Thursday, 30 May 2013

Tolong !

Bila kita tolong orang laen, insyaAllah, Allah akan tolong kita
Bila kita jaga hati orang laen, insyaAllah, Allah jaga hati kita

Cuba pikir kalau korang duk kat tempat diorang rasa macam mana. Nak orang laen tolong. Nak orang laen bagi kerjasama. Serius. Sebelum nak tolong orang miskin, anak yatim or whoever else yang jauh dari kita, boleh tak tolong tengok orang sekeliling kita dulu, ada yang memerlukan pertolongan ke tidak :) Tak sempat nak study tak apa. Aku pun tak sentuh apa2 lagi. Peringatan buat diri sendiri jugak. Huhu.

Hujung minggu ni rasa macam aku kena tinggal sorang2 kat GV lagi la kot nampaknya. Ya Allah. Rumah jauh pun masalah jugak. Lagi2 time macam ni. Bila rasa macam semua benda ada yang tak kena. Sebulan lagi tau nak pro exam. Aaaaaaaaaaaaaaaa tak kira! Cuti study week 2 minggu nanti aku nak balik Kelate jugak. Yaya nak balik Johor. Takkan nak duk sorang2 kat sini. Nak duk kat rumah orang laen rasa macam tak best pulak. Duk rumah sendiri baru bebas makan tido buat sepah sesuka hati. Tapi geng Kelate semua tak nak balik. Kata mereka tak study kalo duk rumah. Aku pulak tak leh study duk sini, lagi2 study week, makan tak terurus, surrounding tak hepi, dan yang paling penting homesick tetiba meningkat 210% dari biasa. NAK BALIKKKKKKKK NAK BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK ! >.<

Btw, sebenarnya apa yang aku nak cakap dalam entri sebelum ni, tolong jangan sebarkan khabar angin yang tak pasti, lagi2 yang tak logik. Itu jek. Bukan nak cakap pasal kegedikan nak kawen ke apa. Take note tau =.=

Lagi satu, ayat "ni rahsia. jangan bagitau sape2 ea" tak wujud dalam dunia realiti ni. Don't trust anybody. Serius benda yang korang cakap rahsia tu sekelip mata je boleh tersebar. Tapi ye lah. Kalo betul benda tu rahsia, simpan sorang2 cukup. Tak payah bagitau orang laen. Kalau tak, tak jadi rahsia namanya. Biar diri sendiri je tau, and Allah absolutely. Experience is the best teacher ! Move on ~

Okay smile everybodehhhhhhh ! Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi :)

No comments: