Tuesday, 26 February 2013

Merapu

Takde. Just hapdate nak bagitau aku dah lulus ujian memandu. Akhirnya. Test kali ke-4 baru lulus. Memalukan =.= Tapi lega. Sangat. Alhamdulillah :)

Hari retest 24 Februari, Ahad lepas, banyak benda jadi kot. Pagi2 lagi hujan lebat. Aku ulangan, so sesi pukul 11 pagi. Sesi 8 and 10 pagi untuk bebudak yang 1st time test. Setiap sesi ade plus minus 60 orang. Disebabkan hujan lebat, kena tangguh tunggu hujan reda. Letih menunggu. Fuhhhhh. Tengok2 sesi geng aku start kul 3 petang. Dah la aku nombor 56. Nombor last. Calon rayuan ulangan. So kena dahulukan yang bukan rayuan dulu. Hakhak. Naseb baek no 55 tu budak laki hensyemmmm heeeee :3 Umi + ayah tunggu aku. Teman dari pagi sampai petang. Aku cakap aku okay je sorang2, tapi dua2 tak nak balik. Sokongan moral katanya. Mujur gak. Boleh solat zohor kat masjid luar. Tak yah berebut2 solat kat musolla kecikkkkkkk dalam tu. Tak lunch hari tu sebab stress kot kahkahkah :P Last2 turn aku kul 4 lebih. Nak dekat kul 5 balik. Masa tengah tunggu giliran, banyak songeh betul. Tudung tak jadi la. Jari tercucuk jarum pin keronsang sampai berdarah la. Payung tetiba hilang la. Rupa2nya payung tu ada cikgu amek pinjam kejap. Huuuu macam2 =________=

Ok ni sume tak penting. Yang penting aku dah lulusssssssssssss ! Hoyeahhhhhh ! Lepas test, dapat borang sume, tak ingat nak bagi balik nombor turn lak. Nombor besar gedabak diletakkan kat tali macam tali kad matrik. Macam mana boleh tak perasan nak pulangkan sebelum balik pun entah. Masa tu dah nak kuar pagar, lepastu ade orang tak dikenali tolong tegur. Ok maluuuuuuu. Kbye. Eh tak habes lagi :PP Lepastu kitorang pi amek Hakim balik sekolah kat Maahad Jate. On the way balik rumah Kak Bi call mintak gambar2, salinan fotostat I/C and blablablabla for lesen P progression. Baru ingat aku tak bawak balik gambar passport. So pegi la pulak kedai gambar cepat2. Finally, kul 6.15 petang sampai rumah. Bas malam tu kul 9 malam. Masa tu belum pack barang2 lagi, so kelam kabut la aku dan umi cari barang2 yang nak dipack harharharhar :P But alhamdulillah akirnya berjaya menjejakkan kaki di Glenview Villa, keyell kul 8.15 pagi, hari Isnin. Masuk kelas lewat and daaaaa. Kbyeeeee :P

*best tak ayat keling aku? kekekeke. eh jap satu lagi. semester 2 dah mula. aja aja fighting kepada sume sayangsssss sayangsssssssss :3 walaupun mood study aku belum berkunjung tiba lagi. siyessss cuti hari tu tak cukup. sibuk ngan retest jpj =____= it's okay. ade hikmahnya. Alhamdulillah :) kbyeeeee ~ kali ni betoi2 kbyeeeeeee :D  

KBYEEEEEE ! ^.^

Saturday, 23 February 2013

Partner

2 minggu cuti. Separuh cuti terisi dengan usaha mendapatkan lesen kereta. Pffttt. Among the most hectic holidays I've ever had. After all these efforts, tomorrow will be the last chance for me. Sama ada aku lulus esok atau tak, Allah je yang tahu. Tawakkal. Like always :')

Kali ni, first time kot aku cuti lama tapi blog tak dihapdate sekerap yang dulu. Only 2 entries within 2 weeks. Aneh. Esok malam aku dah gerak pi keyell balik. Byebye Kelate. Jumpa lagi :(

Just a few minutes ago, I had a conversation with umi. You know. A talk between a girl and her mom. Masa tu aku tengah maen game, tengah borak2, tetiba aku tercakap pasal sorang kawan ni. Ala. Bukan pasal dia sorang je aku pernah cerita dekat umi. Sume kawan2 laki pompuan sume aku bagitau. Biasa la gosip2. Tapi tadi tetiba umi cakap, 

"Bo lah saem nga dio. Susoh nga orang jauh." 
"Heh? O.o"

"Tengok abe ni banyok pulok kijo nok buat. Nga orang jauh. Kakyong dulu pom. Ayoh nga umi tok cekak doh. Tuo doh nok jale jauh2. Sebelum saem rapat lagi, baek mi peringat selaluh. Cari orang dekat2 sudoh." 
"Hahhh? Ore nga dio saem biaso jah, mi. Hahahaha"

Umi memang anti betul ngan kawan aku sorang tu. Kahkahkah. Maybe sebab berita2 basi yang kakak + Hakim bagitau umi dulu2. Dah la umi nampak serius. Umi umi~ Ni bukan aku nak kaitkan aku ngan budak tu ke apa. Just nak dijadikan contoh. Kan ramai cakap orang Kelate selalunya kawen ngan orang2 Kelate jugak. Itulah sebabnya. Susah kot nak pi hantaq rombongan jauh2. Heee. Aku pun sambung, 

"Ore nok cari patient la. Baru sweettttt. Doh senior sikit dooh, pastu semo napok macam ado belako doh. Tunggu kijo la, ramai lagi orang nok jupo. Hehe." :3

Kakyong dengan orang Selangor. Abe pulak bakal jadi dengan orang Pahang bulan 8 ni, in syaa Allah. Kakak? Entah, dia belum roger lagi haha. Aku? Pun entah. Allah dah tetapkan. Buat apa pikir. Hoho. Sebenarnya tak nak pikir pun pasal benda ni. Siap booooooo kuat2 lagi kat kengkawan yang duk share pasal benda ni dekat facebook or twitter. Tapi kan kalo pikir balik aku dah 20 tahun kot. Kalo still tak pikir pasal kawen skang bila la nak matured. Sampai bila2 macam budak. Sampai bila2 manja. Sampai bila2 tak pandai jaga perangai. Sampai bila2 tak pandai masak. Hmmmmm. Ye dak? -____-

Eh apekah? Kbye :P

Monday, 18 February 2013

Kronologi - Lesen Kereta =.=

Entri ni panjang. Harap maklum :P
______________________________________________________________

1 April 2011 : Umi daftarkan kelas memandu untuk aku kat Kota Raya. Tengah tunggu result SPM. Masuk lewat dari orang laen sebab percaya dengan khabar angin hampeh yang mengatakan tahun tu masuk U bulan 9 =..=

6 April 2011 : Ujian undang2 berkomputer. Dapat la 47/50. Kahkahkah :P

9 April 2011 : Start bengkel and kelas memandu 3 jam. Belajar benda basic :3

12 April 2011 : 8 jam kelas memandu dengan Ayah Haji. 2 minggu kot nak habiskan 8 jam tu.

25 April 2011 : Penilaian. Lulus. Gembira sakan =.= Tunggu punye tunggu Kak Bi (yang uruskan pasal benda ni untuk aku) call bagitau test JPJ bila. Last2 harapan untuk test JPJ 30 Mei hancussss sebab nama aku tak tersenarai :(

31 Mei 2011 : Bertolak ke Nilai.

1 Jun 2011 : Daftar masuk USIM. Tamhidi Pergigian. Hoho.

Ogos 2011 : Cuti mid-sem seminggu. Hari Raya Aidilfitri. Cuti umum.

1 November 2011 : Cuti Semester 1 Tamhidi.

24 November 2011 : Ujian memandu. JPJ test. Jalan raya pass dengan markah cukup2 untuk lulus, 16/20. But unfortunately kandas bukit :'(

3 Disember 2011 : Daftar semester 2. Tak sempat retest sebab retest ada kosong 5 Disember.

Februari 2012 : Cuti mid-sem. Tak sempat booking. Kak Bi cakap dah penuh.

28 April 2012 : Cuti Semester 2. Habis Tamhidi. Cuti 4 bulan. Tapi dah cakap awal2 dekat Kak Bi kalo boleh nak retest awal2 cuti takut nanti fail lagi. Tengok2 nama aku dilistkan untuk retest 9 Ogos 2012 =.= Bulan 8. Hek. Nak daftar degree bulan 9.

9 Ogos 2012 : Second retest JPJ. Jalan raya tak payah repeat sebab dah lulus hari tu. Amek bukit and parking jek. And unluckily again and again, the stupid me fail dekat parking 3 penjuru yang last sekali. Silly enough. 

30 Ogos 2012 : Bertolak ke Nilai daftar kemasukan ke Ijazah. Jangkaan aku betul. Kan dah cakap tak sempat nak retest. Kak Bi, whyyyy? T.T

9 November 2012 : cuti mid sem 1 degree. As usually booking test tak sempat sebab full. Walaupun dah bagitau awal2 dekat Kak Bi bila aku cuti. And dah practice masa tu. Tengok2 nama aku tak naek. Ngeng.

7 Februari 2013 : Cuti habis semester 1. 2 minggu. Sekarang la =.=

12 Februari 2013 : Petang tu Kak Bi tetiba call cakap aku test 14 hb. So that's mean lusa kepada 12 hb.

13 Februari 2013 : Tengahari pi practise dekat Kota Raya. Sewa satu jam RM30. Aku practise seriously sampai aku dah confident. Tetiba petang dekat2 Maghrib Kak Bi call cakap nama aku masuk list untuk dua2 sesi. Bahagian litar anddddd jalan raya. Siyesss la terkejut. Sebab aku tak praktis jalan raya, kan dah lulus test mula2 dulu. Dah Kak Bi cakap kalo dah lulus takyah repeat. Tengok2 sebabnya tempoh aku pass jalan raya tu dah setahun lebih. So kena amek semula. Masa tu dah cuak sebab hari dah malam. Jalan test A, B or C, manalah aku ingat. Dah dekat 2 tahun kot belajar dulu2 =_______=

14 Februari 2013 : Pagi2 lagi lepas hantar Hakim pegi sekolah, parents aku bawak aku practice kejap dekat jalan belakang kilang dekat2 jalan test. Dari kul 8 sampai 10 pagi. Duk pusing2 jalan sama. Ayah garang kot masa jadi cikgu memandu. Huhu. Speechless aku. Mula2 bawak takleh masuk gear =.= So stop kat tepi banyak kali la, lepastu kereta tu mati la, and macam2 lagi. Kahkahkah. Kul 10 pi Kota Raya. Lapor diri untuk retest. Mula2 test dalam litar. Nombor aku 37. Sekali lagi the unlucky me buat masalah. Aku dapat kereta clash tinggi ke rendah aku pun tak tau. Haha. Tapi asyik2 mati. Menyampah gilosss. Bukit pass. Tapi untuk side parking aku tersalah masukkan kereta aku ke tengah sangat. Jauh jarak body kereta ngan tiang kat tepi tu. So masa undur kereta, lari dari line2 yang sepatutnya aku refer. Kereta asyik mati. Nak dekat 10 kali kot. Dah la aku ni mudah nervous. Yang rilek tadi tetiba jadi cuak sampai ketaq lutut =.= Lepas dah masukkan kereta dalam kotak, pakcik JPJ suh keluar kereta. Dia tanya kena line belakang tak? Aku tengok, aku cakap tak. Dia tanya lagi, aku berkeras cakap tak. Sebab tayar memang tak kena. Dia pun datang, sambil tunjuk, "Tu gapo? Bumper kena line. Jadi kalo ado keto belake ni blablablablabla" Mana la aku tau :P Aku angguk je la sambil tersengihhhhh :D Cikgu2 pun datang, explain kat aku yang tengah blur tu. Kena lecture lagi sekali. Hukhuk. "So fail la ni?" "Ho lah. Keno buat semula." "Bilo? Pasni?" "Buke hari ni. Buat jalan rayo molek pasni" " TAPI MASALOHNYO NOK GI NGAJI DOH MINGGU DEPAN, TOK DEY DOH NOK RETEST." "Tunggu cuti smula2 pulok." "LESEN L NOK TAMAT TEMPOH DOH BULAN 4 NI. CUKUP DOH 2 TAHUN. TAK DOK CUTI DOH. NATI KENO AMEK TEST UNDANG2 N MASUK BENGKEL PULOK." "takpo buat molek dulu jalan rayo nati." This pissed me off seriously. Apesal aku tetiba jadi terlebih cakap banyak aku pun tak tau. Dah la suara kuat. Hahaha. Call kakak, jerit2 macam orang tak betul. Nak nangehhhh. Dah tak heran dekat orang sekeliling. Kahkahkah. Pendek kata macam orang gila aku masa tu. Muahahahaha. Tunggu giliran untuk test jalan raya. Sebab tengah marah2, aku tak perasan aku pi duduk dekat kawasan budak laki. Errr. Belakang depan kanan kiri sume laki. Hihihihi. Nak berpindah tempat pun rasa macam malu la pulak. Lantak la. Aku bagitau dekat kakak aku nak duk tandas je lepasni, tak nak test jalan raya. Sampai bila2 takyah lah amek test JPJ. Nak give up. Sebab aku tau kalo aku nak teruskan lagi mesti susahkan umi ayah lagi sekali. Masa tu terpikir nak stop and bayar RM1000 dekat ayah, ganti duit habes buat lesen aku selama ni. Duit JPA kan ada. Hehehe. Imagine la untuk lesen dah RM700 lebih. Untuk kes aku ni kena bayar untuk sambung lesen L dah 35 hinggit sekeping. Aku ada 7 keping lesen L. Lepastu untuk booking retest RM30 lagi. Nak sewa untuk practise RM30 sejam. Dah berapa kali buat benda sama. Okfine, dah2. Then test jalan raya. Alhamdulillah pass. Kak Bi suruh bayar untuk retest lagi. Pi bayar and cakap nak retest 24 hb, sebelum pi KL balik. Tengok2 kerani tu cakap orang yang uruskan booking tarikh test tu cuti. Kena pi mintak dekat JPJ sendiri. Skang dah buat keputusan nak handle sendiri. Dah taknak susahkan Kak Bi lagi. So masa Kak Bi call aku bagi dekat umi. Heeeee. Kul 2.30 petang pegi JPJ Panji, just 2 minit dari rumah aku. Naek pejabat jumpa pegawai. Mintak tolong dia masukkan nama aku untuk 24 hb tapi dia cakap dah penuh. Dia cadangkan aku amek dekat Kuala Lumpur. Errrk. Ok takpela. Pikir punya pikir nanti kalo amek dekat sana mesti susahkan kawan2 pulak. Nak naek teksi sorang2 macam bahaya je. Lepastu nak pi bila kalo jadual penuh? Erghhh on the way balik rumah, mesej2 ngan sepupu aku, Pika, dia cakap 18 hb ada test dekat Pasir Puteh.

16 Februari 2013 : Pegi Pasir Puteh, jumpa Cikgu Kamal, cikgu memandu Pika. Cik Pika ni baru lulus test JPJ minggu lepas. Sekali test je. Tak payah repeat2 macam aku. Huhu. Cikgu Kamal cakap kalo lepas sahkan dengan JPJ Machang tu boleh la aku amek test 18 hb tu. Cikgu suruh aku datang esok petang, praktis dekat situ.

17 Februari 2013 : Umi + ayah tinggal aku dekat rumah nenek. Dekat je dengan tempat litar memandu. Sebab adek aku ada kelas tambahan habis kul 5 so umi + ayah takleh hantar aku. Pukul 5 petang, parents Pika datang amek aku, tinggal aku + Pika dekat litar. And unexpectedly again, Cikgu Kamal cakap aku takleh test 18 hb. Dah dapat pengesahan, tapi masa nak booking tengok2 result aku fail tu still tak key-in. Takde dalam sistem lagi. Kena pi JPJ Panji lagi sekali. Lepastu Cikgu suruh jumpa dia balik, dia cari tempat test sama ada dekat Kuala Krai 19 hb or Tanah Merah 20 hb. Errrr sume tempat tu dah jauh dengan rumah aku. Kalo dekat Pasir Puteh takpe lagi sebab ada rumah nenek and rumah Cik Ja (umi Pika). Acano ni? Malam tu ayah pi rumah kenalan dia dekat masjid, bini orang tu kerja kat JPJ Panji, mintak tolong dia. Dia bagi nombor phone pegawai besar, suruh jumpa pegawai tu esok pagi lagi. Nak buat rayuan aku retest 24 hb dekat Kota Raya.

18 Februari 2013 : Rayuan diterima. Alhamdulillah. Thanks kepada semua yang membantu. Wish me luck :)


lesen L first stapler dengan lesen L latest *invisible*
____________________________________________________________________

Huhuhu. See masalah aku dah buat? Menyusahkan semua orang. Especially umi + ayah :'( Salah sape? Salah aku jugak sebab fail banyak kali. Aku kena retest and pass minggu ni jugak. Sebab dah takde masa. 5 April ni lesen L mati terus. Bersyukurlah korang yang pass test JPJ sekali buat je tu. Korang anggap benda tu kecik. Tapi bagi aku, susah kot aku nak dapat lesen. Takpe. Allah nak uji aku. Ayah cakap kita usaha je dulu, kalo aku still fail lagi walaupun dah mintak tolong orang sana sini, Allah tak nak bagi la tu. Mana tau nanti Yuyu kerja ada driver. Tak payah drive sendiri. Itu kata ayah. My dad, my hero. Pasti ada hikmahnya. Sabar :')

*Result exam dah keluar. Seminggu je lecturers amek masa untuk periksa paper kitorang. Terbaekkkkk. Alhamdulillah aku lulus. Untuk budak medik / dentist takde pointer. Ada lulus or gagal je. So congrats untuk semua :D

Thursday, 7 February 2013

Freedom !

Ohyeahohyeahohyeah !
Final exam done ! :D
Semester 1 done ! Finally ! Alhamdulillah :')


Comey je meow ni :3 
Skang ni tinggal aku sorang je belom balik lagi. Kemas beg pun belom. Pi stesen bas Putra kul 6.30 kot. Bas kul 9 malam ni. Doakan perjalanan kami selamat ek.
In syaa Allah :)

Jawapan

Semalam, ada orang tanya pendapat aku. Pasal hasrat dia nak berubah. Yela. Sape yang tak nak berubah kan? Aku pun sama. Memang betul sangat kita nak berubah tapi susah. Susah sebab apa? Sebab first sekali usaha kita sendiri nak melakukan perubahan tu ciput jek. Macam aku, aku ada banyak sangat sikap yang kurang baek. Nak ubah, tapi situasi tak mengizinkan. Hek alasan lagi =.= Takpe. Cuba start perlahan2. Hati ni pun rasanya macam dah kotor sangat. Sebab tu kalo menuntut ilmu, ilmu susah nak masuk. Kalau dia masuk pun, susah nak melekat, kejap je melekat lepastu dah say byebye. Nak tak kotor macam mana, kalo pikir balik dalam sehari, lebih banyak dengar ayat Quran ke lagu Korea? Otak lebih banyak ingat ayat2 Quran ke lirik2 lagu yang lagho? Huhu :(

Entah. Aku berpaling balik dekat benda2 Korea sejak nak exam hari tu. Aku release stress dengan benda2 ni. Tengok cite Korea, menjelajah youtube, bukak MVs lagu2 baru, tengok live performance diorang, besttt kot. Hihihi :3 Serious dah lama aku buat tak heran dekat Korea. Sebab sibuk. Presentation, esaimen memanjang. Ikhtilat dengan kawan2 baek aku pun dah kurang. Dah takde masa nak gurau2, merapu macam masa cuti dulu2. Sedar tak sedar kurang benda lagho aku buat masa tu. See? Kita tak suka benda tu, padahal benda tu bagi kebaekan kat kita. Islam suruh kita isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Kalau kita sibuk dengan hal2 pelajaran, menuntut ilmu, bukan ke masa lapang kita dah terisi dengan manfaat? Ye dak?

Okay berbalik dengan soalan kawan aku. Dia nak kurangkan aktiviti sosial dengan kaum bukan sejenis di alam maya katanya. Hoho. Niat nak kurangkan su-uzzhon (prasangka buruk) + kejealousan yang timbul. Seriously sebenaqnya tak paham ==' Heee. Dia merujuk kat sape aku pun tak tahu. Jangan aku sudah. Tapi memang bukan aku pun. Kot. Errr adoi taktaok2 >< Tapi kan kalo kau baca, eh maksud aku kalo kau terrrrbaca conversation aku ngan kawan2 aku dekat twitter, kalo rasa meluat, maaf tau. Kitorang memang camtu. Malu jugak, tapi yang follow kitorang sape je. Kawan2 kitorang jugak. Termasuk korang. Sebab tu la kitorang buat gedik je, sebab. Hmmm sebabbb. Hrmmm sebab memang kitorang gedik kot. Errrk. Gedik belakang2 la. Depan orang tak de lah kitorang camtu. Tapi of course semuanya just gurauan. Tak serius langsung. Cakap suka orang tu orang ni. Tak pun sebenarnya. Bukan suka, just minat maen2. Minat laen ngan suka. Suka pun laen ngan cinta. Kalo kau pernah terasa kitorang mengumpat kau, maaf tau. Lepas ni memang kena hati2 dah dekat twitter. Huhu. Kadang2 lupa pulak ada budak laki yang follow kitorang, jadi boleh baca conversation merapu tu sume. Mesti menyakitkan mata kan sampai emosi kau boleh terganggu? Sorry sorry T.T

Kadang-kadang lupa jugak aku ni Muslimah. Perempuan. Wanita(?). Tak boleh over sangat gurau2 depan orang ramai. Kena jaga perangai. Sengal. Tak tau la. Rasa macam aku ni budak lagi. Huwaaaaaa tak nak tuaaaaa. Nak maen2 lagiiiiiiiiii. Siyesssss T^T

K bye.

Tuesday, 5 February 2013

Entah

Dah banyak kali bukak dashboard nak tulis entri baru, tapi tak jadi. Huhu. Semalam exam Oral Biology. Huuhhh. I did stupid thingy again and again. Aku tak paham ape kena dengan aku. Dah tau tu exam final, buat maen2 jugak. Kenape aku tak baca soalan aku pun tak tau. Soalan dah terang2 mintak "NAME the teeth according to dentition, arch, bla bla bla bla" tapi entah. Maybe Allah tutup pandangan aku masa tu. Allah nak ajar aku bila2 baca soalan leklok. Ini tidak, aku amek ringan je. Dekat stesen no 6 ke 7 aku pun tak ingat, baru perasan soalan dia nak apa. Stesen 1 sampai 10 sume soalan sama. Dia bagi gigi betul sebatang, lepastu suh namakan, sebab namakan dengan nama tu dan umur gigi tu mula tumbuh. Tapi nak buat macam mana, dekat stesen last2 baru perasan dia mintak nama. Yang aku pulak pi jawab satu2, permanent dentition, mandibular arch, and bla bla bla. Sengal kan? Hari tu Anatomy buat benda sengal jugak. T.T I know that I won't forget these 1st time Anatomy and OBi OSPE exams forever and ever. Memang rasa erghhhh grrrrrrrrrrr arghhhhh sume ada la. Rasa nak hantuk kepala dekat dinding kuat2 je. Dah la lagi 10 soalan yang tanya selaen namakan gigi tu, banyak jugak aku careless. Dekat stesen seterusnya baru perasan jawapan aku salah. Padahal aku tau. It's just. Entah. Tak paham aku asal aku jadi macam ni :( Mungkin sebab emosi tak menentu kot. Nak balik. Seriously. Nak lari dari sume benda ni. Dah tak tahan. Cuti ni nak rehat kejap. Sebenarnya tak leh rehat jugak, still sibuk dengan kelas memandu, retest JPJ and report SUFA yang aku tak buat2 lagi sampai sekarang. Tapi at least kat rumah boleh tengok muka umi, muka ayah, rasa tenang sikit. Kan dah cakap, mesti ada hikmah di sebalik sume benda yang jadi. Tengok. Aku tak pass nak pi oversea under JPA dulu, sebab Allah tahu aku takkan kuat kat sana. Duk dalam negara ni pun selalu homesick. Sama lah OSPE ni pun. Aku buat benda bodoh kali ni, in syaa Allah laen kali aku lebih beringat2. Kot. :'(