Thursday, 7 February 2013

Jawapan

Semalam, ada orang tanya pendapat aku. Pasal hasrat dia nak berubah. Yela. Sape yang tak nak berubah kan? Aku pun sama. Memang betul sangat kita nak berubah tapi susah. Susah sebab apa? Sebab first sekali usaha kita sendiri nak melakukan perubahan tu ciput jek. Macam aku, aku ada banyak sangat sikap yang kurang baek. Nak ubah, tapi situasi tak mengizinkan. Hek alasan lagi =.= Takpe. Cuba start perlahan2. Hati ni pun rasanya macam dah kotor sangat. Sebab tu kalo menuntut ilmu, ilmu susah nak masuk. Kalau dia masuk pun, susah nak melekat, kejap je melekat lepastu dah say byebye. Nak tak kotor macam mana, kalo pikir balik dalam sehari, lebih banyak dengar ayat Quran ke lagu Korea? Otak lebih banyak ingat ayat2 Quran ke lirik2 lagu yang lagho? Huhu :(

Entah. Aku berpaling balik dekat benda2 Korea sejak nak exam hari tu. Aku release stress dengan benda2 ni. Tengok cite Korea, menjelajah youtube, bukak MVs lagu2 baru, tengok live performance diorang, besttt kot. Hihihi :3 Serious dah lama aku buat tak heran dekat Korea. Sebab sibuk. Presentation, esaimen memanjang. Ikhtilat dengan kawan2 baek aku pun dah kurang. Dah takde masa nak gurau2, merapu macam masa cuti dulu2. Sedar tak sedar kurang benda lagho aku buat masa tu. See? Kita tak suka benda tu, padahal benda tu bagi kebaekan kat kita. Islam suruh kita isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Kalau kita sibuk dengan hal2 pelajaran, menuntut ilmu, bukan ke masa lapang kita dah terisi dengan manfaat? Ye dak?

Okay berbalik dengan soalan kawan aku. Dia nak kurangkan aktiviti sosial dengan kaum bukan sejenis di alam maya katanya. Hoho. Niat nak kurangkan su-uzzhon (prasangka buruk) + kejealousan yang timbul. Seriously sebenaqnya tak paham ==' Heee. Dia merujuk kat sape aku pun tak tahu. Jangan aku sudah. Tapi memang bukan aku pun. Kot. Errr adoi taktaok2 >< Tapi kan kalo kau baca, eh maksud aku kalo kau terrrrbaca conversation aku ngan kawan2 aku dekat twitter, kalo rasa meluat, maaf tau. Kitorang memang camtu. Malu jugak, tapi yang follow kitorang sape je. Kawan2 kitorang jugak. Termasuk korang. Sebab tu la kitorang buat gedik je, sebab. Hmmm sebabbb. Hrmmm sebab memang kitorang gedik kot. Errrk. Gedik belakang2 la. Depan orang tak de lah kitorang camtu. Tapi of course semuanya just gurauan. Tak serius langsung. Cakap suka orang tu orang ni. Tak pun sebenarnya. Bukan suka, just minat maen2. Minat laen ngan suka. Suka pun laen ngan cinta. Kalo kau pernah terasa kitorang mengumpat kau, maaf tau. Lepas ni memang kena hati2 dah dekat twitter. Huhu. Kadang2 lupa pulak ada budak laki yang follow kitorang, jadi boleh baca conversation merapu tu sume. Mesti menyakitkan mata kan sampai emosi kau boleh terganggu? Sorry sorry T.T

Kadang-kadang lupa jugak aku ni Muslimah. Perempuan. Wanita(?). Tak boleh over sangat gurau2 depan orang ramai. Kena jaga perangai. Sengal. Tak tau la. Rasa macam aku ni budak lagi. Huwaaaaaa tak nak tuaaaaa. Nak maen2 lagiiiiiiiiii. Siyesssss T^T

K bye.

No comments: