Friday, 5 April 2013

Pray

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Rabbi
Kuatkanlah aku untuk terus berada di sini.
Kuatkanlah aku sepanjang proses menuntut ilmu dunia mahupun akhirat di sini.
Kuatkanlah aku agar dapat menahan rasa rindu kepada ayah dan umi.
Kurniakanlah kesihatan jasmani dan rohani kepada orang2 yang aku sayangi.
Berkatilah, rahmatilah dan lindungilah mereka walau di mana sahaja mereka berada.
Satukanlah hati kami.
Suburkanlah iman kami.
Kuatkanlah mahabbah antara kami.
Walau sejauh mana terpisahnya jasad kami.

Ya Allah yang Maha Penyayang
Lahirkanlah semangat ingin belajar dalam diri ini.
Jauhikanlah sikap malas menyelubungi diri ini.
Teguhkanlah pendirian diri ini.
Permudahkanlah urusan aku dan sahabat.
Permudahkanlah pembelajaran kami.
Permudahkanlah hafalan kami.
Kuatkanlah ingatan kami.
Tunjukkanlah jalan yang benar kepada kami.

Amin ya rabbal alamin ♥♥♥


No comments: