Monday, 7 October 2013

Strive !

Ada kawan pesan. Setiap orang ada masalah. Jangan fikir bila kita ada sesuatu masalah tu, kita lah yang paling banyak masalah atas dunia ni. Sebab sebenarnya orang laen lagi banyak masalah. And masalah diorang lagi besar dari kita. 

Laptop aku buat hal. Bila kerja dah siap, dah sedia nak submit, tetiba dia stuck lama gila. Baru je masukkan pendrive. Aku pun force close sebab dah tak tahan tunggu dia loading lama sangat. Bila on, dia lagi stuck. Desktop pun tak keluar. Semalaman aku tunggu. Sampai tertidur tersalah tengkuk. Siap mimpi benda pelik =.=

Bangun pagi tadi on lagi sekali, dia still sama. Pi kelas, bagitau ketua sorry takleh bagi benda tu hari ni, laptop buat hal. Serius dah bad mood dari pagi lagi. Takde laptop la aku sekarang. Nak beli baru kena tunggu cuti mid sem. Aku tak bole beli barang2 mahal kalau tak pergi ngan umi ayah. Heeeee

Dalam kelas, first time hari ni kena marah dengan lecturer. Haha. Cakap dalam lecture. Entah awat aku tetiba semangat nak cerita kat Yaya masa tu jugak. Kahkahkah

Masuk lab Optech. Macam biasa barang itu ini tak cukup. Macam biasa jugak kena marah sebab tak amek berat pasal instruments sendiri. Kenapa tak bagitau lab assistant? Sebab kitorang tau kitorang jugak yang kena marah nanti, "Kenapa tak cakap tak de barang awal2 lagi?!" Kitorang tak kenal barang apa yang kitorang tak de sebab borang instruments tu dah submit masa hari first masuk lab lagi. Masa tu kitorang dah bagitau semua barang takde, "Ok, biar je borang tu kosong, tak payah tick, tak payah sign." "Ouh okai." Sampai sekarang barang still banyak tak cukup. Sabar. Masalah kecik je ni :)

Bila masuk bab study, biasalah awal2 ni tak bole cope on lagi. Subjek2 makin tough. And seriously semua lecturer ada expectation tinggi kat kitorang. Laen kot ngan year 1 dulu. Masa kosong ada, bole je revise apa yang tak paham. Tapi, aku nak siapkan kerja luar kelas aku dulu. Tengok2 lappy buat hal pulak. Takpe, senyum dan bersangka baek.

Allah rindu nak dengar hamba yang hina ini mengadu dekat Dia. Sebab tu Allah bagi ujian ringan macam ni. Kan? :) Moga aku terus kuat. Bila rasa ya Allah aku tak kuat, kena fikir akak2 abang2 bole buat, kenapa aku tak bole buat? Rasa takut tu memang normal. Dalam lab buat kerja sorang2, kalau rasa nervous biaq je. Ce perhatikan kawan2 laen, mereka pun sama actually. Bole nampak muka cuak diorang. Diorang pun bole nampak muka cuak kita. Sama2 cuak, sama2 tempuhi benda ni, sama2 bole buat. Sweet kan? :)

Macam biasa entri yang takde point. Sorry bazirkan masa uolls hihihi

"I won't tell you, I just want you to feel it"
Ni bendalah apa pulak ni? Saja je nak tulis hahahaha kbai :p

No comments: