Saturday, 28 September 2013

Not Againnnn

Serius ni entri terakir untuk minggu ni. Esaimeng berlambak ye. Sila sedar, cik Amalia :)

Kenapa la suka sangat hapdate blog? Entah. Padahal semua entri merepek je. Aku buat buku pastu jual kang baru tau ahahaha yeyeye okefine tau takdak orang nak beli :p

Aku kena update blog DSC sebenaqnya. Tapi setiap kali sign-in, terbiar macam tu je. Sebab kena guna ayat skema, sesungguhnya saya tidak reti.

Btw, ini gambar block yang kitorang kena gerudiiii tu. Gerudi(?) pon bole. Yang aku cerita panjang lebar dalam entri sebelum ni :3



** kecik je block ni. kecik lagi dari handphone mini galaxy aku. mula2 kena buat 10 bentuk dulu kat tepi2 yang kosong. pastu baru tebuk fissure kat gigi dalam gambar gigi tu. masa ni baru buat bentuk ke 6. comot betul =.=


meet my minhyuk. haha
RIP babies

Masa ni aku dah siap susun gigi. Itu pun lepas merayu rayu mintak gigi ngan Yaya, Dayah, Dalila, Khairine, Fateen dan Lin. Nak cukupkan 1 set gigi jugak. Demi gigigigi terchenta. Malu senanya nak meminta minta ni. Aku ni dah la jenis yang tak suka pinjam barang orang, apatah lagi amek benda orang punya. Huuu. Last2 satu je lagi tak cukup. Maxillary left first premolar. Tapi finally bole dicompletekan jugak semalam. Thanks semua. Nah amek hadiah ♥ ♥ ♥ ♥

So tengahari tu aku lekatkan gigigigi tu kat wax (lilin). Nak check dengan Doctor betul ke tak susunan gigi kitorang. Pasrah, tak dapat frasaco pun takpe. Nak buat acano, dah takdir. Letak kat wax je semata mata. Aku dan tiga orang lagi kawan tak dapat frasaco. Tak cukup. Biasa la orang nama last2 :'( Frasaco tu macam 'gusi' plastik jernih. Kitorang letak wax yang dilekatkan gigi dalam benda tu sebelum diplaster(?). 'Plaster' ke istilah apa aku pun tak tau. Hahaha. Meh nak tunjuk gambar senang2. Ciplak gambar frasaco orang laen punya je la, da aku takde :(



credit to : anne

** yang kaler merah tu orang panggil wax. lembik macam plastisin. yang plastik tu transparent frasaco.

credit to : bee

** ini yang aku kata 'plaster' tu haha. serbuk POP kaler putih dilarutkan dengan air pastu tuang dalam frasaco. then dia mengeras bila sejuk. hasilnya jadi macam ni :)

So, aku, Yaya dan Mikin masuk la bilik Dr, nak tunjuk gigigigi kitorang. Sambil mengadu kat Dr, kitorang letak gigi kat wax je sebab tak de frasaco blablablabla. Dr pun bagitau, 

"Ouhhh uolls tak payah susun gigi ni sume. Simpan gigigigi ni. Sebab nanti kami akan ubah requirement setiap sorang kena buat salah satu mandible or maxilla je. Jadi korang akan dapat frasaco yang dah siap di'plaster' oleh kawan2. Skang ni kalau ada kawan2 yang ada frasaco masih belum complete 1 set of natural teeth, uolls kena bagi kawan2 gigi yang korang kumpul ni."

Eh. Dr. speaking omputeh of course, sebab Dr foreigner. Aku tolong translatekan je. Lecturers ajar kitorang tahun ni 70% foreigner btw. Dah macam study oversea hihihi

Aku rasa Dr pun dah boring asyik muka aku je yang buat masalah :( Tak de tray la, highspeed rosak la, tak de bur la, tak de frasaco la. Hmmmm ada hikmahnya. InsyaAllah. Ujian kecik je ni. Kannn?

Hari ni aku dah bagi semua gigi aku susun sebelum ni kat kawan2 yang lebih memerlukan. Tapi sampai je rumah petang tadi, tetiba sebak. Gigi akuuuuu. Setelah berhempas pulas kumpul. Nak jugak rasa susun gigi dalam frasaco sendiri. Serius aku nanges :'( hahahahahahahahahaha apaaa ingat aku ni takde perasaan ke? Sedeh kot berpisah ngan diorang. My babies T____T

Ok dah part leleh2 ni sume. Hilang macho. Tukar topik. Alang2 entri ni dah panjang, kita panjangkan lagi biar takde orang nak baca sampai habes hehehehe. Ni haaaa. Ingat tak aku pernah cerita ada sorang si fulan ni suka senyum bila jumpa aku. Ni bukan nak bajet hot ke hape. Tapi seriously pelik bin ajaib. Jap jap. First of all sediakan baldi dulu. Ok sedia? Camni. Isnin lepas, masa tu aku baru keluar lif nak pi kafe tingkat 10, duk gurau2 dengan geng, biasa la muka hepi duk bergelak ketawa. Aku sorang duk paling belakang, and masa tu aku tak habes senyum lagi sebab lawak apa ntah Yaya buat, pastu terkebetulan si fulan ni masa tu jugak dia nak lalu. Tetibaaaa, kali ni dia bukan setakat senyum, malah dia angguk macam tunduk hormat tu~ Dia buat kat aku tau dak. Terkezut kite >< Bila crush dia buat macam tu, aku apa lagi. Hahahaha meroyan la. Dua hari tak leh tido. Ehh. Oke tipu bab takleh tido tu. Pastu semalam aku duk makan nasi kat kafe. Lunch. And macam biasa mata aku kan, memang da low gaze, kononnyalah hihi, tapi manusia kan macam meow jenis tak leh tengok benda bergerak, mesti rasa nak tengok arah tu. So bila ada orang lalu depan kita, mesti kita tertengok kannnn. Aku terpandang dia wey. Tengok2 dia duk tengok aku jugak. Hold kejap. Nak alih ke tak? Alih ke tak? Alih kang dia cakap sombong lak. Tak sempat buat apa2. Dia senyum macam biasa then dia angguk lagi =.= Haihhhh dia ni. Nak buat aku suka dia ke apa ni? Hahaha. Tak pernah lagi orang buat macam tu. Kalau kat USIM la. Kat luar memang biasa la orang usya. Cetttt tak tahan kakakakaka. K gurau gurau. Classmates aku pun kalau jumpa tak de nya nak senyum cenggitu. Inikan pula kos laen. Dah orang senyum kat kita, aku balas la balik. Heee. Okai positive thinking. Dia murah senyuman kot. Maybe dia kenal aku, mana tau. Eh jangan la ada budak medik baca entri ni haha. Berat nanang nanti >////< Tadi pun masa breakfast, dia mai kafe masa tu jugak. Macam berjanji lak. Errr. Tapi aku malu. Siyesss. Tak tengok dia dah. Entah dia perasan aku ke tak tadi hihihihihi

K. Ini just part selingan. Selalu pasal study je kan. Hoho. Jangan kakak2 aku nanti inform umi khabar angin salah sudah. Macam pasal abe angkat tu, umi da tanya aku sape orangnya =_____________=

Wednesday, 25 September 2013

First Attempt

Hype. Nak cerita pasal study ni. Boring. Baek jangan baca hohoho

Isnin lepas, kitorang ada first practical session kat simulation lab, untuk subjek Operative Technique. Fuyyo ayat hehe. Praktikal pertama ni kitorang belajar guna dental instruments and handpiece. Handpiece tu kira macam nama family mesin gerudi gigi la. Dia ada banyak benda, tapi hari tu kitorang guna satu jenis handpiece je. So kerja kami ialah buat bentuk2 kat satu block, block tu made of what aku pun tak amek tau hakhak. Macam kekok la jugak. Dah la mesin tu kuat. Macam dia pulak yang tarik aku. Sebab tu bentuk2 lubang yang aku buat buruk betul. Banyak kali doktor reject =.= Takpe, nama pun belajar kannn :)

Nak tengok ke benda tu? Nanti la aku amek gambar esok kalau masuk lab. Lupa hari tu sebab kalut sangat. Kalut bukan sebab apa, sebab mesin aku tak berapa betul. Masa guna handpiece tu, ada air keluar untuk prevent api menyala. Tau2 je la mesin tu rotate laju gila, so kalau tak de air memang jadi bau hangit kat benda yang kita gerudi tu. And sepatutnya kita boleh kawal kelajuan air yang keluar sebab ada button nak selaraskan. Tapi nak dijadikan klimaks cerita drama seram aku, button kawal air cubicle aku rosak. Air laju je memancut keluaqqqqq. Dah la dia attack mukaaaaaa haihhh. Orang laen pun sama air memancut2 tapi takde la sampai macam aku. Satu meja basah, selalu ulang alik kena tambah distilled water ngan buang air kotor =______=  Berkali2 jugak air mesin aku tu terpancut kena Amar, jiran cubicle itew. Pastu, doktor lalu jek dia suruh lap meja. Malumaluuu. Aku bagitau technician, dia baiki, siap amek playar lagi, hasilnya air jadi slow kejap, aku pun hepi la yeay dah jadi, tengok2 air tak keluar langsung pulak, check2 distilled water da habes rupanya. Okfine tak elok lagi la =_________= Sampai habes kelas air still laju cenggitu. Rasa macam hoiii apa aku buat ni? Nak buat bentuk pun tak nampak apaaa. Akirnya aku sempat buat 4 lubang je instead of budak2 laen majoritinya da sampai 6, ada da sampai 8, ada da habes buat semua dah pun yakni Lin. Tapi 4 lubang approved pun alhamdulillah :D

Jadi, untuk sesi lab seterusnya aku bertekad dengan penuh nekad nak bawak tuala, then tak payah nak melaram sangat la. Lepas kena air dah macam mandi kali kedua, habes rosak tudung, makeup semua. Eyeliner especially, tak yah pakaiiiiiiii. Ecececece hahaha :p Hari tu pun aku buat satu lubang je pastu da rasa macam comot sangat air penuh kat muka, buat2 la pi amek distilled water, padahal pi toilet buang eyeliner kahkahkahkah perlu ke aku cerita semua kat sini? =.=

Sebenarnya batch2 sebelum ni tak de pun guna cubicle aku tu. Batch kami yang paling ramai and telah ditakdirkan cik Amalia nama second last dalam list nama geng 6th batch ni, so dapat la cubicle belakang2 yang tak pernah orang sentuh. Mesin2 memang dah macam apa =..= Mula2 masuk lab, kitorang yang cubicle belakang ni tak dak langsung instruments. Jeles tengok orang laen duk check instruments masing2 T^T

It's okayyyy. Cobaan dalam belajar. Rasa special kottt boleh rasa benda2 peliks macam ni. Baru rare, ye dak? :3

K. Optech is challenging bagi aku. Bila duk dalam lab tu macam kita sorang2 je. Kawan2 semua sibuk dengan kerja masing2. Jadi Amalia, kurangkan merungut dekat kawan2. Blog takpe dia takde perasaan. Hahaha. Macam ada orang cakap "Kalau duk cakap saket2, boleh hilang ke rasa saket tu?" Nampak tak dia dah boring dengar kau merungut? Huuuuuuuu

Saturday, 21 September 2013

Malas bagi tajuk :p

" Kenapa akak tak de masa liqa'? "

Hehe. Nak jadi naqibat bukan mudah, dek. Orang yang pilih. Dan yang terpilih tu yang layak je. Akak ni sekolah je Maahad, tapi perangai tak macam ex-Maahad. Sorry :)

Saja nak hapdate blog lagi. Sesaja. Bila tengok semua orang duk ngadap buku. Duk buat tutor. Aku naek tingkat atas masuk bilik bukak lappy bukak blog bukak dashboard bukak new post. Reflex action wakakaka

" Yolah. Hok pakai tudung labuh jah juruh. Hok pakai tudung saiz biaso nih jahat belako lah. "

" Buke tu maksud aku. Tak semestinya hok pakai tudung labuh jah baek. Bagi aku la, tutup aurat ni seney jah. Try pakai tudung besar sikit, pakai handsock, pakai stokin. Bereh doh tu. "

" Holah2. Aku tau la. "

" Haha. Tau sokmo mg. "

" Mekaseh la tegur. Jerit doh ni terharu T^T "

" Bakpo jeritnyo? Aku kan abe mg. Nok bagi nasehat jah. Hahahaha "

Conversation ni masa cuti sem hari tu. Macam sentap. Sangat. Aku tengok persekitaran aku. Bila kat sini laen, kat rumah laen. Macam susah. Kat sini memang selalu rasa inferior. Dia automatik. Sekarang pun bila nampak adek2 junior yang baru masuk, terasa jugak inferiornya. Kat rumah aku rasa bebas. Aku, kakak2, family yang laen semua sama. Bagi aku macam dah memadai tutup aurat setakat ni. Tapi bila mai sini, rasa inferior datang lagi.

" Kalau betul2 nak berubah jadi baek, takde alasan pun tak boleh berubah. "

Sentap lagi. Sebenarnya, niat nak berubah tu yang paling penting. Aku tak nak sebab orang laen, or sebab malu ke apa aku nak ubah cara pemakaian aku. Serius. Aku nak jadi diri aku. Aku bukan orang baek. Pakaian mencerminkan diri. Dan aku biasa2 je. 

" Kalau nak buat benda baek, tak payah heran kat orang laen. Biar la diorang tak nak buat, kita buat. "

Tapi...

Aku nak jadi diri aku :(

Friday, 20 September 2013

................

Dalam hapdate blog, benda yang paling aku tak suka ialah bagi tajuk entri =.=
Korang la bagi tajuk sendiri. Malas dah nak pikir.

Hai bloggie. Here I am again. Lama tak jumpa :) 

Unifi punya pasal. Lepas install hari Selasa lepas, boleh pakai sehari jek. Lepastu dah ada problem. So tadi orang TM baru mai baiki. Apa masalah aku pun tak tau. Harap2 lepas ni dia okay la :(

Sebenarnya, dua minggu pertama sejak datang keyell ni banyak sangat benda nak ceghita. Jadi akaks fasi adeks 1st year la, pastu rumah baru seram la, itu la ini la, masalah hati la. Eh. Tapi sekarang takdak mood dah la nak story mory. Malas nak cerita. Hmmmphhh. Nak hapdate pakai tab tak best kot. Keyboard lembap >< Pastu saiz keyboard saja pun dah separuh screen, so kalau tulis entri panjang, tak nampak yang bawah2 tu. Jap apa point aku ni? Oke abaikan.


Dah habes minggu kedua sebagai 2nd year student B) Ececece. Tahun ni credit hour kitorang 56 hours =..= Scaryyyyyy. 12 subjek. Core subjects berapa entah. Pharmacology, Pathology, Microbiology, Dental Materials and Dental Technique. Tapi yang paling scary Operative Technique. Ramai senior cakap subjek ni paling best. Walaupun dia bukan core subject, tapi ada banyak kerja praktikal. Penuh list requirement kitorang kena buat nanti. Untuk semester ni kitorang akan belajar cara nak prepare cavity, buat restoration and filling. Dalam bahasa mudah, simen gigi. Gigi2 yang kitorang kutip dalam masa setahun lepas nak guna masa subjek ni la. Tapi kannnn, tau tak gigi2 aku belum cukup 1 set? Sebab dia nak gigi2 yang elok. Aku punya, 88% dari bilangan gigi aku kumpul tu rosak teruk. Macam dah tak sempat nak kutip yang laen. Dah la siap nak gigi spare lagi. Mana nak cariiiiiii? T^T Subjek ni nampak macam paling tough. Bagi aku la. Sebab aku memang tak boleh dengan praktikal. Kalau teori boleh tahan lagi. Baca buku je. Huuuuu. Minggu depan baru start praktikal. Serius cuak. Hari tu baru ada lecture and berkenalan dengan dental instruments. Banyak sangat alat2 kena ingat. Dah la comel2. Berpuluh-puluh tawuuu. Macam2 nama ada >< Doktor dah warning kitorang awal2. Strict kot. Gigi sikit je. Jadi kena cermat masa buat semua filling, restoration whatevaa tu. Kena hati-hati. Kena itu kena ini. Jangan bazir gigi. Acano la naseb aku yang clumsy nih =_______= Itu la. Siapa suruh amek dentistry. Boooooooo

Jadual tahun ni memang packed sangat2. Setiap hari kelas dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Hari Selasa pulak sampai 8 malam =.= Tapi ada gap 2 jam sebelum kelas Hafazan kul 7 malam tu. Hari laen memang penuh. Kalau 1st year dulu ada self study 2 kali kalau tak silap. Tahun ni takdakkkkkkk langsung. Skang kalau free pun masa lecturer tak masuk kelas je =________= Itu laaaa. Siapa suruh amek dentistry. Booooooooooooooooooo

SIAPA SURUH AMEK DENTISTRY KANNNNN HUAHUAHUHAHAHAHAHA 

Kbai.