Saturday, 28 September 2013

Not Againnnn

Serius ni entri terakir untuk minggu ni. Esaimeng berlambak ye. Sila sedar, cik Amalia :)

Kenapa la suka sangat hapdate blog? Entah. Padahal semua entri merepek je. Aku buat buku pastu jual kang baru tau ahahaha yeyeye okefine tau takdak orang nak beli :p

Aku kena update blog DSC sebenaqnya. Tapi setiap kali sign-in, terbiar macam tu je. Sebab kena guna ayat skema, sesungguhnya saya tidak reti.

Btw, ini gambar block yang kitorang kena gerudiiii tu. Gerudi(?) pon bole. Yang aku cerita panjang lebar dalam entri sebelum ni :3



** kecik je block ni. kecik lagi dari handphone mini galaxy aku. mula2 kena buat 10 bentuk dulu kat tepi2 yang kosong. pastu baru tebuk fissure kat gigi dalam gambar gigi tu. masa ni baru buat bentuk ke 6. comot betul =.=


meet my minhyuk. haha
RIP babies

Masa ni aku dah siap susun gigi. Itu pun lepas merayu rayu mintak gigi ngan Yaya, Dayah, Dalila, Khairine, Fateen dan Lin. Nak cukupkan 1 set gigi jugak. Demi gigigigi terchenta. Malu senanya nak meminta minta ni. Aku ni dah la jenis yang tak suka pinjam barang orang, apatah lagi amek benda orang punya. Huuu. Last2 satu je lagi tak cukup. Maxillary left first premolar. Tapi finally bole dicompletekan jugak semalam. Thanks semua. Nah amek hadiah ♥ ♥ ♥ ♥

So tengahari tu aku lekatkan gigigigi tu kat wax (lilin). Nak check dengan Doctor betul ke tak susunan gigi kitorang. Pasrah, tak dapat frasaco pun takpe. Nak buat acano, dah takdir. Letak kat wax je semata mata. Aku dan tiga orang lagi kawan tak dapat frasaco. Tak cukup. Biasa la orang nama last2 :'( Frasaco tu macam 'gusi' plastik jernih. Kitorang letak wax yang dilekatkan gigi dalam benda tu sebelum diplaster(?). 'Plaster' ke istilah apa aku pun tak tau. Hahaha. Meh nak tunjuk gambar senang2. Ciplak gambar frasaco orang laen punya je la, da aku takde :(



credit to : anne

** yang kaler merah tu orang panggil wax. lembik macam plastisin. yang plastik tu transparent frasaco.

credit to : bee

** ini yang aku kata 'plaster' tu haha. serbuk POP kaler putih dilarutkan dengan air pastu tuang dalam frasaco. then dia mengeras bila sejuk. hasilnya jadi macam ni :)

So, aku, Yaya dan Mikin masuk la bilik Dr, nak tunjuk gigigigi kitorang. Sambil mengadu kat Dr, kitorang letak gigi kat wax je sebab tak de frasaco blablablabla. Dr pun bagitau, 

"Ouhhh uolls tak payah susun gigi ni sume. Simpan gigigigi ni. Sebab nanti kami akan ubah requirement setiap sorang kena buat salah satu mandible or maxilla je. Jadi korang akan dapat frasaco yang dah siap di'plaster' oleh kawan2. Skang ni kalau ada kawan2 yang ada frasaco masih belum complete 1 set of natural teeth, uolls kena bagi kawan2 gigi yang korang kumpul ni."

Eh. Dr. speaking omputeh of course, sebab Dr foreigner. Aku tolong translatekan je. Lecturers ajar kitorang tahun ni 70% foreigner btw. Dah macam study oversea hihihi

Aku rasa Dr pun dah boring asyik muka aku je yang buat masalah :( Tak de tray la, highspeed rosak la, tak de bur la, tak de frasaco la. Hmmmm ada hikmahnya. InsyaAllah. Ujian kecik je ni. Kannn?

Hari ni aku dah bagi semua gigi aku susun sebelum ni kat kawan2 yang lebih memerlukan. Tapi sampai je rumah petang tadi, tetiba sebak. Gigi akuuuuu. Setelah berhempas pulas kumpul. Nak jugak rasa susun gigi dalam frasaco sendiri. Serius aku nanges :'( hahahahahahahahahaha apaaa ingat aku ni takde perasaan ke? Sedeh kot berpisah ngan diorang. My babies T____T

Ok dah part leleh2 ni sume. Hilang macho. Tukar topik. Alang2 entri ni dah panjang, kita panjangkan lagi biar takde orang nak baca sampai habes hehehehe. Ni haaaa. Ingat tak aku pernah cerita ada sorang si fulan ni suka senyum bila jumpa aku. Ni bukan nak bajet hot ke hape. Tapi seriously pelik bin ajaib. Jap jap. First of all sediakan baldi dulu. Ok sedia? Camni. Isnin lepas, masa tu aku baru keluar lif nak pi kafe tingkat 10, duk gurau2 dengan geng, biasa la muka hepi duk bergelak ketawa. Aku sorang duk paling belakang, and masa tu aku tak habes senyum lagi sebab lawak apa ntah Yaya buat, pastu terkebetulan si fulan ni masa tu jugak dia nak lalu. Tetibaaaa, kali ni dia bukan setakat senyum, malah dia angguk macam tunduk hormat tu~ Dia buat kat aku tau dak. Terkezut kite >< Bila crush dia buat macam tu, aku apa lagi. Hahahaha meroyan la. Dua hari tak leh tido. Ehh. Oke tipu bab takleh tido tu. Pastu semalam aku duk makan nasi kat kafe. Lunch. And macam biasa mata aku kan, memang da low gaze, kononnyalah hihi, tapi manusia kan macam meow jenis tak leh tengok benda bergerak, mesti rasa nak tengok arah tu. So bila ada orang lalu depan kita, mesti kita tertengok kannnn. Aku terpandang dia wey. Tengok2 dia duk tengok aku jugak. Hold kejap. Nak alih ke tak? Alih ke tak? Alih kang dia cakap sombong lak. Tak sempat buat apa2. Dia senyum macam biasa then dia angguk lagi =.= Haihhhh dia ni. Nak buat aku suka dia ke apa ni? Hahaha. Tak pernah lagi orang buat macam tu. Kalau kat USIM la. Kat luar memang biasa la orang usya. Cetttt tak tahan kakakakaka. K gurau gurau. Classmates aku pun kalau jumpa tak de nya nak senyum cenggitu. Inikan pula kos laen. Dah orang senyum kat kita, aku balas la balik. Heee. Okai positive thinking. Dia murah senyuman kot. Maybe dia kenal aku, mana tau. Eh jangan la ada budak medik baca entri ni haha. Berat nanang nanti >////< Tadi pun masa breakfast, dia mai kafe masa tu jugak. Macam berjanji lak. Errr. Tapi aku malu. Siyesss. Tak tengok dia dah. Entah dia perasan aku ke tak tadi hihihihihi

K. Ini just part selingan. Selalu pasal study je kan. Hoho. Jangan kakak2 aku nanti inform umi khabar angin salah sudah. Macam pasal abe angkat tu, umi da tanya aku sape orangnya =_____________=

4 comments:

Anonymous said...

ehh mana ada sampai awak merayu2 kat kita nak gigi yg xcukup....kte ok je bagi huhu - K.A.C.K

NikAmaliaNasrulliana said...

hahahahaha maksud kite kat situ mintak gigi orang la. hiperbola sikit baru best :3

Anonymous said...

haha ok2 tp nmpk kat ayat tu cam org xrela bg pulak gigi tu...i ikhlas don't worry be happy ^^ - K.A.C.K

NikAmaliaNasrulliana said...

kahkahkah (Y)