Tuesday, 25 June 2013

Whyyyyyyy ?

Letih. Dulu2 selalu nanges pikir "bole masuk dentistry tak niiiiiii T^T "

Sekarang? "susahnya jalan aku amek ni T_____T " Mata tua dengan macam tu je. Sikit2 nanges. Sikit2 nanges. Bila nak jadi kuat? =_____= 

Entah la. Letih buat2 kuat. Kononnya tak stress. Kononnya hepi. Bila tengok orang stress, gedik duk nasehat orang, rilek la der. Tapi diri sendiri? =____=

Ego. Bila umi ngan ayah call, "okay ko?" "ado masaloh dop sano?" "ngaji bereh jah kea?" Aku jawab "bereh sokmo hehehe" "hahahahahahaha" Tak pon tukar topik. Tapi sejak kakyong ngan Adam ada kat rumah, lagi la umi ayah sibuk. Tak call aku dah. Kenapa aku yang tak call? Ego. Kan dah cakap tadi. Selalu whatsapp ngan kakak je tanya khabar warga rumah kuning. Kalau aku call nak cakap ngan umi, "bakpo, yuyu?" "ado masaloh gapo?" Kan nanges aku kat situ tak pasal2. Tak nak buat diorang risau. Umi ayah banyak lagi kerja laen. But I think I can't stand it anymore. Sebab tu aku nak balik jugak study week ni. Hohoho.

Susah ke dentistry ni? Aku tak tau. Bagi aku, dah banyak kali cakap benda sama. Tiap2 hari ada benda tak kena. Tapi manusia, biasa la sampai bila2 pun tak habes merungut. Baru setahun habes. Tapi pro exam belum. Biaq la :p Lagi empat tahun nak hidup macam ni. Akak2 housemates selalu cakap, tunggu la korang clinical years, rasa la nanti, blablablablabla. Aku pun apa lagi, kalau dah 1st year pemalas gilossss, study last minute, agaknya boleh hidup tak aku nanti? Kena maen ngan orang weh. Maksud aku kena jumpa strangers. Patient yang entah siapa. Tak tahu perangai macam mana. Kuat ke aku? Prinsip aku, kalau Allah letak aku kat sini, kat sini lah tempat aku. Tapi, lama2 duk sini, prinsip tu macam makin goyah. Bukan sebab tak percaya dengan takdir Allah, cuma tak percaya dengan diri sendiri. Setahun duk sini, still rasa macam ada gap dengan orang sekeliling. Communication thingy is still not my thing.

Study. Bila orang dah study banyak. Study group. Buat note semua. And melalui medium twitter or whatever kita tau diorang dah jauh ke depan dari kita, walaupun i still can't get it kenapa perlu cakap benda2 yang buat orang cuak macam tu, eh no, bukan nak perli ke apa, just nak cakap tahniah. At least buat aku sedar aku belum preparekan apa yang sepatotnya aku dah prepare. Tapi masalahnya aku still tak bergerak dari tempat tu. Still malas. Aku tak paham ngan diri aku. Aku nak apa sebenarnya ni? =___________=

Sebelum masuk exam tadi, terkejut tengok diorang semua duk revise sama2. Sorang tanya, dua tiga orang jawab. Group tu besar. Macam 4/5 daripada gugurl kelas kami. Aku ngan dua tiga orang je duk luar lingkaran grup tu. Kenapa aku tak masuk? Sebab rasa tak layak. Aku tak paham langsung apa diorang bincang. Huhu. Ingat lagi final exam sem lepas, untuk subjek2 core, diorang buat macam tu jugak. Kagum >.<

Persoalannya sekarang, awat aku sesat kat sini? Huhuhu

Sebab semua ni Allah dah atur. Allah knows the best. Kan? :')

Okay jom sambung nanges T..T


Saturday, 22 June 2013

Sebelum tu ...

Sebelum suka seseorang, perhatikan diri kita dulu. Layak ke tidak? :)
 
Sebelum suka seseorang, kita ni baek sangat ke sampai nak orang baek suka kita?

Sebelum suka seseorang, dah cukup solehahkah kita nak orang soleh suka kita?

Sebelum suka seseorang, kita dah cukup beriman ke nak orang beriman suka kita?

Sebelum suka seseorang, ilmu agama kita cukup ke sampai nak orang yang berilmu suka kita?

Sebelum suka seseorang, kita ni cukup cantik ke sampai nak orang tu suka kita?

Sebelum suka seseorang, kita ni rajin sangat ke sampai nak dia suka kita?

Sebelum suka seseorang, kita ni setaraf dengan dia ke sampai nak dia suka kita?

Sebelum suka seseorang, kita ni ada apa sangat sampai nak dia suka kita?

Sebelum fikir dia suka kita, fikir dulu layak ke kita nak suka dia? ^^


Crush

Meet my new crush

Here he is. Heeeeeeeee ~


my bambam

My very first nephew. Hehe. Alhamdulillah. Selamat melihat dunia, Muhammad Adam Fiqri bin Amir Hisyam. Tak sabar nak jumpa awak. Lambatnya study week ! T^T

Semoga Adam menjadi hamba Allah yang beriman, anak yang soleh, hensyem tampan serta kacak bergaya hohoho. Cepatlah besar ea, nanti kita boleh dating sesama, makan eskrem sesama >.< 

Tapi sampai sekarang tak tau lagi apa dia nak panggil aku nanti. Family aku kan panggil aku Yuyu dari kecik sampai besar. Takkan nak suruh panggil Cik Yu kot =______= Anak keempat family orang laen panggil apa ye? Kak Cik? Kak Lang? Nak panggil hapeeee ni? =.=

Okai dah pasal Adam. Ni pasal pro exam pulak. Dah nak dekat sangat kot. 11 Julai ni. Tapi macam biasa, tau2 je la aku macamana. Hoho. Ada 3 minggu jeeee lagi. Serius aku baru baca bape tajuk Anatomy. Tapi cenggini la aku. Aku tau otak aku macamana. Dia kena dekat2 exam baru cepat masuk, serap macam span, pastu lepas keluar dewan exam terus perah, habesssss keluar balik apa yang dibaca. Ok yang pasal span tadi tipu je. Kan best kalo betul2 >.<

Good luck semua. Semoga semua members of 6th batch dentistry USIM dapat ketenangan jawab soalan exam nanti, dan seterusnya dapat result yang cun melecun. Ikhlaskan niat study bukan untuk exam, at least cuba walaupun kenyataannya teramatlah susah nak perbetulkan niat ni T.T Apa2 pun insyaAllah semua lulus dengan cemerlang :)
____________________________________________________


Allahumma ballighna Ramadhan :')

Monday, 10 June 2013

Chingu

Rindu.
Rindu nak ada kawan baek.
Kawan yang kita boleh kongsi semua masalah.
Kawan yang sudi dengar kita merapu.
Kawan yang boleh bergurau senda tak kira masa.
Kawan yang tegur kita bila kita buat salah.
Kawan yang selalu ingatkan kita solat awal waktu.
Kawan yang selalu nasehat kita.
Kawan yang suka mintak nasehat kita.
Kawan yang selalu ajar kita.
Kawan yang selalu study group dengan kita.
Kawan yang kita bertanding siapa cepat siapkan tutorial dulu.
Kawan yang sudi luahkan masalah kat kita.
Kawan yang percayakan kita.
Kawan yang boleh kita percaya.
Kawan yang selalu naekkan semangat kita.
Kawan yang banyak cakap dengan kita.
Kawan yang jadi diri dia sendiri.
Kawan yang anggap kita adek beradek dia sendiri.
Kawan yang ada minat sama dengan kita.
Kawan yang boleh tengok cerita Korea sama2.
Kawan yang boleh nyanyi Korea sama2.
Kawan yang kita selesa berkomunikasi dengan dia.
Kawan yang boleh jadi tempat bermanja.
Kawan yang selalu belai rambut kita.
Kawan yang jaga kita masa sakit.
Kawan yang selalu suruh kita makan ubat bila kita tak sihat.
Kawan yang masa kita pening kepala, dia urut kepala kita.
Kawan yang masa kita nanges, dia tenangkan kita.
Kawan yang masa dia nak nanges, tak malu nanges depan kita.
Kawan yang boleh nanges sama2 dengan kita.
Kawan yang sama2 tolong selesaikan masalah kita.
Kawan yang setiap masa ada dengan kita tak kira masa senang mahupun susah.

Serius rindu nak ada kawan macam ni.

:'(

Rindu.

Liyana Fairuz. Nik Affaf Alani. Nuradnin

My best friends. Yang tolong aku survive hidup berdikari.
1st time duk jauh dengan family. 1st time duk asrama :)

Good luck exam ! I love you so muchhhhh. Ukhwah fillah :')


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Friday, 7 June 2013

Geli ♥

Hehehehehe

Saja hapdate nak letak gambar DAN lagi :P

yeahhhh ajk Multimedia !

:3

baru bole makan lepas habes majlis T.T
 
6th Batch, Faculty of Dentistry

ahli jawatankuasa Dental Appreciation Night 2013

Full credit to the photo's owner :)

Tutup cerita pasal DAN. Professional examination is coming. Tuluntuluntulun. Aku tak de mood langsung nak study =..= Tetiba terpikir banyak kali "Oiiii betul ke aku nak jadi dentist ni?!! Tak de minat langsung lagi ni. Acano acano?" Tapi dah terlambat. Game has started for such a long time ago, so I have to end it =______= Dah nak habes tahun 1 dah pun. Alhamdulillah still dapat hidup lagi setakat ni. Still berfikiran waras. Sihat walafiat. Alhamdulillah. Hoho. Bila tengok semua orang buat study group, pi dissection room belajaq, pulun study, aku pulak duk buat benda2 lagho, rasa macammmm =______________= Biaq je la. Aku tengah hepi kot sekarang ni. Hehehehehehe sebab bole balik sebelum exam. Study week dua minggu balik Kelate. Study ke tak kat rumah nanti lantak la, Allah dah tulis apa yang aku dah buat dan bakal buat :3 Pertolongan Allah itu pasti :)

Btw, kalo ada orang laki senyum setiap kali jumpa kita kenapa ea? Memang murah senyuman ke apa? Hahahaha. Padahal jarang jumpa. Tak berapa kenal pun. Just aku tau nama dia, dia tau nama aku. Tapi sejak dua tiga menjak ni selalu sangat jumpa dia. Heeee. Jangan la senyum kat saya, awak. Sebab saya ni orang yang suka balas senyuman orang. Haihhhh. Or should I approach him? Eh woiiiiiii hapekah ini? Bhahahaha. Eh tak nak. Tak nak masa ni. Biasa la makin dekat exam, makin banyak permainan hati timbul. Kalo berdasarkan pengalaman memang masa nak dekat exam la banyak masalah hati ni =..= 

Ya Allah, peliharalah hati kami

Tapi kan he's cute. Seriously hahahahahahaha kbye :P

Sunday, 2 June 2013

Dinner lagi =..=

Hye peeps ! 

DAN is over ! Hoyeahhhhh finally ! Alhamdulillah mission accomplished. *nanges tepi katil huwaaaaaaa T^T

Dental Appreciation Night 2013. Dinner tahunan fakulti kami. Semua orang cakap best. Bagi aku? *nanges tepi almari* Aku, Yaya and a few boys jadi AJK multimedia. Khidmat kami seriously live masa dinner tengah berlangsung tu. Tatkala semua orang duk khusyuk menjamu selera, pakai cantek2, bergelak ketawa, bersnap gambar banyak2, jantung kitorang pulak tak habes2 dupdapdupdap, cuak gilossss, takut ada masalah teknikal jadi. Yes of course kita yang merancang Allah yang menentukan. Lepas slot tayangan video first, ada something jadi. Wire LCD longgaq. Tetiba terpadam. Cuak kot. Merosakkan majlis orang betul. Adoyayyyy. Tapi lepas tu alhamdulillah everything's going on as planned. Nak nangeh nak nangeh T..T Lagi satu kena tahan lapiaq. Habes majlis baru bole makan T_____T Btw, thanks a lot to the ones who helped us last night ! :)


predinner

Naseb baek MPS hari tu dah snap banyak gambar. Tak la menyesal malam tadi. DAN ni tak sempat kotttt. Masa photobooth dah tutup baru nak start bergambar. Sedeh tak? Sedeh tak? Sedeh kan an an an an? Huhuhuhuhuhu :(


tema DAN kami : spring + masquerade :)


baju aku macam maternal dress =_______=


geng cermin of courseeee :3


rasa nak lempang tak? wakakaka :P

thanks for the chocolates, le seniors xoxo

Spread the love !

Malas nak post kat instag sebab rasa macam gambar orang laen lagi lawa hahahahahahahahahahaha ok tak lawak kbye :P

*gambar masa buat kerja akan dihapdate bila dah dapat gambarnya hewhew. weksss bajet ade orang nak tengok kahkahkahkah