Thursday, 30 May 2013

Tolong !

Bila kita tolong orang laen, insyaAllah, Allah akan tolong kita
Bila kita jaga hati orang laen, insyaAllah, Allah jaga hati kita

Cuba pikir kalau korang duk kat tempat diorang rasa macam mana. Nak orang laen tolong. Nak orang laen bagi kerjasama. Serius. Sebelum nak tolong orang miskin, anak yatim or whoever else yang jauh dari kita, boleh tak tolong tengok orang sekeliling kita dulu, ada yang memerlukan pertolongan ke tidak :) Tak sempat nak study tak apa. Aku pun tak sentuh apa2 lagi. Peringatan buat diri sendiri jugak. Huhu.

Hujung minggu ni rasa macam aku kena tinggal sorang2 kat GV lagi la kot nampaknya. Ya Allah. Rumah jauh pun masalah jugak. Lagi2 time macam ni. Bila rasa macam semua benda ada yang tak kena. Sebulan lagi tau nak pro exam. Aaaaaaaaaaaaaaaa tak kira! Cuti study week 2 minggu nanti aku nak balik Kelate jugak. Yaya nak balik Johor. Takkan nak duk sorang2 kat sini. Nak duk kat rumah orang laen rasa macam tak best pulak. Duk rumah sendiri baru bebas makan tido buat sepah sesuka hati. Tapi geng Kelate semua tak nak balik. Kata mereka tak study kalo duk rumah. Aku pulak tak leh study duk sini, lagi2 study week, makan tak terurus, surrounding tak hepi, dan yang paling penting homesick tetiba meningkat 210% dari biasa. NAK BALIKKKKKKKK NAK BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK ! >.<

Btw, sebenarnya apa yang aku nak cakap dalam entri sebelum ni, tolong jangan sebarkan khabar angin yang tak pasti, lagi2 yang tak logik. Itu jek. Bukan nak cakap pasal kegedikan nak kawen ke apa. Take note tau =.=

Lagi satu, ayat "ni rahsia. jangan bagitau sape2 ea" tak wujud dalam dunia realiti ni. Don't trust anybody. Serius benda yang korang cakap rahsia tu sekelip mata je boleh tersebar. Tapi ye lah. Kalo betul benda tu rahsia, simpan sorang2 cukup. Tak payah bagitau orang laen. Kalau tak, tak jadi rahsia namanya. Biar diri sendiri je tau, and Allah absolutely. Experience is the best teacher ! Move on ~

Okay smile everybodehhhhhhh ! Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi :)

Tuesday, 28 May 2013

One Day

They said, if cupid isn't careful about where he shoots the arrow, it could get messy. Seriously? =.=

They said, liking someone and loving someone is the same. It's like how saying you're pretty and you're beautiful is the same. But. The real love means you give half of yourself into a space. And in that space, you fill it with half of the other person. That love is when two halves that were lacking join and become a whole. If there is only half of them, it is not love.

How about unrequited love? Complicated. It is like a place you entered of your own accord, but you’re trapped inside, unable to find an exit. He doesn’t know a thing, and could one day leave her line of sight, and the love ends passively. A love that does not bloom flowers, and also cannot dream of bearing fruit. A love like a seed that is forgotten. That is unrequited love.

One person cannot change the world. But you can become the world for someone. Yes. It will rain in some days. It will hurt on some days. But that doesn't mean that the world is disappearing.

Ouh wait. Okayyy I don't know what I am writing about =_____=

When people usually talk about other people's matter, or even about their own stories, they tend to add more to the story or dramatize it or something. You don't know her, you don't know whether she already had someone in her heart or not, and you don't know who is he, but you create stories. You made your own assumption. You clarify that you know who is he. Astaghfirullah. Be careful, dears. We are still very young. This is not the right time yet. Enough with this thing :)

Let me tell you a story :B

There is a girl. Same age with me. 20 years old. She admits that until now there's still no one in her little fragile heart. No one. And she doesn't hope to have one for this time being. But when a false rumor was being created up, and many hearts started to be involved, phewwww it's tiring. People. Could you please do not make any assumption which involving one's heart, please? Okay, let tell that she just kept silent all this time. Let the thing be just like it wants to be. Silence is way better. Unfortunately yes it becomes better in front of her eyes, but at the back, who knows? She stayed strong for a long time. Covering her ears from listening the hurtful words. She built the strength day by day. Day by day until the day comes, the day when she thinks that she must clear up the misunderstanding. She must stand up and tell the world the truth. Not because of another people, but she's very tired already. Tired enough. The injured friendship between her and him just begins to heal, but the unwanted rumor spreads out again. Frustrated. She is trying to be strong. She was. She is. And she will. Dear him, may you please just stay there? Stay beside her. Do accompany her until she gets someone else to replace your role, may you?

Let be fair, everyone. She is a normal girl. She has her own imagination on what she wants to have one day. Right now, at this time, for her, she is repairing herself, preparing herself, to be a better person. At the same time, she still wants to be a playful and childish kid like usual for this time being. Be friend with everyone. Be a sister for everyone. Why? Because she's still not ready yet. Not ready yet to show this kind of attitudes in front of her real partner-to-be. She still doesn't know who is he. But surely her heart tells that she really hopes her charming prince does not find her yet. Not yet. She doesn't want him to know herself at all at this young age. It sucks. Just wait. One day. One day. This girl wants to show the best version of herself to her future husband. And to her future family. She wants to marry a man who can accept herself and her family. A man who will not make her family awkward. A man who will have a comfortable conversation with her siblings. So she tells Allah SWT in her Dua everyday.

"Dear you. Please don't come yet. Until I am ready enough. One day." :)

Friday, 24 May 2013

Dinner ♥

Assalamualaikum

Semalam dinner MPS kolej. Malam Perdana Siswa Kolej Kediaman Pandan. Grand bebenor. Memang jauh beza ngan dinner tamhidi dulu =.=' Eyyy of course la kan? XD

Kelas kitorang sampai tengahari je. Lepastu terus gerak pi rumah Khairine. Sebab dewan tempat dinner tu dekat je dengan rumah dia. Thanks Yinyin :) Kat rumah Yinyin, banyak sangat meow tomey + gemok. 4 ekor. Bujey, Panda, Buta and Ruki. Bujey yang paling besar. 1st time tengok meow besar macam tu >.< Paling suka maen ngan Ruki and Buta. Panda pun :3

Petang pulak sempat lagi meronggeng kat KL Festival City. Eh betul ke nama tu? Hoho. Lepas Maghrib baru pi tempat dinner. Andddddd dinner start! Bestttt bole jumpa abang2 medik heeeee #eh gurau2 :P

Btw, serius jealous tengok couple students yang datang malam tu. Senior2 medik yang dah kawen duduk kat meja khas untuk pasangan2 bahagia ni. Baju sedondon. Siap ada yang bawak baby lagi ;_____; Bestnya kalo boleh merasa duk kat meja yang label "Couple" tu kahkahkah. Insya Allah one day #eh >.<

Okay let the pics tell ya the story ! *baju aku tak masuk tema kaler pastel =..=


red carpet masa mula2 masuk wooooo :3


i love this picture very much ! sebab kasut i nampak gorgeous u know hakhak :P


muka kebuluq. lambat betul kena tunggu baru boleh makan :(




hoyeahhhh ! facetime with Yaya is a must !


awesome 1st year dental ladies


with lovely housemates *kahkahkah tetiba ada pic makanan gak ==

Dinner habes kul 11 malam. Bas pukul 11.30. Tengah ready2 nak balik, tetiba akak2 housemates ajak kitorang pi Uptown. Balik naek kereta dia. Ok cun. Perghhhhh pi tempat macam tu pakai baju dinner, sabo je laa. Semua orang tengok pelik =.= Last2 sampai rumah dalam pukul 1 lebih. Kalo umi tau ni, apa nak jadi haisshhhh >.<

Uptown - rumah Khairine - KL Festival - Tesco Ampang

Haha Tesco Ampang tu pulak ceritanya macam ni. Tengahari tadi, Shima and Hani tetiba mai rumah nak pinjam baju korporat, kak senior mintak tolong diorang. Pastu diorang pun habaq kedai kat kampung semua tutup. So, aku ngan Yaya pun cakap nak ikut diorang pi lunch kat Tesco. Memang tiba2 betul. Hakhak. Tapi alhamdulillah nasi beriani sedap walaupun harganya ....... =__________=

Yeayyyy the end :D

Tunggu hujung minggu ni pulak. DAN. Me becoming the AJK Multimedia, kena jaga slide. Doakan semua berjalan lancar nanti. Insya Allah :)

Tata

Saturday, 18 May 2013

Ukhwah

Selamat pagi dunia ! ^.^

Alhamdulillah fi kulli hal. Masih bernafas pagi ni. Hoho. Tido 12 jam. Penat meronggeng petang semalam =.= Penatnya bukan sebab apa. Gara2 shopping ekspres. Pergi sana. Tunggu LRT lagi. Balik. Semua tu dalam masa 2 jam je kot. Memang penat. Fuhhhhh. Tak plan awal2 pun, tetiba jek rasa nak pi. Misi melengkapkan outfit dinner. Ececece :P Ada 2 dinner. MPS dan DAN. MPS ngan budak medik sekali. DAN untuk budak2 dental je. Terpaksa pegi dua2 dinner =.= Yang lawaknya semalam aku pi beli skirt kaler tak padan ngan kaler baju. Tapi apakan dayaaaaaa yang tu je ada ;____________; Whatsapp gambar skirt ngan baju tu kat kakak, dia cakap macam keling. Pastu dia gelakkan aku. Duk cakap memang padan la, muka aku memang macam keling pun. Haihhhh geram nak bagi penampiaqqq =..= Ok nantikan penampilan aku kat MPS nanti. Perghhhhhh hahaha bajet siot. Takdela. Tengok la nanti. Tema dinner warna pastel. Aku punya baju kaler Deepavali. Haihhh sabo je la T______T Pasal DAN tak heran sangat. Aku bahagian Multimedia. Kena jaga slide dari majlis start sampai habes. Lagi sedeh kot. Takyah pakai baju cantik2 pun takpe =.=

Cerita atas ni memang takde kaitan ngan tajuk entri hakhak. Ni nak masuk topik la ni :p 

Ukhwah. Titik ukhwah mula terjalin masa kita baru taaruf ngan kawan kita. Mula2 kenal. 

"Nama awak sape? :) "
"Nama kite Amalia :) "

Lepastu proses mengenali. Setiap orang sikapnya berlaenan. Aku mengaku siapa yang rapat ngan aku, dia mesti tau aku ni panas baran. Kalo aku moody jangan cakap ngan aku hihihihi. Plus kegedikan aku yang sememangnya tak dapat disangkal lagi :3 Automatik dalam mode silent bila duduk dalam satu tempat yang ramai orang. I ni pemalu orangnya tau :3 Ramai jugak yang duk cakap aku manja padahal tak pun =.= Yang paling takleh bla sekali masa choral speaking hari tu nak pilih suara sape jadi watak baby, serentak diorang pilih aku. Heh apekah? >.< So bila kita duk sekali, hidup setiap hari tengok muka sama, secara tak langsung kita kenal kawan2 kita. Tau apa kelebihan diorang. Tau apa kelemahan diorang. Ye dak?

Then adapt. Adapt dengan sikap sahabat kita. Masalahnya, nak adapt tu bukannya senang. Tambah2 lagi bila perangai dia tak masuk ngan perangai kita. Proses ni lah paling susah. Lepas rasa macam dah rapat. Rasa dah kenal dia macam tu macam ni. Bila ada masalah, walaupun masalah kecik, mula lah selalu nak gaduh. Ada je rasa tak puas hati :(

"Selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada. Kita terima kesalahan dia, kelemahan dia. Dia pun manusia. Try to wear their shoes. Bila dia buat silap, cepat2 maafkan. Nak marah, ingat kebaekan dia. Kita berlapang dada. Bersangka baek dengan kawan kita :) " - kudos to someone

Benda dah lepas jangan dikenang. Biar pengalaman jadi cikgu. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Seribu kemaafan buat sesape yang pernah terasa dengan aku. Aku dah nekad. Bagi aku, kalau aku tak sesuai kawan ngan someone tu, aku lebih suka jauhkan diri. Nak jaga hati dan perasaan dia. Aku lebih rela jadi senyap dan pendiam, berbanding bila aku bersuara, orang tu nak lawan cakap aku, ada je tak puas hati ngan aku. Sebab bila aku termarah dia nanti dia terasa, dia saket hati, tak pasal2 aku yang dapat dosa. Aku dah pernah ada experience terputus kawan. Jadi aku tak nak perkara ni berulang lagi. Ada orang pesan kalo dah memang tak leh sabar, baek aku senyum dan lupakan apa yang nak diungkapkan. Then ingat balik apa kebaekan dia selama ni. Dia kan kawan kita :) Just keep calm and live on wokehhh :D

Thank you for being my friends, awak2 semua

Sunday, 12 May 2013

Sweet Sour

Manusia biasa sememangnya tak boleh lari dari ujian. Dan setiap orang dapat ujian yang berlaenan. Diorang dapat ujian macam tu. Kitorang macam ni. But for sure, Allah kenal hambaNya. Allah tahu setakat mana kita mampu :)

Semalam, kitorang muslimat 1st year dentistry konvoi beramai-ramai, 5 kereta, pi satu tempat yang memang agak baru untuk orang macam aku. Tak pernah pegi tempat macam tu sepanjang 19 tahun 6 bulan aku hidup. Serius. Pengalaman baru. Mula2 rasa takut jugak tapi lepas pi sana baru sedar kenapa nak takut? Setiap orang pernah buat salah. Termasuk aku. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Semua orang belajar dari kesilapan yang dia pernah buat. Semua orang perlukan bimbingan. Semua orang perlukan kasih sayang. So, let's complete each other :') Lepas dengar briefing dari kak Nurin, terkedu. Ya Allah. Apa sumbangan aku kepada rakan2 sebaya aku selama ni? :'( Kagum sangat tengok mereka tersenyum menerima kehadiran kami. Kuatnya mereka. Lagi kuat dari aku. Bila tahu rutin harian mereka sekarang macam mana, malu teramat. Jauh beza dengan hidup aku yang penuh dengan benda2 lagho :( Yang lagi buat aku kagum, mereka tahu apa kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup mereka nanti, but still mereka kuat teruskan hidup. Ya Allah. Semoga semua sahabat terus tabah. Perjalanan kita masih jauh.

"Islam tidak pernah larang umatnya berkasih sayang. Tapi kena jaga rasa sayang tu. Jaga hati. Jaga kelakuan." Aku akan cuba. Bila rasa something yang tak patut, rasa nak lempang je diri sendiri. Sabarlah wahai hati. Huhu. Eh takdela, gurau2 :P

Pengisian dari kak Nurin, petikan ceramah Taubat dan Doa dari Ustaz Asri, dan tazkirah daripada kawan2 sekelas. Dapat banyak ilmu baru. Alhamdulillah. Bangga ngan korang. Aku? Lambat lagi nak jadi berani macam tu huhu. Terima kasih Mira bawak kitorang pi sana. Love you

and love uolls too ♥♥♥ hikhik
# with kak nurin + dr. diana standing in the center !

Kitorang gerak sehari sebelum tu. Dalam kul 3 petang. Aku tido sepanjang perjalanan. Sebab malam sebelum tu tak tido siapkan report Akasia Seni + SUFA 2012 yang dah berkulat lama tak diusik =.= Kitorang bermalam kat homestay dekat2 rumah Zal. Hoho. Rumahnya kecik je tapi sebab rumah kecik la kitorang 24 orang dapat chance rapatkan ukhuwwah antara kami hehe Malam pulak BBQ. Best woooo. Teringat masa tamhidi dulu Madam Afiedah marah kitorang buat BBQ tak ajak budak laki >.< Kali ni kitorang buat lagi. Hakhak. Tapi kali ni bersebab. Sebab esoknya nak pi tempat untuk kita2 je :) Lepas habes makan, ada briefing and kelas tutorial pakai shawl :P




bergambar depan homestay kitorang :3


Oh lupa. Kat homestay ni first time aku jumpa meowmeow yang sejibik macam meow kat rumah aku. Liar. Sombong. Orang nak pegang dia lari oh why meow? ;_______;

K tata. Nak buat esei CS. Esok kena submit kekeke :3

**hari tu kan kitorang praktis choral speaking arab nak lawan kat USIM Nilai nanti. then susun la barisan ikut ketinggian. 3 barisan. tinggi, average and 'chomels'. dannnnnn surprisingly. very surprisingly rupa2nya aku ke-7 ter'chomel' dalam 24 orang budak pompuan Al-Quds ni. so duk la barisan paling depan. huwaaaa selama ni aku ingatkan aku ni tinggi. patutla family aku duk cakap aku ni pendek. baru tauuuu. sedeh2 T^T
***haaa then ustaz cakap fakulti kitorang terpaksa tarik diri sebab kesuntukan masa. sabo je la huhu

Tuesday, 7 May 2013

Jom berWeChat ! :p

Kelakar betul maen bendalah ni. Kalo chat ngan orang kenal tu tak pe la. Ini tidak... =.= 

Hari ni baru tau ada aplikasi shakeshake dalam WeChat. Yaya yang bagitau. Cara maen dia macam ni. Kita yang tengah shake or G.O.N.C.A.N.G device kita, akan dihubungkan dengan orang yang tengah shake device diorang at the same time. Maknanya nama kita akan automatik naek kat device strangers walaupun dah off look around =..= Lepastu orang tu boleh hantar mesej kat kita kalo diorang nak. Bahaya. Sangat. Tapi we love trying something new, ahakss. Tadi kelas banyak batal, so aku, Yaya and Mikin maen la shakeshake WeChat ni (Y) Kuno betul. Padahal esaimen tiga esei tu still tak buat2 lagi >.< Tapi nak buat macam mana baru habes cuti kan, lek2 dulu :3 Sejam kot maen benda tu. Then lepas kira, ada mesej dari 37 orang unknown kesemuanya. And semuanya laki. Cehhhhh nak cakap hot ke hape ni? :p Dak aihhhh. Biasa lettew dah aku pompuan, of courseeee la yang duk hantaq "hye" "hai" "hello" "boleh kenal?" tu laki. Takkan la pompuan kot nak ngorat aku. Aku bukan nak balas pun. Buang tabiat ke nak balas mesej orang tak kenal. Nak accept diorang jadi friend aku laaaaagi la tak nak. Kalo kita accept diorang jadi friend kita baru diorang boleh beraudio message, bervideo call dan macam2 lagi. Kalo tak accept just boleh chat taip2. Saja je maen shakeshakeshakashakaboom ni. Tengok gambar sorang2 pastu compare sape dapat yang lagi hensem kahkahkahkah. Ok memang ini cara kami lepas stres :p Lepas dapat lebih kurang 10 mesej dari orang tak dikenali, aku pun tukar profile picture. Takut kot. Baru tau bahaya kot benda ni.

Tapi dalam banyak2 mesej aku dapat tu ada la sorang abang yang mukanya nampak macam orang baek, pendek kata macam gaya ustaz. But don't judge a book by its cover. But again, jangan bersuuzzhon at the same time. So kitorang tengah boring masa tu, and duk gelak2 je kejenya. Kawan2 aku cakap dia hensem, bagi aku biasa je hmm tapi biaq la saja nak try usya abang tu hehehe. Diorang yang suruh aku balas mesej laki tu. Pengaruh rakan sebaya =.= Hikhik takdelah. Aku pun gedik. Then aku jawab je la apa yang dia tanya.

"Salam"
     "Salam"
"Study lagi ke?"
     "Aah"
"Umo bape?"
     "22"
"Orang mane?"
     "Orang malaysia la"
"Orang kota bharu kan?"

Hoiiiii anjat boboiiii ! Acano dia boleh tau? :O Siasat punya siasat. Ok rupa2nya info location yang kita letak dalam profile tu strangers boleh tau. Gambar2 moment kita pun diorang still boleh tengok walaupun dah diprivate. Tak paham aku. Okfine. Tak jadi teruskan mission. Baru nak maen2 lagi hmmm. Eh, umur tu saja tipu sunat demi langkah berjaga2, takpe kan hihihi.

Moral of the story, berhati-hatilah ketika berWeChat. Jangan approve friend request orang tak kenal. Bahaya wooo. Bahaya lagi dari mana2 laman sosial I think =.='

K tata. Assalamualaikum :)

*cuak tunggu result midterm Anatomy, Oral Bio, and Biochem. huwaaaaaaaa T^T btw, tak sabar nak tunggu program hujung minggu ni :')

Monday, 6 May 2013

Matured already ^.^

Apekah ini ? Dah sejam baca tentang politik bhahaha. Petanda aku makin matang mungkin? :D Ceitt. Takde maknanya.

Redha. Pasrah dengan keputusan. Yang penting Allah Maha Mengetahui. Smile :) Teruskan perjuangan. Ramai cakap 5 tahun lagi insyaAllah generasi baru dapat ubah. Termasuk aku. Termasuk kami. Tapi kalau dah memang orang belah sana selalu maen kotor, selalu cari jalan nak jugak menang, kita dah tak leh buat apa. Sampai bila2 tak dapat ubah. Takpe. Allah ada. Kalau tak kat sini Dia balas, akhirat sana masih setia menunggu. Semoga Allah SWT bukak hati mereka suatu hari nanti. Penyokong2 mereka yang taksub diharap jangan besar kepala sangat. Tahniah menang :) Aku tak paham diorang buat2 tak nampak, buat2 blur or entah. Mungkin sebab blackout sebab tu diorang tak nampak. Hmmm serius tak paham. Semoga kita semua terus berada di jalan di benar. InsyaAllah. Tak lupa alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Kelantan kekal :') Serius aku tak nak pembangunan yang pesat ke apa. KB Mall satu pun dah lebih dari cukup. Hehehe. Just nak pemerintahan Islam kekal di bumi kelahiran aku. Kalau tak, apa lah naseb sekolah Maahad kami. Tempat strategik, tengah pusat bandar. Dah lama diorang nak ambil alih tempat tu. Nak memajukan Kelantan katanya. Tapi maaf. Bukan laen kali lah. tapi memang sampai bila2 jangan mimpi lah :) 

" Yang memberi mereka menang itu Allah. Yang tidak memberi kita kemenangan itu Allah."

"Walau perjuangan kita di pihak yang benar, tapi jika dalam perjuangan ini kita tidak ikhlas, tidak taat, tak ada adab, tak sabar dan penuh gopoh gapah, ada sifat gelojoh nak menang, hanya tahu usaha tapi tak pernah nak tawakkal untuk serah pada Allah, maka Allah tangguhkan lagi kemenangan kita." 

Eh sejak bila blog aku jadi blog politik ni? Hahaha. Yela benda ni benda penting kot. Kena amek tau jugak demi masa depan, ye dak? :P

Malam hari Sabtu, umi ngan kakak baru balik dari Sarawak. Sekejap je boleh jumpa =.= Tapi still sempat pi shopping hari mengundi tu mwehehehe. Malam tadi dah bertolak mai sini. Flight kul 9.55pm. Ayah, umi, kakak hantar aku pegi airport. Sepanjang perjalanan diorang duk bising. Nak tengok tv, nak tengok result PRU13. Okfine sabo je la =..= Bukan aku yang pi booking tiket flight masa tu. Lagi pun masa kawan aku booking tu sebelum tarikh PRU diumumkan =..= Sabo je laaa. Dari rumah aku ke airport Pengkalan Chepa just 15 minit, tetiba ada incik polisi tak bagi lalu kot jalan terdekat, pusat mengundi tengah kira undi. Ok pusing jalan jauh. Sambil2 stop beli roti jap. Then tetiba kereta kancil comel itu batuk2 dan tak leh hidupkan enjin :3 Sungguh comel :3 Ayah check, rupa2nya bateri ada masalah. Perghhhh perfect timing. Comel la awak ni, si kancil :3 Call abe suruh hantar kereta kancil lagi satu. Naseb baek pi awal, kalo tak mesti dah kalut takut terlepas flight. Haihh sabo je la =.= Kul 9.15 masuk balai berlepas. Say byebye to my beloved family. Pi lah balik, tengok result PRU tu =..= Kapal terbang pun lambat sampai wooo. Dan lagi satu masalah, tak tau nak naek apa dari LCCT ke GlenView Villa terchenta. Serius malu nak mintak tolong kawan mai amek. Menyusahkan orang je tau. Lagi2 tengah malam, takkan la nak suruh anak dara orang bawak kereta malam2 semata2 nak amek kitorang. Dah la jauh. Sebab tu la bertekad nak naek bas lepastu LRT lepastu teksi. Terpaksa >.< Naseb baek terjumpa ketua kelas. Flight sama. Masa balik Kelate hari tu pun flight sama. Dah la duk sebelah2. Betul la dunia ni kecik je. Heee. Then dia tanya balik naek apa pasni? "Entahhhh. Hihihihi" Sebagai ketua yang baek, dia pun mintak tolong kawan2 dia amek kitorang. Classmate kitorang jugak. Terima kasih korang. Sangat-sangat. Terharuuuuuu ;______; And sorry sebab tak reti nak sembang2 masa on the way sejam tu hikhik. Sesungguhnya kami sangat pendiam. Betul ni :D


nah hadiah. kongsi2 la :)

Sampai GV dekat2 kul 1 pagi. Alhamdulillah. Tido rumah kawan. Rumah aku takde orang. Sembang politik sampai kul 2.30 pagi. Bangun lewat =.= Balik rumah sendiri. Turun masuk kampung beli lunch. Balik. Makan sorang2 :'( Solat. Kemas rumah. Basuh baju. Ok tengok2 dah pukul 3.30 petang. Bukak lappy. Homaigodddddd esaimen tak sentuh langsung lagi :3 Cuti kali ni memang cuti betulbetul :3 

Esei Arab. Esei English. Esei reflection Community Service. Nanti la malam ni I sentuh uolls ye. Selasa ni ada perjumpaan DAN a.k.a Dental Appreciation Night a.k.a Dinner budak Dentist. Kerja aku pun tak buat lagi hikhik. Rilek semua. Jangan marah aku. Lambat lagi kan benda tu. Hahahahahahahahahahahahahahaha. Okfine nanti aku buat la :p

K back to the boring life again. Jadi mayat hidup. Jadi robot. Tata :) *eh terpinjam ayat orang kahkahkah :p

Wednesday, 1 May 2013

Dilemma solved !

Tomorrow is Thursday.
Thursday already? >.<
Homaigadddddddd >.<
Minggu ni dah nak habes >.<
Cuti dah nak habes >.<
Esaimen tak habes-habes >.<

Esaimen? Tak yah buat lagi. Habeskan cuti dulu. Ye dak? :)

Best shopping semalam. Beli segala benda yang selama ni nak beli tapi tak terbeli. Meronggeng dengan my lovely cutest ever beloved cousin, Pika. Bhahahaha. Hasilnya, Ringgit Malaysia tiga angka aku laburkan ;_____;

Cuti ni terlaksana jugak hasrat nak tukar design blog buruk ni. Tiga hari wooo menghadap tutorial. Sambil2 tengok Running Man :3 Tapi last2, header level tadika jek den mampu buat. Nak buat acano lappy dah tua. Nak install Photoshop dia dah tak larat. Asyik mati jek setiap kali download benda tu >.< So tak leh nak buat lawa2 haihhh sabo je la. Btw, thanks to this and this awesome blogs for the tutorials :D

Hari tu kan kan kannn, kite kannnnn, bagai telur di hujung tanduk hampir2 nak delete blog. Siyesssss. Naseb baek tak jadi sebab sifu cakap teruskan berblogging. Okeifine. Masa tu terdetik di hati nurani nak delete blog pun bukan sebab apa. Baru lepas blogwalking dekat blog kawan2 laen, lepastu tetiba touching. Mula bermonolog dalaman, diorang semua tulis benda baek. Berfaedah. Bermanfaat. Berhikmah. Tapi aku? Merapu. Membebel. Tulis pasal hidup aku je. Selaras dengan isu semasa tu memang tak lah kan :'( Then lepas pikir2 balik, dah ni memang diri aku. So go on je la. Aku buat blog asalnya pun sebab nak latih bahasa keyell aku kahkahkah isi masa lapang. Hihihi. Aku rasa aku je kot budak dentistry usyimmm yang buat blog jadi tempat merapu macam ni ;_____; Lantak pi la. Be yourself. Motto aku. Takyah nak tiru orang. Bila orang tegur kita terima. Ubah apa yang patut. Kadang2 cara penulisan aku kasar. Kadang2 ke selalu ke whatevahhhh. Tapi aku kat luar bukan macam ni hakikatnya. Ececece ye ke? :P Hmmm bila ada orang cakap semua masalah aku nak cite kat sini, ehhh biaq la, ikut suka hati cheq lah, blog cheq, tak nak baca, silesilesile tekan butang pangkah teruihhh :P


i love being simple. but complicated at the same time :3

Selamat mengundi pada yang boleh mengundi. Nak pangkah apa? Jangan tanya aku, tepuk dada tanya iman. Cuma bagi aku, politik ni benda sensitif. Sangat. Kadang2 sampai boleh memutuskan tali persahabatan. Pengalaman kot. Huhu. Ok sekarang semua dah besar, pandai2 la cover. Kalo dah tau kawan tu geng belah sana, tak payah sebut pasal politik awal2 lagi. Control the mulut wokeh? Harapan aku moga2 Kelate terus kekal dengan kulihathijau aminnnnnnnn :D Haaaaaa masalah besar aku sekarang sape nak amek aku kat LCCT tengah malam 5hb nanti wei? Semua duk sibuk pasal mengundi T.T Ayah cakap maybe teksi takde. Pastu bila2 je boleh ada perhimpunan or rusuhan parti yang kalah. Berat nanang. Nauzubillah >.< Makcik pakcik abang kakak takde kat situ. Huwaaaaaaa tolong kiteeeeeee. Segan nak mintak tolong kawan mai amek ni. Acano acano? >.<

See? Kan tak pasal2 siap sudah satu entri merapu dari aku =.= Bakat semulajadi kot hmmm.

K tata :)