Monday, 12 August 2013

Topik tu je ke?

Dari start cuti sampai sekarang. Lagi2 time banyak kenduri kawen musim raya ni. Topik hot takde yang laen dah, pasal kawen, kawen, kawen =.= Makin ramai si fulan dan si fulanah sebaya dengan aku selamat diijabkabul dua tiga hari ni. Kalo tak kawen, tunang. Kalo tak tunang, kawen. Baraka allahu lahum :) Jodoh mereka sampai awal apa salahnya kawen :3 Masalahnya yang macam tak de harapan pun nak kawen awal tu, hahaha.

Korang dah ready ea nak kawen? =.= Awat aku tak rasa lagi macam korang? Budak lagi ke aku ni? Hari tu aku cakap kat sorang kawan tu, "Aku tak matured lagi kot, tak teringin nak kawen muda macam kau rasa." Dia pun jawab, "Eleh yang ko suka dia tu, dia tu, dia tu dulu2 tu buat apa? hahahaha" =_______=  

Rasa nak lempang itu budak. Naseb baek duk jauh ngan aku. Itu dulu. Sekarang dah takde. Saja suka2 nak suka. Fitrah lettew. Kalo ada jodoh tu kawen la nanti2. Tapi takde lah masa muda macam ni.

Umi aku pun banyak kali duk sebut pasal kawen sejak cuti ni. Hahahaha. Dia nak tolong carikan kalo aku still tak de. Memang aku tak de pun. Tapi dia offer kat kakak atas aku dulu. Habis orang dia offer kat kakak XD Pastu, raya tahun ni umi duk suruh kitorang pakai makeup. Dia cakap kan dah 20 tahun ke atas, calit2 la makeup sikit. Blusher sikit, lipstick sikit, celak sikit. Ini tak, muka pucat je. Adoyay. Kelakar la umi ni hahaha. Aku jawab tak nak ah, aku baru 19 tahun n______n

Aku bukan apa. Sesaje nak hapdate pasal ni kahkahkah. Aku ni nak cakap ngan orang2 tua pun aku tak reti. Nak layan tetamu pun kekok. Masak tak yah sebut. Sepupu sepapat sendiri pun ada yang aku tak kenal, apatah lagi nak kenal family orang sana, yang tak pernah kita kenal. Wakakaka. Time2 raya macam ni, aku nak raya rumah umi ayah aku lagi. Entah macam mana nak raya kat rumah orang :O Kena tunggu pandai bergaul dengan orang dulu kot, baru aku bole pikir nak kawen macam korang =.= 

Maybe aku overthinking. Tapi cenggitu la. Maybe jugak sebab korang semua dah ada calon, so ramai nak kawen nak kawen nak kawennnnn, so good luck semua. Semoga jodoh korang cepat sampai, insyaAllah :)

Malas nak upload gambar raya banyak2. Malasssssssssss hewhewhew 

with cuzzyyyyyy + kakak. hikhik. at Cik Su's open house. tak nampak tudung. nampak muka je =.=

Btw, baju2 raya dah ketat balik. Grrrrr kbye ==

No comments: