Wednesday, 7 August 2013

Jumpa lagi, Ramadhan

First entry sejak cuti. Sibuk weh. Pastu kering idea tak tahu nak tulis apa.

Hari ni hari last puasa. Esok raya. Selamat hari raya aidilfitri :) Maaf zahir dan batin. Dah takde ayat laen dah kalo hari raya. Haha

Ramadhan dah nak pergi. Serius banyak lagi target tak tercapai. Tak puas lagi. Ya Allah. Sekejap sangat Ramadhan kali ni. Maybe sebab exam pun dah sampai separuh bulan puasa. Masa cepat sangat. Rasa macam baru hari tu puasa nak masuk Tahun 1 degree. Tuptup dah habes Tahun 1. Harap2 dapat jumpa lagi Ramadhan seterusnya. InsyaAllah jika dipanjangkan umur :')

Balik cuti kali ni, ramai terkejut tengok aku. Haha. Nak bangga jap :p Bukan apa, ramai cakap aku makin kecik. Balik kampung ada orang tegur, saudara datang rumah pun sama, sampai kakyong pun terkejut tengok aku masa mula2 aku sampai rumah. Baju raya pun longgar wehhhh. Aku pelik jugak sebab rasa macam dah lama saiz aku macam ni. Maybe sebab dah lama tak jumpa diorang, sebab tu la diorang baru perasan. Pastu try pikir2 balik, aah la kalo setahun lepas memang itew lagi bambam :3 Berat badan aku sekarang paling ringan sejak form 1. Masa form 1 lagi berat tau. Bhahahaha. Alhamdulillah, BMI dah jauh dari level pre-obesiti. Paling bambam masa form 5. Masa tamhidi turun sikit. Pastu cuti habes tamhidi dia lagi turun. Then masuk degree, makan nasi sekali sehari je. Turun 8 kilogram dari berat form 5. Aku rasa sebab stres study kot. Dah la kat GV tu susah nak cari makanan =.= Tapi sekarang pun still bambam lagi. Cuti sebulan ni mesti dia jadi naek balik. Kahkahkah. Bambam pun bambam lah, asalkan sihat dan tomey. Ye dak? :3

masa tamhidi ;)

Paham tak bambam tu apa? Tembam. Gemok secara kasarnya. Tapi panggil gemok apa kelassss. Mok2, buruk bunyinya :p

Maaf sekali lagi kalo ada salah silap. Selamat menyambut hari raya dengan orang tersayang. Jemput la datang rumah :)

Wassalam.

No comments: