Monday, 18 February 2013

Kronologi - Lesen Kereta =.=

Entri ni panjang. Harap maklum :P
______________________________________________________________

1 April 2011 : Umi daftarkan kelas memandu untuk aku kat Kota Raya. Tengah tunggu result SPM. Masuk lewat dari orang laen sebab percaya dengan khabar angin hampeh yang mengatakan tahun tu masuk U bulan 9 =..=

6 April 2011 : Ujian undang2 berkomputer. Dapat la 47/50. Kahkahkah :P

9 April 2011 : Start bengkel and kelas memandu 3 jam. Belajar benda basic :3

12 April 2011 : 8 jam kelas memandu dengan Ayah Haji. 2 minggu kot nak habiskan 8 jam tu.

25 April 2011 : Penilaian. Lulus. Gembira sakan =.= Tunggu punye tunggu Kak Bi (yang uruskan pasal benda ni untuk aku) call bagitau test JPJ bila. Last2 harapan untuk test JPJ 30 Mei hancussss sebab nama aku tak tersenarai :(

31 Mei 2011 : Bertolak ke Nilai.

1 Jun 2011 : Daftar masuk USIM. Tamhidi Pergigian. Hoho.

Ogos 2011 : Cuti mid-sem seminggu. Hari Raya Aidilfitri. Cuti umum.

1 November 2011 : Cuti Semester 1 Tamhidi.

24 November 2011 : Ujian memandu. JPJ test. Jalan raya pass dengan markah cukup2 untuk lulus, 16/20. But unfortunately kandas bukit :'(

3 Disember 2011 : Daftar semester 2. Tak sempat retest sebab retest ada kosong 5 Disember.

Februari 2012 : Cuti mid-sem. Tak sempat booking. Kak Bi cakap dah penuh.

28 April 2012 : Cuti Semester 2. Habis Tamhidi. Cuti 4 bulan. Tapi dah cakap awal2 dekat Kak Bi kalo boleh nak retest awal2 cuti takut nanti fail lagi. Tengok2 nama aku dilistkan untuk retest 9 Ogos 2012 =.= Bulan 8. Hek. Nak daftar degree bulan 9.

9 Ogos 2012 : Second retest JPJ. Jalan raya tak payah repeat sebab dah lulus hari tu. Amek bukit and parking jek. And unluckily again and again, the stupid me fail dekat parking 3 penjuru yang last sekali. Silly enough. 

30 Ogos 2012 : Bertolak ke Nilai daftar kemasukan ke Ijazah. Jangkaan aku betul. Kan dah cakap tak sempat nak retest. Kak Bi, whyyyy? T.T

9 November 2012 : cuti mid sem 1 degree. As usually booking test tak sempat sebab full. Walaupun dah bagitau awal2 dekat Kak Bi bila aku cuti. And dah practice masa tu. Tengok2 nama aku tak naek. Ngeng.

7 Februari 2013 : Cuti habis semester 1. 2 minggu. Sekarang la =.=

12 Februari 2013 : Petang tu Kak Bi tetiba call cakap aku test 14 hb. So that's mean lusa kepada 12 hb.

13 Februari 2013 : Tengahari pi practise dekat Kota Raya. Sewa satu jam RM30. Aku practise seriously sampai aku dah confident. Tetiba petang dekat2 Maghrib Kak Bi call cakap nama aku masuk list untuk dua2 sesi. Bahagian litar anddddd jalan raya. Siyesss la terkejut. Sebab aku tak praktis jalan raya, kan dah lulus test mula2 dulu. Dah Kak Bi cakap kalo dah lulus takyah repeat. Tengok2 sebabnya tempoh aku pass jalan raya tu dah setahun lebih. So kena amek semula. Masa tu dah cuak sebab hari dah malam. Jalan test A, B or C, manalah aku ingat. Dah dekat 2 tahun kot belajar dulu2 =_______=

14 Februari 2013 : Pagi2 lagi lepas hantar Hakim pegi sekolah, parents aku bawak aku practice kejap dekat jalan belakang kilang dekat2 jalan test. Dari kul 8 sampai 10 pagi. Duk pusing2 jalan sama. Ayah garang kot masa jadi cikgu memandu. Huhu. Speechless aku. Mula2 bawak takleh masuk gear =.= So stop kat tepi banyak kali la, lepastu kereta tu mati la, and macam2 lagi. Kahkahkah. Kul 10 pi Kota Raya. Lapor diri untuk retest. Mula2 test dalam litar. Nombor aku 37. Sekali lagi the unlucky me buat masalah. Aku dapat kereta clash tinggi ke rendah aku pun tak tau. Haha. Tapi asyik2 mati. Menyampah gilosss. Bukit pass. Tapi untuk side parking aku tersalah masukkan kereta aku ke tengah sangat. Jauh jarak body kereta ngan tiang kat tepi tu. So masa undur kereta, lari dari line2 yang sepatutnya aku refer. Kereta asyik mati. Nak dekat 10 kali kot. Dah la aku ni mudah nervous. Yang rilek tadi tetiba jadi cuak sampai ketaq lutut =.= Lepas dah masukkan kereta dalam kotak, pakcik JPJ suh keluar kereta. Dia tanya kena line belakang tak? Aku tengok, aku cakap tak. Dia tanya lagi, aku berkeras cakap tak. Sebab tayar memang tak kena. Dia pun datang, sambil tunjuk, "Tu gapo? Bumper kena line. Jadi kalo ado keto belake ni blablablablabla" Mana la aku tau :P Aku angguk je la sambil tersengihhhhh :D Cikgu2 pun datang, explain kat aku yang tengah blur tu. Kena lecture lagi sekali. Hukhuk. "So fail la ni?" "Ho lah. Keno buat semula." "Bilo? Pasni?" "Buke hari ni. Buat jalan rayo molek pasni" " TAPI MASALOHNYO NOK GI NGAJI DOH MINGGU DEPAN, TOK DEY DOH NOK RETEST." "Tunggu cuti smula2 pulok." "LESEN L NOK TAMAT TEMPOH DOH BULAN 4 NI. CUKUP DOH 2 TAHUN. TAK DOK CUTI DOH. NATI KENO AMEK TEST UNDANG2 N MASUK BENGKEL PULOK." "takpo buat molek dulu jalan rayo nati." This pissed me off seriously. Apesal aku tetiba jadi terlebih cakap banyak aku pun tak tau. Dah la suara kuat. Hahaha. Call kakak, jerit2 macam orang tak betul. Nak nangehhhh. Dah tak heran dekat orang sekeliling. Kahkahkah. Pendek kata macam orang gila aku masa tu. Muahahahaha. Tunggu giliran untuk test jalan raya. Sebab tengah marah2, aku tak perasan aku pi duduk dekat kawasan budak laki. Errr. Belakang depan kanan kiri sume laki. Hihihihi. Nak berpindah tempat pun rasa macam malu la pulak. Lantak la. Aku bagitau dekat kakak aku nak duk tandas je lepasni, tak nak test jalan raya. Sampai bila2 takyah lah amek test JPJ. Nak give up. Sebab aku tau kalo aku nak teruskan lagi mesti susahkan umi ayah lagi sekali. Masa tu terpikir nak stop and bayar RM1000 dekat ayah, ganti duit habes buat lesen aku selama ni. Duit JPA kan ada. Hehehe. Imagine la untuk lesen dah RM700 lebih. Untuk kes aku ni kena bayar untuk sambung lesen L dah 35 hinggit sekeping. Aku ada 7 keping lesen L. Lepastu untuk booking retest RM30 lagi. Nak sewa untuk practise RM30 sejam. Dah berapa kali buat benda sama. Okfine, dah2. Then test jalan raya. Alhamdulillah pass. Kak Bi suruh bayar untuk retest lagi. Pi bayar and cakap nak retest 24 hb, sebelum pi KL balik. Tengok2 kerani tu cakap orang yang uruskan booking tarikh test tu cuti. Kena pi mintak dekat JPJ sendiri. Skang dah buat keputusan nak handle sendiri. Dah taknak susahkan Kak Bi lagi. So masa Kak Bi call aku bagi dekat umi. Heeeee. Kul 2.30 petang pegi JPJ Panji, just 2 minit dari rumah aku. Naek pejabat jumpa pegawai. Mintak tolong dia masukkan nama aku untuk 24 hb tapi dia cakap dah penuh. Dia cadangkan aku amek dekat Kuala Lumpur. Errrk. Ok takpela. Pikir punya pikir nanti kalo amek dekat sana mesti susahkan kawan2 pulak. Nak naek teksi sorang2 macam bahaya je. Lepastu nak pi bila kalo jadual penuh? Erghhh on the way balik rumah, mesej2 ngan sepupu aku, Pika, dia cakap 18 hb ada test dekat Pasir Puteh.

16 Februari 2013 : Pegi Pasir Puteh, jumpa Cikgu Kamal, cikgu memandu Pika. Cik Pika ni baru lulus test JPJ minggu lepas. Sekali test je. Tak payah repeat2 macam aku. Huhu. Cikgu Kamal cakap kalo lepas sahkan dengan JPJ Machang tu boleh la aku amek test 18 hb tu. Cikgu suruh aku datang esok petang, praktis dekat situ.

17 Februari 2013 : Umi + ayah tinggal aku dekat rumah nenek. Dekat je dengan tempat litar memandu. Sebab adek aku ada kelas tambahan habis kul 5 so umi + ayah takleh hantar aku. Pukul 5 petang, parents Pika datang amek aku, tinggal aku + Pika dekat litar. And unexpectedly again, Cikgu Kamal cakap aku takleh test 18 hb. Dah dapat pengesahan, tapi masa nak booking tengok2 result aku fail tu still tak key-in. Takde dalam sistem lagi. Kena pi JPJ Panji lagi sekali. Lepastu Cikgu suruh jumpa dia balik, dia cari tempat test sama ada dekat Kuala Krai 19 hb or Tanah Merah 20 hb. Errrr sume tempat tu dah jauh dengan rumah aku. Kalo dekat Pasir Puteh takpe lagi sebab ada rumah nenek and rumah Cik Ja (umi Pika). Acano ni? Malam tu ayah pi rumah kenalan dia dekat masjid, bini orang tu kerja kat JPJ Panji, mintak tolong dia. Dia bagi nombor phone pegawai besar, suruh jumpa pegawai tu esok pagi lagi. Nak buat rayuan aku retest 24 hb dekat Kota Raya.

18 Februari 2013 : Rayuan diterima. Alhamdulillah. Thanks kepada semua yang membantu. Wish me luck :)


lesen L first stapler dengan lesen L latest *invisible*
____________________________________________________________________

Huhuhu. See masalah aku dah buat? Menyusahkan semua orang. Especially umi + ayah :'( Salah sape? Salah aku jugak sebab fail banyak kali. Aku kena retest and pass minggu ni jugak. Sebab dah takde masa. 5 April ni lesen L mati terus. Bersyukurlah korang yang pass test JPJ sekali buat je tu. Korang anggap benda tu kecik. Tapi bagi aku, susah kot aku nak dapat lesen. Takpe. Allah nak uji aku. Ayah cakap kita usaha je dulu, kalo aku still fail lagi walaupun dah mintak tolong orang sana sini, Allah tak nak bagi la tu. Mana tau nanti Yuyu kerja ada driver. Tak payah drive sendiri. Itu kata ayah. My dad, my hero. Pasti ada hikmahnya. Sabar :')

*Result exam dah keluar. Seminggu je lecturers amek masa untuk periksa paper kitorang. Terbaekkkkk. Alhamdulillah aku lulus. Untuk budak medik / dentist takde pointer. Ada lulus or gagal je. So congrats untuk semua :D

No comments: