Sunday, 27 October 2013

Woooooooo


Ngantuk. Study tak jalan. So, melagha je kejenya. Bukak youtube tengok video macam macam ahahaha. Best lagu ni. Mula mula rentak slow, akir akir tetiba rancak =.=

Aku bole rasa. Bole rasa minggu bakal aku hadapi ni hectic gila. Mid term exam of course. Wish us luck. Exam exam pun kelas and lecture macam biasa. Present Arab. Submit report Hubungan Etnik. Test Community Dentistry. Tutor pharmaco, tapi aku malas buat yang ni kahkahkah :p Tasmi' satu surah Al-Muddathir 56 ayat. Roleplay behavioural science. Debate Dental Material. And last but not least Optech lab session as usually =____=

Doakan kami. InsyaAllah semua okai :) Pastu balik ! Yeayyyy

Lupa. Adik buddy aku. Aku lupa senanya. Lepas bagi satu buku anatomy je hari tu, aku lupa nak contact dia. Sorryyyyy huhu. Malangnya awak dapat akak jadi buddy awak. Kalau jumpa real life macam malu nak tegur hihihi. Tegur la itew awak. Akak tunggu awak mesej akak, sebab akak lupa amek nombor awak hari tu. So do text me kalau nak tanya apa2. Muka akak je garang, kening je naek, padahal biasa je. Takde la nak makan orang. Semua orang cakap muka akak nakal, tapi setakat ni alhamdulillah tak pernah sepak orang depan2 lagi :) Tanya kot facebook pun bole. Heeee. Good luck for mid term exam btw :D *Erma, kalau u baca ni, bagitau housemate awak tu tau ngehehehe. surat cinta special ni 

Kbai :3

Tuesday, 22 October 2013

Jaulah ke JDT

Assalamualaikum :)

First of all, rindu sangat crush saya yang sorang ni. Huuuuuu



Kalau banyak duit, memang dah lama fly pi Sarawak sana, jumpa Adam. Tapi skang ni tengah pokai. Maybe sebab setiap hujung minggu tak lekat duk rumah. Aku pulak makin suka shopping bhahaha

Okai entri kali ni nak post gambaq jek ;) Gambar2 jaulah Johor. First time tak balik raya. First time beraya kat Johor. Dengan Nasuha sekali. Pengalaman baru wooooo. Kakak sengal tanya aku ada sebut pasal 6-1 tak masa kat Johor hari tu? Hahahahahaha cerita lama. Chill chill :3

Pi Johor dengan abang ngah Yaya. Umur 30. Eh perlu ke? Ahahaha. Hari jumaat sampai ahad tumpang rumah Liana. Best jalan2 pusing Muar. Makan mi bandung muor ngan sirap bandung campur soda, rojak petis ngan ABC lak kat Tanjung. Pastu sarapan sate Muar, mi rebus, nasi lemak pedas dan macam2 lagi. Yang paling best pi semua tempat naek motor. Haha. Liana bawak kite. Kak Ain bawak Nasuha. Naek motor pulak tak pakai topi keledar sebab dekat je. Heeeee (Y)



Hari Ahad singgah rumah Aini :) Kongsi cerita siket2. Lama tak jumpa dia. Rindu pulak geng Tamhidi of Dentistry dulu, especially TTD3. Huhu. Moga Allah jaga. Petang tu say byebye to rumah Liana. Thanks Liana and family. We had a good time there :D Pakteh Liana hantar kitorang ke rumah Yaya.


 


**Gambar atas rumah Liana. Gambar bawah kat rumah Yaya :)

Kat rumah Yaya segan sikit. Sebab ramai laki dari pompuan >< Hehe. Takde la. Abang2 Yaya macam abang2 aku jugak. Cetttt tak pasal2 haha. Sebab abang Yaya yang paling muda pun sama umur dengan kakyong, 26 tahun. Tak sebaya rasa macam okay sikit. Segan pun masa makan semeja satu family. Hihihi



Petang Isnin jalan kaki pergi sawah. First time masuk sawah so rasa teruja sikit. Haha. Pagi sebelum tu meronggeng dekat AEON Melaka kejap. Haaa kat rumah Yaya bole rasa masakan homemade Johor. Dan of course pedasnya lebih sikit. Fuhhh kami orang Kelate ni memang duk nanges je la makan pedas XD

Raya sudah tiba. Takbir bergema. Sayuuuu. Ececece. Lepas balik solat hari raya kitorang pun posing2 la. Buat kenangan bak kata ayah Yaya :) Abang chik Yaya tak balik lagi masa ni sebab ada on-call.






Aku tak ingat, tapi bila tengok gambar2 ni macam aku senyum sebab terpaksa jek. Bhahahaha. Abang ngah ada komen pasal aku dengan Nasuha. Dia tanya Yaya, aku ni anak bongsu ke? Aku ngan Yaya sama perangai katanya. Pastu dia cakap kalau Nasuha nampak matured sikit, mesti anak sulung. Aah Suha memang anak sulung, tapi aku bukan bongsu. Ada adek kot =.= Kakak yang bertanggungjawab lagi :3 Entah bila dia nampak aku tak matured aku pun tak tau. Rasa macam senyap dan ayu je depan semua hoho

Malam selasa tu kitorang pun balik la Keyell. Balik dengan abang long. Mekaseh jugak untuk Yaya sekeluarga. Soto sedap hehe

Kejap je cuti =.= And now back to the normal life again. Semalam baru balik Kelate sebab kenduri abe, tapi skang ni tengah seteghehhhh dengan kerja bertimbun, rasa macam nak balik semula T^T

Yuyu, be strong ! Takpe sekarang memang tak suka gila masuk lab, lama2 nanti suka la. Biasanya macam tu :)

Kbye :3

Saturday, 12 October 2013

Boleh ke?

Yeyeye tau la malam tadi baru hapdate, skang hapdate lagi. Heeee.

Nak sambung tido lepas subuh sebenarnya. Tapi duk rumah orang kena behave sikit. Haha. Lagipun takleh tido. Terfikir something. Hari tu lagi rasa macam blur gila arghhhh nak buat macam mana ni. Tapi sebab dah start cuti aku lupa kejap. Lepastu tadi bukak instagram, Mikin post gambar cavity preparation yang kitorang kena buat rabu lepas. Kena tebuk gigi kat frasaco plastik. Cantik sangat yang dia buat. Yang aku punya memang teruk. Sebab dah terpotong cusp. Lubang jadi besar. Kenapa jadi macamtu? Sebab aku pegang highspeed salah. Masalahnya aku bukan sengaja pegang salah. Nak betulkan cara pegang tak boleh. Seriously macam ni. You must have a big hand to be a dentist. Aku ni badan je besaq, tapi kaki ngan tangan aku kecik. Saiz kasut 3 lebih je. Saiz 4 pun kadang2 muat kadang2 tak. Tangan pulak, kalau ukur tangan aku dengan orang ter'chomel' dalam kelas aku, tangan aku lagi kecik. Bukan nak merungut, alhamdulillah sempurna Allah bagi cukup 20 jari :) Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ada tangan, ada kaki :') Cuma cabaran jugak untuk aku atasi benda ni. Lagi2 aku ni right-handed. Kalau nak tau ibu jari tangan kanan aku lagi kecik dari yang kiri. So bila nak pegang highspeed or apa2 instrument, kawan2 selalu tolong aku pegang dengan cara betul, tapi tak boleh. Sebab ibu jari aku tak sampai kat tempat sepatutnya untuk support body highspeed hahaha. Bila aku pegang salah, mata bur or gerudi tu tak jadi 90 degree dengan gigi. Bila senget itula yang jadi terpotong structure gigi laen. Huhu. Hari tu termenung aku dalam lab. Dah la kena re-do. Tapi sama je terpotong cusp jugak. Sebabtu stop kejap, pikir boleh ke aku nak simen gigi orang ni. Nak pegang instruments pun tak boleh. Yaya nampak aku mengelamun, dia cakap "Jangan putus asa, Yuyu." Aku senyum. Thanks dear :') Aku kena cari jalan. Takkan nak berhenti. Allah dah letak aku kat sini, ada jalannya. InsyaAllah Amalia boleh ! Kan? :(

Friday, 11 October 2013

Korban

Orang tengok kita nampak hepi je jaulah Johor. Memang hepi je :) Boleh kenal rumah dan family kawan2. Tapi of course la rasa something wrong sebab ni cuti raya, kita pulak tak balik jumpa umi ayah kaum kerabat semua. Walaupun hari raya haji, walaupun orang kata ala budak oversea okai je tak balik raya, tapi kita bukan budak oversea laaaaaaa. Huhuhu tak nak nanges. Tak nakkkk. Tapi dah ternanges. Orang kata aku anak manja, biaq la, baek manja ngan umi ayah dari manja ngan ntah sape. Ada hikmahnya. Kita dah usaha ulang alik pi stesen bas cari tiket, pi tanya satu2 kaunter walaupun dah tercegat kat situ nota "tiket 10,11,12,13,14,15,16 hb dah habes", then bila takde kat stesen bas tu, pi stesen bas laen pulak. It's okay, tak letih sebab naek teksi dan LRT, tak drive sendiri. Kita bole belajar kat situ Allah nak ajar kita sungguh2 sikit kalau nak sesuatu benda :D Pastu setiap hari pagi petang siang malam bukak website airasia, firefly check harga tiket flight turun ke tak. So one way pun dah RM250 plusplus, of kos la tak leh amek. Ada hikmahnya. Ada :)

Amek yang positif. Aku rasa tahun2 seterusnya mesti makin sibuk, lagi2 bila clinical years nanti ada klinik, of course tak balik jugak. Susah tau nak sesuaikan diri. Esaimen berlambak. Bukak cuti ni presentation beratur. Midterm exam dah dekat. Revision belum start. Tapi biasalah bila sibuk baru masa kita jadi produktif sikit :)

Da nak dekat masuk umur 20 tahun. Maybe benda2 ni mematuredkan aku. Mana tau. Haha.

Haaaa ada orang janji nak bagi hadiah birthday. Takpe kita tunggu je hehehehe :p

Ini entri kedua hapdate pakai tab. Yelah lappy da innalillah huhu. Kbai doakan kita tak nanges lagi T.T

Monday, 7 October 2013

Strive !

Ada kawan pesan. Setiap orang ada masalah. Jangan fikir bila kita ada sesuatu masalah tu, kita lah yang paling banyak masalah atas dunia ni. Sebab sebenarnya orang laen lagi banyak masalah. And masalah diorang lagi besar dari kita. 

Laptop aku buat hal. Bila kerja dah siap, dah sedia nak submit, tetiba dia stuck lama gila. Baru je masukkan pendrive. Aku pun force close sebab dah tak tahan tunggu dia loading lama sangat. Bila on, dia lagi stuck. Desktop pun tak keluar. Semalaman aku tunggu. Sampai tertidur tersalah tengkuk. Siap mimpi benda pelik =.=

Bangun pagi tadi on lagi sekali, dia still sama. Pi kelas, bagitau ketua sorry takleh bagi benda tu hari ni, laptop buat hal. Serius dah bad mood dari pagi lagi. Takde laptop la aku sekarang. Nak beli baru kena tunggu cuti mid sem. Aku tak bole beli barang2 mahal kalau tak pergi ngan umi ayah. Heeeee

Dalam kelas, first time hari ni kena marah dengan lecturer. Haha. Cakap dalam lecture. Entah awat aku tetiba semangat nak cerita kat Yaya masa tu jugak. Kahkahkah

Masuk lab Optech. Macam biasa barang itu ini tak cukup. Macam biasa jugak kena marah sebab tak amek berat pasal instruments sendiri. Kenapa tak bagitau lab assistant? Sebab kitorang tau kitorang jugak yang kena marah nanti, "Kenapa tak cakap tak de barang awal2 lagi?!" Kitorang tak kenal barang apa yang kitorang tak de sebab borang instruments tu dah submit masa hari first masuk lab lagi. Masa tu kitorang dah bagitau semua barang takde, "Ok, biar je borang tu kosong, tak payah tick, tak payah sign." "Ouh okai." Sampai sekarang barang still banyak tak cukup. Sabar. Masalah kecik je ni :)

Bila masuk bab study, biasalah awal2 ni tak bole cope on lagi. Subjek2 makin tough. And seriously semua lecturer ada expectation tinggi kat kitorang. Laen kot ngan year 1 dulu. Masa kosong ada, bole je revise apa yang tak paham. Tapi, aku nak siapkan kerja luar kelas aku dulu. Tengok2 lappy buat hal pulak. Takpe, senyum dan bersangka baek.

Allah rindu nak dengar hamba yang hina ini mengadu dekat Dia. Sebab tu Allah bagi ujian ringan macam ni. Kan? :) Moga aku terus kuat. Bila rasa ya Allah aku tak kuat, kena fikir akak2 abang2 bole buat, kenapa aku tak bole buat? Rasa takut tu memang normal. Dalam lab buat kerja sorang2, kalau rasa nervous biaq je. Ce perhatikan kawan2 laen, mereka pun sama actually. Bole nampak muka cuak diorang. Diorang pun bole nampak muka cuak kita. Sama2 cuak, sama2 tempuhi benda ni, sama2 bole buat. Sweet kan? :)

Macam biasa entri yang takde point. Sorry bazirkan masa uolls hihihi

"I won't tell you, I just want you to feel it"
Ni bendalah apa pulak ni? Saja je nak tulis hahahaha kbai :p