Sunday, 12 May 2013

Sweet Sour

Manusia biasa sememangnya tak boleh lari dari ujian. Dan setiap orang dapat ujian yang berlaenan. Diorang dapat ujian macam tu. Kitorang macam ni. But for sure, Allah kenal hambaNya. Allah tahu setakat mana kita mampu :)

Semalam, kitorang muslimat 1st year dentistry konvoi beramai-ramai, 5 kereta, pi satu tempat yang memang agak baru untuk orang macam aku. Tak pernah pegi tempat macam tu sepanjang 19 tahun 6 bulan aku hidup. Serius. Pengalaman baru. Mula2 rasa takut jugak tapi lepas pi sana baru sedar kenapa nak takut? Setiap orang pernah buat salah. Termasuk aku. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Semua orang belajar dari kesilapan yang dia pernah buat. Semua orang perlukan bimbingan. Semua orang perlukan kasih sayang. So, let's complete each other :') Lepas dengar briefing dari kak Nurin, terkedu. Ya Allah. Apa sumbangan aku kepada rakan2 sebaya aku selama ni? :'( Kagum sangat tengok mereka tersenyum menerima kehadiran kami. Kuatnya mereka. Lagi kuat dari aku. Bila tahu rutin harian mereka sekarang macam mana, malu teramat. Jauh beza dengan hidup aku yang penuh dengan benda2 lagho :( Yang lagi buat aku kagum, mereka tahu apa kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup mereka nanti, but still mereka kuat teruskan hidup. Ya Allah. Semoga semua sahabat terus tabah. Perjalanan kita masih jauh.

"Islam tidak pernah larang umatnya berkasih sayang. Tapi kena jaga rasa sayang tu. Jaga hati. Jaga kelakuan." Aku akan cuba. Bila rasa something yang tak patut, rasa nak lempang je diri sendiri. Sabarlah wahai hati. Huhu. Eh takdela, gurau2 :P

Pengisian dari kak Nurin, petikan ceramah Taubat dan Doa dari Ustaz Asri, dan tazkirah daripada kawan2 sekelas. Dapat banyak ilmu baru. Alhamdulillah. Bangga ngan korang. Aku? Lambat lagi nak jadi berani macam tu huhu. Terima kasih Mira bawak kitorang pi sana. Love you

and love uolls too ♥♥♥ hikhik
# with kak nurin + dr. diana standing in the center !

Kitorang gerak sehari sebelum tu. Dalam kul 3 petang. Aku tido sepanjang perjalanan. Sebab malam sebelum tu tak tido siapkan report Akasia Seni + SUFA 2012 yang dah berkulat lama tak diusik =.= Kitorang bermalam kat homestay dekat2 rumah Zal. Hoho. Rumahnya kecik je tapi sebab rumah kecik la kitorang 24 orang dapat chance rapatkan ukhuwwah antara kami hehe Malam pulak BBQ. Best woooo. Teringat masa tamhidi dulu Madam Afiedah marah kitorang buat BBQ tak ajak budak laki >.< Kali ni kitorang buat lagi. Hakhak. Tapi kali ni bersebab. Sebab esoknya nak pi tempat untuk kita2 je :) Lepas habes makan, ada briefing and kelas tutorial pakai shawl :P




bergambar depan homestay kitorang :3


Oh lupa. Kat homestay ni first time aku jumpa meowmeow yang sejibik macam meow kat rumah aku. Liar. Sombong. Orang nak pegang dia lari oh why meow? ;_______;

K tata. Nak buat esei CS. Esok kena submit kekeke :3

**hari tu kan kitorang praktis choral speaking arab nak lawan kat USIM Nilai nanti. then susun la barisan ikut ketinggian. 3 barisan. tinggi, average and 'chomels'. dannnnnn surprisingly. very surprisingly rupa2nya aku ke-7 ter'chomel' dalam 24 orang budak pompuan Al-Quds ni. so duk la barisan paling depan. huwaaaa selama ni aku ingatkan aku ni tinggi. patutla family aku duk cakap aku ni pendek. baru tauuuu. sedeh2 T^T
***haaa then ustaz cakap fakulti kitorang terpaksa tarik diri sebab kesuntukan masa. sabo je la huhu

No comments: