Friday, 30 August 2013

Soon

Assalamualaikum :)

Ececece. Nampak tak gembiranya di situ. Gembira sebab hari ni dapat shopping sakan. Alhamdulillah rezeki murah. Sebenarnya aku memang tak suka shopping. Orang yang shopping dengan aku memang paham betul la aku ni macam mana. Tadi pun beli kasut, baju semua kakak yang paksa aku beli. Siap ugut lagi kalo aku tak beli, umi marah. Huh. Nak kata kedekut macam tak jugak. Eh yekewwww. Entahh. Aku just suka jalan2. Gerakkan kaki dan tubuh badan gitewww. Nak beli memang selalu tak de yang berkenan. Boleh kira dengan jari berapa helai je baju2 yang aku duk sentuh2. Hoho. Kalau shopping online lagi la not my type. Susahhh. Instagram jual baju tudung ni banyak follow Instag aku, tapi sorry la aku never ever akan follow korang. Mesti diorang duk berharap sangat aku follow belek2 gambar baju diorang jual. Huahuahua

Okai cuti ni memang jarang hapdate blog. Tak berapa ada idea. Sekarang pun tak dak idea jugak, tapi tetiba rasa nak merapu kejap :3 Lagipun ramai peminat setia sedang menanti2 entri baru hihihihi

Okai serius2. Minggu depan dah start semester 3. Tahun 2. Yang penting dah jadi akaks senior. Ahaks. Selamat datang junior2 tahun 1. Salam taaruf dan selamat menempuhi dunia baru. Seronok duk sini. Ok tipu :p

Hari ni dapat result. Tahniah diucapkan kepada semua classmates, semua university-mates senang cerita. Alhamdulillah fi kulli hal. Result aku lebih kurang je dengan semester 1 dulu punya. Of course la bukan dean list. Tak maen white yellow blue coat student nihhh =.= Pointer berapa, bilangan A berapa dah tak penting. Umi dan ayah pun cakap okay dah tu. Tak perlu result tinggi2 sangat. Kita dah ada tempat kita. So tak payah nak struggle over sangat, nanti hidup tak aman, stress memanjang. Study rilek2 je, just kena pastikan usaha tu cukup untuk lulus setiap semester. Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Jangan lupa pada kawan2 yang Allah tengah uji. Aku tak tahu apa khabar mereka. Harap2 semua lulus. Kita yang lulus pun Allah tengah uji. Semoga jauh dari istidraj. Semoga jauh dari riak dan takbur. Hati-hati bila berbicara. Fikir dahulu keadaan orang laen, kawan2 kita, sebelum berkata apa2. Tak payah tunjuk kita ni dah hebat, tapi nak jadi hebat lagi. Semoga 35 orang yang masuk, 35 orang jugak la yang keluar nanti :')

Ya Allah. Kalau fikir pasal clinical years, rasa seriyauuuuu teramat sangat. Setahun lagi. Setahun je lagi masa untuk preparekan mental dan fizikal. Kena pandai teori dan praktikal. Tahun 3 nanti dah tak de masa nak bersuka ria sangat. Kelas sampai malam. Kadang2 masa cuti hujung minggu pun ada kelas. Requirement banyak kena buat. Patients kena cari sendiri >< Tapi tak pe. Allah ada. Allah dah tentukan jalan yang kita amek tu jalan yang paling baek untuk kita. Allah tau kita mampu. InsyaAllah.

Semester baru. Housemates baru. Nafas baru. Azam baru. Ilmu baru. Baju baru. Kasut baru. Cinta baru. Ehhh

K good luck semua. Love uolls ;D


minhyuk

ilhoon

Ni pakwe2 baru aku. Group BToB. Masalahnya sekarang diorang duk berebutkan aku ni hahhhh. Boleh tolong pilih tak mana satu lagi tomey? Nak masukkan dalam list hubby. Bhahahahahaha

Kbye.

1 comment:

Anonymous said...

CINTA BARU hakhak ^_~ - K.A.C.K