Tuesday, 7 May 2013

Jom berWeChat ! :p

Kelakar betul maen bendalah ni. Kalo chat ngan orang kenal tu tak pe la. Ini tidak... =.= 

Hari ni baru tau ada aplikasi shakeshake dalam WeChat. Yaya yang bagitau. Cara maen dia macam ni. Kita yang tengah shake or G.O.N.C.A.N.G device kita, akan dihubungkan dengan orang yang tengah shake device diorang at the same time. Maknanya nama kita akan automatik naek kat device strangers walaupun dah off look around =..= Lepastu orang tu boleh hantar mesej kat kita kalo diorang nak. Bahaya. Sangat. Tapi we love trying something new, ahakss. Tadi kelas banyak batal, so aku, Yaya and Mikin maen la shakeshake WeChat ni (Y) Kuno betul. Padahal esaimen tiga esei tu still tak buat2 lagi >.< Tapi nak buat macam mana baru habes cuti kan, lek2 dulu :3 Sejam kot maen benda tu. Then lepas kira, ada mesej dari 37 orang unknown kesemuanya. And semuanya laki. Cehhhhh nak cakap hot ke hape ni? :p Dak aihhhh. Biasa lettew dah aku pompuan, of courseeee la yang duk hantaq "hye" "hai" "hello" "boleh kenal?" tu laki. Takkan la pompuan kot nak ngorat aku. Aku bukan nak balas pun. Buang tabiat ke nak balas mesej orang tak kenal. Nak accept diorang jadi friend aku laaaaagi la tak nak. Kalo kita accept diorang jadi friend kita baru diorang boleh beraudio message, bervideo call dan macam2 lagi. Kalo tak accept just boleh chat taip2. Saja je maen shakeshakeshakashakaboom ni. Tengok gambar sorang2 pastu compare sape dapat yang lagi hensem kahkahkahkah. Ok memang ini cara kami lepas stres :p Lepas dapat lebih kurang 10 mesej dari orang tak dikenali, aku pun tukar profile picture. Takut kot. Baru tau bahaya kot benda ni.

Tapi dalam banyak2 mesej aku dapat tu ada la sorang abang yang mukanya nampak macam orang baek, pendek kata macam gaya ustaz. But don't judge a book by its cover. But again, jangan bersuuzzhon at the same time. So kitorang tengah boring masa tu, and duk gelak2 je kejenya. Kawan2 aku cakap dia hensem, bagi aku biasa je hmm tapi biaq la saja nak try usya abang tu hehehe. Diorang yang suruh aku balas mesej laki tu. Pengaruh rakan sebaya =.= Hikhik takdelah. Aku pun gedik. Then aku jawab je la apa yang dia tanya.

"Salam"
     "Salam"
"Study lagi ke?"
     "Aah"
"Umo bape?"
     "22"
"Orang mane?"
     "Orang malaysia la"
"Orang kota bharu kan?"

Hoiiiii anjat boboiiii ! Acano dia boleh tau? :O Siasat punya siasat. Ok rupa2nya info location yang kita letak dalam profile tu strangers boleh tau. Gambar2 moment kita pun diorang still boleh tengok walaupun dah diprivate. Tak paham aku. Okfine. Tak jadi teruskan mission. Baru nak maen2 lagi hmmm. Eh, umur tu saja tipu sunat demi langkah berjaga2, takpe kan hihihi.

Moral of the story, berhati-hatilah ketika berWeChat. Jangan approve friend request orang tak kenal. Bahaya wooo. Bahaya lagi dari mana2 laman sosial I think =.='

K tata. Assalamualaikum :)

*cuak tunggu result midterm Anatomy, Oral Bio, and Biochem. huwaaaaaaaa T^T btw, tak sabar nak tunggu program hujung minggu ni :')

No comments: