lagi 2 subjek. Huhuhuhu. Fighting fighting !

Tapi tapi tapi Anatomy tadi hancusssssssss gilossssssss T^T Especially OSPE T.T 

Anatomy sem ni ade 33 tajuk. Ce imagine masa SPM, 10 tajuk Biology kita belajar dalam masa setahun. Masa tamhidi/asasi 10 tajuk dalam masa 6 bulan. Skang ni 30 tajuk dalam masa 5 bulan. Hamekkawwww~ Macam mana nak sumbat dalam otak sume part2 organ tu? Baru 1 semester =..=  

Kita merancang, Allah yang menentukan. Kita dah habis baca semua 33 tajuk tu, siap buat nota colourful lagi, siap hafal sume lagi. But Allah nak ajar kita, tanpa pertolongan Dia, sure punya kita takleh jawab soalan2 exam walau sekacang mana pun soalan tu. Subhanallah. Hebatnya Allah :') Allah SWT boleh jek buat kita tiba2 lupa nama part2 organ tu walaupun selama ni kita ingat betul2 benda tu apa. See? So jangan sombong, riak, takabbur dengan Maha Pencipta, ye sayangsss. Jaga hubungan dengan Allah + jugak dengan makhluk-Nya :)

Esei, aku tak baca urethra and oesophagus. 20 markah doe ! So jawab ikut hentammm je la tadi. MCQ tak payah cakap. Banyak tembak. Konfius sebab pilihan jawapan semuanya macam lebih kurang. Tawakkal. Pasrah. Redha :'( 

OSPE, 1st time OSPE Anatomy, perghhhhhhh ahhhh. Ada 35 stesen, 20 soalan, setiap soalan ade anak2 dia jugak. Setiap stesen masa untuk menjawab 2 minit je =.= Tadi memang banyak konfius, lepastu banyak salah eja. Glenoid cavity jadi glenoid process. Vertebrae aku tulis bone jek. Collecting duct jadi conducting duct. Sengal. Yela 2 minit je kot, otak aku ni lambat pick-up T.T Masa kat jantung tetiba tak ingat apex jantung sebelah kanan ke kiri. Sengalllll lagi. Yang paling takleh bla, soalan mintak structure related to the part yang dia tanda tu, aku pi tulis nama part tu. Contohnya infraorbital foramen, patutnya tulis nama nerve yang lalu ikut foramen tu. Aku pi tulis infraorbital foramen. Tak menjawab soalan. Huwaaaaaa banyak kot soalan macam tu. Jadi, rasanya markah aku absolutely memang ciput sangat untuk OSPE. Dengan histology nya aku tak kenal tu gambar cell apa. Histology paling banyak aku tinggal kosong. Sedeh tak? Hukhukhuk. Takpelah, jawab pun dah, dah takleh buat apa2 lagi, just tawakkal and harap semoga Madam tak strict sangat masa periksa kertas kitorang nanti. Saaaayang Madam ! Madam comey, lawa, baek ;D Huhu. Jangan sampai fail sudah. Aku tak nak kejar deanlist pun. Just nak lulus semua paper je. Yang penting tak yah repeat year. First year ni aku baru nak panaskan enjin jek bak kata umi. Hihihi. In syaa Allah, batch kitorang takde yang repeat year. Hopefully kesemua 35 orang kitorang akan graduate pada hari yang sama 5 tahun akan datang. In syaa Allah :')  *nak kawen. hukhuk lambat graduate, nanti lambat kahwinnnn :p

Harap2 Biochemistry and Oral Biology nanti, soalan tak seperghhhhhh anatomy T.T

Doakan kejayaan kitorang ek. Jazakumullahu khairan jaza :3

No comments: