Saturday, 23 November 2013

Madly



"I really tried going a day without you but 
The unbearable pain holds me in"

"I try making myself feel better, telling myself to just quit it
But I can’t get you out of my head"

Suara Hongki besttttt :) 

Wednesday, 20 November 2013

Aaaa malas bagi tajuk

Bagi aku optech hari Rabu jauh lagi best dari hari Isnin. Hahaha. Aku tak tau awat tapi kalau hari Rabu rasa best sikit, maybe sebab dia sampai kul 10 je kot. So aku bole buat cepat cepat, and kerja siap cepat. Pastu yang peliknya hari Rabu memang aku buat kerja bole tahan bagus. Doktor pun selalu komen, "Very beautiful". "Good". Sebab tu bole proceed task task seterusnya. Hohoho. Kalau hari Isnin aku banyak goyang kaki sebab lab sampai kul 1. Hari Isnin jugak la aku selalu buat silap. Lupa buat tu lupa buat ni. Tak ingat step la. Lupa composite sensitive ngan air la. Matrix band putus la. Tangan luka la. Kena re-do buat benda sama sampai empat kali pun pernah. Nak berebut doktor hari Isnin pun lagi susah dari hari Rabu. Orang laen lambat sikit dah macam stress. Aku first day buat amalgam restoration dulu je stress teramat, pastu dah memang ketinggalan dari orang laen sampai sekarang. Sebab tu aku lambat sekarang pun dah macam lali. Aku dah tau aku memang lembap sikit. Hahahaha lantak la. Bagi je doktor check orang laen punya dulu, baru turn aku. Just tawakkal sama ada sempat siap ke tak nanti. Allah tau. Kita buat silap sekarang, kita jugak yang selalu beringat ingat nanti. Ada hikmahnya :)

Esok ada exam bhsc sebenarnya. Hahahahaha rilek jek aku hapdate belog. Padahal tak baca lagi. Entah. Rasa malas pulak sebab dah berminggu exam. Cuma jarak hari antara paper tu jauh jauh la. Minggu first exam je pack. Result exam pun ada yang dah dapat. Macam macam ragam aku tengok. Maybe ada antara kita tak pernah rasa dapat result B je semua. Sebab sebelum ni selalu banyak A. Jadi bila tergelincir sikit, dia dah macam rasa down gitu. Be strong ok :) Baru midsem. Pastu midsem hari tu kan banyak yang objektif 30 soalan je. Sebab tu kalau tersalah pilih jawapan sikit dah hilang banyak markah. Tak payah risau, sebenarnya beza bilangan jawapan salah tu tak banyak pun dengan yang dapat gred yang lebih tinggi. Chill okay. Maybe sebab aku ni selalu duk tengah tengah kot sebab tu rasa macam okay la selalu dapat sederhana pun. Alhamdulillah. Next time kita buat lebih baek lagi ye :D

Btw, hari ni hari jadi aku. Yang ke-20 tauuuu. Dah tahun ketiga kot sejak ada belog. Dua puluh. Semoga dengan meningkatnya angka usia ni makin meningkat jugak la kuantiti dan kualiti amalan. InsyaAllah :) Thank you Allah for this meaningful life. Thank you umi, thank you ayah  Doakan ore berjaya dunia akhirat. I'm deeply sorry sebab selalu menyusahkan umi ayah T^T Halalkan makan minum selama 20 tahun hidup di muka bumi ni. Love you hehe 



Weh saya mengidam keyepcee. Huhuhu esok exam, kalau tak aku da ajak budak budak ni pi tesco balik kelas tadi T^T

Thank you for all birthday wishes, uolls. Orang first wish macam biasa haha. Krikkrikkkk. And also thanks for all the presents :)

Byebyeee

Saturday, 9 November 2013

파이팅 !

Yeayyy yeayyyyyy hoyeahhhhh \(^___^)/


Eleh hoyeah la sangat. Esok nak balik keyell tau dok. Pastu hari Isnin, pagi-pagi lagi dah lab optech. Macam biasa dari pukul 8 sampai 1. Okai be positive. Positive. Positive. Kau ni pun, nak jadi dentist, tapi tak suka masuk lab praktikal tebuk gigi tuh =_______=

Bukan tak suka ekceli, maybe belum suka. Susah nak paksa diri ni. Takpe saya cuba :)

Dah habes cuti seminggu. Nak cakap aku tak sentuh benda-benda study ni, tak de la jugak. Buat jugak esaimen siket-siket. Bukak la jugak Microsoft Word, tulis tajuk je pun da kira sentuh la jugak tu. Hoho

Tapi sorry la pharmacology dan hubungan etnik, saya tak sempat nak declare in a relationship dengan awak. Tuptup cuti dah habes. Malam exam nanti la saya berbaek-baek dengan uolls :(

Be positive. Positive. Allah tak sesaja je letak kita kat satu bidang tu. Allah tau bidang tu yang terbaek untuk kita. Allah tau kita ada kebolehan nak survive dalam bidang tu. Allah tau.

Ini bukan merungut. Ini nak boost up semangat je hehehehehe



10 days before turning 20 :)

Btw, blog ni memang kite suka tulis benda mengarut takde point macam ni je. So tak yah baca pun tak pe lagi-lagi kalau kite letak tajuk kot korea tu, haaaa memang takde main point la tu maksudnya huhuhuhu k salam :3

Wednesday, 6 November 2013

Rehat jap . . .

My home is the best of best of bestest place forevaaaa. Bagi aku la. Tenang je duk rumah. Tapi nak buat acano, kita ada tanggungjawab. Amanah :) Ahad ni fly balik keyell semula. Seminggu tinggal rumah GV, aku takut benda sama berulang jek. Seram. Ok dia pun macam kita, tak suka kita sebut pasal dia, so baek senyap. Huhu

Being a dentist, we are on the way to there. Dah mid sem tahun 2. Tak lama dah end sem. Cepat betul. Eh lupa. Salam maal hijrah. Tahun baru, azam baru. Satu je azam aku. Kurangkan merungut, tingkatkan prestasi -____- Dan sedar tak sedar umur pun makin meningkat. Dulu masa kecik kecik selalu cakap "Lambatnya nak jadi besar". Sekarang dah besar, "Nak jadi kecik balik!" Pfftt

Ala. Sama je kecik ke besar. Aku dulu nak dekat UPSR kena tido kul 2 pagi kot. Semata mata kena siapkan satu buku soalan past year Mathematics setiap hari. Cikgu Rosli, the strictest teacher ever, yet he is the best teacher I've ever had. Aku risau jugak dari kecik selalu tak cukup tido, kesian jantung aku hmm

Saja je hapdate. Penat tengok cite Good Doctor. Stop kejap. Haha. Penat sebab macam study tengok cite tu. Revise anatomy horror. Pathology sikit sikit. Nak makan pun bole jadi tak habes makan. Sebab tengok scene surgery ahahahaha sape suh makan =.=

Aku janji esok start buat esaimen. Serius. Esaimen dah beratur tapi aku buat dek je eheheee

Happy holiday uolls :D

**Aku harap tahun dua ni aku tak buat benda benda mengarut macam dulu. Habes semua cerita dalam blog. Kanak kanak betul. Lepas tu habes jadi fitnah dan cerita sebenar ditokok tambah. Dah jadi drama korea. Padahal maen maen je =_______= Aku mintak maaf sangat sangat sangat sangat kat semua pelakon drama yang terlibat. Huuu. Entri entri dulu aku da delete. Tapi senanya aku tukar jadi draft. So aku sorang je bole baca balik. Scary jugak aku dulu. Sekarang baru rasa ya Allah, malunyaaaa. Da macam hape. Bole masuk himpunan cerita lawak. Kahkahkahkah kbai