Tuesday, 22 October 2013

Jaulah ke JDT

Assalamualaikum :)

First of all, rindu sangat crush saya yang sorang ni. Huuuuuu



Kalau banyak duit, memang dah lama fly pi Sarawak sana, jumpa Adam. Tapi skang ni tengah pokai. Maybe sebab setiap hujung minggu tak lekat duk rumah. Aku pulak makin suka shopping bhahaha

Okai entri kali ni nak post gambaq jek ;) Gambar2 jaulah Johor. First time tak balik raya. First time beraya kat Johor. Dengan Nasuha sekali. Pengalaman baru wooooo. Kakak sengal tanya aku ada sebut pasal 6-1 tak masa kat Johor hari tu? Hahahahahaha cerita lama. Chill chill :3

Pi Johor dengan abang ngah Yaya. Umur 30. Eh perlu ke? Ahahaha. Hari jumaat sampai ahad tumpang rumah Liana. Best jalan2 pusing Muar. Makan mi bandung muor ngan sirap bandung campur soda, rojak petis ngan ABC lak kat Tanjung. Pastu sarapan sate Muar, mi rebus, nasi lemak pedas dan macam2 lagi. Yang paling best pi semua tempat naek motor. Haha. Liana bawak kite. Kak Ain bawak Nasuha. Naek motor pulak tak pakai topi keledar sebab dekat je. Heeeee (Y)



Hari Ahad singgah rumah Aini :) Kongsi cerita siket2. Lama tak jumpa dia. Rindu pulak geng Tamhidi of Dentistry dulu, especially TTD3. Huhu. Moga Allah jaga. Petang tu say byebye to rumah Liana. Thanks Liana and family. We had a good time there :D Pakteh Liana hantar kitorang ke rumah Yaya.


 


**Gambar atas rumah Liana. Gambar bawah kat rumah Yaya :)

Kat rumah Yaya segan sikit. Sebab ramai laki dari pompuan >< Hehe. Takde la. Abang2 Yaya macam abang2 aku jugak. Cetttt tak pasal2 haha. Sebab abang Yaya yang paling muda pun sama umur dengan kakyong, 26 tahun. Tak sebaya rasa macam okay sikit. Segan pun masa makan semeja satu family. Hihihi



Petang Isnin jalan kaki pergi sawah. First time masuk sawah so rasa teruja sikit. Haha. Pagi sebelum tu meronggeng dekat AEON Melaka kejap. Haaa kat rumah Yaya bole rasa masakan homemade Johor. Dan of course pedasnya lebih sikit. Fuhhh kami orang Kelate ni memang duk nanges je la makan pedas XD

Raya sudah tiba. Takbir bergema. Sayuuuu. Ececece. Lepas balik solat hari raya kitorang pun posing2 la. Buat kenangan bak kata ayah Yaya :) Abang chik Yaya tak balik lagi masa ni sebab ada on-call.






Aku tak ingat, tapi bila tengok gambar2 ni macam aku senyum sebab terpaksa jek. Bhahahaha. Abang ngah ada komen pasal aku dengan Nasuha. Dia tanya Yaya, aku ni anak bongsu ke? Aku ngan Yaya sama perangai katanya. Pastu dia cakap kalau Nasuha nampak matured sikit, mesti anak sulung. Aah Suha memang anak sulung, tapi aku bukan bongsu. Ada adek kot =.= Kakak yang bertanggungjawab lagi :3 Entah bila dia nampak aku tak matured aku pun tak tau. Rasa macam senyap dan ayu je depan semua hoho

Malam selasa tu kitorang pun balik la Keyell. Balik dengan abang long. Mekaseh jugak untuk Yaya sekeluarga. Soto sedap hehe

Kejap je cuti =.= And now back to the normal life again. Semalam baru balik Kelate sebab kenduri abe, tapi skang ni tengah seteghehhhh dengan kerja bertimbun, rasa macam nak balik semula T^T

Yuyu, be strong ! Takpe sekarang memang tak suka gila masuk lab, lama2 nanti suka la. Biasanya macam tu :)

Kbye :3

No comments: